Monday, December 29, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam, Ma'al Hijrah 1430

Umno Cawangan Bukit Ampang mengucapkan selamat menyambut Ma'al Hijrah kepada semua ahli dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat pusat dan kepada semua rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam. Semoga tahun yang akan datang akan memberikan kita keberkatan dan kebaikan yang hakiki dalam perjuangan kita.Lupakanlah peristiwa yang lama dan mulakanlah kisah yang baru yang lebih baik dari sebelumnya.Salam perjuangan dari kami.

-UCBA

Tuesday, December 16, 2008

FAKTA vs RETORIK

Semenjak kebelakangan ini, Kebingungan, Delima dan pelbagai lagi perasaan yang melanda rakyat di dalam arena politik Negara seperti air bah yang membanjiri kawasan utara negara.Apa yang menjadi kepastian adalah ramai antara mereka yang menetap di bumi Malaysia ini lebih mempercayai retorik dari yang fakta.Apakah Fakta ini tidak penting bagi mereka dalam mencorakkan politik tanah air.

Dari penelitian peribadi, Parti yang memperjuangkan hak yang hanya berlandaskan Fakta adalah UMNO.Selain dari itu hanya memperjuangkan berlandaskan retorik dan fakta yang sebenarnya disembunyikan iaitu matlamat yang akhir.Contohnya perjuangan PKR yang menyatakan perjuangannya berlandaskan keadilan sehingga sanggup untuk melukai jiwa bangsa melayu tetapi matlamat sebenar adalah untuk kepentingan peribadinya iaitu mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri.PAS kononnya memperjuangkan islam tetapi matlamat akhirnya hanya untuk kuasa ini terbukti dengan kenyataan salah seorang mereka untuk membuka keahliannya kepada kaum lain.

Yang menjadi persoalannya mengapa kita sebagai rakyat tidak cuba untuk mencari fakta yang sebenar selepas kita mendengar retorik yang diwar-warkan.Apakah dengan hanya retorik sahaja sudah cukup untuk kita mempercayainya?.Contohnya adalah seperti kita dapat melihat sebuah cawan yang berada di atas meja tetapi tidak dapat melihat adanya air di dalamnya.Sebelum mengetahui adanya air di dalamnya ramai yang bertelagah pendapat dan mengeluarkan fatwa sebelum pergi melihat sendiri air tersebut dan akhirnya terbukti tiadanya air di dalam cawan tersebut.Kemudian mereka yang bertelagah dan yang ingin menegakkan pendapatnya yang sebenar merasa rugi kerana yang ditelagah adalah berlandaskan retorik yang mengatakan cawan tersebut adanya air.

Apakah pendidikan yang diberi selama 50 tahun merdeka oleh kerajaan Barisan Nasional mendidik rakyat supaya tidak menganalisa sesuatu perkara itu sama ada ianya sahih ataupun tidak.Apakah dengan retorik semata-mata ianya dianggap sahih?.Apakah kita tidak terfikir orang yang menyampaikan retorik tersebut tidak mempunyai agendanya tersendiri?.Apakah Agendanya?.Dimanakah Faktanya?. Inilah persoalan yang seharusnya timbul di minda generasi muda yang menganggap mereka berpendidikan tinggi tetapi tidak menggunakan apa yang dipelajarinya seperti saya pada dahulunya?

Marilah kita berfikiran rasional dalam membuat sesuatu keputusan.Bercakap mestilah berlandaskan Fakta yang benar.Ianya diamalkan oleh mantan perdana menteri kita Tun Dr Mahathir Muhammad dan akhirnya dia Berjaya membawa Malaysia ke persada dunia.Apakah kita tidak mempunyai matlamat untuk mencontohinya atau hanya berfikiran untuk melepaskan geram kerana mendengar retorik dari orang lain.

Yang manakah lebih bermakna FAKTA ataupun RETORIK?.

-Pemuda Kecewa