Ia berikutan kegiatan judi Internet yang dikatakan begitu aktif di kawasan tersebut.
Sebut apa sahaja jenis permainan judi yang dikehendaki pelanggan, pasti impian mereka tidak dihampakan.
ASEAN Casino yang terdapat di premis-premis berkenaan menjadi tarikan kaki judi kerana menyediakan lebih 50 jenis permainan judi termasuk roulette, slot games, black jack, baccarat dan jackpot.
Premis-premis judi ini juga dikatakan mengaut kira-kira RM20,000 hingga RM25,000 sehari hasil daripada aktiviti judi tersebut.
Hasil tinjauan mendapati tuan-tuan punya pusat snuker dan kafe siber secara terbuka menyalahgunakan lesen perniagaan dengan menawarkan permainan judi Internet kepada pelanggan-pelanggan.
Bagi melihat sendiri operasi judi Internet itu, penulis telah menyamar masuk sebagai pelanggan ke beberapa premis di Pandan Indah, Pandan Perdana dan Pandan Mewah, baru-baru ini.
Hasil tinjauan itu agak mengejutkan penulis apabila mendapati salah sebuah pusat snuker yang menjalankan aktiviti haram tersebut hanya terletak kira-kira 100 meter dari Balai Polis Pandan Perdana.
Terdapat lima meja snuker di tingkat bawah premis tersebut manakala di tingkat atasnya pula terdapat 18 buah komputer yang digunakan untuk permainan judi Internet.
Setiap pelanggan yang masuk akan diawasi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis tersebut.
Selain CCTV, premis berkenaan turut dikawal oleh bouncer-bouncer warga asing yang bertubuh tegap dan berwajah garang.
Hanya juruwang sahaja yang mesra dengan pelanggan-pelanggannya yang kebanyakannya berusia awal 20-an.
Semenjak Kerajaan Negeri Selangor diperintah Pakatan Rakyat dari PRU ke 12 hingga kini tiada apa yang dilakukan mereka. Daerah Ampang terdiri dari Ahli Parlimen PKR,YB Zuraidah, ADUN PKR Bukit Antarabangsa iaitu YB Azmin dan seorang ADUN PAS YB Khasim Abdul Aziz sebagai ADUN Lembah Jaya.Sedih apabila melihat Ampang sudah dicop sebagai SYURGA KAKI JUDI. Yang menjadi persoalannya adalah Apakah ketiga-tiga wakil Kerajaan Negeri ini tidak menjalankan tugas mereka memantau perkara seperti ini lagi-lagi ADUN Lembah jaya kerana beliau berasal dari sebuah parti yang kononnya sebuah parti yang melambangkan ISLAM iaitu PAS?.
Sebagai parti yang kononnya memperjuangkan ISLAM dimana suara lantangnya untuk menghalang perkara ini dari berlaku. Apakah beliau menghalalkan perkara ini berlaku demi menjaga ikatan persahabatan antara PAS dan PKR? Kalau dahulu mereka sebagai parti pembangkang saya pasti mereka dapat menghidu perkara ini dan menyalahkan kerajaan pada ketika itu tetapi mengapa sekarang sepertinya tidak diendahkan atau tidak mengambil tahu sehinggakan media terpaksa membongkar kegiatan ini untuk mereka mengambil tindakan yang sewajarnya. Apakah mereka cuba melindungi mereka?.
Puan YB dan Tuan-tuan YB Sekalian, ingatlah amanah dan tanggungjawab yang diberikan Allah ini mestilah diuruskan sebaik yang mungkin. Benarlah tekaan saya bahawa mereka lebih mementingkan tempat lain seperti sibuk di PERAK sehingga tertangkap kerana melanggar undang-undang dari tempat yang menjadi tanggungjawab mereka sendiri . Akhirnya dengan kuasa tuhan yang ingin memberi teguran kepada mereka telah terpapar di Media sehinggakan di setiap pelusuk Malaysia mengetahui bahawa Ampang adalah SURGA KAKI JUDI.
Mungkin ini adalah salah satu cara yang Allah nak tunjukkan kepada kita sikap dan tanggungjawab sebenar mereka sebagai seorang wakil kepada rakyat. Walaupun kini premis berkenaan telah pun diambil tindakan tetapi saya merasakan terkilan kerana disebabkan kelalaian mereka sebagai YB di Ampang, Daerah ini sudah dicop sebagai SYURGA KAKI JUDI dan boleh juga di labelkan sebagai NERAKA DUNIA.Sedar lah pemimpin PAS anda akan disoal diakhirat kelak atas amanah dan tanggungjawab yang anda abaikan. Apakah kerana kuasa anda sanggup untuk ke PERAK dan mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan di Ampang?.
Yang sedihnya ada yang mengatakan kedai judi tersebut berada disebelah pejabat mereka di MPAJ dan Apakah mereka masih tak tahu?.Apakah pemimpin seperti ini yang kita inginkan?. Melaung ke sana kemari memperjuangkan islam tetapi dari segi perlaksanaannya sendiri tidak dipraktikkan. Inilah sikap wakil Rakyat Pakatan Rakyat dan Apakah wakil seperti ini yang kita inginkan untuk masa depan anak cucu cicit kita?. Apa yang terjadi kepada rakyat di Ampang kerana kelalaian mereka?.Mari kita renung artikel ini.
KUALA LUMPUR 18 Mei - ''Nak berjudi. Tak perlu 'mencuri-curi masuk' ke pusat judi di Genting Highland. Kawasan Ampang pun dah macam 'mini Genting Highland'. Apa jenis permainan judi pun ada. Boleh berjudi 24 jam.
''Yang penting ada duit untuk bertaruh. Kalah menang terpulang pada nasib badan,'' akui seorang kaki judi ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Dia yang mahu dikenali sebagai 'Joe' mengakui hampir saban malam melepak di beberapa pusat snuker yang menawarkan pelbagai jenis judi Internet.
''Saya pilih judi jenis roulette. Pertaruhannya boleh bermula serendah RM20 sahaja. Kalau nasib baik boleh dapat berlipat kali ganda,'' ujarnya tanpa segan silu.
Akui 'Joe', 27, walaupun kerap kehabisan wang gaji akibat berjudi tetapi dia tidak pernah serik.
''Bila habis duit gaji. Saya berhutang dengan teman-teman. Mereka pun macam saya juga.
''Ketagih judi. Boleh faham masalah antara satu sama lain. Kalau menang saya ganti semula. Tetapi lebih banyak kalah daripada menang. Sebab itu hutang saya keliling pinggang,'' akuinya terus terang.
Bagi 'Ady' (bukan nama sebenar), 45, berjudi sudah menjadi tabiatnya sejak sepuluh tahun lalu walaupun sedar banyak keburukannya akibat perbuatan tersebut.
''Rumah tangga saya hancur akibat ketagihan judi. Isteri lari dan minta cerai daripada saya. Keluarga pula menyisih diri daripada saya.
''Saya sungguh tertekan. Walaupun sedar diri bersalah tetapi sukar untuk membuang tabiat itu,'' katanya.
Ady berkata, akibat berjudi juga menyebabkan jiwanya tidak tenang serta gelisah kerana diburu hutang.
''Dulu saya mempunyai pekerjaan tetap, tetapi akibat suka ponteng kerja kerana berjudi saya diberhentikan oleh majikan.
''Kini saya buat apa sahaja pekerjaan asal dapat duit,'' ujarnya.
Justeru itu, jelasnya, jika ada teman-teman mahu berjinak dengan aktiviti haram tersebut dia akan menasihatkan mereka jangan sesekali mencuba.
''Jika sudah ketagih, untuk kembali berubah sukar sekali. Rasa ketagihan untuk berjudi payah dikikis. Jangan jadi seperti saya,'' katanya dalam nada kesal.
Sedih dan Fikirkanlah...-Ampang kecewa-