Thursday, May 29, 2008

EZAM MASUK UMNO BUKTI UMNO MASIH RELEVAN

Seperti yang kita semua ketahui Ezam adalah Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat yang pernah bertungkus lumus mempertahankan dan memperjuangkan hak kebebasan Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu.Persoalannya sekarang Mengapa Ezam memilih UMNO semula sebagai landasan perjuangannya walhal Ezam sendiri pernah mencerca dan menghina parti keramat UMNO ini.

Semuanya telah terbukti bahawa Ezam telah sedar bahawa wadah dan perjuangan UMNO itu adalah suci dan tulen demi untuk mempertahankan hak orang melayu.

Mengapa Ezam keluar dari PKR dahulu?Adakah kerana perjuangan PKR telah lari dari landasan dan matlamat sebenar mereka?Apakah mungkin Ezam telah sedar bahawa PKR sememangnya bukan memperjuangkan keadilan rakyat?Semua itu mungkin dapat dijawab sendiri olehnya pada suatu hari nanti tetapi sebagai rakyat tidakkah kita terfikir Mengapa orang kuat PKR sendiri keluar dari parti itu dan memilih UMNO sebagai pilihannya?

Kalau kita berfikir sejenak jika kita ingin membuat sesuatu pilihan, apakah kita akan membuat pilihan yang lebih baik atau pilihan yang lebih buruk? Sudah tentu kita akan memilih sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.Ini secara tak langsung kita boleh menganggap bahawa Ezam juga telah mengakui UMNO itu lebih baik dari segi perjuangannya dan kualitinya serta lebih relevan dari PKR.Kepincangan PKR juga boleh dikaji dan dilihat dari segi pemerintahannya di Selangor yang dahulunya banyak menjanjikan kebajikan rakyat di dalam manifestonya pada pilihanraya umum yang lalu tetapi tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Sedarlah bahawa sememangnya UMNO adalah sebuah parti yang telah berjaya membuktikan perjuangannya untuk memelihara semua kepentingan rakyat khususnya bangsa melayu sejak 62 tahun kewujudannya.Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO juga telah membuktikan bahawa ia mampu untuk memerintah dan membangunkan negara selama ini.

Fikir-fikirkanlah.....

-Pejuang UMNO

Monday, May 26, 2008

Anwar Ibrahim the truth!!

Video 7-Siapa godfather Anwar ?
http://www.youtube.com/watch?v=AJfBY1DDKDY

Video 6- Siapa taja Anwar ?
http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA

Video 5- Anwar Muslim Moderate ?
http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo

Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew


Sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Monday, May 19, 2008

Ketuanan Melayu atau Ketuanan Rakyat

Kami berpendapat ramai orang melihat tujuan dan hasrat ketuanan melayu ini diperlekehkan walhal ia satu tujuan yang baik.Ketuanan Melayu itu tidak salah tetapi orang yang telah diberi mandat untuk jadi pemimpin bukan keseluruhan tetapi sesetengahnya telah lupa dengan asas ketuanan melayu ini.Dari itu ramai yang menyalahkan Ketuanan Melayu tidak relevan.

Tetapi adakah kita mempersoalkan diri kita sendiri apakah yang kita lakukan untuk masyarakat melayu yang berada di sekeliling kita.Ketuanan Melayu akan berjaya jika Melayu dari pelbagai peringkat bawahan hingga ke atasan bersatu untuk memastikan ianya terlaksana tetapi apa yang berlaku ialah kita melayu sendiri suka berkelahi dan mempunyai sifat dengki antara kita.Bukankah menegur dan melihat bangsa sendiri Berjaya menjadi kebanggaan kita.Ini hakikatnya yang kita tidak boleh nafikan dan ini harus kita perbaiki jika kita menginginkan Ketuanan Melayu itu Berjaya.Bukannya dengan memikirkan satu slogan yang baru iaitu Ketuanan Rakyat.

Pada pendapat kami Ketuanan Melayu bukannya harus dihayati oleh UMNO sahaja tetapi ia juga harus dihayati oleh bangsa melayu itu sendiri walau apa parti sekalipun.Cuma sekarang ramai yang mengetahui dari dahulu UMNOlah yang mempunyai inisiatif untuk memikirkan soal ketuanan melayu jadi salahkah UMNO mencuba untuk melaksanakannya.Soal gagal atau berjaya itu terpulang kepada melayu itu sendiri.

Berkenaan dengan Ketuanan Rakyat Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengannya.Apakah ingin menjadikan semua rakyat setaraf dengan yang empunya tanah.Mengapa kita tidak terfikir sejarah telah membuktikan tanah ini dahulunya dinamakan tanah melayu salahkah melayu menjadi tuan punya tanah.Ini tidak bermakna kita menolak bangsa lain selain melayu, ini telah dibuktikan dahulu dengan usaha UMNO mewujudkan Perikatan dan sekarang Barisan Nasional.Kewujudan Barisan Nasional ini adalah kerana UMNO tetap memikirkan bangsa lain walaupun ia memperjuangkan Ketuanan Melayu. Barisan Nasional juga mengambil berat setiap pandangan bangsa lain malah ia dapat menyatukan setiap bangsa di Negara ini.

Setiap organisasi dan setiap Negara atau negeri atau setiap keluarga mesti mempunyai ketua untuk mentadbir dan mendengar pandangan ramai tetapi jika yang dimaksudkan Ketuanan Rakyat ini adalah rakyat menjadi tuan maka secara tidak langsung “tanah melayu” yang selama ini disayangi oleh nenek moyang kita telah hilang melayunya menjadi tanah rakyat tak kira apa bangsanya walaupun warga asing yang mendapat kerakyatan juga tergolong didalamnya.Apakah Ketuanan Rakyat ini relevan atau hanya bermotifkan politik.Jika bermotifkan politik apakah bangsa lain selain melayu percaya ia mampu dilaksanakan untuk bangsa mereka sedangkan hanya bermotifkan politik Sdn. Bhd. Iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia.Mengapa kita mudah terpedaya dengan slogan dan kata2 yang indah tanpa memikirkan dan mengkaji sedalamnya.Mungkinkah kerana kata2 yang indah itu hanya untuk menyedapkan hati masing-masing yang tertekan.Ingatlah selalunya yang pahit itulah ubat kepada penyakit bukannya pada gula yang hanya ada pada manisnya.

Sekian,

-Gerak Gempur Pemuda UCBA

Tuesday, May 6, 2008

Siapa Karpal Singh mempersoalkan Sultan Perak?

Karpal Singh mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja, Karpal menekankan bahawa “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.’' -petikan Utusan Melayu 5 Mei

Jika Karpal berani mempertikaikan keputusan Sultan, kami juga ingin mengingatkan Karpal SIAPA anda untuk menilai keputusan Sultan Perak? Karpal tidak berhak mempersoalkan keputusan kerajaan Negeri Perak dan keputusan Sultan Perak kerana Karpal bukannya Menteri Besar Perak.Apa yang ingin ditekankan disini ialah Mengapa sebelum membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan pemecatan Datuk Jamry Sury tidak di maklumkan kepada Istana Perak terlebih dahulu sedangkan perlantikan jawatan didalam Jabatan Agama Islam adalah tertakluk kepada perkenan Sultan?

Karpal turut menggesa Kerajaan Pusat memastikan sultan dilarang daripada campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri agar apa yang berlaku di Perak tidak menjadi ikutan negeri-negeri beraja yang lain.Menurutnya, walaupun sultan merupakan ketua agama Islam tetapi pelantikan kakitangan awam terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.-petikan Utusan Melayu 5 Mei

Bagaimana pula halnya Karpal campur tangan dalam keputusan Istana Perak? Jika Karpal boleh campur tangan KAMI juga ingin mengesa kepada Kerajaan Pusat supaya tindakan Karpal dalam mempersoalkan kuasa raja-raja di Malaysia harus dihentikan demi menjaga Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Benar pelantikan kakitangan awam terletak dibawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi untuk penjawat agama perlu mendapat perkenan Sultan barulah ia boleh dilantik. Apakah Karpal tidak mengetahui atau ada agenda yang lain?

“Saya amat menghormati dan dengan rendah diri akan sentiasa patuh dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan Perak.“Saya akan memohon menghadap dan menyerahkan watikah memohon ampun kepada baginda secepat mungkin,” kata Mohammad Nizar dalam satu kenyataan Sabtu lalu.-petikan Utusan Melayu 5 Mei

Yang benar ditegakkan yang salah harus diakui bukankah itu dituntut dalam Islam?MB Perak perlu melakukan apa yang benar kerana dia membawa parti yang mendukung islam jangan lupa dan jangan ingkar dan jangan lupa rukun negara.

Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry sebagai membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).-petikan Utusan Melayu 5 Mei

Kami Pemuda UCBA berjanji akan terus mempertahankan Kesultanan Melayu walau dengan apa cara sekalipun.

- Gerak Gempur

Sunday, May 4, 2008

Jangan kompromi - UMNO digesa tidak terus tunduk pada tuntutan jejas kuasa, hak Melayu

JOHOR BAHRU 3 Mei – Apa jua usaha memulihkan kembali Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO hendaklah dilakukan tanpa kompromi terhadap kuasa dan hak Melayu.

Beberapa peserta Kongres Permuafakatan Melayu yang ditemui berpendapat UMNO tidak perlu terus tunduk kepada permintaan rakan komponen BN yang lain kerana tuntutan-tuntutan itu tidak akan berakhir.

Setiausaha Satu, Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, situasi selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 sedang menyaksikan politik toleransi mengambil tempat dalam BN.

“UMNO dalam BN akan tawar-menawar (dengan komponen lain). Semasa UMNO kuat, ia mampu pertahan semua milik Melayu, tetapi banyak perkara berlaku dalam masa UMNO tidak kuat.

“MIC dan MCA secara terbuka meminta pelbagai perkara dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Melayu pun cuba mengambil kesempatan,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di Kongres Permuafakatan Melayu, di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, sesetengah orang melihat usaha memulihkan kembali BN pada masa ini mungkin boleh dilakukan dengan mendengar tuntutan kaum Cina dan India.

Bagaimanapun katanya, sebahagian besar tuntutan itu mungkin bertentangan dengan hak dan keistimewaan orang Melayu.

“Tuntutan akan terus berlaku atas kepentingan kaum,” katanya.

Beliau berkata, tindakan memohon maaf oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai isu keris Panca Warisan baru-baru ini juga secara tidak langsung memperlihatkan hak Melayu terhakis akibat tekanan dan permintaan daripada kaum lain.

“Ini semua berlaku (permohonan maaf) di kala tuntutan semakin kuat dan kita terperangkap dalam tuntutan-tuntutan itu,” katanya.

Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk A. Aziz Deraman pula berkata, apabila ada kompromi dalam perkara-perkara pokok hak Melayu, maka lama-kelamaan hal-hal kecil pun akan dituntut.

“Ini hanya meletakkan orang Melayu dalam keadaan tidak selesa dan menjadikan mereka tidak penting lagi walaupun orang Melayu adalah kaum asal di negara ini.

“Malaysia bukan negara imigran seperti Amerika Syarikat. Maka hak penduduk asal tidak boleh dipersoalkan,” katanya.

Naib Presiden Persatuan Anak- anak Melayu Johor, Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Syed Hussein Al Habshee berpendapat, perlu ada usaha untuk mendidik generasi muda pelbagai kaum di negara ini mengenai pengertian sebenar kontrak sosial.

“Pendidikan kita tidak menekankan hal-hal berkaitan kontrak sosial dan ini perlu diajar supaya mereka mengetahuinya,” katanya.

Katanya, apabila kaum bukan Melayu memahami kontrak sosial berkenaan, maka tidak akan wujud permintaan-permintaan yang luar biasa dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Saturday, May 3, 2008

ADAKAH EKONOMI MELAYU KIAN MERUNCING?

Melayu akan menjadi sebuah bangsa yang kuat jika ekonomi orang melayu maju. Adakah pada waktu ini ekonomi orang melayu mensasar kepada pertumbuhan atau kejatuhan?Apakah peranan kerajaan dalam membentuk dan membantu pertumbuhan ekonomi orang melayu?.

Kerajaan telah mewujudkan berbagai dasar demi untuk menjana ekonomi bangsa melayu tetapi adakah ia berjaya dilaksanakan ataupun sebaliknya? Kita seharusnya membuat kajian terperinci terhadap isu ini. Kita wajib mempertahankan dasar ekonomi baru tetapi kita juga harus bersama-sama memastikan ia dilaksanakan dengan baik dan berjaya.

Apakah isu ini kerajaan seorang harus dipersalahkan kerana perlaksanaannya kurang ataupun kita jua harus dipersalahkan bersama kerana tidak melaksanakan dasar dengan baik?Kerajaan hanya mampu untuk membuat sesuatu dasar yang membangun tetapi ia tidak akan berjaya jika kita tidak bersatu untuk melaksanakannya.

Pada waktu ini kita harus melihat berapa ramai orang melayu tersungkur didalam perniagaan kerana dasar ini diekploitasikan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan juga seharusnya memikirkan sesuatu untuk membantu sektor swasta dalam menjana ekonomi orang melayu yang kian meruncing pada ketika ini. Jika kita berjaya membantu pihak swasta kita dapat memberi banyak peluang pekerjaan kepada graduan yang menganggur.

Walaupun pahit untuk kita telan tetapi inilah hakikat sebenar yang berlaku di akar umbi.

Marilah kita bincangkan bersama.

Friday, May 2, 2008

Perjuangan Siapa yang tulen?



Pernahkah kita membuat perbandingan tentang perjuangan parti Keadilan dan UMNO?. Tidakkah rakyat terfikir apakah keadilan yang diperjuangkan Parti keadilan Rakyat?.Mari kita bandingkan?
" Parti Keadilan Nasional lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada September 1998. Peristiwa tersebut menjadi titik kesedaran bagi rakyat Malaysia pelbagai kaum dan lapisan masyarakat." -Petikan laman PKR

Bagaimana pula dengan perjuangan UMNO?

UMNO Ditubuhkan atas perpaduan orang melayu pada tahun 1946 dan inilah tunjang kekuatan UMNO selama ini.

Perjuangan Parti Keadilan Rakyat hanya tertumpu untuk memperjuangkan keadilan individu yang dikenakan hukuman kerana ingin menjatuhkan maruah bangsa. Cuba kita fikirkan apakah Anwar masih belum dibebaskan?. Jika sudah dibebaskan apakah yang diperjuangkan olehnya?.
Kini Anwar ibrahim sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia walaupun dengan menggadai bangsa sendiri.

Apakah Anwar ibrahim gilakan kuasa? Jika mereka mengatakan memperjuangkan keadilan bukankah kini dia sudah dibebaskan?.

Pada hakikatnya Anwar ibrahim mencari perjuangan baru iaitu perjuangan demi untuk diriku?
UMNO dari tahun 1946 hingga kini tidak sesekali memperjuangkan hak individu tetapi memperjuangkan bangsa. Memastikan bangsa Melayu menjadi bangsa yang disegani di Tanah Melayu sendiri.

Kesimpulannya terpulanglah anda untuk memikirkan yang mana layak untuk anda sebagai orang melayu.