Objektif dan asas tujuan penubuhan UMNO di dalam perlembagaannya adalah seperti berikut:
FASAL 3
ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
| 3.1 | Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. |
| 3.2 | Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan. |
| 3.3 | Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama. |
| 3.4 | Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya. |
| 3.5 | Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu. |
| 3.6 | Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.
|
Jelas, nyata dan terang pada fasal 3.3 telah menyatakan bahawa asas dan tujuan UMNO adalah untuk menegakkan, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan agama. Bagaimana UMNO melaksanakan asas tujuan ini?
Jawapannya adalah melalui pendekatan yang berbeza sama sekali dengan parti Islam yang lain. UMNO tidak pernah menggunakan pendekatan 'Islam ekstrim' dalam mempertahankan dan memperjuangkan agama Islam di dalam negara. Banyak pendekatan yang diambil semuanya berlandaskan 'Islam berhikmah' melalui pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kemurnian perjuangan Islam dalam UMNO tidak pernah diwar-warkan kerana khuatir agama Islam itu sendiri akan dipersalahkan sekiranya terdapat kesilapan dalam pelaksanaan sesuatu perkara. Dalam waktu yang sama UMNO tetap menghormati kebebasan agama lain. Ianya benar-benar seperti dalam Al-Quran yang menyebut 'bagimu agamamu dan bagiku agamaku'. Banyak lagi perkara yang boleh dikaitkan tetapi cukuplah sekadar ini sahaja kerana keilkhlasan dalam memperjuangkan agama itu lebih penting dari mewar-warkannya.
Kesimpulannya ternyata bahawa parti UMNO adalah parti yang memperjuangkan Islam. Cuma cara dan pendekatan yang digunapakai adalah berbeza semata-mata untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan dalam negara. Walhal Islam itu sendiri bermakna sejahtera. Percayalah wahai saudaraku UMNO tetap akan mempertahankan Melayu dan Islam kerana wadah perjuangan tidak pernah tersasar dari landasan agama.
Ini berbeza dengan PAS yang kini kelihatan terlalu liberal sehinggakan pada muktamarnya yang lepas pun tidak pernah membincangkan tentang hal agama kerana mereka kuatir akan disergah oleh rakan DAP yang mereka sayangi. Mereka lebih mengutamakan umat lain dari saudara seIslam mereka. Mungkin pendekatan Islam mereka sebegini rupa. Wallahu aalam. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.
Fikir-fikirkanlah.....
-saudara seislam.
No comments:
Post a Comment