Tuesday, June 24, 2008

Paradoks Kenaikan Harga Minyak

Reaksi kebanyakan negara terhadap kenaikan harga minyak lebih terarah kepada cara bagaimana untuk menghadapinya. Bukan cara menghapuskannya. Dalam erti kata lain, reaksi dunia adalah tertumpu kepada cara untuk “mengubati” simptom penyakit kenaikan harga minyak. Bukan cara untuk menghapuskan virus atau kuman bakteria penyebabnya. Tiada kepastian bahawa harga minyak akan turun. Selagi tiada langkah affirmative diambil untuk menghapuskan ketidaktentuan harga minyak yang dihadapi oleh generasi dunia sekarang ini, selagi itulah ia juga pasti akan dihadapi juga oleh generasi akan datang. Sungguh, situasi ini bagai tiada penghujungnya. Warga dunia akan terus bergelut menangani kesan rantaian kenaikan harga minyak seperti kenaikan kadar inflasi berterusan dan pengangguran. Akan lebih ramai orang yang menjadi miskin. Akan lebih sedikit orang yang menjadi kaya. Jurang ekonomi akan terus meluas.

Langkah kebanyakan kerajaan seluruh dunia yang menggalakkan rakyatnya supaya, antara lainnya, berjimat cermat dalam menangani kesan kenaikah harga minyak, tidak semestinya mencerminkan satu tindakan yang tepat. Asasnya, langkah mengurangkan perbelanjaan akan mengecutkan kitaran wang dalam pasaran. Kekurangan kegiatan pembelian akan merencatkan kegiatan ekonomi. Pengurangan kegiatan ekonomi akan membawa kepada pengurangan pelaburan dan pengecilan saiz hasil dan pendapatan sesebuah negara. Bukanlah ini bermakna bahawa polisi penggalakan berjimat cermat itu mesti ditentang, tetapi walau apa cara sekalipun, perbelanjaan mesti terus digalakkan. Jika tidak, ekonomi bakal menguncup, pendapatan rakyat akan berkurangan, banyak hutang tidak dapat dijelaskan dan banyak perniagaan akan tutup.

Spekulator dan Pembekal Minyak

Umumnya, ada empat golongan yang mahukan agar situasi kenaikan harga minyak ini kekal berterusan; (1) pembekal (2) penjual (3) orang tengah dan (4) spekulator. Ini adalah kerana keuntungan hasil perdagangan minyak mereka berlipat kali ganda dalam tempoh yang sangat singkat. Keadaan sekarang memberikan golongan ini satu bentuk kelebihan yang nyata dan bukan tiruan. Keuntungan mereka adalah konkrit dan berterusan. Satu situasi yang nyata (real)dan pasti seperti inilah yang hendak dikekalkan selama mungkin oleh golongan ini.

Lalu, apa pula yang harus dilakukan? Pendapat Encik Idris Jala dalam satu pertemuan industri penerbangan baru-baru ini wajar diberi perhatian. Beliau percaya bahawa; (1) kenaikan berterusan harga minyak adalah disebabkan kegiatan dagangan hadapan atau future trades yang didalangi spekulator dan (2) harga minyak sepatutnya berada pada USD 40 setong. Juga harus diberi perhatian adalah pendapat sesetengah negara ahli pengeluar minyak (OPEC) dan penganalisa pasaran bahawa; (1) pengeluaran minyak adalah berada pada tahap maksimum (2) bekalan minyak adalah mencukupi dan (3) tiada kekurangan dalam kitaran kepenggunaan minyak.

Mungkin untuk melihat seketika ke belakang dapat membantu menghasilkan idea yang baik untuk menghadapi krisis ekonomi ketika ini. Krisis kewangan Asia 1997 dan krisis kenaikan harga minyak kebelakangan ini boleh jadi langsung tidak mempunyai persamaan. Tetapi antara sebab musabab terjadinya krisis-krisis ini adalah hampir serupa. Kedua-duanya disebabkan oleh spekulator. Kedua-duanya menyebabkan masalah politik, ekonomi dan sosial yang teruk. Perbezaannya sekarang ialah skop tindakan yang boleh di ambil oleh negara-negara yang terjejas - secara relatifnya - adalah terbatas. Contohnya, dalam menangani krisis ekonomi 1997, Malaysia boleh mengikat nilai ringgitnya kerana ia boleh dan ia berhak. Namun dalam menangani krisis harga minyak sekarang, siapakah yang layak, berhak dan mampu untuk mengikat harga komoditi ini?

Krisis ekonomi Asia 1997, antara lain, menyerlahkan perbezaan ketara antara masalah kecairan dan kebankrapan (illiquidity and insolvency). Malaysia, antara negara yang terjejas teruk, tahu ia bukan sebuah negara yang bankrap. Justeru, tindakan pemulihannya adalah berlandaskan kepada penumpuan usaha untuk mengatasi masalah kecairannya. Dan ia terbukti tepat. Dunia akur, di kala tindakan Malaysia itu dicop sebagai songsang, akhirnya ia dapat membawa Malaysia keluar daripada krisis ekonomi tersebut. Di dalam situasi sekarang, kenaikan harga minyak tidak semestinya akan menjadikan sesebuah ekonomi menjadi bankrap yang membawa kepada pembekuan aset dan sumber. Ia juga tidak semestinya menjadi punca utama kepada masalah kecairan yang merencatkan penjanaan sesebuah ekonomi. Justeru, analisa mendalam dan tepat tentang teras punca masalah krisis ekonomi sekarang dan langkah penyelesaiannya adalah sangat perlu.

Kenaikan Artificial Harga Minyak

Hakikatnya, kenaikan harga minyak adalah bersifat artificial atau tiruan kerana ia tidak mencerminkan apa yang dikatakan oleh negara OPEC. Justeru, tindakan susulan kebanyakan negara dunia yang terjejas kerana kenaikan harga minyak dan kesan rantaiannya adalah juga satu jenis tindakan tiruan atau artificial. Reaksi tiruan inilah yang menghasilkan tindakan panik negara-negara seluruh dunia untuk mendapatkan bekalan minyak yang pada dasarnya didagangkan seperti konsep lelongan di mana pembida tertinggi akan mendapat bekalan pada kuantiti yang dimahukan.

Harga yang dibayar oleh pembida tertinggi ini, pada hakikatnya, juga adalah harga tiruan. Logiknya, segala kemelut politik dan ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat dunia sejagat juga sebenarnya adalah masalah tiruan. Masyarakat dunia sedang berhadapan dengan satu situasi palsu yang sengaja direka cipta. Inilah yang menjurus kepada apa yang dipanggil paranoid - satu bentuk ketakutan keterlaluan terhadap sesuatu yang palsu atau tidak wujud. Paranoid kekurangan bekalan minyak inilah yang menderitakan ramai manusia.

-Pemikir Emas Hitam

Sunday, June 15, 2008

Apakah Benar??

Petikan Blog Anwar Ibrahim

Minum Petang Bersama Karel De Gucht


image0061.jpg

Petang tadi saya ditemani YB Sivarasah menemui Menteri Luar Belgium Karel De Gucht di kediaman rasmi Duta Belgium ke Malaysia.

Kami membincangkan keputusan referendum Ireland dan kesannya ke atas Kesatuan Eropah (EU), prospek pelaburan Belgium ke Malaysia, masalah harga minyak, agenda Kerajaan Pakatan Rakyat dan dialog agama.

Persoalannya sekarang Mengapa Belgium yang lebih maju dari Malaysia boleh meminta pandangan dan justeru membincangkan keputusan referendum Ireland dan kesannya ke atas Kesatuan Eropah bersama Anwar?Siapakah Anwar dimata mereka dan benarkah Anwar berbincang tentang perkara yang disebutkan seperti pelaburan ke Malaysia dan harga minyak atau perkara yang lain?Fikirkanlah....Jangan hanya membuta tuli mempercayai pengkhianat ini?Jika benar Apakah status kedudukannya pada hari ini sehingga boleh membincangkan isu antarabangsa bersama Belgium?

Sunday, June 8, 2008

PR cuba Divert Intention Rakyat kerana gagal laksana manifesto

Sekali lagi Pakatan Rakyat cuba untuk memainkan peranannya sebagai Penipu Rakyat (PR) kerana mereka mendakwa mereka boleh menurunkan harga minyak.

Kalau kita ingat kembali, Apakah mereka telah lupa banyak janji yang mereka taburkan yang tak dapat dilaksanakan hingga kini?Mengapa mesti menaburkan janji lagi kepada rakyat yang tentunya tidak dapat dilaksanakan?Apakah ini dasar Pakatan Rakyat?Janji kemudian fikir.

Sememangnya kita mengetahui harga minyak naik adalah disebabkan kenaikan harga minyak dunia.Walau pun kita mempunyai satu entiti syarikat Negara iaitu Petronas Tidakkah kita terfikir Petronas juga mempunyai kos yang tinggi untuk menampung kesemua subsidi negara.

"Pakatan Rakyat mempunyai kerangka yang jelas serta mengikut lunas undang-undang seterusnya mampu menarik minat pelabur asing untuk terus melabur di negara kita," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.-Petikan Harakah daily.

Secara tak langsung kita harus berfikir siapakah pelabur yang ingin melabur di negara kita semata-mata untuk mengurangkan kenaikan harga minyak sedangkan di Negara Amerika Syarikat sendiri tidak mampu untuk menurunkannya.Apakah ianya sahabat karib Anwar seperti artikel The TRUTH OF Anwar Ibrahim di web www.umnobktampg.net yang sanggup mengorbankan hartanya untuk menolong Malaysia sedangkan mempunyai tujuan yang tertentu?

Sebagai rakyat kita harus berfikir dan jangan terus percaya apa yang dikatakan oleh Pakatan Rakyat ini. Mereka cuma ingin divert intension rakyat kerana tidak mampu untuk melaksanakan manifestonya.

Apakah kita terfikir sedangkan harga air pun susah untuk mereka turunkan inikan harga minyak?MAMPUKAH MEREKA?Lihatlah contoh negeri yang mereka perintah sekarang tidak ada satu apa pun yang mereka lakukan untuk kemajuan rakyat.Jangan cakap sahaja pandai kerja tak buat.

-Pemikir UMNO