KUALA LUMPUR, 10 Mei – Sambutan ulang tahun UMNO ke-67 akan diadakan dengan penuh kesyukuran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dimulakan dengan solat Maghrib di Surau Ar-Rahman diikuti oleh bacaan surah Yassin, tahlil dan doa kesyukuran serta solat Isyak pada esok (11 Mei).
Majlis yang bertemakan ‘67 Tahun Menepati Janji’ tersebut akan dihadiri oleh para pemimpin tertinggi UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan ahli-ahli UMNO.
Berlangsung seterusnya ialah upacara menaikkan bendera ‘Sang Saka Bangsa’ yang akan diiringi oleh lagu ‘Bersatu Bersetia Berkhidmat’ di Dewan Merdeka sebelum amanat daripada Presiden parti.
Dalam masa yang sama, setiap UMNO Bahagian juga diminta untuk mengadakan Majlis Doa Selamat dan Tahlil sempenan Hari UMNO ke 67 selain mengibarkan bendera parti.
Berikut adalah atur cara Hari UMNO yang akan diadakan di PWTC:
6.45 ptg: Ketibaan jemputan
6.50 ptg: Ketibaan Ahli Majlis Tertinggi
7.10 ptg: Ketibaan Timbalan Presiden Parti
7.15 ptg: Ketibaan Presiden Parti
SOLAT DI SURAU AR-RAHMAN, ARAS 3
7.20 mlm: Solat Maghrib, bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran
8.32 mlm: Solat Isyak
DEWAN MERDEKA, ARAS 4
8.40 mlm: Ketibaan Jemputan dari Parti-parti Kompenan BN
8.50 mlm: Upacara menaikkan bendera UMNO diiringi Nyanyian Lagu UMNO
No comments:
Post a Comment