18 Mei 2009, Keputusan Barisan Kepimpinan BN telah menetapkan tidak akan meletakkan calon di PRK Penanti adalah sesuatu keputusan yang bijak dan bernas bagi sesiapa yang berfikiran panjang dan matang. Sebagai rakyat kita harus memahami mengapa Barisan Nasional mengambil keputusan sedemikian sedangkan BN adalah sebuah parti kerajaan pusat dan tidak mungkin BN akan gentar untuk bertanding.
Keputusan ini dibuat setelah kepimpinan Barisan Nasional telah berfikir panjang dan merasakan pilihanraya ini adalah permainan politik pembangkang.Pilihanraya Penanti ini bukanlah apa yang diinginkan oleh rakyat tetapi adalah sesuatu yang diinginkan pihak pembangkang untuk menukar wakil rakyatnya yang telah tercemar.Ini kerana dalam manifestonya pada pilihanraya ke12 yang lalu, salah satu isinya adalah untuk memastikan setiap pemimpin mereka bersih dari amalan rasuah. Apa yang terjadi kepada bekas wakil rakyat mereka di Penanti amatlah memalukan dan tersasar dari manifestonya dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk membuat pilihanraya semula dengan tidak mengendahkan susahnya rakyat untuk memberi komitmen pada pilihanraya tersebut.Dengan demikian maka benarlah kenyataan PM kita Dato Seri Najib Tun Razak yang mengatakan ini semua adalah permainan politik mereka.
Justeru itu kita dapat melihat bahawa pilihanraya ini adalah untuk kepentingan politik pembangkang kerana mereka mahu membersihkan nama mereka melalui satu proses yang dinamakan pilihanraya tanpa memikirkan betapa susahnya rakyat yang telah menjangkau usia yang ingin menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi beberapa kali di sana.
Ini adalah satu pembaziran yang amat ketara dan nyata bagi sesiapa yang mampu berfikir secara logik dan panjang. Jika kita fikirkan dengan lebih mendalam parti pembangkang ini seperti telah giler meroyan untuk berpilihanraya atau boleh dipanggil sebagai POLITIK MEROYAN.Tujuan sebenar pembangkang adalah untuk divert intension atau mengalihkan tumpuan rakyat supaya tidak memberi tumpuan kepada kelemahan mereka.Mereka mengetahui bahawa tiada apa kemajuan yang dibuat di bawah kerajaan pimpinannya dari mereka mula memerintah sehingga sekarang dan untuk menutup kelemahan itu mereka mencari satu jalan atau isu untuk mengaburi persepsi buruk rakyat terhadapnya.Apakah kita tidak terfikir betapa besarnya penipuan ini?
Sebagai rakyat persepsi kita terhadap kerajaan pusat haruslah positif kerana jika kita berfikiran waras dan tenang serta berfikir bahawa ianya tidak masuk akal atau tidak munasabah dan tidak mungkin kerajaan pusat mengambil sikap tidak akan bertanding di sesuatu tempat yang kekosongan dan jika kerajaan pusat membuat keputusan demikian maka pastilah kerajaan pusat mempunyai asas dan alasan yang kukuh demi kepentingan agama bangsa dan negara.
Fikiran dan persepsi yang negatif selalunya ditanamkan di dalam jiwa rakyat oleh pihak pembangkang sehingga kadang-kadang kita terlupa untuk mencari penjelasan dan persepsi yang berasaskan positifnya.Di dalam Alquran juga menyebut Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya.Kita tidak akan mengubah persepsi negatif kita kepada positif melainkan kita yang berusaha untuk mencari dan mengubahnya.
Fikirkanlah....
-wakil Penanti-
The King and U
-
*The King and U-Mobile and the tale of two brave Hassans*
Kuala Lumpur, Nov 22: The vocal YB Hassan Karim was called up by his own
party’s disciplinary c...
4 days ago
2 comments:
Dah sah dah Bee End takut kalah tapi x nak mengaku..buatlah macam-macam alasan untuk cover "takut" dia macam la org x tau
Idup Bee End [ itupun kalau idup -
sbb org mati aje yg x melawan] heheheheheh..
kita takut kat tuhan jer cik anonymus oiii..hang pi tanyalah kat saudara penasihat tuhh dia pening ker x?? duit dah kuar banyak nak bertanding ngan bn last-last lawan ngan bebas..selagi tuhan tidak izinkan BN mati janganlah cik anonymus yang nak melebihi tuhan pulak.kita tunggu jerlah..salam
Post a Comment