Monday, September 27, 2010

Integriti pemangkin negara


Integriti sesebuah organisasi ataupun sebuah badan politik adalah amat penting untuk dinilai oleh masyarakat dalam negara. Ianya menjadi satu tunggak utama dalam melahirkan akhlak dan budi pekerti mulia untuk generasi yang akan datang. Tanpanya negara pasti berada dalam keadaan yang tidak aman dan stabil serta akan mengundang kepada ancaman keselamatan dalam negara.

Baru-baru ini kita dapat melihat PKR telah membuktikan bahawa mereka telah berjaya mendidik amalan songsang kepada pengikut dan ahlinya dengan menerapkan sikap yang tidak sepatutnya ada pada generasi muda pada hari ini. Sikap tamakkan kuasa, perlakuan samseng dan tidak bertamadun telah menjadi sandaran utama dalam parti PKR. Ini terbukti ketika pemilihan parti mereka baru-baru ini. Pelbagai kejadian yang tidak seharusnya berlaku telah pun berlaku dalam pemilihan parti mereka. Walhal mereka selalu teriakkan kononnya memperjuangkan keadilan dan kononnya parti merekalah yang terbaik dan suci. Tetapi apa yang berlaku sewaktu pemilihan PKR di beberapa tempat yang diadakan seperti Kota Raja dan Kuala Langat adalah perkara yang sebenarnya adalah amat berbeza sekali dari apa yang diwar-warkan.

Ini jelas bahawa Parti Keadilan Rakyat mahupun Pakatan Rakyat bukanlah sebuah entiti yang boleh menjamin masa depan negara. Pada waktu mereka melaksanakan pemilihan parti pun telah gundah gulana dengan pelbagai insiden yang tidak diingini berlaku seperti pergaduhan semata-mata kerana rebutan kuasa. Ini baru pemilihan parti belumpun mahu memerintah negara. Apa akan jadi sekiranya parti ini memerintah negara dengan berbekalkan minda yang hanya memikirkan perebutan kuasa dan tamak tanpa memikirkan kepentingan lain?.

Saya dapat membezakan apabila parti UMNO melaksanakan pemilihan partinya, mereka berjaya melaksanakan dengan lebih bertamadun dan lebih berintegriti mulia. Integriti setiap ahlinya dan sistem pelaksanaannya tenang sepanjang setiap kali proses pemilihannya menunjukkan UMNO adalah lebih berpengalaman dan cukup disegani jika dibandingkan dengan parti PKR dan pakatan pembangkang yang semuanya hanya menunjukkan sikap gila kuasa dan tidak berakhlak mulia. Kalau dahulu PKR suka mengata dan memfitnah kononnya UMNO adalah parti yang tidak mempunyai integriti tetapi pada hari secara sendirinya ia telah terbukti bahawa ianya adalah berbeza sama sekali dengan apa yang diwar-warkan. Saya dapat merasakan UMNO telah berjaya mendidik anak bangsa supaya bersikap lebih bertamadun dan lebih berintegriti dari parti yang ada dalam negara ini.

Bayangkan sekiranya setiap dari rakyat kita berfikiran mementingkan kuasa dari memikirkan soal pembangunan bersama, apa akan jadi pada negara?. Saya berharap saudara-saudari yang ada diluar sana dapat menilai dengan baik dan membezakannya secara adil tanpa memikirkan soal kepartian. Sekiranya kita hendak memilih buah pastikan isinya cantik dilihat dan manis dirasa. Saya terdetik untuk berkongsi pandangan kerana begitu teruja dengan penilaian saya sendiri dan saya ucapkan terima kasih kepada UMNO kerana telah berjaya mendidik anak bangsa yang berhati mulia. Malahan dalam 8 cabang utama konsep 1Malaysia juga salah satunya termaktub integriti. Terima kasih juga kepada UMNO Cawangan Bukit Ampang sekiranya menyiarkan penulisan ikhlas saya ini.

Sekian Terima Kasih.

-rakyat biasa

Tuesday, September 21, 2010

PM umum program pembangunan Selangor dalam Bajet 2011

SHAH ALAM 20 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan mengumumkan pelbagai program pembangunan untuk faedah rakyat negeri Selangor dalam pembentangan belanjawan bulan depan.

Menurut Perdana Menteri, semua program tersebut dirangka sebagai memenuhi keperluan masyarakat di negeri ini dan juga seluruh negara.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat melihat sendiri kemampuan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti serta kerajaan yang boleh diharap bagi memenuhi tuntutan pelbagai lapisan rakyat.

"Di Selangor, kita boleh bergantung kepada UMNO dan BN bagi merancang masa depan, untuk memenuhi harapan dan cita-cita kita semua.

"Ini kerana kerajaan BN lebih bersedia untuk memenuhi tuntutan- tuntutan tersebut (berbanding kerajaan pakatan pembangkang)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perdana Menteri Berhari Raya Bersama Rakyat anjuran Perhubungan UMNO Selangor di Seksyen 20 di sini hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar bersama isteri, Prof. Datin Seri Dr. Aishah Mohd. Salleh dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Majlis yang turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Mohd. Zawawi Md. Zin serta kehadiran lebih 10,000 penduduk pelbagai keturunan.

Najib juga mengingatkan setiap ahli UMNO untuk mengukuhkan perpaduan dalam erti kata sebenar dengan semangat jitu dan tulen.

Jelas beliau, perpaduan itu perlu selari dengan semangat rumah terbuka yang dianjurkan masa kini untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.

"Kita perlu memperlihatkan UMNO sebagai parti yang progresif dan dinamik bagi memperoleh semula kepercayaan orang ramai kepada parti ini.

"Saya dan para pemimpin UMNO akan turun padang melawat kawasan di Selangor tidak lama lagi bagi mendekati orang ramai," ujarnya.

Tegas beliau, walaupun parti-parti pembangkang sering melemparkan kritikan tetapi hakikatnya UMNO dan BN mampu membawa perubahan yang lebih besar kepada negara.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, pembangkang sebenarnya tidak kuat tetapi UMNO yang lemah kerana kecuaian sendiri dan ia perlu dipulihkan segera.

"Jadikan perubahan itu sebagai komitmen kita kepada parti seperti yang diharapkan oleh rakyat," katanya.

-utusan.

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


Kami mewakili UMNO Cawangan Bukit Ampang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Semoga kerahmatan syawal dapat dirasai sepenuhnya oleh kita, insya-allah. Tidak lupa juga ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kepimpinan UMNO peringkat Pusat, Negeri, Bahagian dan rakan seperjuangan seluruh Malaysia. Semoga apa yang dirancangkan tercapai dengan izin Allah s.w.t.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


-Ikhlas dari kami UCBA-