KUALA LUMPUR 22 Ogos - Pada penghujung kenyataan sebanyak 32 mukasurat dari kandang tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menyalahkan tindakan-tindakan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah sebagai 'menindas haknya dalam mendapatkan perbicaraan yang adil' dan mendakwa perbicaraan kesnya sebagai satu konspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha memasukkannya ke dalam penjara semula. - Utusan
Anwar bangkitkan isu pemecatannya semasa baca keterangan
KUALA LUMPUR 22 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membacakan keterangannya kembali membangkitkan insiden dia dipecat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum didakwa dan dipenjara selama 15 tahun atas tuduhan liwat pada 1998.
Tertuduh yang memberi keterangan dari kandang salah turut membangkitkan isu konspirasi dan menyalahkan Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraannya, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang didakwanya tidak menjalankan tugasnya dengan adil.
Anwar turut membandingkan tindakan Hakim Mohamad Zabidin yang tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pihak-pihak yang dikatakan memprejudiskan pembelaannya dengan Hakim Akhtar Tahir yang sedang mendengar kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi. - Utusan
No comments:
Post a Comment