Oppa Khalid buat tarian lagi! Yeah! Sebenarnya Keris dah agak yang Khalid akan raih simpati dengan kata ini semua salah Syabas. Tetapi apa yang kantoikan Oppa Khalid adalah kenyataan mana yang Syabas salahkan Kerajaan Negeri Selangor?
Op Op Op Oppa Khalid style! Menari twist bukan main tetapi terkantoi jua. Syabas hanya keluarkan kenyataan mengatakan masalah air berlaku kerana pam rosak, tak langsung salahkan kerajaan negeri Selangor.
Ini semua adalah konspirasi Khalid Ibrahim yang mahu menutup kelemahan pentadbirannya sendiri. Konsert Oppa beliau nampaknya gagal lagi!
Dia kata sejak 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik Kerajaan Negeri Selangor diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh SYABAS termasuklah Rumah Pam Wangsa Maju.
Maka semua kerja selanggara aset-aset adalah tanggungjawab Syabas. Oppa Khalid sebenarnya lupa dengan dokmen dibawah ini :
Jadi kalau pinjaman CAPEX dibekukan, Syabas nak bayar pakai bulu ketiak ke masa nak buat kerja seperti penambahbaikan kepada pam yang berkapasiti tinggi? Sebab itu Keris rasa yang Khalid memang akan salahkan Syabas.
Sebab daripada mula-mula jadi penjajah Selangor, dia dan rakan-rakan Pakatan berusaha untuk sabotaj usaha-usaha Syabas. Bagi susah Syabas nak buat kerja dan mudah mereka menyalahkan Syabas.
Biarpun sebenarnya salah Khalid sendiri yang degil dan tampak membohong kepada rakyat bab air.
Tak habis-habis kata air cukup. Bila Syabas kata air semakin berkurangan, terus guna LUAS untuk tipu rakyat kata air cukup.
Pada mulanya menggelabah juga Khalid bila tahu masalah air berlaku, sebab itu kawasan dia sendiri takde air pun dia buat dono je. Sekarang dia menari Oppa Khalid Style pula untuk tutup kesilapan sendiri.
Kerana Khalid yang tak mahu bina Loji Rawatan Air Langat 2, tak mahu luluskan pinjaman CAPEX Syabas, tak mahu dengar saranan pakar air, rakyat yang menderita kerana terbantut kerja-kerja seharian mereka apabila air tiada.
Ramai yang tahu bahawa Khalid hanya retorik dalam mengatasi isu krisis air di Selangor. Kini setelah rakyat sengsara diatas kebodohannya sendiri, dia seolah-olah lepas tangan dan menjadikan Syabas sebagai kambing hitam melalui tarian Oppa Khalid Style!
Bijak kan permainan duniawi politik Khalid yang sinonim dengan modus operandi pembangkang? Kalau bab cari salah orang lain memang no satu! Bila salah diri sendiri, mereka akan tuding jari kepada orang lain untuk tutup kelemahan mereka.
Tapi pada Keris, rakyat Selangor tidak bodoh seperti yang disangka pembangkang. Mereka telah sedar setelah Khalid gagal dalam banyak perkara. Ini adalah antara komen kepada artikel Keris yang berkaitan dengan masalah air yang melibatkan kawasan Bandar Tun Razak [Klik Sini]
Sumber asal : http://keris7lok.blogspot.com/2013/01/syabas-dijadikan-kambing-hitam-oppa.html
No comments:
Post a Comment