Thursday, October 9, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Ucapan Ketua UMNO Cawangan Bukit Ampang

Saya dengan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan kepada semua ahli UMNO khasnya diperingkat Cawangan Bukit Ampang tidak kira pemuda, puteri dan wanita dan AJK Cawangan sepanjang perkhidmatan saya sempena sambutan Hari yang mulia ini.Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang banyak membantu saya tidak kira diperingkat pusat, perhubungan dan bahagian dan khususnya kepada semua ahli UMNO dan AJK di peringkat cawangan dan kepada Wanita, pemuda dan puteri yang saya kasihi.Moga-moga kita dapat merapatkan lagi silaturrahim kita demi perjuangan yang kita mesti laksanakan.

Ucapan Ketua Wanita UMNO Cawangan Bukit Ampang

Maaf dipinta dari saya kepada semua yang mengenali saya sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini.Moga-moga wanita pada hari ini dapat mencorak yang terbaik untuk wanita pada masa hadapan.Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua ahli dan kawan yang bersama saya dalam menjayakan agenda wanita diperingkat UMNO cawangan.

Ucapan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bukit Ampang

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada sahabat seperjuangan saya diperingkat pusat,perhubungan dan bahagian serta semua ajk dan ahli UMNO cawangan yang bersama berjuang demi UMNO di peringkat cawangan.Mohon maaf dipinta jika ada terkasar bahasa dan kesilapan sepanjang perkhidmatan saya.Diharap kekuatan pemuda diberkati di bulan yang mulia ini.

Ucapan AJK Cawangan

Kami Peringkat Cawangan ingin memohon Maaf Zahir dan Batin keatas segala salah dan silap kami sepanjang perkhidmatan kami sebagai AJK Cawangan Bukit Ampang.Kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli dan kepimpinan tertinggi yang banyak memberi didikan dan semangat demi untuk membantu bangsa melayu di peringkat UMNO cawangan.Semoga kita dapat berusaha dengan lebih kuat lagi untuk pilihanraya yang akan datang.Semoga Allah memberkati kita dalam perjuangan UMNO ini.

No comments: