Monday, December 29, 2008
Selamat Menyambut Tahun Baru Islam, Ma'al Hijrah 1430
-UCBA
Tuesday, December 16, 2008
FAKTA vs RETORIK
Dari penelitian peribadi, Parti yang memperjuangkan hak yang hanya berlandaskan Fakta adalah UMNO.Selain dari itu hanya memperjuangkan berlandaskan retorik dan fakta yang sebenarnya disembunyikan iaitu matlamat yang akhir.Contohnya perjuangan PKR yang menyatakan perjuangannya berlandaskan keadilan sehingga sanggup untuk melukai jiwa bangsa melayu tetapi matlamat sebenar adalah untuk kepentingan peribadinya iaitu mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri.PAS kononnya memperjuangkan islam tetapi matlamat akhirnya hanya untuk kuasa ini terbukti dengan kenyataan salah seorang mereka untuk membuka keahliannya kepada kaum lain.
Yang menjadi persoalannya mengapa kita sebagai rakyat tidak cuba untuk mencari fakta yang sebenar selepas kita mendengar retorik yang diwar-warkan.Apakah dengan hanya retorik sahaja sudah cukup untuk kita mempercayainya?.Contohnya adalah seperti kita dapat melihat sebuah cawan yang berada di atas meja tetapi tidak dapat melihat adanya air di dalamnya.Sebelum mengetahui adanya air di dalamnya ramai yang bertelagah pendapat dan mengeluarkan fatwa sebelum pergi melihat sendiri air tersebut dan akhirnya terbukti tiadanya air di dalam cawan tersebut.Kemudian mereka yang bertelagah dan yang ingin menegakkan pendapatnya yang sebenar merasa rugi kerana yang ditelagah adalah berlandaskan retorik yang mengatakan cawan tersebut adanya air.
Apakah pendidikan yang diberi selama 50 tahun merdeka oleh kerajaan Barisan Nasional mendidik rakyat supaya tidak menganalisa sesuatu perkara itu sama ada ianya sahih ataupun tidak.Apakah dengan retorik semata-mata ianya dianggap sahih?.Apakah kita tidak terfikir orang yang menyampaikan retorik tersebut tidak mempunyai agendanya tersendiri?.Apakah Agendanya?.Dimanakah Faktanya?. Inilah persoalan yang seharusnya timbul di minda generasi muda yang menganggap mereka berpendidikan tinggi tetapi tidak menggunakan apa yang dipelajarinya seperti saya pada dahulunya?
Marilah kita berfikiran rasional dalam membuat sesuatu keputusan.Bercakap mestilah berlandaskan Fakta yang benar.Ianya diamalkan oleh mantan perdana menteri kita Tun Dr Mahathir Muhammad dan akhirnya dia Berjaya membawa Malaysia ke persada dunia.Apakah kita tidak mempunyai matlamat untuk mencontohinya atau hanya berfikiran untuk melepaskan geram kerana mendengar retorik dari orang lain.
Yang manakah lebih bermakna FAKTA ataupun RETORIK?.
-Pemuda Kecewa
Thursday, November 27, 2008
Pakej Stimulus Ekonomi Kerajaan; Pakej Mesra Rakyat
Pakej rangsangan ekonomi Malaysia berjumlah RM7 bilion yang diumumkan YAB Timbalan Perdana Menteri pada 4 November 2008 disedia dan diberi input oleh ahli ekonomi. Bukan akauntan. Rakyat Malaysia tidak perlu risau daripada mana dana tersebut datang. Yang mustahak sekarang ialah bagaimana ia boleh disampai, dinikmati dan dikongsi sama rata dan sama rasa.
Perbelanjaan Berhemat
Pakej ini sangat tepat pada masanya. Ringkasnya ia menggalakkan rakyat supaya meneruskan perbelanjaan berhemat seperti biasa. Ia membuka ruang kepada rakyat semua golongan; kaya, pertengahan dan miskin supaya memanfaatkan pendapatan dengan cara yang betul. Tidak ubah seperti mana kita teruskan berbelanja dalam menghadapi krisis kewangan Asia pada 1997, seperti itu jugalah kita teruskan berbelanja seperti biasa pada ketika ini.
Wang tabungan gunanya untuk waktu kecemasan. Bukankah sekarang ini waktu kecemasan? Jika anda telah lama menabung untuk membeli rumah kos rendah, sekaranglah masanya untuk mula meninjau pasaran. Kenalpasti rumah sasaran dan ikuti secara dekat perkembangan kadar pinjaman semasa bank. Jika segalanya menepati kehendak anda, bertindaklah sewajarnya.
Di kala musim tengkujuh, tatkala semua orang lebih selesa berselimut di dalam rumah, anda ambillah kesempatan ini pergi ke tempat-tempat yang biasanya sesak seperti bank dan pejabat imigresen. Anda boleh keluar rumah kerana anda mempunyai payung besar. Mereka yang terpaksa tinggal di rumah tadi sebenarnya juga ingin keluar tapi tidak boleh kerana mereka tidak mempunyai payung. Anda sekarang bolehlah bergelak ketawa sambil menuju ke bank. Tidak perlu lagi berebut ruang meletak kereta. Tidak perlu berbaris panjang. Mungkin tidak perlu langsung mengambil nombor giliran. Seperti bank itu anda yang punya.
Peningkatan Wang Boleh-Belanja
Secara keseluruhannya pakej ini adalah mesra rakyat. Satu langkah yang mesti dipuji dalam pakej tersebut ialah pengurangan kadar caruman KWSP pekerja. Bagi seorang pekerja bergaji RM 3,000.00, kadar caruman sebulan sekarang ialah 11% iaitu RM330.00 Pada kadar 8% carumannya ialah RM 240.00 iaitu perbezaan RM90.00 sebulan. Dalam masa 24 bulan iaitu tempoh yang dibenarkan kerajaan untuk eksesais pengurangan ini, pekerja tadi akan mempunyai tambahan wang belanja sebanyak RM2160.00. Jika ada 1,000 pekerja yang bergaji sama, ia bersamaan dengan aliran tunai tambahan di dalam pasaran sebanyak RM2,160,000.00. Jika ada 100,000 pekerja bergaji sama, bayangkan berapa banyak transaksi runcit yang akan berlaku. Bayangkan berapa banyak tunai akan bertukar tangan. Bayangkan juga berapa banyak rumah dan kereta akan terjual.
Ya, langkah ini juga menyebabkan KWSP kekurangan aliran dana. Tetapi hanya kurang 3%. Bukannya 20%. Dana KWSP yang berjumlah tidak kurang RM328 bilion (Utusan Malaysia, 07/09/2008) tidak akan luak mana. Keuntungan pelaburannya pada suku kedua 2008 saja sudah mencecah RM5.8 bilion. Tidak perlu khuatirkan wang KWSP anda. Ia selamat dan kekal untung. Kerajaan sudahpun membuat kira-kiranya. Kerajaan ini tahu apa yang ia sedang lakukan.
Sesetengah anda mungkin percaya bahawa sekarang bukanlah masanya untuk berbelanja kerana kadar inflasi dan kadar pinjaman bank yang masih tinggi. Justeru, anda membuat keputusan untuk terus mengurangkan perbelanjaan dan tidak menggunakan wang tabungan rumah anda tadi. Ada benarnya pendapat ini. Namun harus juga dipertimbangkan hujah ini; bahawa wang RM100 yang anda simpan dan “peruk” selama setahun pada hari ini tidak akan sama nilainya setahun dua akan datang. Kadar inflasi akan menelan nilai RM100 tadi. Kasut yang dulunya harganya cuma RM100, kini telah meningkat harganya mungkin sekali ganda. Kerana risau keterlaluan tentang masa hadapan, anda akhirnya masih tidak boleh memiliki kasut idaman anda setahun kemudian.
Di samping itu, kadar inflasi dan pergerakan kadar upah adalah diluar kawalan anda. Ia dikawal oleh pasaran dan adakalanya oleh kerajaan. Namun campurtangan kerajaan biasanya adalah pada kadar minimum kerana campurtangan yang kerap akan menyebabkan pasaran dan ekonomi tidak berfungsi dengan sihat. Jika tersilap langkah, ia boleh menjurus ke arah lebih banyak keburukan.
Pakej stimuli kerajaan ini juga tidak melupakan golongan ahli perniagaan seperti kontraktor pembinaan dan pengedar kenderaan. Kerajaan bermurah hati meningkatkan lagi kadar pinjaman perumahan dan kenderaan sebanyak lebih kurang 20% untuk mengalakkan penjawat kerajaan terus berbelanja. Tempoh hutang turut dipanjangkan 5 tahun. Akhirnya, dengan izin Tuhan, dapat juga anda tinggal di rumah dambaan isteri dan memandu kereta idaman anda.
Lagipun harga minyak juga menampakkan tren mengurang. Mungkin ia sementara. Tidak apa, setidak-tidaknya banyak banyak juga wang boleh-belanja anda yang bertambah sekarang berbanding 3-4 bulan lepas.
Kerajaan juga sanggup menambah defisit belanjawan dengan membelanjakan RM1.2 bilion bagi membantu kontraktor binaan membina 25,000 unit rumah kos rendah dan sederhana. Ini tidak termasuk peruntukan RM1 billion untuk kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan kemudahan dan infrasruktur awam seperti sekolah dan jalanraya seluruh negara. Ini mungkin nampak kecil dan tidak signifikan bagi sesetengah orang, tetapi mungkin mereka tidak sedar atau sengaja terlupa betapa ramai pengedar kenderaan dan kontraktor binaan kecil yang akan dapat terus berbisnes. Mereka dapat kekal dalam perniagaan mereka dan seterusnya mampu menggaji ramai pekerja yang selanjutnya akan terus dapat berbelanja di pasar-pasar malam dan kedai-kedai runcit ataupun kompleks membeli-belah. Wang terus mengalir dan ekonomi terus kekal rancak.
Lebih Hutang Lawan Lebih Belanja
Masalah ekonomi global sekarang, antara lainnya, adalah disebabkan oleh apa yang kita boleh namakan sebagai “overcredit” atau berlebihan hutang. Bukannya berlebihan berbelanja. Justeru fokus kepada pakej ekonomi yang diumumkan kerajaan boleh juga di lihat sebagai salah satu cara untuk menangani kesan berlebihan hutang yang datangnya bukannya dari negara ini. Pelanggan utama barangan Malaysia iaitu rakyat Amerika Syarikat kini kekurangan wang untuk membeli barangan kita. Ini adalah kesan daripada sikap mereka dan amalan tidak sihat institusi kewangan dan gadaian hartanah Amerika yang gemar berhutang di atas hutang. Mereka, bukannya kita, patut menggunakan wang tabungan mereka untuk membayar hutang. Hutang perlu dibayar supaya wang dapat mengalir semula di dalam pasaran. Bila keadaan reda barulah mereka dapat berbelanja sakan lagi.
Khabarnya di sebuah negeri di Malaysia, sebuah pasar raya pernah merekodkan kadar transaksi tunai mencecah jutaan ringgit dalam masa sehari yang merupakan tertinggi di negara ini. Jika benar, ramai juga rupanya rakyat Malaysia yang mempunyai tunai dalam kadar yang sangat tinggi. Jika benar, barangkali ada rakyat Malaysia yang tidaklah memerlukan sangat pakej ekonomi Kerajaan. Mungkin mereka inilah yang sepatutnya membantu Kerajaan dengan terus berbelanja.
Mudah-mudahan berkat perbelanjaan mereka itu tadi akan dapat membantu ramai peniaga dan usahawan terus berdiri melawan badai ribut ekonomi semasa. Semoga apabila ia reda, rakyat dan negara ini akan muncul lebih kuat. Bukan seperti Korea Selatan yang khabarnya mungkin terpaksa meminjam daripada IMF lagi sekali akibat masalah ekonomi sekarang walaupun sudah berjaya melunaskan pinjaman IMF mereka pada tahun 1997 dulu. Rupa-rupanya negara yang dipuji kerana mengikuti preskripsi dan acuan IMF itu pun tidaklah sekukuh mana bila dilanda masalah ekonomi sekali lagi.
Sesungguhnya pakej rangsangan ekonomi Kerajaan sangat memerlukan kerjasama dari segenap rakyat. Buktikanlah patriotisme kita bukan sekadar hanya di mulut saja.
Sunday, November 9, 2008
Tahniah UMNO BAHAGIAN AMPANG
Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Ketua UMNO Cawangan Bukit Ampang Tuan Haji Hashim Ibrahim dan Ketua Wanita UMNO Cawangan Bukit Ampang Puan Hjh Normah binti Mat kerana memenangi jawatan sebagai AJK UMNO Bahagian dan AJK Wanita UMNO Bahagian Ampang.Kami berjanji akan membantu dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberi kepada ketua dan ketua wanita kami demi untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.Dengan izin Allah kami Pemuda dan keseluruhan AJK Cawangan memohon kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab yang berat ini supaya berjaya pada pilihanraya akan datang dan semoga kita diberkatinya ,insyaallah.-amin-
Kami juga berjanji dengan tanggungjawab yang kami pikul sebagai pemuda UMNO akan membantu Cawangan Bukit Ampang dengan seluruh keringat kami untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional pada masa akan datang.
-Pemuda Cawangan Bukit Ampang-
Saturday, November 8, 2008
Tahniah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang
Ini menunjukkan bahawa beliau juga telah berjaya mematangkan anak bangsa khususnya pemuda UMNO Bahagian Ampang dengan kredibiliti beliau.Untuk Beliau kami mengucapkan berbanyak terima kasih dan jasamu akan dikenang.Kami juga berharap agar barisan kepimpinan yang baru dapat membentuk dan mengharungi pelbagai dugaan yang akan dihadapi di masa akan datang untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di ampang pada pilihanraya akan datang...
sekian
-pemuda Cawangan Bukit Ampang
Saturday, November 1, 2008
Ketuanan Melayu Adalah Tunjang Kestabilan Malaysia
Ringkasnya konsep ini bermaksud;
1.
Tanah-tanah orang Melayu tidak boleh dirampas untuk diberikan kepada orang lain yang tidak bertanah semata-mata atas dasar dan hak samarata sebagai warganegara Malaysia.
2.
Kedudukan Raja-Raja Melayu, adat istiadat Melayu, Islam dan Bahasa Melayu sebagai agama dan bahasa rasmi Malaysia tak boleh diperlekeh.
3.
Kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu tak boleh dipandang sebelah mata.
Konsep ini adalah konsep yang adil kerana ia meletakkan sesuatu pada tempatnya atau pada haknya. Sebab itulah kita lihat zakat hanya diberi kepada orang fakir; biasiswa pendidikan hanya untuk pelajar miskin; dan cukai pendapatan hanya dibayar oleh rakyat yang berpendapatan tinggi. Kebetulannya, kebanyakan orang miskin dan penerima biasiswa itu adalah dari kalangan orang Melayu manakala pembayar cukai yang kaya itu pula kebanyakannya dari bukan Melayu.
Kontroversi mengenai “Ketuanan Melayu” sebenarnya mempunyai beberapa agenda celaka.
Antaranya;
1. Penguasaan kerajaan oleh parti politik yang tidak memperjuangkan “Ketuanan Melayu”.
2. Penyingkiran UMNO daripada tampuk kuasa.
3. Pindaan perlembagaan untuk merealisasikan “Ketuanan Rakyat” atau “Malaysian Malaysia”.
Sistem kerajaan Malaysia adalah berteraskan kepada sistem Raja Berpelembagaan (Constitutional Monarch). Raja dan Agong pula adalah daripada Sultan atau Raja Melayu. Justeru, Malaysia sebagai sebuah negara adalah diasaskan kepada konsep “Ketuanan Melayu”– dimana Raja atau Sultan Melayu itu adalah Ketua atau Tuan kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Menidakkan “Ketuanan Melayu” adalah tindakan bodoh kerana ia adalah cubaan untuk meminda Perlembagaan khususnya Artikel 153 iaitu yang bersabit kuasa Agong sebagai pelindung hak isimewa orang Melayu/Bumiputera. Bukankah “Ketuanan Melayu” telah menjadi tonggak pemerintahan Malaysia yang berjaya menyusun atur dengan baik sekali fabrik sosial, politik dan ekonomi Malaysia? Mengapa perlu ditampal perahu yang tidak berlubang? Lagi pun orang Melayu cuma minta kek ekonomi sebanyak 30%. Selebihnya yang 70% itu kita beri kepada orang bukan Melayu. Tak apalah. Itu pun belum lagi kita orang Melayu minta 70%.
Sunday, October 26, 2008
Al fatihah
Thursday, October 9, 2008
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Saya dengan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan kepada semua ahli UMNO khasnya diperingkat Cawangan Bukit Ampang tidak kira pemuda, puteri dan wanita dan AJK Cawangan sepanjang perkhidmatan saya sempena sambutan Hari yang mulia ini.Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang banyak membantu saya tidak kira diperingkat pusat, perhubungan dan bahagian dan khususnya kepada semua ahli UMNO dan AJK di peringkat cawangan dan kepada Wanita, pemuda dan puteri yang saya kasihi.Moga-moga kita dapat merapatkan lagi silaturrahim kita demi perjuangan yang kita mesti laksanakan.
Ucapan Ketua Wanita UMNO Cawangan Bukit Ampang
Maaf dipinta dari saya kepada semua yang mengenali saya sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini.Moga-moga wanita pada hari ini dapat mencorak yang terbaik untuk wanita pada masa hadapan.Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua ahli dan kawan yang bersama saya dalam menjayakan agenda wanita diperingkat UMNO cawangan.
Ucapan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bukit Ampang
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada sahabat seperjuangan saya diperingkat pusat,perhubungan dan bahagian serta semua ajk dan ahli UMNO cawangan yang bersama berjuang demi UMNO di peringkat cawangan.Mohon maaf dipinta jika ada terkasar bahasa dan kesilapan sepanjang perkhidmatan saya.Diharap kekuatan pemuda diberkati di bulan yang mulia ini.
Ucapan AJK Cawangan
Kami Peringkat Cawangan ingin memohon Maaf Zahir dan Batin keatas segala salah dan silap kami sepanjang perkhidmatan kami sebagai AJK Cawangan Bukit Ampang.Kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli dan kepimpinan tertinggi yang banyak memberi didikan dan semangat demi untuk membantu bangsa melayu di peringkat UMNO cawangan.Semoga kita dapat berusaha dengan lebih kuat lagi untuk pilihanraya yang akan datang.Semoga Allah memberkati kita dalam perjuangan UMNO ini.
Thursday, October 2, 2008
Kesaksamaan yang Sebenar
Kini ramai yang mempersoalkan DEB kerana tidak berjaya dilaksanakan tetapi pernahkah kita terfikir jika ia tidak berjaya dilaksanakan kerana bangsa melayu masih miskin jadi kemanakah perginya pengagihan tersebut?Jika melayu tidak dapat pastinya bangsa lain yang memiliki peratusan tersebut jadi apakah masih tidak cukup bagi mereka dan masih mempersoalkan.Jika ini berterusan kami ingin mengesa kepada kerajaan supaya pengagihan tersebut dibuat mengikut peratusan penduduk seperti ekonomi negara,rumah ibadah,perumahan,pinjaman, kontrak dan lain-lain lagi dibahagikan kepada 51% kepada orang Melayu,41% orang Cina dan 8% India dan lain-lain(mengikut peratusan penduduk).Tentang pendidikan pula sekolah hanya satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah Malaysia mengikut semangat Malaysian Malaysia.
Ini barulah dikatakan samarata dan kesaksamaan.Tetapi Mengapa kerajaan tidak berbuat demikian?Di dalam DEB juga orang melayu meminta hanya sebanyak 30% sahaja.Jadi salahkah Barisan Nasional?Apakah mereka lupa Melayu masih belum meminta?.Fikirkanlah jika ini terjadi.Jangan kita terlalu mengikut dakyah dari parti yang menentang kerajaan sedangkan kerajaan telah banyak memberi tolenrasi kepada bangsa lain selain melayu.Demi perpaduan dan semangat sayangkan negara orang melayu lebih banyak memberi dari meminta.Fikirkanlah....
-Melayu tulen
Sunday, September 21, 2008
Memacu Ekonomi Negara
Jika difikirkan semuanya berpunca dari mata wang Amerika yang jatuh merundum.Pada Kegawatan ekonomi tahun 1998-1999 Malaysia berjaya mengharungi kegawatan ekonomi dunia dengan menyandarkan Ringgit Malaysia dengan US dollar.Ia berbeza pada waktu ini kerana pada waktu ini kita tidak boleh menyandarkan lagi Ringgit Malaysia dengan US dollar ini kerana krisis pada waktu ini berpunca dengan mata wang US dollar.
Pada waktu ini kadar mata wang yang tertinggi dan dapat menjamin kestabilannya ialah mata wang euro ataupun pound sterling.Oleh itu mungkin jalan yang terbaik untuk menanggani krisis ini adalah dengan menyandarkan mata wang RM atau Ringgit Malaysia dengan mata wang yang lain iaitu euro ataupun pound.Di samping itu Malaysia juga harus memperbanyakkan pusingan ekonominya dengan menjana keuntungan dari projek mega yang mesti dilaksanakan.Walaupun kita mengetahui ini akan meningkatkan hutang negara tetapi keuntungan yang diperolehi dari projek mega tersebut mampu untuk memacu ekonomi pada waktu ini dan membayar balik hutang negara.
Kami merasa cadangan ini jika dikaji oleh pakar-pakar ekonomi negara mungkin ianya dapat diperbaiki dan diolah dengan lebih baik lagi untuk kemajuan negara yang kita sayangi.Jangan kita menjadi seperti parti pembangkang yang selalu membuat sesuatu perkara yang dapat merugikan negara dari segi ekonomi dan kestabilan politik.Kita juga mesti menghalang parti-parti pembangkang ini dari menggugat kestabilan politik negara kerana ia juga menjadi salah satu faktor ekonomi negara menjadi lembab dan tidak berkebolehan.
-pemuda UCBA-
Wednesday, September 17, 2008
Paku dulang paku serpih kata orang PKR yang lebih
Mari kita perhatikan, setiap apa yang mereka perjuangkan seperti membasmi amalan rasuah, memperjuangkan keadilan rakyat dan bermacam lagi kononnya tetapi mereka sendiri yang mengamalkannya.Contoh yang terbaik sekarang ialah pendakwaan mereka terhadap 30 ahli parlimen BN yang akan lompat parti apakah untuk melaksanakan isu ini mereka tidak amalkan amalan rasuah.Apakah Badan Pencegah Rasuah tidak boleh mengambil tindakan terhadap pemberi rasuah yang terbesar ini?
Sewaktu pilihanraya ke 12 juga mereka mengamalkan politik wang yang terbesar tetapi mereka mendakwa BN yang mengamalkannya.Kalau diperhatikan BN ada mengambil langkah untuk membasmi gejala rasuah dengan mewujudkan badan disiplin untuk mencari sesiapa yang mengamalkan rasuah ataupun politik wang tetapi apa yang PKR buat didalam partinya sendiri untuk memerangi rasuah.Tiada apa pun tindakan untuk memerangi rasuah di dalam partinya tetapi pada waktu yang sama mengatakan semua orang di dalam BN rasuah.Ini sesuatu pembohongan yang besar. Mengapa kita mesti percaya akan parti ini.
Kini Anwar mengatakan Ketua polis, Hospital, dan bermacam lagi agensi dan badan kerajaan rasuah sedangkan dia sendiri mengamalkannya.Jika benar dia ingin memperjuangkan keadilan mengapa Ketuanya sendiri mengamalkannya.Apakah dengan pujuk rayu dapat mengoyahkan 30 orang ahli parti BN lompat?
Fikirkanlah…..
-gempur-
Tuesday, September 16, 2008
Apabila perubahan diminda berleluasa
Kita lihat situasi di Malaysia yang dilanda arus "perubahan" yang dicanangkan.Apakah ianya menjadikan sesuatu keadaan itu menjadi lebih buruk atau lebih baik dari pandangan mata seorang rakyat? Tidak dinafikan perubahan yang lebih baik perlu dilakukan tetapi ia perlu dilaksanakan dan ditanggani dengan bijaksana.Tidak semua "perubahan" yang ingin dilaksanakan berakhir dengan baik seperti yang kita harapkan.Sebagai seorang rakyat yang telah merdeka selama 50 tahun kita harus berfikir dan mengkaji setiap isu yang kita dengar pada waktu ini dan tidak perlu meletakkan kepercayaan kepada isu tersebut jika tidak mengetahui kesahihan dan keberkesanannya.Seperti pada waktu ini isu yang kita banyak dengar ialah berkenaan dengan perubahan dan keadilan yang kononnya diperjuangkan oleh seseorang demi rakyat walhal matlamat sebenar tidak diketahui.
Apakah kita sanggup untuk melakukan perubahan tidak kira apakah kesannya yang akan terjadi kepada sesebuah negara yang kita sayangi?Apakah begitu penting perubahan yang drastik itu dilakukan sehingga sanggup mengadai maruah bangsa?Apakah perlu reformasi pada ketika negara mengecapi kejayaan yang mutlak atau sengaja dimanipulasi oleh sesetengah pihak untuk matlamat mereka yang tertentu?.
Perubahan yang diperlukan pada ketika ini bukanlah perubahan pentadbiran sesebuah negara tetapi perubahan minda dan sikap masyarakat demi kesejahteraan sesebuah negara, agama dan bangsa.Jika kita sendiri sebagai rakyat tidak dapat mengubah minda dan sikap masyarakat kita yang sayangkan negara, agama dan bangsa maka tak perlulah kita menyorak mengatakan "kita perlukan perubahan" atau "kita perlukan keadilan" seperti yang berleluasa pada waktu ini.
Di dalam Islam juga ada mengajar jika kita ingin menegur seseorang ke arah kebaikan kita harus pastikan yang diri kita ini telah membuatnya.Tetapi apa yang terjadi pada waktu ini parti yang kononnya mewakili agama islam pun tidak dapat mempertahankan islam bila mana laungan azan dipersoalkan.....Fikirkanlah...
-gempur-
Antara Perubahan Dan Peralihan Kuasa
(1) Peralihan status quo UMNO
(2) Perubahan status quo Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan ikatan pembangkang
Pakatan Rakyat (PR).
(1) Peralihan status quo UMNO
Isu utama dalam UMNO berkisar tentang isu peralihan kuasa daripada Dato’ Seri Abdullah Badawi (DSAB) kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak (DSNR). Majlis Tertinggi
UMNO (MT UMNO) telah memutuskan bahawa kuasa Presiden UMNO, dengan izin Tuhan, akan beralih pada Jun 2010.
Disebalik perancangan tersebut, suara-suara dominan dalam dan luar MT UMNO (disokong kuat oleh mantan Presiden UMNO Tun Mahathir Mohamad) menyuarakan atau memberi bayangan agar peralihan kuasa dalam UMNO harus dilakukan lebih awal daripada Jun 2010. Bagi mereka dua tahun adalah masa yang tersangat panjang, tersangat lewat dan tersangat “merbahaya”. Tersangat panjang kerana bimbang arus perdana politik semasa tidak dapat dikawal; Tersangat lewat kerana takut DSNR tidak mempunyai masa mencukupi menghadapi pilihanraya ke-13 pada 2012; Tersangat “merbahaya” kerana gundah luka pilihanraya ke-12 tak sempat diubat.
Mungkinkah peralihan kuasa dalam UMNO ini akan terjadi lebih awal daripada Jun 2010? Segalanya mungkin. Namun apakah boleh ia terjadi? Melihat kepada senario politik semasa dan isu kuota sesi pemilihan UMNO bulan Oktober 2008 ini, jelas bahawa ia tidak boleh terjadi. Ini diasaskan kepada tiga sebab utama berikut;
Pertama, suara-suara perubahan ini tetap disanggah oleh DSAB yang berpegang kepada
azam dan kesungguhan beliau untuk menyelesaikan urusan dan agenda negara yang belum sudah. Beliau telah menyatakan berulang kali bahawa beliau akan tetap berpegang kepada jangkamasa yang telah ditetapkan. Bagi DSAB jangka masa ini adalah masa yang
munasabah walaupun singkat.
Kedua, beliau juga keras mengulangi bahawa tujuan beliau berpegang kepada kuasa
bukanlah semata kerana “keseronokan” berkuasa tetapi lebih kepada “kebertanggungjawaban” kuasa. Dengan kuasa penuh di tangan beliau, disamping sokongan majoriti besar ahli MT UMNO dan parti komponen BN ditambah dengan risiko
kehilangan kuasa, pangkat dan kedudukan sebilangan ramai ahli MT UMNO, kebarangkalian untuk terjadinya peralihan kuasa lebih awal daripada Jun 2010 tampak
negatif.
Ketiga, pendirian umum ahli UMNO terhadap pelan peralihan kuasa ini terbahagi kepada
tiga; (1) Menyokong, (2) Menentang dan (3) Neutral (atas pagar). Antara kumpulan ini,
kumpulan ketiga adalah yang paling besar. Kumpulan ini pada dasarnya, bersandarkan
kepada apa yang menjadi pegangan DSAB, cenderung untuk memihak kumpulan pertama. Golongan ini juga dikatakan, berlandas kepada apa yang menjadi “rahsia awam”, cenderung memihak kepada kumpulan kedua. Kumpulan ketiga inilah yang bakal menentukan terjadinya atau tidak peralihan kuasa dalam UMNO. Siapa kumpulan ketiga ini? Mereka ini majoritinya merupakan kumpulan akar umbi yang masih “nostalgic” dengan era Tun Mahathir. Sepertimana mereka percaya, menerima dan menyokong sepenuhnya peralihan kuasa yang dicatur Tun Mahathir pada Oktober 2003, seperti itu jugalah mereka percaya bahawa perkara serupa wajar dipanjangkan kepada DSAB. DSAB adalah calon pilihan Tun Mahathir. Lantas, apakah mungkin benar mereka ini masih terpana dengan kilat dan guruh era Tun Mahathir? Apa mungkin mereka ini melihat DSAB itu adalah Tun Mahathir? Apakah mungkin mereka melihat Tun Mahathir itu adalah DSAB? Segalanya mungkin.
Tun Mahathir berusaha kuat untuk “menyatakan” bahawa DSAB bukanlah “Tun Mahathir”. Namun, bagaikan air yang dilepaskan daripada empangan, kesan “air empangan” ini telahpun berjalan dan sedang berkesan. Untuk merubah atau memberhentikannya adalah sukar. Terkadang terasa mustahil. Lebih mudah jika difikirkan bahawa kesan empangan ini hanya akan berakhir apabila ia tiba di perhentian terakhir. Perhentian inilah yang “dinamakan” oleh DSAB sebagai Jun 2010. Perhentian inilah yang ingin Tun Mahathir anjakkan.
Keempat, apa yang menjadi kemahuan DSAB dan keinginan Tun Mahathir adalah dua
perkara yang berbeza. Kemahuan DSAB sebagai Presiden UMNO adalah satu perintah.
Perintah ini, menjadi kebiasaan ahli UMNO, wajib diikuti. Tun Mahathir pula adalah
mantan Presiden UMNO. Keinginan ini, seperti kebiasaan ahli UMNO, harus diikuti.
Namun, sepertimana ahli UMNO ingkar menolak keinginan mantan presiden UMNO Dato’ Onn untuk membuka keahlian UMNO kepada semua kaum dan sepertimana mereka patuh menerima perintah Tun Mahathir untuk menerima DSAB sebagai penggantinya, seperti itulah yang mungkin dan yang boleh sepatutnya terjadi. Antara wajib dan yang harus, yang wajib itu menjadi keutamaan. Justeru, nampaknya berkemungkinan sekali peralihan kuasa pada Jun 2010 akan kekal. Dengan izin Tuhan.
(2) Perubahan status quo Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan ikatan pembangkang
Pakatan Rakyat (PR)
Alan Abramowitz, seorang pakar Sains Politik Universiti Emori di New York, Amerika,
menggunakan model pengiraan matematik sama untuk menjangkakan bakal presiden Amerika. Sejak 1988, beliau tanpa silap telah menamakan Bill Clinton, George H.W. Bush dan George W. Bush bakal menjadi Presiden Amerika setiap kali pilihanraya presiden diadakan. Tahun ini, berdasarkan kaedah sama, Alan menyatakan bahawa Barack Obama akan memenangi pilihanraya presiden Amerika pada November 2008 dengan majoriti undi 54.3% manakala lawan beliau John McCain bakal memperoleh 45.7% undi.
Di Malaysia, tahun ini, pakatan rakyat (PR) Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menyatakan bahawa kerajaan BN akan tumbang pada 16 September 2008. Tidak dinyatakan samada PR menggunakan mana-mana model pengiraan matematik. Oleh itu, PR tidak menjangkakan – sebaliknya - menyatakan bahawa BN akan tumbang pada 16 September ini. Mereka bersabda bahawa seramai 30 orang ahli parlimen (MP); 13 daripada Sabah dan 17 daripada UMNO Semenanjung akan menyertai mereka menubuhkan sebuah kerajaan persekutuan baru menggantikan BN pada 16 September 2008.
Ketika ini Parlimen Malaysia mempunyai 222 buah kerusi. Kerajaan BN mempunyai 140
kerusi manakala PR 82. BN menubuhkan kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah
iaitu majoriti 58 kerusi; kurang 8 untuk membentuk majoriti 2/3. Apakah mungkin “Peristiwa 16 September” terjadi? Mungkin. Bolehkah ia terjadi? Untuk menjawab soalan ini, 3 senario berikut perlu dianalisa;
(1) Senario 1; Jika 30 MP BN menyertai PR; (82 + 30 = 112) PR akan menubuhkan kerajaan persekutuan baru dengan majoriti hanya 2 majoriti dimana kerusi BN akan berkurangan menjadi 110 kerusi sahaja; (140 – 30 = 110). Dengan kelebihan 2 kerusi ini PR akan boleh menubuhkan kerajaan baru.
(2) Senario 2; Jika 30 MP PR menyertai BN; (140 + 30 = 170) BN akan kekal memerintah dengan pertambahan bilangan kerusi yang melebihi 2/3 majoriti. PR pula akan hanya tinggal 52 kerusi.
(3) Senario 3; lain-lain senario yang tidak membabitkan perubahan status quo Malaysia.
Senario 1; 82 + 30 = 112 @ Antara Cara Dan Matlamat
Ia merupakan salah satu usaha coup de ta yang berkehendakkan penumbangan kerajaan
BN melalui pintu belakang demokrasi iaitu dengan cara ahli MP bertukar parti (defection). Defection atau dalam bahasa lainnya bermaksud Berpaling Tadah. Rakyat
Malaysia keseluruhannya ingin benar melihat siapakah ahli MP yang hendak berpaling
tadah ini. PR memfokuskan kepada ahli MP UMNO Semenanjung dan MP BN Sabah untuk menyertai mereka. Tetapi apakah mungkin ini adalah satu usaha PR untuk mengalihkan perhatian BN daripada ahli-ahlinya yang lain, yakni parti komponennya? Apakah mungkin “mereka” (defectors) itu datangnya bukan daripada UMNO tetapi MP daripada komponen BN lain seperti Gerakan, MCA, PBS, SAPP, SPDB, PESAKA atau MIC? Demi masa, hanya Tuhan yang tahu.
Senario ini juga menggambarkan bahawa kerajaan PR juga adalah sangat rapuh. Dengan
kelebihan hanya 2 kerusi, PR akan berdepan dengan masalah mengekalkan “kerajaannya”. Jika PR berpegang kepada kepercayaan bahawa MP BN boleh “melompat” ke dalam pakatan mereka, begitu juga sebaliknya. PR tidak boleh menolak kemungkinan MP mereka bakal melompat ke dalam BN. Dalam amalan demokrasi, ia tidak salah. Tetapi ia ditimbangkan ramai orang sebagai tidak bermoral kerana ia dikatakan di”lumuri” wang. Tiada lagi moral yang ada hanya matlamat. Namun jika PR bersedia untuk mencapai kuasa melalui jalan tidak bermoral, ia juga mesti bersedia untuk kehilangan kuasa melalui jalan yang sama. Senario ini juga sangat bermasalah. Rakyat Malaysia berdepan dengan kemungkinan kerajaan yang sangat tidak stabil dan keadaan politik semasa yang bercelaru dan kacaubilau.
Keadaan ekonomi dan sosial jadi tidak menentu.. Ketidakstabilan politik akan
mendorong kepada ketidaktentuan ekonomi dan “kecaca-marbaan” sosial. Bagi kebanyakan negara, ini adalah sesuatu yang mesti dielakkan walau dengan cara apa sekalipun. Rakyat Pakistan, Bangladesh, Afghanistan dan Iraq tahu benar akibat kerapuhan kerajaan mereka. Sebagai kerajaan, pemimpin mereka tetap hidup senang dengan gaji dan faedah lumayan. Tetapi rakyatnya hidup sengsara dengan kekacauan, pembunuhan, pengeboman, demonstrasi jalanan, krisis etnik dan jenayah merata-rata. Negara-negara ini tidak lagi aman dan damai. Senario ini mungkin terjadi di Malaysia. Memandangkan kepada keadaan fabrik ekonomi dan sosial negara ini sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, senario ini amat merbahaya. Apa sekalipun yang bakal terjadi, ini mesti tidak boleh dibiarkan terjadi.
Senario 2; 140 + 30 = 170 @ Antara Racun dan Madu
Senario ini memperlihatkan satu situasi di mana apa yang dinyatakan PR akan menjadi
racun kepada dirinya sendiri. Momentum 16 September akan hilang. Penyokong PR percaya bahawa ini adalah saatnya di mana pakatan pembangkang tampak mempunyai
peluang cerah untuk menumbangkan kerajaan BN. Pada masa yang sama, penyokong BN
juga yakin bahawa inilah masanya aspirasi PR boleh dihapus dan dipadam selamalamanya.
Jika peristiwa besar 16 September tidak terjadi, maruah PR akan tercalar hina.
Maruah BN akan disanjung mulia. Inilah masanya satu pihak berpotensi hancur menjadi
abu dan debu manakala satu pihak lagi menjadi minyak yang kekal mengalir dan
menghasil nilai, kuasa dan kekayaan yang boleh dikongsi sama. Ini juga akan memperlihatkan kepada PR siapakah onak dan duri dalam pakatan mereka. Ia juga akan menyerlahkan siapakah di antara mereka dengan rela menjadi pemusnah cita-cita DSAI untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6. Siapakah di antara mereka yang bakal memberitahu DSAI bahawa cita-cita beliau adalah cita-cita beliau. Bukan cita-cita-cita mereka. PR juga akan diberitahu bahawa perjuangan mereka tiada nilainya.
Buat masa ini sekurang-kurangnya.Senario ini juga akan mendamaikan kegusaran ramai umat Melayu dan Islam tentang potensi kehilangan kuasa dan dominasi mereka dalam politik Malaysia. Di antara 140 MP BN, MP Muslim adalah seramai 89, manakala bukan Muslim ada 51. Di antara 82 MP PR, 43 adalah Muslim manakala 39 bukan Muslim. Katakanlah, peristiwa 16 September terjadi dan semua 30 yang melompat itu adalah bukan Islam, bermakna MP PR Muslim kekal 43 manakala bukan Muslim bertambah menjadi 69; (43 + 0 = 0, 39 + 30 = 69). Jika daripada 30 MP tersebut, 5 adalah MP Muslim dan 25 lagi bukan Muslim, maka MP PR Muslim akan menjadi 48 manakala yang bukan Muslim menjadi 64; (43 + 5 = 48, 39 + 25 = 64).
Senario ini adalah berkemungkinan. Pendokong demokrasi mutlak akan mengatakan
bahawa ini adalah sesuatu yang tidak mustahil dan ia adalah sesuatu yang tidak perlu
dibimbangkan. Jika di Amerika, pendapat itu mungkin boleh diterima pakai. Di Malaysia, pendapat ini mesti ditimbang dalam-dalam. Rakyat Malaysia yang arif tentang susun atur dan susur galur politik Malaysia mesti dan tentu faham risiko situasi ini.
Bagaimana pula jika semua yang melompat itu adalah Muslim? Maka pendokong advokasi Islam dan Melayu tetap perlu risau kerana musuh Islam ada dalam PR. Musuh Islam ini secara terang-terangan tidak akan berdiam diri melihat kuasa Islam subur di Malaysia. Sikap dan matlamat golongan ini sangat jelas dan nyata. Umat Islam tidak
perlu menjadi Ulama tersohor untuk mengetahui perangai buruk musuh Islam ini.
Senario 3; 140 + 80 = 222 @ Antara Pemulihan dan Pemilihan
Dalam senario ini, jika tiada sebarang perubahan status quo, maka rakyat Malaysia hanya perlu memikirkan dua perkara utama; pemulihan ekonomi nasional dan pemilihan pucuk pimpinan parti masing-masing. Rakyat dan Kerajaan Malaysia akan terus berusaha
melawan berjuang menurunkan kadar inflasi, harga minyak dan menaikkan kadar gaji dan upah. Ahli BN seperti ahli MCA dan UMNO, contohnya, akan menumpukan segenap perhatian kepada proses pemilihan pucuk pimpinan mereka pada penghujung tahun ini.
Komponen PR seperti PKR, DAP dan PAS mungkin mahu menilai semula antara citacita
dan kekangan mereka dalam politik Malaysia.
Lalu, berdasarkan 3 senario diatas, apakah 16 September boleh terjadi? Tepuk dada tanya selera.
Rencam politik semasa Malaysia berkisar tentang UMNO, BN, PR dan 16 September 2008. Dalam Islam, jika orang Islam berjanji, mereka diperintah supaya menyebut Insha Allah. Kerana esok Tuhan yang punya. Namun segala usaha mesti dilakukan untuk menepati janji. Dalam sesetengah perkara yang diluar kawalan seperti hujan, ribut dan
taufan yang menyebabkan janji tidak dapat dipenuhi, mohonlah ampun daripada Tuhan
dan orang yang dijanjikan. Sungguh manusia tidak boleh melawan kehendak Tuhan. Sesekali jangan manusia mendahului Tuhannya. Sombong dan Takbur. Apapun, tidak
kira mana-mana senario yang akhirnya bakal terjadi, marilah kita sama-sama berdoa,
bahawa kepentingan rakyat tetap menjadi junjungan pemimpin negara bertuah ini.
Kerana segalanya mungkin, tidak bermakna segalanya boleh dan tidak boleh terjadi.
-artikel dari dungun-
Tuesday, September 2, 2008
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
-AJK agama-
Monday, August 25, 2008
Agama dipermain untuk kepentingan peribadi
Jika kita fikirkan dengan mengatakan wallahi wabillahi dan watallahi sahaja sudah cukup sesuatu sumpahan tersebut dengan niat orang yang teraniaya.Selebihnya kita serahkan kepada allah untuk menentukannya.Mengapa kita sebagai manusia ingin mempersoal sama ada ianya sah atau tidak sedangkan allah yang lebih mengetahui.Kami menyeru supaya imam masjid ini bersyahadah kembali kerana perkara seperti ini tidak boleh dipermainkan.Jika membaca teks itu salah jadi mari kita fikirkan bagaimana orang yang membayar zakat dengan mengaku menggunakan teks yang telah disediakan? Apakah ianya tidak sah?Fikirkanlahh... Sedih bila melihat anwar mempermainkan islam untuk memenangi hati rakyat walaupun perkara itu salah. Sebagai imam perkara yang benar mesti ditegakkan walaupun pahit untuk ditelan.Bukannya untuk kepentingan peribadi tetapi agama yang patut didahului.
Sunday, August 10, 2008
PERMATANG PAUH ANWAR TERDESAK
Jika kita lihat Anwar menyalahkan semua orang melayu di Malaysia dengan menyalahkan Kerajaan Pusat,TPM,Ketua polis Negara,hospital, ketua peguam Negara, jadi siapakah yang anwar percaya selain pegawai di Malaysia?Apakah dia hanya percaya kepada bangsa asing(Foreign) dan dirinya sendiri sahaja?Jika demikian mengapa sibuk untuk bertanding di permatang pauh dan mengatakan dia akan berjuang untuk orang melayu?Apakah dia lupa bukankah berjuang untuk melayu itu yang telah lama dilaungkan UMNO dari dahulu?
Kalau Anwar mengatakan dia akan memperjuangkan orang melayu maka rakyat di Selangor tidak akan merintih menagih simpati untuk melaksanakan manifestonya.Permatang pauh harus menjadikan Selangor sebagai contoh Negeri yang dipegang oleh PKR yang berpenasihatkan anwar.Apa yang telah dia dan sekutunya lakukan di Selangor untuk orang melayu? Apakah ini yang dinginkan permatang pauh?. Fikirkanlah penduduk permatang pauh…..ingatlah UMNO sahaja yang memperjuangkan melayu dan bangsa lain selama ini.
-ahli biasa-
Kepura-puraan dan Kesetiaan
Ceramah atau Ucapan
Kebanyakan kita pernah menghadiri ceramah atau ucapan yang baik dan bernas tetapi apakah maknanya jika bercakap atau berpidato tentang perkara yang tidak benar atau berpura-pura. Berapa ramaikah orang yang berpidato mampu melaksanakan apa yang dikatakannya? Jika dahulu mengatakan memperjuangkan keadilan kini ia beralih kepada memperjuangkan melayu tetapi dimana melayu di pandangan mereka.Jika dahulu mengatakan memperjuangkan Islam kini Islam dibawa ke forum “memeluk islam tamat”.Seharusnya jika kita memperjuangkan Islam forum seperti itu tidak akan wujud dan sekarang ia telah terbukti perjuangan penceramah dan pemidato yang bernas telah gagal.Apakah kita harus memilih kepada kepura-puraan?.Kesetiaan yang jitu adalah baik tetapi kesetiaan itu perlu di kaji apakah ianya diletak dilandasan yang betul ataupun tidak. Jika tidak Kesetiaan itu pastinya dilandasan kepura-puraan.
Menyokong dan Membantah
Kita telah seringkali mendengar laungan “Kami Menyokong” atau “Kami bantah” atau yang seerti dengannya tetapi apakah ianya benar-benar setia atau berpura-pura.Jika setia yang dipilih apakah ianya dilandasan yang betul atau hanya berlandaskan wang semata-mata? Jika berpura-pura yang dipilih adakah ianya memberi manfaat kepada kesetiaan yang menyokong atau yang membantah?. Kita sebagai manusia harus setia kepada pemimpin yang baik bukannya pemimpin yang mempunyai rekod jenayah.Baik tidak semestinya memakai serban ataupun set set baju melayu tetapi baik itu bermaksud keperibadiannya yang terserlah dan kata-katanya yang dilaksanakan. Tak guna menyokong jika hari ini mengatakan “kami akan menarik 16 ahli parliman sekian-sekian tarikh tetapi tidak dilaksanakan.”Tak guna menyokong jika hari ini mengatakan “kita akan pastikan harga minyak akan turun jika kita memerintah, Kita akan pastikan itu dan ini tetapi kepastian itu tidak dilaksanakan”. Laksanakan janji yang ditabur sewaktu PRU12 dahulu barulah layak untuk memperjuangkan orang melayu.
Kesimpulannya jika kita memilih kesetiaan yang berada dilandasan yang benar maka apa sekali halangan yang dihadapan kita perlu kita tempohi tidak kira jika ada manisan yang menghalang tetapi jika kita memilih kepura-puraan maka anda sendiri mampu mengolahnya….
Sunday, August 3, 2008
UMNO, PAS ,PKR dan Melayu
Jika diteliti dari pandangan seorang rakyat dan bukannya seorang ahli politik ini adalah kerana mereka begitu terdesak dengan kesempitan hidup yang mereka alami. Bukan dikatakan miskin tetapi kerana kos kehidupan yang meningkat dan tiada siapa yang membantu tidak kira kerajaan negeri yang dikuasai pebangkang ataupun kerajaan pusat. Semuanya berpunca dari orang yang mengendalikan dan melaksanakan dasar kerajaan pusat yang tidak melaksanakan dengan tepat untuk kesejahteraan rakyat. Mereka lupa mereka berasal dari mana.Apakah pegawai kerajaan ini telah lupa bahawa gaji yang mereka dapat adalah hasil dari kutipan cukai dari rakyat?. Mengapa menjadikan orang melayu susah untuk mencari nafkah pada setiap peluang dan dasar yang telah disediakan oleh kerajaan pusat.Mengapa membuat sesuatu yang memburukkan lagi imej kerajaan pusat. Kepada kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat mengapa mesti sibuk mencari salah pemimpin terdahulu sehingga lupa kesengsaraan rakyat dibawah.Mengapa sehingga hari ini tidak mekukan sesuatu untuk bangsamu.MENGAPA mesti bertelagah? Bukankah kita semua sebangsa.
Kalau difikirkan ia bukannya bermula selepas pilihanraya tetapi rungutan mereka telah lama kedengaran. Jika ditanya setiap insan bernama melayu dijiwa mereka tetap memilih UMNO tetapi mengapa kekusutan dikalangan orang melayu ini terjadi?.Mengapa orang melayu memerlukan perubahan didalam UMNO.Siapa yang mewar-warkan tentang ingin melakukan perubahan tak kira diperingkat cawangan, bahagian ataupun UMNO pusat. Siapa yang ingin memecahbelahkan orang melayu.Siapa yang mengatakan perubahan itu adalah ubat untuk UMNO? Siapa yang menjadi dalang semua ini. Sistem yang telah diwarisi oleh nenek moyang kita di dalam UMNO itu adalah satu sistem yang cantik dan tiada tandingnya sehingga ke akar umbi tetapi mengapa ia kini seperti hancur dibuai angin propaganda?Apakah kerana Pegawai-pegawai UMNO itu tidak tahu akan sistem ini atau Pemimpinnya yang tidak mengendahkan atau propaganda itu dibuat oleh Pemimpin melayu dari parti lain yang ingin menjatuhkan UMNO.Jika kita sebagai pegawai atau pemimpin mengetahui ada kesalahan berpunca dari kita mengapa kita tidak memperbaiki atau melakukan sesuatu untuk bangsa kita. Jika kita mengetahui mengapa mesti tunggu dan tiada inisiatif dari dalam diri kita sendiri.Semuanya tidak lain dan tidak bukan hanya kerana bangsa.Apakah ia satu kesalahan? Jika tiada, lakukanlah yang terbaik untuk melayu.
Semua ini bukannya untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi untuk mencari kesilapan kita dari mana punca orang melayu berpecah dan siapa yang mendapat habuan daripada semua yang berlaku ini.Walau dimana pun kuasa kita walau dimana pun tempat kita walau apa pun yang terjadi darah yang mengalir ditubuh kita TETAP MELAYU.Dimana semangat melayu ini menghilang?Bukankah melayu itu telah matang dan tinggi pelajarannya tidak seperti orang melayu dahulu tetapi mengapa semakin pandai melayu itu semakin lemah kita.Mungkinkah kerana kita lupa asal usul kita atau kita terlalu cepat gah sehingga lupa dan malu untuk menolong bangsa kita sendiri.
Sekarang parti yang tinggal untuk memperjuangkan melayu itu hanya UMNO sahaja. Dahulu selain UMNO kita ada parti yang memperjuangkan hak melayu iaitu PAS kononnya tetapi semenjak PAS menjadi ahli kepada Pakatan Rakyat mereka hanya membiarkan dan tidak melakukan sesuatu serta mempertahankan pabila hak melayu,ketuanan melayu dan bangsa melayu itu dipermainkan.Yang berusaha mempertahankan hanya UMNO sahaja.PKR terang-terangan bukan memperjuangkan melayu tetapi keadilan penasihatnya sahaja.Yang menjadi persoalannya sekarang ialah MELAYU itu akan pilih yang mana?Sekali lagi melayu itu didalam dilema.
Pemimpin Melayu bertelagah dengan pemimpin terdahulu. Pemimpin melayu hanya ingin memperjuangkan kuasa tidak kira apa kerugian yang dialami bangsa. Pegawai melayu tidak lagi mempunyai semangat perjuangan melayu dan anak melayu telah mati didalam politik melayu kerana takut dan percaya dengan propaganda yang ditanamkan didalam hati mereka sejak dari kecil bahawa “politik itu kotor” sedangkan didalam sejarah, politik melayu itu sebenarnya suci tetapi orang yang membawanya yang menjadikan ianya kotor .MENGAPA ini terjadi pada bangsaku. Bersama-samalah kita fikirkan….
-melayu tulen-
Tuesday, July 29, 2008
Dato' setia Hj Mufti bin Shuib telah pergi kerahmatullah
-al fatihah-
Friday, July 4, 2008
Anwar ulangi liwat lagi
Mohd Saiful membuat Laporan Polis berhubung Anwar meliwatnya kemudian…
Mohd Saiful terus pergi Hospital buat check up dan terus hilang dibawa polis…
Anwar pun takut terus menyembunyikan diri di kedutaan Turki dan mendakwa ada ugutan bunuh yang sengaja diadakan kerana mencari alasan untuk memberinya masa berfikir.Kalau difikirkan Jika ada ugutan bunuh buatlah aduan ke balai polis dan jika tak percayakan undang-undang Negara tak payahlah duduk di Malaysia…
Kemudian Anwar keluar kerana kononnya telah mendapat jaminan tak akan
ada apa-apa berlaku padanya.Lepas tuh cakap pulak orang BN akan masuk partinya itu sebab diaorang tuduh macam-macam.Apakah dia fikir Malaysia ni Israel ker suka bunuh-bunuh orang dan tuduh-tuduh orang?Biarla polis siasat kalau betul tak buat nak risau buat apa?
Kemudian cepat-cepat Anwar mengumpulkan orang untuk cuba memasukkan fakta supaya orang percaya yang dia tak terlibat sedangkan polis belum pun menghabiskan siasatan dan cuba meraih sokongan dengan harapan sokongan yang diberikan akan jadi seperti pada tahun 1998 malangnya tidak seperti yang disangka…
Anwar pun pening terus dia provoke kata polis, hakim, timbalan perdana menteri semua salah dia dan partinya sahaja yang betul.Sabar la dulu bang anwar tunggu siasatan selesai.Polis kalau dapat report mestilah buat siasatan takkan tak bagi siasat kot…
Hari ini Mohd Saiful muncul balik dipanggil polis beri keterangan…
Kemudian tak tahu apa lagi akan berlaku…….
Kemungkinan dan kebarangkalian dan andaian kepada kes ini adalah :
Anwar suruh saiful buat camtuh sebab nak raih sokongan yang makin merosot dalam parti dia sendiri (taktik Kotor) maklumlah saifulkan orang dia.
Memang betul dia buat
Akhir kata sama-samalah kita tunggu dan lihat selepas siasatan selesai.
-pegawai tak tauliah-
Tuesday, June 24, 2008
Paradoks Kenaikan Harga Minyak
Reaksi kebanyakan negara terhadap kenaikan harga minyak lebih terarah kepada cara bagaimana untuk menghadapinya. Bukan cara menghapuskannya. Dalam erti kata lain, reaksi dunia adalah tertumpu kepada cara untuk “mengubati” simptom penyakit kenaikan harga minyak. Bukan cara untuk menghapuskan virus atau kuman bakteria penyebabnya. Tiada kepastian bahawa harga minyak akan turun. Selagi tiada langkah affirmative diambil untuk menghapuskan ketidaktentuan harga minyak yang dihadapi oleh generasi dunia sekarang ini, selagi itulah ia juga pasti akan dihadapi juga oleh generasi akan datang. Sungguh, situasi ini bagai tiada penghujungnya. Warga dunia akan terus bergelut menangani kesan rantaian kenaikan harga minyak seperti kenaikan kadar inflasi berterusan dan pengangguran. Akan lebih ramai orang yang menjadi miskin. Akan lebih sedikit orang yang menjadi kaya. Jurang ekonomi akan terus meluas.
Langkah kebanyakan kerajaan seluruh dunia yang menggalakkan rakyatnya supaya, antara lainnya, berjimat cermat dalam menangani kesan kenaikah harga minyak, tidak semestinya mencerminkan satu tindakan yang tepat. Asasnya, langkah mengurangkan perbelanjaan akan mengecutkan kitaran wang dalam pasaran. Kekurangan kegiatan pembelian akan merencatkan kegiatan ekonomi. Pengurangan kegiatan ekonomi akan membawa kepada pengurangan pelaburan dan pengecilan saiz hasil dan pendapatan sesebuah negara. Bukanlah ini bermakna bahawa polisi penggalakan berjimat cermat itu mesti ditentang, tetapi walau apa cara sekalipun, perbelanjaan mesti terus digalakkan. Jika tidak, ekonomi bakal menguncup, pendapatan rakyat akan berkurangan, banyak hutang tidak dapat dijelaskan dan banyak perniagaan akan tutup.
Spekulator dan Pembekal Minyak
Umumnya, ada empat golongan yang mahukan agar situasi kenaikan harga minyak ini kekal berterusan; (1) pembekal (2) penjual (3) orang tengah dan (4) spekulator. Ini adalah kerana keuntungan hasil perdagangan minyak mereka berlipat kali ganda dalam tempoh yang sangat singkat. Keadaan sekarang memberikan golongan ini satu bentuk kelebihan yang nyata dan bukan tiruan. Keuntungan mereka adalah konkrit dan berterusan. Satu situasi yang nyata (real)dan pasti seperti inilah yang hendak dikekalkan selama mungkin oleh golongan ini.
Lalu, apa pula yang harus dilakukan? Pendapat Encik Idris Jala dalam satu pertemuan industri penerbangan baru-baru ini wajar diberi perhatian. Beliau percaya bahawa; (1) kenaikan berterusan harga minyak adalah disebabkan kegiatan dagangan hadapan atau future trades yang didalangi spekulator dan (2) harga minyak sepatutnya berada pada USD 40 setong. Juga harus diberi perhatian adalah pendapat sesetengah negara ahli pengeluar minyak (OPEC) dan penganalisa pasaran bahawa; (1) pengeluaran minyak adalah berada pada tahap maksimum (2) bekalan minyak adalah mencukupi dan (3) tiada kekurangan dalam kitaran kepenggunaan minyak.
Mungkin untuk melihat seketika ke belakang dapat membantu menghasilkan idea yang baik untuk menghadapi krisis ekonomi ketika ini. Krisis kewangan Asia 1997 dan krisis kenaikan harga minyak kebelakangan ini boleh jadi langsung tidak mempunyai persamaan. Tetapi antara sebab musabab terjadinya krisis-krisis ini adalah hampir serupa. Kedua-duanya disebabkan oleh spekulator. Kedua-duanya menyebabkan masalah politik, ekonomi dan sosial yang teruk. Perbezaannya sekarang ialah skop tindakan yang boleh di ambil oleh negara-negara yang terjejas - secara relatifnya - adalah terbatas. Contohnya, dalam menangani krisis ekonomi 1997, Malaysia boleh mengikat nilai ringgitnya kerana ia boleh dan ia berhak. Namun dalam menangani krisis harga minyak sekarang, siapakah yang layak, berhak dan mampu untuk mengikat harga komoditi ini?
Krisis ekonomi Asia 1997, antara lain, menyerlahkan perbezaan ketara antara masalah kecairan dan kebankrapan (illiquidity and insolvency). Malaysia, antara negara yang terjejas teruk, tahu ia bukan sebuah negara yang bankrap. Justeru, tindakan pemulihannya adalah berlandaskan kepada penumpuan usaha untuk mengatasi masalah kecairannya. Dan ia terbukti tepat. Dunia akur, di kala tindakan Malaysia itu dicop sebagai songsang, akhirnya ia dapat membawa Malaysia keluar daripada krisis ekonomi tersebut. Di dalam situasi sekarang, kenaikan harga minyak tidak semestinya akan menjadikan sesebuah ekonomi menjadi bankrap yang membawa kepada pembekuan aset dan sumber. Ia juga tidak semestinya menjadi punca utama kepada masalah kecairan yang merencatkan penjanaan sesebuah ekonomi. Justeru, analisa mendalam dan tepat tentang teras punca masalah krisis ekonomi sekarang dan langkah penyelesaiannya adalah sangat perlu.
Kenaikan Artificial Harga Minyak
Hakikatnya, kenaikan harga minyak adalah bersifat artificial atau tiruan kerana ia tidak mencerminkan apa yang dikatakan oleh negara OPEC. Justeru, tindakan susulan kebanyakan negara dunia yang terjejas kerana kenaikan harga minyak dan kesan rantaiannya adalah juga satu jenis tindakan tiruan atau artificial. Reaksi tiruan inilah yang menghasilkan tindakan panik negara-negara seluruh dunia untuk mendapatkan bekalan minyak yang pada dasarnya didagangkan seperti konsep lelongan di mana pembida tertinggi akan mendapat bekalan pada kuantiti yang dimahukan.
Harga yang dibayar oleh pembida tertinggi ini, pada hakikatnya, juga adalah harga tiruan. Logiknya, segala kemelut politik dan ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat dunia sejagat juga sebenarnya adalah masalah tiruan. Masyarakat dunia sedang berhadapan dengan satu situasi palsu yang sengaja direka cipta. Inilah yang menjurus kepada apa yang dipanggil paranoid - satu bentuk ketakutan keterlaluan terhadap sesuatu yang palsu atau tidak wujud. Paranoid kekurangan bekalan minyak inilah yang menderitakan ramai manusia.
-Pemikir Emas Hitam
Sunday, June 15, 2008
Apakah Benar??
Minum Petang Bersama Karel De Gucht
Petang tadi saya ditemani YB Sivarasah menemui Menteri Luar Belgium Karel De Gucht di kediaman rasmi Duta Belgium ke Malaysia.
Kami membincangkan keputusan referendum Ireland dan kesannya ke atas Kesatuan Eropah (EU), prospek pelaburan Belgium ke Malaysia, masalah harga minyak, agenda Kerajaan Pakatan Rakyat dan dialog agama.
Persoalannya sekarang Mengapa Belgium yang lebih maju dari Malaysia boleh meminta pandangan dan justeru membincangkan keputusan referendum Ireland dan kesannya ke atas Kesatuan Eropah bersama Anwar?Siapakah Anwar dimata mereka dan benarkah Anwar berbincang tentang perkara yang disebutkan seperti pelaburan ke Malaysia dan harga minyak atau perkara yang lain?Fikirkanlah....Jangan hanya membuta tuli mempercayai pengkhianat ini?Jika benar Apakah status kedudukannya pada hari ini sehingga boleh membincangkan isu antarabangsa bersama Belgium?
Sunday, June 8, 2008
PR cuba Divert Intention Rakyat kerana gagal laksana manifesto
Kalau kita ingat kembali, Apakah mereka telah lupa banyak janji yang mereka taburkan yang tak dapat dilaksanakan hingga kini?Mengapa mesti menaburkan janji lagi kepada rakyat yang tentunya tidak dapat dilaksanakan?Apakah ini dasar Pakatan Rakyat?Janji kemudian fikir.
Sememangnya kita mengetahui harga minyak naik adalah disebabkan kenaikan harga minyak dunia.Walau pun kita mempunyai satu entiti syarikat Negara iaitu Petronas Tidakkah kita terfikir Petronas juga mempunyai kos yang tinggi untuk menampung kesemua subsidi negara.
"Pakatan Rakyat mempunyai kerangka yang jelas serta mengikut lunas undang-undang seterusnya mampu menarik minat pelabur asing untuk terus melabur di negara kita," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.-Petikan Harakah daily.
Secara tak langsung kita harus berfikir siapakah pelabur yang ingin melabur di negara kita semata-mata untuk mengurangkan kenaikan harga minyak sedangkan di Negara Amerika Syarikat sendiri tidak mampu untuk menurunkannya.Apakah ianya sahabat karib Anwar seperti artikel The TRUTH OF Anwar Ibrahim di web www.umnobktampg.net yang sanggup mengorbankan hartanya untuk menolong Malaysia sedangkan mempunyai tujuan yang tertentu?
Sebagai rakyat kita harus berfikir dan jangan terus percaya apa yang dikatakan oleh Pakatan Rakyat ini. Mereka cuma ingin divert intension rakyat kerana tidak mampu untuk melaksanakan manifestonya.
Apakah kita terfikir sedangkan harga air pun susah untuk mereka turunkan inikan harga minyak?MAMPUKAH MEREKA?Lihatlah contoh negeri yang mereka perintah sekarang tidak ada satu apa pun yang mereka lakukan untuk kemajuan rakyat.Jangan cakap sahaja pandai kerja tak buat.
-Pemikir UMNO
Thursday, May 29, 2008
EZAM MASUK UMNO BUKTI UMNO MASIH RELEVAN
Semuanya telah terbukti bahawa Ezam telah sedar bahawa wadah dan perjuangan UMNO itu adalah suci dan tulen demi untuk mempertahankan hak orang melayu.
Mengapa Ezam keluar dari PKR dahulu?Adakah kerana perjuangan PKR telah lari dari landasan dan matlamat sebenar mereka?Apakah mungkin Ezam telah sedar bahawa PKR sememangnya bukan memperjuangkan keadilan rakyat?Semua itu mungkin dapat dijawab sendiri olehnya pada suatu hari nanti tetapi sebagai rakyat tidakkah kita terfikir Mengapa orang kuat PKR sendiri keluar dari parti itu dan memilih UMNO sebagai pilihannya?
Kalau kita berfikir sejenak jika kita ingin membuat sesuatu pilihan, apakah kita akan membuat pilihan yang lebih baik atau pilihan yang lebih buruk? Sudah tentu kita akan memilih sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.Ini secara tak langsung kita boleh menganggap bahawa Ezam juga telah mengakui UMNO itu lebih baik dari segi perjuangannya dan kualitinya serta lebih relevan dari PKR.Kepincangan PKR juga boleh dikaji dan dilihat dari segi pemerintahannya di Selangor yang dahulunya banyak menjanjikan kebajikan rakyat di dalam manifestonya pada pilihanraya umum yang lalu tetapi tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Sedarlah bahawa sememangnya UMNO adalah sebuah parti yang telah berjaya membuktikan perjuangannya untuk memelihara semua kepentingan rakyat khususnya bangsa melayu sejak 62 tahun kewujudannya.Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO juga telah membuktikan bahawa ia mampu untuk memerintah dan membangunkan negara selama ini.
Fikir-fikirkanlah.....
-Pejuang UMNO
Monday, May 26, 2008
Anwar Ibrahim the truth!!
http://www.youtube.com/watch?v=AJfBY1DDKDY
Video 6- Siapa taja Anwar ?
http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA
Video 5- Anwar Muslim Moderate ?
http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo
Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew
Sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
Monday, May 19, 2008
Ketuanan Melayu atau Ketuanan Rakyat
Tetapi adakah kita mempersoalkan diri kita sendiri apakah yang kita lakukan untuk masyarakat melayu yang berada di sekeliling kita.Ketuanan Melayu akan berjaya jika Melayu dari pelbagai peringkat bawahan hingga ke atasan bersatu untuk memastikan ianya terlaksana tetapi apa yang berlaku ialah kita melayu sendiri suka berkelahi dan mempunyai sifat dengki antara kita.Bukankah menegur dan melihat bangsa sendiri Berjaya menjadi kebanggaan kita.Ini hakikatnya yang kita tidak boleh nafikan dan ini harus kita perbaiki jika kita menginginkan Ketuanan Melayu itu Berjaya.Bukannya dengan memikirkan satu slogan yang baru iaitu Ketuanan Rakyat.
Pada pendapat kami Ketuanan Melayu bukannya harus dihayati oleh UMNO sahaja tetapi ia juga harus dihayati oleh bangsa melayu itu sendiri walau apa parti sekalipun.Cuma sekarang ramai yang mengetahui dari dahulu UMNOlah yang mempunyai inisiatif untuk memikirkan soal ketuanan melayu jadi salahkah UMNO mencuba untuk melaksanakannya.Soal gagal atau berjaya itu terpulang kepada melayu itu sendiri.
Berkenaan dengan Ketuanan Rakyat Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengannya.Apakah ingin menjadikan semua rakyat setaraf dengan yang empunya tanah.Mengapa kita tidak terfikir sejarah telah membuktikan tanah ini dahulunya dinamakan tanah melayu salahkah melayu menjadi tuan punya tanah.Ini tidak bermakna kita menolak bangsa lain selain melayu, ini telah dibuktikan dahulu dengan usaha UMNO mewujudkan Perikatan dan sekarang Barisan Nasional.Kewujudan Barisan Nasional ini adalah kerana UMNO tetap memikirkan bangsa lain walaupun ia memperjuangkan Ketuanan Melayu. Barisan Nasional juga mengambil berat setiap pandangan bangsa lain malah ia dapat menyatukan setiap bangsa di Negara ini.
Setiap organisasi dan setiap Negara atau negeri atau setiap keluarga mesti mempunyai ketua untuk mentadbir dan mendengar pandangan ramai tetapi jika yang dimaksudkan Ketuanan Rakyat ini adalah rakyat menjadi tuan maka secara tidak langsung “tanah melayu” yang selama ini disayangi oleh nenek moyang kita telah hilang melayunya menjadi tanah rakyat tak kira apa bangsanya walaupun warga asing yang mendapat kerakyatan juga tergolong didalamnya.Apakah Ketuanan Rakyat ini relevan atau hanya bermotifkan politik.Jika bermotifkan politik apakah bangsa lain selain melayu percaya ia mampu dilaksanakan untuk bangsa mereka sedangkan hanya bermotifkan politik Sdn. Bhd. Iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia.Mengapa kita mudah terpedaya dengan slogan dan kata2 yang indah tanpa memikirkan dan mengkaji sedalamnya.Mungkinkah kerana kata2 yang indah itu hanya untuk menyedapkan hati masing-masing yang tertekan.Ingatlah selalunya yang pahit itulah ubat kepada penyakit bukannya pada gula yang hanya ada pada manisnya.
Sekian,
-Gerak Gempur Pemuda UCBA
Tuesday, May 6, 2008
Siapa Karpal Singh mempersoalkan Sultan Perak?
Jika Karpal berani mempertikaikan keputusan Sultan, kami juga ingin mengingatkan Karpal SIAPA anda untuk menilai keputusan Sultan Perak? Karpal tidak berhak mempersoalkan keputusan kerajaan Negeri Perak dan keputusan Sultan Perak kerana Karpal bukannya Menteri Besar Perak.Apa yang ingin ditekankan disini ialah Mengapa sebelum membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan pemecatan Datuk Jamry Sury tidak di maklumkan kepada Istana Perak terlebih dahulu sedangkan perlantikan jawatan didalam Jabatan Agama Islam adalah tertakluk kepada perkenan Sultan?
Karpal turut menggesa Kerajaan Pusat memastikan sultan dilarang daripada campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri agar apa yang berlaku di Perak tidak menjadi ikutan negeri-negeri beraja yang lain.Menurutnya, walaupun sultan merupakan ketua agama Islam tetapi pelantikan kakitangan awam terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.-petikan Utusan Melayu 5 Mei
Bagaimana pula halnya Karpal campur tangan dalam keputusan Istana Perak? Jika Karpal boleh campur tangan KAMI juga ingin mengesa kepada Kerajaan Pusat supaya tindakan Karpal dalam mempersoalkan kuasa raja-raja di Malaysia harus dihentikan demi menjaga Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Benar pelantikan kakitangan awam terletak dibawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi untuk penjawat agama perlu mendapat perkenan Sultan barulah ia boleh dilantik. Apakah Karpal tidak mengetahui atau ada agenda yang lain?“Saya amat menghormati dan dengan rendah diri akan sentiasa patuh dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan Perak.“Saya akan memohon menghadap dan menyerahkan watikah memohon ampun kepada baginda secepat mungkin,” kata Mohammad Nizar dalam satu kenyataan Sabtu lalu.-petikan Utusan Melayu 5 Mei
Yang benar ditegakkan yang salah harus diakui bukankah itu dituntut dalam Islam?MB Perak perlu melakukan apa yang benar kerana dia membawa parti yang mendukung islam jangan lupa dan jangan ingkar dan jangan lupa rukun negara.Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry sebagai membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).-petikan Utusan Melayu 5 Mei
Kami Pemuda UCBA berjanji akan terus mempertahankan Kesultanan Melayu walau dengan apa cara sekalipun.
- Gerak Gempur
Sunday, May 4, 2008
Jangan kompromi - UMNO digesa tidak terus tunduk pada tuntutan jejas kuasa, hak Melayu
dan ARSHAD KHAN
JOHOR BAHRU 3 Mei – Apa jua usaha memulihkan kembali Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO hendaklah dilakukan tanpa kompromi terhadap kuasa dan hak Melayu.
Beberapa peserta Kongres Permuafakatan Melayu yang ditemui berpendapat UMNO tidak perlu terus tunduk kepada permintaan rakan komponen BN yang lain kerana tuntutan-tuntutan itu tidak akan berakhir.
Setiausaha Satu, Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, situasi selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 sedang menyaksikan politik toleransi mengambil tempat dalam BN.
“UMNO dalam BN akan tawar-menawar (dengan komponen lain). Semasa UMNO kuat, ia mampu pertahan semua milik Melayu, tetapi banyak perkara berlaku dalam masa UMNO tidak kuat.
“MIC dan MCA secara terbuka meminta pelbagai perkara dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Melayu pun cuba mengambil kesempatan,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di Kongres Permuafakatan Melayu, di sini hari ini.
Menurut beliau lagi, sesetengah orang melihat usaha memulihkan kembali BN pada masa ini mungkin boleh dilakukan dengan mendengar tuntutan kaum Cina dan India.
Bagaimanapun katanya, sebahagian besar tuntutan itu mungkin bertentangan dengan hak dan keistimewaan orang Melayu.
“Tuntutan akan terus berlaku atas kepentingan kaum,” katanya.
Beliau berkata, tindakan memohon maaf oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai isu keris Panca Warisan baru-baru ini juga secara tidak langsung memperlihatkan hak Melayu terhakis akibat tekanan dan permintaan daripada kaum lain.
“Ini semua berlaku (permohonan maaf) di kala tuntutan semakin kuat dan kita terperangkap dalam tuntutan-tuntutan itu,” katanya.
Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk A. Aziz Deraman pula berkata, apabila ada kompromi dalam perkara-perkara pokok hak Melayu, maka lama-kelamaan hal-hal kecil pun akan dituntut.
“Ini hanya meletakkan orang Melayu dalam keadaan tidak selesa dan menjadikan mereka tidak penting lagi walaupun orang Melayu adalah kaum asal di negara ini.
“Malaysia bukan negara imigran seperti Amerika Syarikat. Maka hak penduduk asal tidak boleh dipersoalkan,” katanya.
Naib Presiden Persatuan Anak- anak Melayu Johor, Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Syed Hussein Al Habshee berpendapat, perlu ada usaha untuk mendidik generasi muda pelbagai kaum di negara ini mengenai pengertian sebenar kontrak sosial.
“Pendidikan kita tidak menekankan hal-hal berkaitan kontrak sosial dan ini perlu diajar supaya mereka mengetahuinya,” katanya.
Katanya, apabila kaum bukan Melayu memahami kontrak sosial berkenaan, maka tidak akan wujud permintaan-permintaan yang luar biasa dalam apa-apa keadaan sekalipun.
Saturday, May 3, 2008
ADAKAH EKONOMI MELAYU KIAN MERUNCING?
Kerajaan telah mewujudkan berbagai dasar demi untuk menjana ekonomi bangsa melayu tetapi adakah ia berjaya dilaksanakan ataupun sebaliknya? Kita seharusnya membuat kajian terperinci terhadap isu ini. Kita wajib mempertahankan dasar ekonomi baru tetapi kita juga harus bersama-sama memastikan ia dilaksanakan dengan baik dan berjaya.
Apakah isu ini kerajaan seorang harus dipersalahkan kerana perlaksanaannya kurang ataupun kita jua harus dipersalahkan bersama kerana tidak melaksanakan dasar dengan baik?Kerajaan hanya mampu untuk membuat sesuatu dasar yang membangun tetapi ia tidak akan berjaya jika kita tidak bersatu untuk melaksanakannya.
Pada waktu ini kita harus melihat berapa ramai orang melayu tersungkur didalam perniagaan kerana dasar ini diekploitasikan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan juga seharusnya memikirkan sesuatu untuk membantu sektor swasta dalam menjana ekonomi orang melayu yang kian meruncing pada ketika ini. Jika kita berjaya membantu pihak swasta kita dapat memberi banyak peluang pekerjaan kepada graduan yang menganggur.
Walaupun pahit untuk kita telan tetapi inilah hakikat sebenar yang berlaku di akar umbi.
Marilah kita bincangkan bersama.