Wednesday, August 31, 2011

PERUTUSAN KHAS HARI RAYA DAN HARI KEMERDEKAAN YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERUTUSAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI KEMERDEKAAN OLEH
YAB. DATO’ SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
28 OGOS 2011

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Aidilfitri serta Salam Kemerdekaan,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

1. Pertamanya, segala ucapan tahmid dipanjatkan ke hadrat Allah SWT justeru selesai sebulan kita melaksanakan ibadah puasa dalam satu perjalanan spiritual mentarbiyyah rohani dan menguji fizikal. Maka, dengan tibanya fajar Syawal yang mulia, umat Islam hari ini dengan penuh rasa kesyukuran menyambut satu kemenangan mujahadah yang tertinggi pengertiannya seperti disifatkan oleh Rasulullah SAW yakni jihad bagi melawan nafsu.

2. Pada tahun ini, ditaqdirkan sesuatu yang bitara dan unik, sebagai rakyat Malaysia kita bertuah dapat menyambut gema Aidilfitri berselang sehari dengan ulangtahun sambutan kemerdekaan negara yang ke lima puluh empat. Kedua-dua perayaan ini mempunyai signifikan begitu besar kepada negara yang mempunyai kemajmukan amat kompleks seperti Malaysia di mana bukan sahaja wujud perbezaan daripada segi etnik tetapi juga teranyam indah dengan kepelbagaian agama, budaya, bahasa dan taraf sosioekonomi.

3. Pucuk pangkalnya, rakyat Malaysia yang berlainan agama, anutan dan kepercayaan mempunyai banyak sebab untuk bersyukur dan berterima kasih. Hakikat bahawa, Malaysia telah dan sedang dirahmati nikmat keamanan juga kemakmuran tidak mampu disangkal oleh mana-mana pihak. Jelas sekali, kita ibarat sebuah oasis di tengah-tengah dunia berkecamuk sedang dilanda badai politik dan kegoncangan ekonomi yang bertali arus.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

4. Hari ini, seperti yang kita maklum, ketika gergasi ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat dan juga beberapa negara anggota Kesatuan Eropah yang dikelompokkan sebagai ekonomi maju sedang bergelut dengan krisis kewangan serius sehingga memerlukan penyelamatan atau “bailout”, sebaliknya, Malaysia hasil pengurusan yang berhemah serta cekap, masih mampu bukan sahaja untuk mengembangkan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan baru tetapi juga untuk memberikan setengah bulan bonus kepada satu perpuluhan empat juta kakitangan awam yang menelan belanja dua bilion ringgit menjelang sambutan istimewa perayaan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.

5. Sungguhpun yang demikian, kita tidak boleh sekali-kali terbuai dan berpuas hati dengan ehwal kejayaan tersebut. Untuk itu, sepanjang tempoh dua tahun yang lepas, pancang-pancang telah dipasak oleh kerajaan bagi memastikan penciptaan kekayaan baru, pertumbuhan ekonomi berterusan dan penciptaan pekerjaan berganjaran tinggi selaras dengan kemahiran yang semakin meningkat. Apa yang diimpikan adalah sebuah negara yang makmur dan sejahtera dimana setiap individu sanggup bekerja keras, meningkatkan kemahiran secara istiqomah dan beriltizam menggunakan segala peluang dengan bijak agar dapat mencorak sebuah kehidupan bahagia berkelangsungan hingga cucu cicit kita kelak.

6. Peri pentingnya, setiap seorang daripada kita hendaklah mengetahui bahawa, matlamat tertinggi kerajaan adalah untuk mendahulukan kebajikan seluruh rakyat, sebagai suatu urutan keutamaan yang telah menjadi wawasan nasional semenjak negara mencapai kemerdekaan. Dari itu, sebagai kerajaan yang merasai denyut nadi rakyat, lagi prihatin terhadap kegundahan serta resah gelisah warganya dan memahami kebimbangan mereka, kita sedar tentang fenomena kos kehidupan semakin meningkat sekaligus kita maklum terhadap harga bahan makanan yang semakin naik. Lantaran itu, kerajaan telah dan akan terus mengambil tindakan memperbaiki dan memperelok keadaan ini secara berperingkat serta menyeluruh demi kepentingan rakyat.

7. Pokoknya di sini, sekalipun fenomena kenaikan harga bahan makanan bersifat global, namun sebagai kerajaan bertanggungjawab kita tidak akan berpaling daripada menghadapi sebarang cabaran. Misalannya, sebagai langkah awal kita telah menjadikan matlamat menangani kos kehidupan yang semakin meningkat sebagai satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA yang terbaru. Satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang juga telah ditubuhkan dengan dipengerusikan sendiri oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri. Sememangnya, langkah-langkah ini membuktikan komitmen kerajaan bagi memastikan program yang bakal digubal serta dilaksanakan akan benar-benar mampu membantu rakyat.

8. Selain daripada itu, kerajaan akan meneruskan dasar memberi subsidi secara langsung atau tidak langsung. Ini terutamanya, subsidi bahan makanan yang terpilih seperti beras, minyak masak, tepung gandum dan gula. Begitu juga bahan bakar seperti Petrol RON95, Diesel dan LPG serta perkhidmatan kesihatan dan pendidikan. Akan tetapi, kita berhasrat melakukannya dengan lebih cermat dan bijaksana tanpa menjejaskan kesihatan fiskal negara dengan mendukung prinsip bahawa mereka yang lebih memerlukan dan berkelayakan akan didahului serta diutamakan.

9. Sehubungan itu, baru-baru ini saya telah mengumumkan beberapa inisiatif awal bagi membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung. Antaranya, Kedai Rakyat 1Malaysia di mana barang-barang keperluan berjenama 1Malaysia mampu dibeli dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran. Di Klinik-Klinik 1Malaysia pula rawatan asas boleh diperolehi dengan bayaran seringgit dan yang mutakhir melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau singkatannya KAR1SMA sejumlah 1.4 Bilion akan diperuntukan kepada lima ratus ribu warga emas, orang kelainan upaya, ibu tunggal serta balu polis atau tentera yang berkelayakan.

10. Sesungguhnya, usaha kerajaan tidak terhenti sekadar itu sahaja. Selanjutnya, insyaAllah melalui Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada awal Oktober nanti, saya akan mengumumkan pula langkah-langkah susulan bersifat lebih komprehensif bagi menangani masalah yang memberi kesan kepada isi keluarga yang berpendapatan rendah dan pertengahan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

11. Dalam syiar meriahnya perayaan dan besarnya jiwa kemerdekaan, saya menyeru kepada semua agar tidak sekali-kali melupakan pengorbanan, darah, keringat dan air mata bapa-bapa kita para pejuang kemerdekaan negara serta anggota pasukan keselamatan negara dari dahulu hingga sekarang. Beringatlah yakni semuanya tidak terjelma dengan berwenang-wenang ataupun kekal lestari jika bahtera keramat kemerdekaan Malaysia tercinta ini terbiar hanyut tidak dikemudi dengan tulus, tidak dihargai dan musnah tanpa dipelihara. Oleh yang demikian, kita dengan ini menolak dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang pernyataan dan usaha oleh mana-mana pihak yang ingin mempersenda atau memperlekeh pengorbanan mulia para wirawan dan wirawati negara serta keluarga mereka. Kita berasa kesal kerana mereka sebaliknya pula memperagungkan Parti Komunis Malaya yang anti Tuhan, anti agama dan anti Nasional.

12. Jadi, di atas segala-galanya, bagi memastikan apa yang terlimpah dan tercurah ke atas kita dan bumi Malaysia kekal berkesinambungan, maka perpaduan nasional perlu terus dibajai dan diperkukuhkan. Mudah-mudahan jua atas keinsafan ini makin tersepuh dan menebal semangat patriotisme dan kecintaan yang kukuh kepada pertiwi di setiap nubari kita.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

13. Bertolak dari situ, pada hemah saya, dua sambutan yang bersesekali ini sewajarnya membawa permaknaan dan pengertian yang mendalam tentang betapa besarnya kurniaan Ilahi kepada Malaysia yang makmur, bebas dari sebarang ketakutan dan kebimbangan terhadap keselamatan sama ada keselamatan diri kita mahupun keluarga disamping dapat meraikan hari-hari kebesaran sebegini dalam keadaan kecukupan dan kelimpahan.

14. Kata orang dulu-dulu, sempena hari baik bulan baik ditambah pula hembusan Merdeka, kita buanglah yang keruh, kita ambillah yang jernih. Di musim perayaan ini, marilah kita bersatu sebagai sebuah keluarga besar Malaysia supaya dapat menjadi contoh kerukunan hidup kepada seantero dunia.

15. Lantas, sempena bulan yang mulia dan semangat sambutan Hari Kebangsaan ini, ayuhlah kita terus menyemarakkan tradisi murni kunjung mengunjung dan mengadakan rumah terbuka. Seperti yang sering dinyatakan, bukalah pintu rumah dan pintu hati seluasnya dengan menjemput rakan-rakan berlainan kaum, kepercayaan dan agama ke rumah masing-masing. Di sinilah tergubah dan terlukisnya sebuah citra Malaysia yang kita damba-dambakan.

16. Akhir kata, saya dengan rasa kerendahan hati bagi pihak diri, isteri, anak-anak dan seisi keluarga mengambil kesempatan ini menyusun jari nan sepuluh memohon kemaafan zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang dilakukan. Turut dihulurkan salam istimewa Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia dimana jua Tuan-Tuan dan Puan-Puan berada. Semoga Tuhan sentiasa merahmati kita semua.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah hil Hamd.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54

Kami seluruh kepimpinan dan ahli UCBA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Semoga Allah swt menerima setiap ibadah kita pada bulan Ramadhan dan kedatangan Syawal adalah untuk meraikannya. Di bulan ini adalah dituntut untuk mengeratkan lagi silaturrahim yang semakin rapuh dan juga dituntut untuk bermaaf-maafan. Oleh itu kami menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas segala kekhilafan kepada semua rakyat Malaysia. Hajat kami adalah hanya untuk menyampaikan permasalahan dan bukan bertujuan yang lain.

Kami juga mengucapkan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 kepada semua rakyat Malaysia. Sebagai rakyat di bumi bertuah ini kita perlu bersyukur atas nikmat kemerdekaan ini dan berterima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu. Kalau bukan kerana darah satria pejuang kita terdahulu yang mengalir dibumi ini, kita tidak akan aman dan damai dan mungkin kita masih dijajah. Budimu dan jasamu tidak dapat dibayar dan kami hanya mampu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga pejuang-pejuang kemerdekaan ini. Semoga kita semua menjadi orang yang bersyukur dan berterima kasih. Akhir kata....



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
DAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54



-ikhlas dari kami Jentera UMNO Cawangan Bukit Ampang

Monday, August 22, 2011

Setelah tertangguh beberapa kali

Anwar dakwa kesnya satu konspirasi
22/08/2011 1:09pm

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Pada penghujung kenyataan sebanyak 32 mukasurat dari kandang tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menyalahkan tindakan-tindakan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah sebagai 'menindas haknya dalam mendapatkan perbicaraan yang adil' dan mendakwa perbicaraan kesnya sebagai satu konspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha memasukkannya ke dalam penjara semula. - Utusan

Anwar bangkitkan isu pemecatannya semasa baca keterangan

22/08/2011 10:57am

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membacakan keterangannya kembali membangkitkan insiden dia dipecat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum didakwa dan dipenjara selama 15 tahun atas tuduhan liwat pada 1998.

Tertuduh yang memberi keterangan dari kandang salah turut membangkitkan isu konspirasi dan menyalahkan Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraannya, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang didakwanya tidak menjalankan tugasnya dengan adil.

Anwar turut membandingkan tindakan Hakim Mohamad Zabidin yang tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pihak-pihak yang dikatakan memprejudiskan pembelaannya dengan Hakim Akhtar Tahir yang sedang mendengar kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi. - Utusan

Sunday, August 21, 2011

Apakah kesannya terhadap kerajaan dari segi politik dan ekonomi??

Sebagai menyahut rintihan segelintir rakyat terhadap apa yang mereka fikirkan tidak adil, kami sertakan sebuah artikel dibawah berkenaan rintihan salah seorang pelanggan bank terhadap polisi perbankan dan kewangan dalam negara yang meninggalkan kesan negatif yang amat mendalam terhadap mereka khususnya golongan yang tidak berkemampuan terhadap kerajaan. Bayangkan sekiranya ianya terjadi kepada 10,000 orang pelanggan seluruh negara.

Mungkin dari perspektif golongan yang berkemampuan melihat artikel dibawah ini dan polisi yang dilaksanakan ini perlu tetapi dari perspektif golongan yang tidak berkemampuan mereka melihat polisi ini satu bebanan dan bertujuan hanya untuk membantu bank-bank tempatan dan tidak memberi perhatian terhadap bebanan kos sara hidup mereka.

Mereka berpandangan kerajaan perlu peka samada ingin membantu mereka ataupun bank-bank tempatan yang hanya mementingkan keuntungan bagi meraih dividen terhadap pemegang saham bank tersebut. Memang benar hutang perlu dibayar tetapi bagi mereka pihak bank selalunya tidak memahami situasi mereka yang kadangkala memberi tekanan sehingga meninggalkan kesan negatif yang amat mendalam terhadap kerajaan.

Kadangkala segelintir bank tempatan hanya memikirkan bagaimana untuk mendapatkan semula hutang dengan kadar yang segera sedangkan mereka lupa untuk memikirkan keadaan pelanggan yang memberi keutamaan kepada hutang-hutang yang lain.

Persoalannya apakah rasionalnya menyita akaun pada musim menjelang perayaan?....hanya sekadar menyampaikan rintihan mereka.....

Maybank is Worst Bank Ever!

If you’re using Maybank, it’s time to opt out. Here’s the thing.

17th August – Credit Card payment due. Since no payment was made, they blocked my account. That includes any transaction through Maybank2u. And I wasn’t aware of this until pay day. The amount I owe is RM 907, minimum payment RM 130.

19th August – Salary pumps in. I wanted to settle my loans, debts and everything that is on top of my head. Then I realised my account was blocked. Called Maybank remedial service, staff not in. It’s only 4.35 pm and they put me on machine. Everyone went home I guessed. So I called the next day.

20th August – Called them after Friday prayer. Was greeted warmly and explained my situation, that my savings is blocked and I can’t do anything. I asked them whether they can contra that from savings. They can, but they wanted the full amount of RM900.

That’s is a total BULLSHIT! All this while, I can ask them to immediately contra my account for minimum payment. Now they want full!!

I explained to the lady, it’s going to be Raya soon, and I need that money to do my shoppings, food for September, fuel etc. And guess what she said, no. WHAT AN IDIOT. HOW AM GOING TO LIVE TILL NEXT MONTH? DARN IT MAYBANK!

Well, to some extend, I understand that I owe them money but that’s a service. They are gaining from me from interest, late payment charges and other charges. Why can’t you just accept the minimum amount? I’ll pay accordingly later on! WHYY? WHYY ARE YOU SO THICK HEADED?

My car loan is RM 700, fuel to go to work plus highway, close RM700 as well. Lunch money for the whole month, RM 250. Minus other installment as well, I’m dead. At the end of the day that RM900 is going to be used for fuel and lunch money, which I plan to cut and use for raya shopping.

Fine, I’ll just submit unwillingly to Maybank and pay RM900 full amount. They told me, I’ll be able to use my account again by evening. At 4.23 pm I called in to check my status. No one is in! MY ACCOUNT IS BLOCKED OVER THE WEEKEND! HOW MORE SCREWED CAN I BE ?!

Since everything else (other credit card, loans) is due on 21st, which means to say, I’ll be imposed with late payment fees! SERIOUS SHIT. DON’T MAYBANK PEOPLE HAVE MIND TO THINK WITH? Understand the burden that I’ll be facing. Come on, there’s always a way to override it. Don’t make things worst. Have some decency please, it’s close to Raya, let me give out some duit raya this year.

After this shit, I’m withdrawing all my money and putting it elsewhere. It’s never a good idea to put all in one basket. MAYBANK REMEDIAL SERVICE really have to take a toll on this. HAVE SOME DECENCY LAH, UNDERSTAND YOUR CLIENT. After all, I’m trusting you my money here, that’s all a man is really worth (on this life).

ps: It’s not the first time they blocked my account. It happened before.

sumber : http://www.noktahhitam.com/maybank-is-worst-bank-ever.html


Tuesday, August 2, 2011

Perutusan Perdana Menteri Sempena Ramadhan Al-Mubarak

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Saudara dan saudari sekalian,

1. Salam Ramadhan saya hulurkan kepada semua umat Islam dan semoga Allah mempermudahkan serta menyempurnakan Ramadhan tahun ini tanpa sebarang halangan. Sesungguhnya, Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa kerana ia adalah satu-satunya bulan yang disebutkan namanya secara khusus di dalam al-Quran. Menambahkan lagi kemuliaannya, Allah SWT telah mengikat bulan ini dengan Rukun Islam yang ketiga, yakni ibadah puasa. Ramadhan benar-benar salah satu daripada syiar-syiar agung agama Islam. Sambutan dan penghormatan kita kepada Ramadhan adalah tanda ketakwaan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 32 yang bermaksud :-

“Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati orang mukmin.”

2. Justeru, kehadiran Ramadhan al-Mubarak ini, merupakan satu rahmat besar yang telah disediakan oleh Allah SWT sebagai satu medan untuk kita semua membina kualiti keimanan dan ketakwaan. Sememangnya, Ramadhan akan kita hiasi siang dan malamnya dengan segala rupa bentuk ibadah dan amalan soleh seperti berpuasa, bertarawih, bertadarus dan mentilawahkan al-Quran, berzikir dan bermunajat. Sudah tentu, antara hikmah segala ibadah ini ialah untuk membangunkan segala sifat dan kualiti terpuji di dalam diri kita.

3. Hakikatnya, bulan ini menggalakkan kita untuk saling bersedekah dan berkongsi juadah. Bulan di mana kita menzahirkan keprihatinan kita kepada jiran dan handai taulan kita tanpa mengira batas kaum dan agama. Inilah masanya juga kita sama-sama berdiri di dalam satu saf untuk solat berjemaah dan bertarawih. Bulan ini juga menganjurkan kita mengukuhkan tali persaudaraan dan perpaduan sesama kita. Pendek kata, suntikan perasaan kerahmatan ini amat sesuai untuk membugarkan Gagasan 1Malaysia. Malah ianya membentuk konsep ‘Penerimaan’ sepenuhnya di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

4. Saya ingin mengingatkan agar kita tidak melakukan pembaziran dan berbelanjalah secara berhemah pada bulan ini, sesuai dengan semangat yang dianjurkan oleh Ramadhan. Menepati semangat Ramadhan ini juga, maka bagi mengutamakan kebajikan dan membantu meringankan beban rakyat, kerajaan telah menambahkan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu memerangi kos kehidupan yang kian meningkat.

5 Mengakhiri perutusan, bersamalah kita melaksanakan transformasi minda dan jiwa agar Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan yang sekadar rutinan semata-mata. Bahkan inilah Ramadhan yang akan meningkatkan dan mengubah kehidupan kita selepas ini dengan menjadi hambaNya yang lebih hebat takwanya berbanding sebelumnya.

6. Dengan ini, saya dan seisi keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di negara ini disamping mensyukuri nikmat kemerdekaan yang kita kecapi. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan Ramadhan ini dengan segala amal kebajikan dan ibadah. Semoga Allah SWT melimpahkan kepada kita dengan seribu rahmatNya. Amin Ya Rabbal-‘Alamin.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


-YAB DATO' SERI NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK