Saturday, June 26, 2010

SELANGOR DIAMBANG KEMUSNAHAN KERANA PKR DAN KHALID IBRAHIM





Petikan keratan akhbar di atas ialah jawapan yang diberikan oleh Ir.Ramli Abd.Majed iaitu Pengarah Eksekutif KSSB semasa disoal oleh Selcat semalam.

Sewaktu Khalid Ibrahim dan konco-konconya mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, mereka berjanji akan meningkatkan kutipan hasil pasir dari RM 22 juta di zaman BN kepada RM 150 juta ++ di zaman mereka.

Katanya, kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah syarikat untuk menguruskan hasil pasir negeri dan keuntungan besar yang dinikmati akan dipulangkan kembali kepada rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Katanya lagi, Kerajaan BN sebelum itu banyak menyeleweng dan bergelumang dengan rasuah dalam menguruskan hasil pasir. Mereka akan membuktikan bahawa mereka lebih cekap,jujur dan telus dalam menguruskan hasil negeri.

Maka rakyat pun bergembiralah dengan pengumuman tersebut. Cerita tersebut dijaja segenap desa, kampung dan kota. Kononnya kerajaan pimpinan Khalid lebih baik dari pimpinan Khir Toyo.

Selesai sudah bab janji berjanji. Masuk bab kerja pula, kerajaan negeri menubuhkan KSSB untuk menguruskan pasir negeri.Maka berjalanlah operasi syarikat tersebut. Daripada kerja melombong hinggalah ke kerja menjual pasir semuanya dimonopoli oleh mereka.

Moto KSSB. Klik sini
TIPU : MENDOKONG AGENDA MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR.
BETUL : MENDOKONG AGENDA MENGKRONIKAN EKONOMI SELANGOR


Hasilnya pada tahun 2009 mereka mendapat keuntungan sebanyak RM 10 juta. Setelah ditolak cukai, untung bersih mereka RM 8 juta. Beratus juta yang dijanjikan oleh Khalid sebelum itu entah hilang kemana. Mungkin di sapu oleh jin afarid.

Daripada keuntungan RM 8 juta tersebut, RM 1.3 juta telah diberikan kepada kerajaan negeri untuk projek MES seperti yang dijanjikan oleh Khalid.

Tinggal lagi RM 6.7 juta untuk KSSB. Daripada baki yang tinggal tersebut RM82'000.00 telah digunakan untuk membayar bonus pengarah eksekutifnya.
Berita asal klik sini

Manakala RM503'613.59 lagi digunakan untuk membayar bonus kepada 45 kakitangan , ahli lembaga pengarah dan tiga pengurus kanan KSSB.

Mari kita kira dan lihat berapa purata untuk setiap orang daripada mereka dapat pada tahun 2009.

Pengarah Eksekutif 1 orang + kakitangan 45 orang + ahli lembaga pengarah 5 orang (anggaran) + pengurus kanan 3 orang = 54 orang.

Jumlah bonus yang dikeluarkan, RM 82'000.00 + RM 503'169.59 = RM 585'169.59

RM 585'169.59 dibahagikan dengan 54 orang = RM 10'836.47.

Maknanya secara purata setiap seorang daripada mereka ini yang berjumlah 54 orang telah menerima bonus sebanyak RM 10'836.47 untuk tahun 2009. Itu bonus sahaja, belum termasuk gaji dan elaun-elaun lain.

Mari kita kira pula berapa purata setiap orang rakyat Selangor dapat pada tahun 2009 hasil daripada projek Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilaung-alungkan oleh Khalid dan pendekar-pendekar tempangnya.

Jumlah rakyat Selangor pada tahun 2009 adalah seramai 5'055'400 orang. Statistik ini saya ambil dari laman wikepedia.org
Jumlah wang yang diberikan oleh KSSB kepada Kerajaan Selangor untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor ialah RM 1'300'000.00.

RM 1'300'000.00 dibahagikan dengan 5'055'400 orang = RM 0.25

Maknanya setiap rakyat Selangor hanya menerima 25 sen seorang sepanjang tahun 2009 hasil dari projek Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilaung-laungkan oleh Khalid Ibrahim dan cicak-cicak mengkarungnya.

Sebab itu ini bukan projek Merakyatkan Ekonomi Selangor tetapi projek Mengkronikan Ekonomi Selangor.

Kroni di KSSB mendapat perpuluh ribu seorang. Rakyat dibawah dapat 25 sen

Berapa? 25 sen

Berapa ? 25 sen

Berapa ? 25 sen

Berapa ? 25 sen

- RAKYAT KECEWA

KEPIMPINAN AHLI PARLIMEN AMPANG DITOLAK OLEH PKR SENDIRI KERANA KRONISM



Kongres Wanita pada 28 MEI 2010 juga menarik. Dahlah pewakilan tak ramai iaitu 300 orang sahaja hingga terpaksa top up dengan pemerhati bagi meramaikan majlis. Adalah ramai pemimpin yang hadir seperti MUSTAFA KAMIL AYUB, RODZIAH ISMAIL dan GOBALAKRISHNAN.

Ramai juga pewakilan yang berbahas ucapan dasar Zuraidah Kamaruddin tetapi semuanya mengutuk dia.

Perwakilan dari Sabah kutuk Zuraidah Kamaruddin gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Wanita kerana tidak turun padang menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Wanita Negeri tu.

Dia juga kecewa kerana masa PRK Sibu, Zuraidah hanya antar 8 orang Exco Pusat daripada 53 Exco yang ada bagi membantu jentera kempen Wanita.

Yang pewakilan paling marah sekali ialah kerana depa kena bayar tiket sendiri untuk hadir kongres Wanita di Kota Bahru tempohari.

Masa Kongres Wanita juga ada program penyampaian anugerah khas kepada ahli-ahlinya yang berjaya menunjukkan komitmen dan sekali gus mengangkat nama parti bertema “Anugerah Wanita Berdaya Harapan Negara”.

15 perwakilan dipilih menerima anugerah khas ini antaranya ZURAIDAH KAMARUDDIN dan anak perempuannya.

Apa yang menarik, selepas pengumuman senarai penerima, ramai perwakilan dan pemerhati bertindak keluar dewan kerana mempertikai pemilihan anak ZURAIDAH KAMARUDDIN iaitu FARAH AFZAN FARIDI, Timb. Ketua Srikandi PKR Pusat sebagai salah seorang penerima anugerah tersebut.

Mereka kata Zuraidah Kamarudin sendiri mengamalkan konsep kronisme kerana anaknya yang tidak memberikan sumbangan ynag besar terhadap parti berbanding ahli-ahli wanita yang lain turut menerima anugerah.

Terdapat juga perwakilan yang mempertikai senarai penerima anugerah tersebut kerana majoriti penerimanya adalah dari kalangan Exco Pusat sahaja. Masa tu ramai pewakilan yang dah keluar dewan dan pergi ke pasar Siti Khadijah untuk beli kain batik.

Ramai percaya FUZIAH SALLEH berupaya mengalahkan Zuraidah tahun depan untuk jawatan Ketua Wanita PKR.

- PUCBA

AHLI PARLIMEN AMPANG TAK PANDAI MENGURUS DIRI LAGIKAN PULA MENGURUS RAKYAT



Kali ini, kisah PKR Cabang Ampang dihalau keluar dari pejabat kerana tak bayar sewa selama 10 bulan. Pejabat PKR Cabang Ampang beralamat no.16-2a, Jalan Bukit Indah, Taman Bukit Indah, Ampang.

Pejabat tersebut telah dikosongkan sejak tahun lepas lagi setelah diberi notis oleh pemilik premisnya iaitu seorang ahli perniagaan kaum Cina Kuala Lumpur.

Sign board tidak diturunkan kerana malu diketahui orang. Tapi Zionis ini kalau didedahkan, mereka akan main sentimen kesian.

Mana duit dan kontrak PBT banyak-banyak? Sana sini sedekah dan kasi rakyat ini dan itu tapi sewa pejabat RM750 sebulan dah tertunggak selama 6 bulan.

Ini menunjukkan PKR ini tidak bertanggungjawab dan tidak tahu urus diri sendiri. Pasti sewa Cina itu burn saja. Macam mana nak perintah negara kalau pejabat tak terurus? Padanlah mereka dok kasi air percuma sampai menuju bankrup negeri Selangor.

Kemudian nak cover apalagi spin dan salahkan BN. Memang PKR suka cara ni.

Buat masa ini, PKR Cabang Ampang tidak ada pejabat rasmi. Mungkin sekali alamat rasmi adalah disewa rumah orang. Ini bersalahan dengan undang2 atau peraturan ROS.

Silap-silap rumah orang tu pun akan tertunggak dan tak dibayar. Jadi baik-baiklah orang-orang Ampang bila nak sewa dengan PKR. Dia orang ni memang gitu ...

Fikir-fikirkanlah kalau nak mengurus diri pun tak pandai apa lagi nak menyelesaikan masalah rakyat. Dimana letaknya kepimpinan ahli parlimen Ampang. Apakah ini ahli parlimen yang peduduk Ampang inginkan.

- rakyat kecewa

Sunday, June 20, 2010

TAHNIAH KEPADA SAYAP UMNO BAHAGIAN AMPANG





Kami mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga sayap Pergerakan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO Bahagian Ampang kerana dapat menjayakan Mesyuarat Perwakilan secara serentak dengan baik dan lancar. Semoga Perjuangan kita diberkati oleh Allah s.w.t.

-UCBA

Friday, June 18, 2010

WEB UMNO CAWANGAN BUKIT AMPANG TELAH BERPINDAH

Kami ingin memaklumkan bahawa Website UMNO Cawangan Bukit Ampang telah berpindah dari www.umnobktampg.net kepada domain yang baru iaitu www.umnobukitampang.com. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan.

-Moderator UMNO CAWANGAN BUKIT AMPANG