Friday, December 31, 2010

Najib Ajak Rakyat Malaysia Corak Masa Depan Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh masyarakat Malaysia untuk menunaikan tanggungjawab bagi mencorakkan masa depan yang lebih baik demi generasi akan datang, serta meletakkan negara di kedudukan yang sepatutnya.

Najib, dalam perutusan Tahun Baru 2011 berkata, tanpa sokongan dan kerjasama rakyat, segala yang dirancang dan mahu dilaksanakan oleh kerajaan tidak akan menemui kejayaan.

"Janganlah kita hanya berpuas hati dan hanya berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian. Marilah kita corakkan masa depan generasi hari muka kepada yang lebih baik daripada hari ini.

"Kuasa membentuk adalah di tangan rakyat. Tunaikanlah tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya," katanya.

Najib juga mengingatkan generasi kini supaya tidak memperdagang atau mempertaruhkan nasib generasi akan datang dengan membuat keputusan yang salah.

"Ini bukanlah masa untuk bereksperimen tetapi waktu untuk memperbaharui kepercayaan dan mengukuhkan keyakinan kepada apa yang telah terbukti berkesan," katanya.

Kata Najib, dalam menguruskan negara, terutamanya ehwal ekonomi, kerajaan sentiasa mengamalkan sikap penuh kebertanggungjawaban.

"Sebagai kerajaan yang begitu prihatin dalam meresapi nadi dan naluri rakyat, kita tidak akan sekali-kali membelakangkan kepentingan orang ramai dengan menjanjikan sesuatu atau mengambil sebarang keputusan yang pada mata kasarnya popular namun hakikatnya bersifat amat menjejaskan kemudian hari terhadap kepentingan semua," katanya.

Perdana Menteri berkata sememangnya mana-mana kerajaan yang menggubal atau menjanjikan dasar-dasar sekadar bersifat popular tetapi tidak bertanggungjawab mungkin akan mendapat pengiktirafan atau sanjungan jangka pendek tetapi untuk tempoh masa panjang, rakyat yang sebenarnya akan menderita.

"Mengambil iktibar daripada kekhilafan-kekhilafan sekeliling, sepanjang 2010, kita telah merancang asas-asas yang kukuh bagi menentukan keseluruhan potensi dan sumber negara mampu dirangsang serta diaturgerakkan ke arah tercapainya wawasan kebangsaan," katanya.

Antara yang diperkenalkan termasuk pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) bersama enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan 12 NKEAnya, sebagai teras kepada Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia ke-10 dan Bajet 2011 - yang merupakan peta laluan komprehensif untuk mengangkat taraf dan mutu hidup lebih tinggi kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Sejak sekian lama, kerajaan yang diberi mandat telah mentadbir dan berusaha dengan ikhlas untuk memberikan yang terbaik kepada keperluan rakyat serta kemajuan negara.

"Sayangnya terdapat pihak-pihak yang menangguk di air keruh dengan sewenang-sewenangnya menuduh bahawa kerajaan hanya berminat terhadap projek-projek tertentu terutamanya yang berbentuk mega. Sesungguhnya lemparan kata-kata itu tidak benar sama sekali," tegasnya.

Sinis menepis kritikan beberapa pihak, khususnya pembangkang, mengenai pembinaan beberapa projek seperti pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Menara Berkembar Petronas dan Jabatan Pulau Pinang, Najib berkata pihak sama kini tersipu-sipu malu dan terkesima untuk mengakui kesilapan mereka kerana terbukti projek-projek yang dilaksanakan kerajaan itu telah memberi manfaat kepada rakyat terbanyak.

"Persoalannya jika pendapat mereka terbukti salah dalam perkara yang sebegitu besar, bagaimanakah mungkin rakyat boleh mempercayai lagi sebarang janji mereka?

"Apatah lagi baru-baru ini janji 100 hari mereka yang hanya akan menambahkan lagi perbelanjaan tanpa mengambil kira realiti pendapatan serta punca kewangan negara," soal Perdana Menteri.

Berharap rakyat Malaysia mampu melihat dan menilai "yang mana kaca, yang mana permata", Najib menegaskan bahawa kerajaan sejak dahulu telah memberi perhatian kepada matlamat untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan.

Ini kerana katanya lonjakan kekayaan negara akan membolehkan peningkatan untuk perbelanjaan dan terlaksananya keadilan sosial.

"Ia berkadar terus, ertinya, semakin meningkat pendapatan kerajaan, maka semakin meningkat perbelanjaan untuk kesejahteraan rakyat," katanya yang menyeru seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama untuk menyahut seruan untuk menuju ke puncak kejayaan.

-- BERNAMA

Thursday, December 30, 2010

TERIMA KASIH PM

PM ISYTIHAR JUMAAT INI, 31 DIS SEBAGAI CUTI UMUM

KUALA LUMPUR, 30 Dis 2010 (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010.

Beliau membuat pengisytiharan itu dalam kenyataannya kepada Bernama di sini pada Rabu malam.

Pada perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia Rabu malam, pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.

Kemenangan ini mengakhiri penantian Malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala tersebut.

SUMBER : BERNAMA

Tuesday, December 28, 2010

PERUBAHAN KEPIMPINAN UMNO NEGERI

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Spekulasi mengenai perubahan kepimpinan baru UMNO negeri-negeri terjawab apabila tiga negeri iaitu Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang yang sebelum ini diterajui oleh Naib Presiden dikembalikan kepada pemimpin-pemimpin di peringkat negeri.

Ketiga-tiga negeri terbabit menerima perubahan di peringkat pengerusi dan timbalan pengerusi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengumumkannya berkata, perkara itu telah diputuskan sendiri oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di Kedah beliau berkata, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dipilih sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu dengan mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

‘‘Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pula telah dilantik sebagai timbalan beliau. Di Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akan mengetuai semula UMNO negeri yang sebelum ini dipegang oleh Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pelantikan semula Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO negeri di Ibu Pejabat UMNO di sini hari ini yang berkuat kuasa 1 Januari ini.

Tengku Adnan berkata, bagi jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu dipegang oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib.

Di Pulau Pinang beliau berkata, jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri yang sebelum ini dipegang oleh Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertukar tangan kepada timbalannya, Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata, kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Zainal Abidin itu diisi oleh Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Di Perlis pula ujarnya, jawatan pengerusi masih dipegang oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu tetapi di peringkat timbalan pengerusi jawatan itu diserahkan kepada bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menggantikan Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, sembilan lagi negeri tidak mengalami perubahan termasuk Selangor dan Wilayah Persekutuan.

‘‘Ini bermakna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing masih mengekalkan jawatan sebagai pengerusi di Selangor dan Wilayah Persekutuan,

‘‘Begitu dengan timbalan bagi kedua-dua negeri juga tidak mengalami sebarang perubahan,’’ katanya lagi.

Bagi negeri-negeri lain katanya adalah seperti berikut - (Negeri Sembilan) pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan dan timbalan pengerusi, Datuk Shaziman Abu Mansor ; (Pahang) Pengerusi, Datuk Seri Adnan Yaakob dan timbalannya, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin .

Lain-lain negeri katanya, (Melaka) pengerusi, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop; (Johor) pengerusi, Datuk Abdul Ghani Othman dan timbalan pengerusi, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

‘‘(Sabah) pengerusinya, Datuk Seri Musa Aman dan timbalan pengerusi, Datuk Seri Datuk Mohamad Salleh Tun Said, Perak pula akan diterajui Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir manakala timbalannya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah,’’ katanya.

-utusan

Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato' Seri Najib Tun Razak kerana sudi bersama-sama kami di Selangor. Kami akan terus menyokong perjuangan Presiden demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

Hidup UMNO!!

-UCBA

artikel berkaitan :

SAYA MENYERU PRESIDEN UMNO UNTUK BERSAMA DI SELANGOR SEHINGGA PRU13.

Sunday, December 26, 2010

1Malaysia bukan bermotif politik - PM

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjelaskan Gagasan 1Malaysia bukan bermotifkan politik seperti mana dakwaan sesetengah pihak sebaliknya ia bertujuan untuk pembangunan bangsa.

Perdana Menteri berkata, kerajaan percaya melalui gagasan tersebut ia dapat menarik sokongan semua rakyat negara ini untuk bersama-sama bergerak ke hadapan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur, harmoni dan berjaya pada abad ke-21.

Paling penting beliau berkata, gagasan tersebut mampu mewujudkan perpaduan jitu antara semua kaum di negara ini sekali gus menjamin kestabilan negara.

''Gagasan 1Malaysia bukan bertujuan politik tetapi semata-mata untuk pembangunan bangsa. Dengan kata lain gagasan 1Malaysia merupakan satu titik pertemuan kepada semua lapisan masyarakat Malaysia untuk kita lebih bersatu padu di bawah satu visi dan satu misi,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan teh sempena sambutan Hari Krismas di ibu pejabat Persekutuan Kristian Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Biskop Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Baru-baru ini Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah mengeluarkan arahan melarang penggunaan logo 1Malaysia pada kain rentang dan papan iklan di negeri itu.

Ia berpunca pada satu kejadian 23 Disember lalu apabila sebuah premis kedai serbaneka 24 jam di Banting, Kuala Langat telah diarahkan oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menanggalkan logo 1Malaysia pada papan tanda perniagaannya selaras dengan arahan kerajaan negeri itu.

Najib dalam ucapannya turut menyentuh kejayaan kerajaan melakukan penambahbaikan beberapa bidang utama hasil negara daripada inisiatif yang telah diambil sebelum ini.

''Hasil daripada beberapa program kerajaan ia telah menunjukkan kesan yang positif. Sebagai contoh indeks jenayah jalanan telah menurun sebanyak 37.6 peratus melebihi sasaran 20 peratus yang ditetapkan bulan ini,'' kata beliau.

''Begitu juga maklum balas daripada rakyat mengenai serangan kita terhadap rasuah. Menurut Transparency International, 48 peratus rakyat Malaysia mengakui usaha kerajaan menentang rasuah adalah amat berkesan,'' kata beliau.

Berbanding tahun lepas beliau berkata, hanya 28 peratus rakyat Malaysia yang beranggapan sedemikian.

''Begitu juga dengan pelaburan langsung asing (FDI), dalam tempoh sembilan bulan tahun ini kita berjaya memperoleh RM17.1 bilion berbanding RM5 bilion sepanjang tahun lepas,'' katanya lagi.

Beliau berkata, pencapaian pertumbuhan ekonomi negara juga amat baik apabila puratanya adalah 8.1 peratus dari Januari hingga September lalu.

''Apa yang pasti setiap kejayaan yang dicapai ini adalah hasil kestabilan, perpaduan dan keamanan yang kita kecapi. Mustahil kita mampu berada pada kedudukan ini jika negara berada dalam keadaan tidak stabil dan aman,'' ujarnya.

Larang logo 1Malaysia nafi hak asasi manusia

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor melarang penggunaan logo 1Malaysia pada papan tanda dan iklan di negeri itu telah menafikan aspek hak asasi manusia.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Muhammed Sha'ani Abdullah (gambar) berkata, mana- mana pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak boleh melarang penggunaan logo 1Malaysia oleh orang ramai kerana adalah menjadi hak rakyat untuk menyokong konsep itu secara terbuka.

"Logo 1Malaysia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja kerana ia tidak melanggar undang-undang atau menyalahi moral jika digunakan pada papan tanda dan iklan.

"Tiada unsur propaganda atau paksaan untuk menggunakan logo tersebut dan adalah menjadi hak rakyat jika hendak gunakannya," katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Muhammed Sha'ani mengulas tindakan Kerajaan PKR Selangor yang melarang penggunaan logo 1Malaysia atas alasan ia bermesejkan politik.

Beliau mengesyorkan pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan arahan kerajaan negeri itu supaya melaporkan perkara itu kepada Suhakam untuk tindakan selanjutnya.

Pensyarah Geografi Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali pula berkata, Kerajaan PKR Selangor tidak perlu khuatir pengaruh mereka akan terhakis kerana logo 1Malaysia.

Jelasnya, banyak risalah serta logo diedarkan pada setiap pilihan raya umum atau kecil untuk mengumpan pengundi, tetapi akhirnya calon yang berprestasi tinggi dan memenuhi manifesto parti akan dipilih rakyat.

Mana-mana parti politik, katanya, memerlukan perpaduan rakyat untuk membina negara dan kerana itu gagasan 1Malaysia perlu disokong oleh rakyat tidak mengira kaum, agama dan ideologi politik.

"Oleh kerana takut kepada logo 1Malaysia, Kerajaan PKR Selangor telah mengarahkan peniaga-peniaga menurunkannya dari papan tanda dan iklan tanpa memikirkan kesannya," ujarnya.

Presiden MIC, Datuk G. Palanivel pula berkata, PKR tidak boleh mengatakan 1Malaysia adalah slogan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana tidak terdapat sebarang lambang parti politik pada logo tersebut.

"Saya berpendapat pihak pembangkang sengaja tidak mahu faham tentang nilai murni yang ingin ditanamkan kepada rakyat di sebalik konsep dan logo 1Malaysia itu," katanya.

Menurut Palanivel, sepatutnya pihak pembangkang menyokong slogan dan polisi yang baik untuk rakyat dan negara, bukannya menjauhkan diri daripadanya.

Parti pembangkang, katanya, khuatir logo itu akan mengurangkan pengaruh di samping menggugat kedudukan mereka.

Menurutnya, sekumpulan peniaga berketurunan India yang terlibat dengan arahan menurunkan logo 1Malaysia di premis mereka akan menemui beliau minggu depan untuk membincangkan perkara itu.

Saturday, December 25, 2010

FELDA BAYAR BONUS INSENTIF PRODUKTIVITI RM100.92 JUTA - PM

1. Sukacita saya ingin mengumumkan bahawa FELDA akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100,916,600.00. Bonus ini adalah sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara dan insentif menghantar hasil melalui FELDA. Kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini ialah minimum RM400.00 dan maksimum RM1,200.00 bergantung kepada penghantaran hasil.

2. Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka FELDA seluruh negara. Peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil dari Januari 2010 hingga Oktober 2010. Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum ialah 8.01 tan/hektar manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 17 tan/hektar ke atas. Bagi peneroka getah, kelayakan minimum ialah 600.01 kg/hektar dan ganjaran maksimum diberi kepada yang menghantar hasil melebihi 1,400 kg/hektar. Bilangan peneroka yang terlibat dalam penghantaran hasil sawit dan getah ini adalah seramai 30,611 orang. Seramai 61,170 yang sedang menanam semula bersama FELDA akan menerima bayaran maksima RM1,200.00 seorang.

3. Pada tahun ini, FELDA turut memberikan pertimbangan khas kepada peneroka di beberapa rancangan yang prestasi hasilnya rendah sepanjang masa disebabkan tanaman tidak produktif dan menunggu giliran untuk ditanam semula. Ini termasuk juga kawasan kebun peneroka yang diambil bagi tujuan pembangunan. Termasuk juga dalam kategori ini ialah tanaman peneroka yang hasilnya rendah disebabkan serangan musuh penyakit seperti ganoderma, serangan ulat bungkus dan lain-lain. Kira-kira 2,000 peneroka terlibat dalam kategori pertimbangan khas ini. Kadar yang diberi kepada peneroka terlibat adalah sebanyak RM400.00 seorang.

4. Seramai 18,354 peneroka atau 16.29 peratus pula didapati tidak layak menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada FELDA dan juga kerana hasil mereka kurang daripada hasil minimum yang telah ditetapkan. Selain itu, peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka dan tidak menghantar hasil, tidak dibayar bonus insentif ini.

5. Bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal Januari 2011. Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti masing-masing.

6. Saya juga ingin mengajak semua peneroka untuk menyertai program bersama dengan FELDA selaras usaha berterusan yang dilaksanakan oleh agensi tersebut bagi meningkatkan pendapatan mereka melalui penyelidikan dan khidmat nasihat yang disediakan.

DATO SERI NAJIB HJ TUN ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Malaysia
Putrajaya
25 Disember 2010

PAS - matlamat menghalalkan hukum tuhan. Fikir-fikirlah...



Fikir-fikirkanlah.

Friday, December 24, 2010

Hormat, saling menerima penyelamat kehormanian - PM

KUALA LUMPUR, 24 Dis. - Perasaan hormat-menghormati dan sifat saling menerima antara satu sama lain yang dimiliki masyarakat Malaysia adalah kunci bagi mengembalikan keharmonian negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, sifat-sifat itulah yang menjadi penyelamat terhadap insiden sebilangan kecil puak yang menentang komuniti Kristian awal tahun ini.

"Sungguhpun pada awal tahun ini negara kita telah digegarkan dengan tindakan melampau oleh sebilangan kecil puak yang menentang komuniti Kristian, namun kita telah berjaya mengembalikan perasaan aman dan harmoni.

"Inilah semangat 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya dalam perutusan perayaan Krismas dalam blog beliau www.1malaysia.com.my di sini hari ini.

Najib berkata, setiap perayaan kebudayaan mahupun keagamaan yang disambut di Malaysia menjadi satu peringatan yang sangat menggembirakan tentang kekayaan dan kekuatan dalam kepelbagaian yang dimiliki oleh rakyat negara ini. - Bernama

Tuesday, December 14, 2010

PERDANA MENTERI PUJI INITIATIF MCA

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, MCA merupakan parti politik pertama menubuhkan yayasan perubatan bagi memberi bantuan kewangan untuk tujuan perubatan kepada rakyat yang memerlukan.

Perdana Menteri yang memuji inisiatif itu berkata, usaha murni MCA itu akan memberi banyak manfaat kepada rakyat negara ini yang begitu memerlukan bantuan kewangan untuk tujuan perubatan.

"Usaha ini akan meningkatkan hubungan MCA dengan rakyat kerana rakyat akan melihat MCA sebagai sebuah parti politik yang prihatin terhadap kesihatan penduduk pelbagai kaum di negara ini.

"Oleh kerana kos perubatan yang mahal, ramai rakyat tidak mampu untuk membuat rawatan sekiranya tiada bantuan disalurkan. Saya berterima kasih kepada MCA di atas inisiatif yang cukup murni ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Yayasan Perubatan 1MCA di sini malam ini.

Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Penubuhan yayasan perubatan itu diumumkan Soi Lek selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden MCA 28 September lalu bagi membantu rakyat Malaysia yang tidak mampu tetapi perlu menjalani rawatan di hospital swasta kerana tiada kepakaran dengan menyediakan bantuan kewangan kepada mereka.

Dua minggu selepas dilancarkan, yayasan berkenaan berjaya mengumpul dana sebanyak RM4.5 juta dan sehingga hari ini sebanyak RM10 juta telah berjaya dikumpul.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukan MCA itu bukan semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat tetapi lebih bertujuan ke arah membina negara dalam semangat 1Malaysia.

"Ia juga bagi membuktikan Malaysia adalah negara yang benar-benar dimiliki oleh seluruh rakyatnya selain menjadi negara yang hebat dan contoh kepada negara lain," katanya.

Najib dalam pada itu berkata, kutipan sebanyak RM10 juta yang dikumpul itu adalah satu permulaan baik dan kerajaan akan memberikan pengecualian cukai kepada dermawan yang telah menyumbang kepada yayasan tersebut.

PEMILIHAN MCA DITANGGUH

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Jawatankuasa Pusat (CC) MCA sebulat suara bersetuju menangguhkan pemilihan parti itu sehingga selesai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) supaya tumpuan dapat diberikan untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, dengan keadaan parti yang semakin kukuh maka sepatutnya senario ini dikekalkan bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada PRU-13.

"Ahli CC berpendapat adalah penting bagi MCA terus mengukuhkan perpaduan di dalam parti bagi memastikan kita yakin dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa.

"Bagaimanapun penangguhan ini perlu dikaji oleh pasukan khas yang diketuai Setiausaha Agung, Datuk Seri Kong Cho Ha bagi memastikan ia selari dengan perlembagaan termasuk sama ada perlu memindanya bagi membolehkan pemilihan parti ditangguhkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat CC MCA di sini hari ini.

Sementara itu, Soi Lek memberitahu, seramai 17,378 orang telah menyertai MCA pada tahun ini berbanding hanya 783 orang pada 2008.

Katanya, 70 peratus daripada 17,378 ahli baru adalah golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

"Sehubungan itu, kemasukan ahli baru ini telah menunjukkan golongan muda masih berasa yakin terhadap BN, maka adalah tidak benar mengatakan mereka tidak menyokong BN lagi," katanya.

Setakat ini, MCA mempunyai seramai 971,000 ahli di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, mengenai Beliawanis MCA, Soi Lek berkata, mulai tahun depan, ahli Beliawanis boleh memilih menyertai sayap Pemuda atau Wanita MCA atau kedua-duanya.

Pada masa sama, Soi Lek memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri Majlis Ulang Tahun MCA Ke-62 yang akan diadakan pada 27 Februari depan.

Monday, December 13, 2010

DULU ORANG KATA DIA TIPU LA NIE HANG PIKIAQ LA SENDIRI.....

Should Lee Kuan Yew testify in Sodomy II

2010/12/13
By Azmi Anshar
mishar@nst.com.my


THE WikiLeaks expose of the 251,287 United States diplomatic and embassy cables is both good and bad, and enlightening and tragic, depending on which end of the rope you get to hold -- the one that you pull or the one that garrottes you.

There's a perfect reason why cables of these nature are shielded and deemed very confidential, with high premium on its shroud of secrecy.

It is still the official version of the human condition, where whining, groaning, complaining, criticising and lamenting is part of the staple of life.


That's why when it was exposed, as what WikiLeaks chief Julian Assange had done, it is a good force of nature because it illuminates the nasty jibes, remarks, comments, assessments and, yes, backstabbing committed and indulged by politicians and diplomats behind your back.

The friend and collaborator whom you had long thought to be a tight ally could actually be your worst enemy. It is also very bad because of the reasons just outlined.

It is enlightening because it shines a light on the dark side of the diplomatic world, not just of the United States' cravings for world dominance but also of people whom we readily submit to be allies and supporters of our local and regional causes.


It is also enlightening because now that WikiLeaks has revealed the dastardliness of certain governments' thoughts and attitudes against nations like Malaysia, nations on the wrong end of the WikiLeaks stick should take the opportunity to review their stance and policies against the aberrant countries.

Yet, it is also tragic because not only will friendship and alliances no longer be trusted with ease, it triggers a lethal consequence -- sources, contacts, undercover agents and security forces who work for spying networks of the US will be blown out of their safe anonymity and be likely subjected to brutal torture and murder, not just on the affected people, but also on their friends and families.

Now WikiLeaks is to haunt certain leading citizens in the region and affect Malaysia's ties with Singapore and Australia, prickly as it is, with the vital inquiry being, who gets to pull or be garrotted by the rope?


According to one cable exposed by the Australian newspapers, Singapore diplomats had such contemptuous opinion of Malaysia and the Malaysian government back in 2008 when it was under the Abdullah administration, offering two explosive appraisals, one condemning the administration of incompetence and the other, telling Australia that Anwar was guilty of sodomy.

One cable detailed a meeting between senior US officials and senior Singaporean Foreign Affairs chiefs Peter Ho, Bilahari Kausikan and Tommy Koh.

Here's what they had to say about Malaysia: "...in a 'dangerous' decline fuelled by 'incompetent politicians'."

Kausikan was reported as telling US Deputy Secretary of Defence for East Asia David Sedney that there was a "distinct possibility of racial conflict" which could see ethnic Chinese "flee" Malaysia and "overwhelm" Singapore.

Ho's assessment in March 2008: he claimed that former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad had been "throwing stones" at Tun Abdullah Ahmad Badawi.

The Singaporeans were equally contemptuous of their Asian partners: they denunciated Thailand's political elite as dogged by corruption and Crown Prince Vajiralongkorn as "very erratic and easily subject to influence".

Japan and India were behaving stupidly in struggling to deal with China's influence and claiming that some Asian leaders wanted the junta to retain power in Myanmar to ensure the country's stability.

Assuming that the American cables exposed by WikiLeaks are true and reports worldwide suggest they are genuine, it suggests that Singapore has a condescending view of Malaysia, and is so scornful that they are willing to tell their Western allies that Malaysia is a sinkhole of racial conflict.

This disdain may, however, be tactical: Singapore is competing heatedly for investments and funds for projects, bourses and futures with practically everybody in the region that any one-upmanship low-rent ploy will do to get a leg up. Such derision could be understood and perhaps anticipated.

But the one on Anwar is a Hail Mary. Reported by major Australian newspapers, they quoted another cable that made this explosive observation: "The Australians said that Singapore's intelligence services and (Singaporean elder statesman) Lee Kuan Yew have told ONA in their exchanges that opposition leader (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) did indeed commit the acts for which he is currently indicted."

The Australians referred to in this are people from the Office of National Assessment, an intelligence network, who, like all spy networks that includes Singapore, have kept a steady eye on Malaysia for eons for strategic reasons but to allude that Anwar is guilty of committing sodomy is playing futsal with a powder keg.

The immediate inquiry would be: Did Singapore Minister Mentor Lee Kuan Yew tell ONA about the transgressions he believed Anwar committed?

Anwar's reaction was swift, unofficially fired in Twitter. When asked by fellow tweeters to comment on the WikiLeaks' revelation, Anwar's tweet was mockingly dismissive - first this tweet: "Source? Msian SB ha ha" and then followed by this: "Source? Polis SB Msia. Bukti tak ada." (Police Special Branch Malaysia. No proof)

The Australian newspapers also reported that the WikiLeaks cable contended that sodomy charges were the result of a "set- up job" which the politician "walked into", Singapore intelligence officials told the ONA.

Analysing Anwar's short burst missives, he could be inferred as doing one of two things:

- He is actually crediting the Special Branch for manipulating Lee Kuan Yew into making a judgment on the trial, even when the courts have a long way to go before deciding on his innocence or guilt.

- He implies that Lee Kuan Yew had made his judgement based on flawed intelligence supplied by the Malaysian Special Branch.

Now, assuming of course that the WikiLeaks cable is accurate, the follow-up should be as follows:

- Did the Special Branch pass bad intel to Lee Kuan Yew?

- Did Lee Kuan Yew depend on the Special Branch or acquired his intelligence independently before making a judgment of Anwar's guilt?

- Why did Lee or his intelligence people pass that judgment over to the ONA?

- Why would the ONA be interested in Lee Kuan Yew's judgment of Anwar?

If indeed Lee and the Singaporeans strongly believe in their judgment, there is a recourse that could be taken up by Anwar or the Public Prosecutor trying the Opposition Leader: seek Lee's and his intelligence people's cooperation by requesting him and them to testify at Anwar's trial at the soonest convenient date. By the same measure, the ONA should be able to send its top guy to confirm what Lee and his intelligence people observed.

If Lee Kuan Yew agrees to testify, Karpal Singh, Anwar's lead counsel, would certainly demand that the Minister Mentor display his evidence, whether it is video, pictures or material witnesses.

Then Karpal would put it to the Minister Mentor that his evidence is flawed because it was supplied by the Special Branch and that the so-called entrapment to fix Anwar was illegal to begin with and that all charges must be dropped.

Was Singapore spooked by Anwar's anti-Semitic outbursts in Parliament earlier this year and reported links to Middle Eastern terrorist organisations? Wisma Putra must get these Singaporeans to clarify.

After that, who knows what will happen.



Read more: Should Lee Kuan Yew testify in Sodomy II? http://nst.com.my/nst/articles//2late/Article/#ixzz180TrDb6z

Sunday, December 12, 2010

DUNIA KATA ANWAR PELIWAT..APA KATA RAKYAT MALAYSIA??

DUNIA SUDAH MENGIYAKAN.....KITA MASIH TIDAK PERCAYA....

BERTAUBATLAH ANWAR

Klik pautan dibawah dan fikir-fikirkanlah...

Wikileaks: Anwar 'masuk perangkap seks', kata LKY

Brother Anwar Bin Ibrahim DID it: Says Lee Kuan Yew!


Wikileaks: In other words, Dr Anwar did indeed do it!


WikiLeaks: Singapore believes Anwar guilty of sodomy


'Usah gadai masa depan negara' - PM

Oleh YUSRI SAHAT dan M. SHAHRINAHAR ABD. LATIB

Tegas Perdana Menteri, parti pembangkang terbukti gagal mentadbir negeri-negeri yang dikuasai mereka apabila tidak mampu menunaikan janji yang pernah ditaburkan pada pilihan raya lalu.

Malah kata beliau, pembangkang juga gagal mencapai kesepakatan dalam pakatan yang mereka cipta selama ini.

"Parti-parti pembangkang mempunyai ideologi yang bercanggah antara satu sama lain dalam pakatan yang mereka ciptakan.

"Oleh itu, jangan beri peluang kepada pembangkang untuk memerintah negara ini," tegasnya semasa berucap pada sambutan Deepavali 1Malaysia peringkat Parlimen Pekan di Dewan Majlis Daerah Pekan di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberitahu, sejarah dunia membuktikan bahawa pemimpin yang hanya bijak menabur janji tetapi gagal menunaikannya, akan tersungkur.

"Ramai pemimpin dunia gagal menjadi pemimpin yang baik kerana kegagalan menunaikan janji-janji yang pernah ditaburkan kepada rakyatnya," katanya.

Sehubungan itu, beliau yakin parti pembangkang tidak akan mampu memerintah negara kerana kelemahan-kelemahan yang wujud di kalangan pakatan mereka.

Beliau menegaskan, hanya BN yang mampu memerintah negara menerusi rekod cemerlangnya sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.

"BN telah membuktikan mampu menunaikan segala janjinya kepada rakyat selepas mencapai kemerdekaan.

"Hanya BN yang boleh membawa Malaysia menjadi negara maju menerusi janji-janji yang realistik dan memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Najib juga berazam akan terus memberikan keadilan kepada semua lapisan rakyat rakyat tanpa mengira kaum supaya negara menjadi makmur dan harmoni.

Monday, December 6, 2010

Samy Vellu serah jawatan Presiden MIC kepada Palanivel



06/12/2010 2:27pm

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Parti MIC akhirnya menyaksikan peralihan kuasa selepas 31 tahun dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu apabila beliau menyerahkan jawatannya itu kepada pengganti yang juga timbalannya, Datuk G. Palanivel hari ini.

Samy Vellu membuat pengumuman itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti buat kali terakhir di ibu pejabat MIC di sini hari ini.

Naib Presiden MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula mengambil alih jawatan sebagai Timbalan Presiden. - Utusan

Sunday, December 5, 2010

Buang Empat Gejala Penyakit Supaya BN Kuat, DiPilih Rakyat – Najib

KUALA LUMPUR, 5 Dis. – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu anggota-anggota Barisan Nasional (BN) supaya mengikis gejala penyakit khayal, lupa diri, jumud dan angkuh dalam usaha menambat hati rakyat.

“Kita mesti mengelak, mengikis dan membuang jauh empat gejala penyakit itu sebelum rasa sayang rakyat terhadap BN berubah menjadi benci, harapan mereka menjadi kemarahan dan sokongan rakyat bertukar menjadi penentangan,” kata Najib yang juga Pengerusi BN.

Najib berkata semua gejala penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.

Najib berkata semua gejala penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.

“(Saya) menyedari empat penyakit lazim sering melanda parti-parti yang sudah lama berkuasa. Hakikatnya, parti yang terlampau berkuasa jarang melakukan muhasabah terhadap kelemahan diri,” katanya dalam ucapan amanat dasar di Konvensyen BN 2010 di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini, hari ini.

Dalam amanat bertema “Mengukuh Barisan Mendahulu Rakyat” itu, Perdana Menteri berkata penyakit khayalan kerana berasa khayal dan terawang-awang bahawa sokongan yang diterima daripada rakyat akan berterusan, manakala kelupaan kerana sudah terlupa akan sebab musabab atau tujuan perjuangan asal.

Yang ketiga, penyakit kejumudan yang terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan dan seterusnya penyakit angkuh yang mencerminkan sikap tidak boleh menerima teguran ramai, katanya.

Najib berkata untuk bangun kembali, BN mesti mencari formula pemulihan dan melaksanakan pelan tersebut secara konsisten.

“Itulah yang sedang kita usaha dan sedang kita lakukan. Barulah nanti akan memperoleh kemenangan besar yang diidam-idamkan,” katanya.

Katanya bukan sekadar cukup dengan persepsi positif, akan tetapi kepercayaan sebenar rakyat terhadap BN perlulah terus dipupuk dan dibaja dengan jalan bekerja keras serta usaha yang bersungguh-sungguh.

“Maka, saya ingin sentiasa mengingatkan bahawa kejayaan-kejayaan awal ini perlu dijadikan asas kemenangan yang lebih memberangsangkan kelak. Dalam kata lain, jangan kita leka dan mudah terpesona. Sifirnya, untuk BN terus menerajui kepimpinan negara dan negeri-negeri, setiap parti komponen perlu diperkukuh dan diperkuat,” katanya.

“Maka, saya ingin sentiasa mengingatkan bahawa kejayaan-kejayaan awal ini perlu dijadikan asas kemenangan yang lebih memberangsangkan kelak. Dalam kata lain, jangan kita leka dan mudah terpesona. Sifirnya, untuk BN terus menerajui kepimpinan negara dan negeri-negeri, setiap parti komponen perlu diperkukuh dan diperkuat,” katanya.

Najib berkata berbanding pilihan raya umum 2008, di mana BN yang cuba dimomok-momokkan sebagai sudah suram, kini nampaknya semakin hari sudah semakin pulih.

“Begitulah episod merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri Galas telah meraih kemenangan besar.

Serentak dengan itu, kejayaan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi mengaut majoriti, hampir sekali ganda, menunjukkan sokongan rakyat kepada kita telah berputik dan mekar kembali.

“Pokok pangkalnya, BN telah sentiasa mendahulukan rakyat dan mampu mengota apa yang dijanjikan kepada rakyat, sekaligus mengangkat negara ke satu tahap yang sungguh menbanggakan.

“Dari dahulu sampailah sekarang dan mudah-mudahan dengan izin Tuhan hingga selamanya, suara Barisan Nasional adalah suara keramat rakyat, berbicara dan berganding atas nama rakyat. Dari Perlis sampailah Sabah, BN menjiwai degupan sanubari dan hati rakyat, menjadi penyambung rasa, penyambung cita-cita, penyambung lidah serta aspirasi rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam ucapan hampir sejam itu yang sentiasa mendapat tepukan gemuruh perwakilan, Najib juga berkata antara nilai paling penting yang mengukuhkan BN adalah sifat kebijaksanaan, keikhlasan dan kemampuan parti pemrintah itu untuk memimpin berbekalkan wawasan serta kepentingan yang jauh lebih besar,” katanya.

Najib berkata kepentingan itu adalah untuk mewujudkan sebuah negara yang aman, stabil, maju lagi makmur di mana semua orang dapat membina kehidupan yang bahagia.

“Jelas sekali, orang lain hanya mampu memperdagangkan mimpi, mencanangkan angan-angan, mencetak khayalan, walhal parti kitalah sebenarnya menjadi barisan pejuang tulen untuk rakyat, yang berpasak di bumi, bersandarkan perancangan jitu, serta pelaksanaan kerja yang tersusun,” katanya.

Menurutnya BN berjaya merubah sebuah negara pertanian yang berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.

Dalam hal ini, katanya, BN bukan sahaja berjaya menguruskan sebuah negara pelbagai kaum dengan baik malah dapat memajukan bidang sosio ekonomi serta memastikan keselamatan serta ketenteraman nasional.

Najib berkata bahawa sejarah menunjukkan BN tidak pernah sesekali mengapi-apikan sentimen perkauman atau menjadikan rasisme teras pengurusan perhubungan kaum di negara ini.

“Di Malaysia semenjak merdeka, kerajaan tidak pun menjadikan isu kaum dan warna kulit sebagai alasan untuk mengehadkan hak kelayakan mendaftar mengundi.

Apatah lagi, bagi menentukan tempat duduk di restoran dan kenderaan awam, serta mengasingkan penggunaan bilik air, sebagaimana berlaku di negara-negara lain,” katanya.

Justeru itu, katanya, janganlah ada mana-mana pihak yang cuba menafikan peranan BN sebagai parti pelbagai kaum sebenar yang memperjuangkan kesejahteraan hidup antara kaum di Malaysia selama ini.

“Kita dianggotai oleh pelbagai jenis parti berasaskan kaum dan ada bersifat pelbagai kaum. Bersatu dan bersama mewakili kepentingan semua pihak. Sedangkan di pihak pembangkang, tidak terjamin suara kaum minoriti akan sampai ke peringkat perbincangan kepimpinan tertinggi mereka, hanya kerana mereka tidak diwakili secukupnya,” kata Najib.

Najib berkata konvensyen kali ini yang berlangsung di Wisma MCA, sebagai satu tanda bahawa “kita adalah rakan kongsi yang komited dalam usaha untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia”.

Katanya pemimpin-pemimpin terdahulu telah merintis warisan paling agung yakni mekanisme perkongsian kuasa dan kerjasama politik antara kaum yang telah terbukti paling berkesan, paling praktikal dan kekal merentasi masa.

Mengimbas sejarah daripada Perikatan kepada BN, Najib berkata malah ada parti-parti yang dahulunya sebagai pembangkang, telah mengiktiraf dan memilih jalan ke arah kesatuan nasional.

“Ini kerana, mereka mempercayai bahawa masa depan negara yang terjamin hanya mampu dibela oleh BN. Selanjutnya, BN juga mengembangkan keanggotaan kepada parti-parti di Sabah dan Sarawak, sekali gus menjelmakan era baru integrasi kebangsaan apabila BN menjadi jambatan politik yang merantau jauh, merentasi Laut China Selatan,” katanya.

Katanya, harus dibanggakan bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan yang mengekalkan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar.

Dalam menyentuh program transformasi politik, Najib menggariskan antara contoh terkini adalah perubahan bersejarah dalam BN sejak ia ditubuhkan iaitu berkaitan keanggotaan.

BN bersetuju mewujudkan empat jenis keanggotaan baru — keanggotaan secara bersekutu, secara bergabung, rakan BN dan kelab Rakan Muda BN.

“Kita akan terus bergerak dan berusaha agar dasar keahlian terus BN ini akan menjadi realiti yang membawa manfaat kepada parti dan rakyat,” katanya.

“Kesimpulan yang boleh dibuat, BN adalah parti yang bertanggungjawab…BN adalah parti yang melaksanakan amanah rakyat dan BN adalah parti di mana rakyat boleh meletakkan kepercayaan dan pengharapan,” kata Najib.

TEKS UCAPAN PM DI KONVENSYEN BN


05/12/2010 1:59pm

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yi ge Malaysia [Cina],...

Oray Malaysia [Tamil],...

Ndi Malaysia [kata Bidayuh],...

Ji Malaysia [kata Orang Ulu],...

Ise’ Malaysia [kata Kadazan & Dusun],...

Saumi Malaysia [kata orang Murut],...

atau kata orang Iban pula Sato Malaysia

YAB Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

Naib-Naib Pengerusi Barisan Nasional

Ahli-Ahli Dewan Tertinggi Barisan Nasional

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi parti-parti komponen Barisan Nasional

Menteri-Menteri

Timbalan-Timbalan Menteri

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Presiden dan wakil-wakil dari Friends of Barisan Nasional, KIMMA, IPF, Makkal Sakti dan MIUP

Para perwakilan Barisan Nasional terdiri daripada 13 parti komponen

Para Pemerhati

Wakil-wakil media

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

1.Pertama sekali, marilah kita sama-sama mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Dewan San Choon yang indah, dalam penuh kesepakatan, dengan kebulatan tekad dan suasana yang begitu harmonis.

2.Sesungguhnya, perhimpunan pada hari ini, membuktikan kepada dunia bahawa, sebagai rakyat Malaysia, we stand united, indivisible with one purpose, that, of building a better future. Apa yang penting kepada kita, yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya, semua dapat berkumpul beramai-ramai, tanpa rasa takut, tanpa rasa bimbang mahupun gundah gulana terhadap keselamatan diri masing-masing.

3.Ia sekali gus menjadikan telahan para prophets of doom and gloom yang telah meramal dan menujumkan kemusnahan Malaysia selama ini oleh sebab faktor kepelbagaian kita, terbukti salah sama sekali.

4.Sesungguhnya, walau apa warna kulit kita, walau apa anutan kepercayaan kita, walau apa pun taraf sosioekonomi dan di mana sekalipun berada, kita tetap teguh berpadu di bawah payung 1Malaysia.

5.Ternyata pula, Malaysia telah dikurniakan dengan segala nikmat dan kedamaian, sehingga kita mampu berjalan sejauh ini. Dalam keadaan banyak negara majmuk lain di dunia, ditandai dengan bermacam krisis dan konflik, jalan yang dilalui Malaysia jelas istimewa. Kita telah merintis jalan yang panjang dan berjaya menguruskan kepelbagaian yang ada dengan begitu baik.

Tuan-tuan dan puan-puan,

6.Kejayaan terbesar kita adalah menukarkan kerumitan pelbagai yang wujud atau “a potential achilles heel” kepada kelebihan persaingan atau “competitive advantage”. Di sini, sama ada kita sedar atau tidak, ia bukanlah pencapaian yang kecil mahupun lazim, sebaliknya ia adalah satu pencapaian yang amat signifikan serta begitu monumental dalam sejarah pembikinan Malaysia.

7.Pendek kata, kejayaan ini begitu mengkagumkan kerana kita tidak mengambil jalan mudah mengamalkan kaedah ‘kawah pelakuran’ atau ‘melting pot’ dalam membina sebuah negara, di mana perbezaan yang wujud terpaksa dikorbankan manakala identiti tunggal perlu pula dicipta. Waima, kita tidak pernah berusaha melenyapkan mana mana budaya, tidak juga pernah cuba menukar asal usul sesiapa. Hatta sampai sekarang ini, masing-masing bebas mengekalkan jati diri.

8.Misalnya, kalau nama Samy Vellu, tak payah tukar jadi Suhaimi atau Sazali. Kalau Chua Soi Lek, tak payah tukar jadi Salleh, So ud atau Ayoub, kalau John Ambrose tu John Ambrose lah, tak payahlah jadi Johan Ambrose. Sehinggakan, orang Asli sekalipun bebas mengekalkan identiti mereka. Bahkan, kita harus berbangga bahawa kita satu-satunya negara di dunia, membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan yang mengekalkan bahasa ibunda masing masing sebagai bahasa pengantar.

9.Ini jelas memperlihatkan bahawa, rakyat Malaysia bukan setakat toleran terhadap kemajmukan, malah kita sesungguhnya melangkah setahap lagi dengan meraikan kepelbagaian itu. Kita telah memilih jalan yang wajar dengan mengaplikasi kaedah integrasi di mana perbezaan yang unik digabungkan dalam sebuah keluarga besar, saling mengukuh dan menyokong, bukannya untuk memusnahkan identiti mana-mana bangsa.

Tuan-tuan dan puan-puan,

10.Hari ini, pagi ini, sekali lagi setelah konvensyen lalu pada tahun 1995, perwakilan tiga belas buah parti komponen dari kesemua tiga belas Negeri dan Wilayah Persekutuan seluruh Malaysia, duduk berhimpun, terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan, berkumpul, dengan satu tekad, satu hati dan satu matlamat yakni untuk memastikan kesejahteraan rakyat didahulukan.

11.Tambahan pula, konvensyen kali ini berlangsung di Wisma MCA, sebagai satu tanda bahawa kita adalah rakan kongsi saksama dalam mengkhidmati rakyat. Indeed, we are committed partners in our endeavour to serve the Malaysian people.

12.Kata orang, we stand on the shoulder of giants, bapa-bapa kita selaku para pendahulu. Mereka telah merintis warisan paling agung yakni mekanisme perkongsian kuasa dan kerjasama politik antara kaum yang telah terbukti paling berkesan, paling praktikal dan kekal merentasi masa.

13.Sudah barang pasti, pendahulu-pendahulu kita adalah political geniuses yang berwawasan. Mereka telah berjaya mengatasi muslihat dan helah penjajah Inggeris dengan dasar pecah perintahnya. Secara sedar atau tidak, sepanjang tempoh penjajahan, rakyat telah diasingkan mengikut kaum dari segi tempat tinggal, jenis pekerjaan dan aliran pelajaran secara halus. Matlamat penjajah sebenar adalah, agar perbezaan ini, akan akhirnya, menyebabkan semua kaum terpaksa bergantung kepada mereka sebagai kononnya the impartial referee.

14.Jadinya, pada waktu itu, pemimpin seperti Allahyarham Dato’ Onn menyedari hakikat dan cuba mengatasinya dengan membuka keahlian UMNO kepada pelbagai kaum, namun percubaan pertama tersebut dan kemudiannya pula melalui Parti Kemerdekaan Tanah Melayu yakni IMP yang dipimpinnya juga, tidak berjaya.

15.Lalu, menyedari bahawa rakyat belum bersedia menerima sebuah parti yang bersifat pelbagai kaum tetapi menginsafi bahawa inilah jalan ke hadapan untuk mencapai kemerdekaan dan membina masa depan yang lebih baik, maka, mereka telah mencipta suatu kaedah kerjasama politik dan perkongsian kuasa melalui konsep Parti Perikatan yang sangat unik dengan mengambil kira persekitaran dan realiti yang ada.

Tuan-tuan dan puan-puan,

16.Jika diimbau peristiwa lalu, benih-benih Perikatan ini telah bermula melalui kerjasama UMNO dan MCA semasa pemilihan Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Perikatan kedua-dua parti ini telah berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Kerjasama ini kemudiannya, telah diperluaskan ke peringkat nasional melalui penyertaan MIC pada tahun 1954 bagi menghadapi pemilihan Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun berikutnya.

17.Seperti pucuk dicita ulam mendatang, kaedah kerjasama politik dan perkongsian kuasa, antara kaum melalui kerjasama antara tiga parti UMNO, MCA dan MIC ini telah diterima rakyat terbanyak apabila Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihanraya tahun 1955.

18.Seterusnya, konsep dan keanggotaan Parti Perikatan ditambah baik selepas Tragedi 13 Mei 1969 apabila pintu keahliannya dibuka kepada parti-parti yang sebelum ini berada di luar. Malah ada parti-parti yang dahulunya sebagai pembangkang, telah mengiktiraf dan memilih jalan ke arah kesatuan nasional.

19.Ini kerana, mereka mempercayai bahawa, masa depan negara yang terjamin hanya mampu dibela oleh Barisan Nasional. Selanjutnya, Barisan Nasional juga mengembangkan keanggotaan kepada parti-parti di Sabah dan Sarawak, sekali gus menjelmakan era baru integrasi kebangsaan apabila Barisan Nasional menjadi jambatan politik yang merantau jauh, merentasi Laut Cina Selatan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

20.Berbanding Pilihanraya Umum 2008, Barisan Nasional yang cuba dimomok-momok, sebagai sudah suram, Alhamdulillah, kini, nampaknya semakin hari sudah semakin pulih. Begitulah, episod merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri Galas telah meraih kemenangan besar. Serentak dengan itu, kejayaan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi mengaut majoriti, hampir sekali ganda, menunjukkan, sokongan rakyat kepada kita telah berputik dan mekar kembali.

21.Justeru, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah membantu kita mencapai kejayaan manis semasa pilihanraya-pilihanraya kecil tersebut. Jelas sekali, ini adalah kejayaan semua pihak, kemenangan demi kemenangan milik kita bersama. Kata-kata tersohor orang Iban “Agi idup agi ngelaban”. Selagi hidup, selagi itu kita berjuang. Kata orang Bajau di Sabah pula “Mangan niak mangan, asal kurung, kurung”. Maksudnya, makan atau tidak makan, asal kita masih hidup bersama-sama. Pastinya, mengambil semangat itu, sama ada dalam keadaan susah atau senang, suka atau duka, kita mesti tetap bersama demi Barisan Nasional.

Tuan-tuan dan puan-puan,

22.Memang benar, dikatakan bahawa politik itu penuh dengan percaturan persepsi dan permainan angka. Namun begitu, ia tidak akan berlaku dengan sendirinya. Sebetulnya lagi, bukan sekadar cukup dengan persepsi positif, akan tetapi kepercayaan sebenar rakyat terhadap Barisan Nasional perlulah terus dipupuk dan dibaja dengan jalan bekerja keras serta usaha yang bersungguh-sungguh.

23.Maka, saya ingin sentiasa mengingatkan bahawa kejayaan-kejayaan awal ini perlu dijadikan asas kepada kemenangan yang lebih memberangsangkan kelak. Dalam kata lain, jangan kita leka dan mudah terpesona. Sifirnya, untuk Barisan Nasional terus menerajui kepemimpinan negara dan negeri-negeri, setiap parti komponen perlu diperkukuh dan diperkuat.

24.Sebab itulah, pasca Pilihanraya Umum 2008, semasa merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada tahun tersebut, saya telah dengan tegas mengingatkan bahawa UMNO harus berubah atau berisiko untuk rebah. Saya membunyikan semboyan tersebut kerana menyedari empat penyakit lazim sering melanda parti-parti yang sudah lama berkuasa.

25.Empat penyakit tersebut ialah delusion atau khayalan, amnesia atau kelupaan, inertia atau kejumudan dan arrogance atau keangkuhan. Hakikatnya, parti yang terlampau lama berkuasa jarang melakukan muhasabah atau introspeksi terhadap kelemahan diri.

26.Pertama, penyakit delusion kerana berasa khayal dan terawang-awang bahawa sokongan yang diterima daripada rakyat akan berterusan; kedua, penyakit amnesia kerana sudah terlupa akan sebab musabab atau tujuan perjuangan asal; ketiga pula, penyakit inertia yang terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan. Seterusnya pula, yang keempat, adalah penyakit arrogance yang mencerminkan sikap tidak boleh menerima teguran ramai. Sesungguhnya, semua penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.

27.Oleh itu, tidak dapat tidak, keempat-empat gejala penyakit ini perlu dielak, dibuang jauh dan dikikis sebelum rasa sayang berubah menjadi benci, harapan menjadi kemarahan, sokongan menjadi penentangan. Untuk bangun kembali, kita mesti mencari formula pemulihan dan melaksanakan pelan tersebut secara konsisten. Itulah yang sedang kita usaha dan sedang kita lakukan. Barulah nanti akan memperoleh kemenangan besar yang diidam-idamkan.

28.Syukur kepada Tuhan kerana kita melihat perkembangan-perkembangan positif yang memberangsangkan di dalam parti-parti komponen semenjak 2 tahun yang lalu. Perubahan-perubahan yang berlaku menunjukkan bahawa kita, sedia mendengar suara rakyat dan akan terus menggarap aspirasi mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan,

29.Sememangnya seperti yang saya sebutkan tadi, kisah-kisah kejayaan Malaysia ini terhasil tidak lain dan tidak bukan, di atas satu formula perkongsian politik antara kaum dicetus oleh our forefathers dan terserlah sebagai satu resipi penerajuan negara yang sangat mujarab.

30.Oleh itu, kita akan sentiasa mengenang jasa-jasa pemimpin utama Barisan Nasional seperti bekas Pengerusi Parti Perikatan dan Barisan Nasional iaitu Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pemimpin pemimpin parti komponen pula seperti Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan, Tun Tan Siew Sin, Tun Temenggung Jugah Anak Barieng, Tun Datu Mustapha, Tun Fuad Stephen dan ramai lagi pimpinan pelbagai kaum yang tidak terhitung di sini, namun pasti kita tidak pernah lupakan.

31.Sehubungan itu juga, dengan perasan sedih dan rasa belasungkawa, baru-baru ini kita telah kehilangan seorang lagi negarawan tulen dan bekas pemimpin yang bersifat ikonik yakni mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu. Sesungguhnya, beliau merupakan salah seorang pemimpin yang penuh percaya kepada gagasan serta perjuangan Barisan Nasional dan mendiang telah banyak membantu parti bagi membina negara ini.

32.Pastinya segala khidmat dan bakti para pemimpin ini kekal terpahat dengan tinta emas dalam lembaran sejarah negara sebagai muliawan muliawan yang telah berjuang demi membina tamadun rakyat Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan,

33.Dari dahulu sampailah sekarang dan mudah-mudahan dengan izin Tuhan hingga selamanya, suara Barisan Nasional adalah suara keramat rakyat, berbicara dan berganding atas nama rakyat. Dari Perlis sampailah ke Sabah, Barisan Nasional menjiwai degupan nubari dan hati rakyat, menjadi penyambung rasa, penyambung cita, penyambung lidah serta aspirasi rakyat Malaysia.

34.Pucuk pangkalnya, Barisan Nasional telah sentiasa mendahulukan rakyat, mampu mengota apa yang dijanjikan kepada rakyat, sekali gus mengangkat negara kita ke satu tahap yang sungguh membanggakan. Hakikatnya pun, bukankah Parti Perikatan, yang telah berjuang bagi mencapai kemerdekaan? Bukankah muafakat murni ini, yang sedang mengisi kemerdekaan itu? Dan bukankah barisan ini, yang diberi mandat oleh rakyat, untuk menerajui negara?

35.Jelas sekali, orang lain hanya mampu memperdagangkan mimpi, traders of dreams, mencanangkan angan-angan, mencetak khayalan, walhal parti kita lah sebenarnya menjadi barisan pejuang tulen untuk rakyat, merchant of realities, yang berpasak di bumi, bersandarkan perancangan jitu, serta pelaksanaan kerja yang tersusun.

Tuan-tuan dan puan-puan,

36.Oleh sebab itulah, saya suka mengulang-ulangkan bahawa antara nilai paling penting yang telah menjadi penguat kepada Barisan Nasional adalah sifat kebijaksanaan, keikhlasan dan kemampuan kita, untuk memimpin berbekalkan wawasan serta kepentingan yang jauh lebih besar.

37.Kepentingan itu, adalah mewujudkan sebuah negara yang aman, stabil, maju lagi makmur di mana rendangnya, semua dapat berlindung dan berteduh, di mana limpahan nikmat alamnya, semua dapat mencari rezeki, di mana keamanannya, semua dapat membina kehidupan yang bahagia.

38.Furthermore, when the time comes where each of us can rest assured, that our children and grandchildren and in turn their children will have a better future, a higher standard of living, a better quality of live, able to realise their dreams and their God given potential.

Tuan-tuan dan puan-puan,

39.Seperti yang saya katakan, perhubungan kaum dan cara kita menguruskannya di Malaysia adalah sesuatu hal yang boleh kita banggakan. Cara kita menangani realiti kemajmukan yang wujud adalah secara realistik dan berpegang kepada prinsip universal bahawa semua makhluk dicipta sama oleh Maha Pencipta, dengan hak-hak yang tidak dapat dinafikan. Sejarah menunjukkan bahawa kita tidak pernah sekali-kali mengapi-apikan sentimen perkauman atau menjadikan rasisme teras pengurusan perhubungan kaum di negara ini.

40.Jika kita meninjau di Amerika Syarikat, kononnya sebagai negara yang dijadikan contoh kepelbagaian demokrasi pun, telah mengambil masa lama yakni 87 tahun dari tarikh pengisytiharan kemerdekaan yang menyatakan “semua manusia diciptakan sama” atau “all men are created equal” kepada emansipasi menghapuskan perhambaan. Manakala ia memakan tempoh 102 tahun lagi selepas itu, apabila semua diskriminasi dalam pendaftaran pengundi diharamkan.

41.Namun, di Malaysia ini, semenjak merdeka kerajaan tidak pun menjadikan isu kaum dan warna kulit sebagai alasan untuk menghadkan hak kelayakan mendaftar mengundi. Apatah lagi, bagi menentukan tempat duduk di restoran dan kenderaan awam, serta mengasing penggunaan bilik air, sebagaimana berlaku di negara-negara lain.

42.Lantaran itu, janganlah ada mana-mana pihak yang cuba menafikan peranan Barisan Nasional, sebagai parti pelbagai kaum sebenar, yang memperjuangkan kesejahteraan hidup antara kaum di Malaysia selama ini. Kita dianggotai oleh pelbagai jenis parti berasaskan kaum, dan ada yang bersifat pelbagai kaum. Bersatu dan bersama-sama mewakili kepentingan semua pihak. Sedangkan di pihak pembangkang, tidak terjamin suara kaum minoriti akan sampai ke peringkat perbincangan kepimpinan tertinggi mereka, simply because they, are not adequately represented.

Tuan-tuan dan puan-puan,

43.Kita adalah parti yang progresif, bersatu secara ikhlas dengan matlamat dan nilai yang dikongsi bersama. Kita bergabung secara sah dari segi undang-undang, mempunyai perlembagaan, lagu dan lambang sendiri sebagai panji-panji yang mana kita berdiri megah di belakangnya.

44.Telah terbukti, kerajaan Perikatan dan kemudiannya, Barisan Nasional, berjaya merubah sebuah negara pertanian yang berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, dalam masa hanya lima puluh tahun. Kita telah bukan sahaja berjaya menguruskan sebuah negara multi-racial dengan baik, malah, kita telah berjaya memajukan bidang sosioekonomi dan memastikan keselamatan serta ketenteraman nasional.

45.Barisan Nasional telah mencipta kemakmuran melalui rancangan pembangunan lima tahun, rangka rancangan jangka panjang, reformasi tanah besar-besaran, perang terhadap kemiskinan, dasar ekonomi baru, dasar pembangunan nasional, dasar pembangunan wawasan, dan hari ini kita telah menggariskan laluan-laluan besar seperti Government Transformation Programme atau GTP, Economic Transformation Programme atau ETP dan mutakhir adalah Political Transformation Programme atau PTP.

46.Antara contoh PTP terkini, adalah perubahan bersejarah dalam Barisan Nasional sejak ia ditubuhkan yakni berkaitan keahlian. Atas prinsip keterangkuman dan berjiwa besar, seberapa ramai rakyat, NGO, persatuan, penyokong dan generasi muda supaya dapat bersama dalam perjuangan ini, maka kita bersetuju untuk mewujudkan empat jenis keahlian baru. Pertama, keahlian secara bersekutu; kedua, keahlian secara bergabung; ketiga, friends of Barisan Nasional dan keempat, kelab rakan muda Barisan Nasional. Kita akan terus bergerak dan berusaha agar dasar keahlian terus Barisan Nasional ini akan menjadi realiti yang membawa manfaat kepada parti dan rakyat.

47.As a matter of fact, we have never rested on our laurel or taken things for granted. We have toiled together with our constituency of one and many, you the people. These are exciting times, these are interesting and challenging times. We are a nation and a people at the crossroad of history, on the verge of the promised future.

48.Ladies and gentlemen, the clarion call of manifest destiny is beckoning upon us to bring this great nation, Malaysia, to its fullest potential, to take its’ rightful place in the community of nations with dignity and pride, holding our head up high, thankful in the blessings of providence.

Tuan-tuan dan puan-puan,

49.Apa yang menghairankan, adalah parti pembangkang cuba mendakwa bahawa merekalah pembawa obor perubahan dan pembaharuan. Betulkah begitu? Bahawa merekalah kononnya manifestasi demokrasi dan segala yang demokratik. Betulkah begitu?

50.Apa yang jelas, parti pembangkang cuba meniru kita dari segi kerjasama. Pada hemah saya, usaha ini sia-sia sahaja, kerana mereka tidak mempunyai ramuan keikhlasan, wawasan dan nilai yang dikongsi bersama. Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat atau atas nama apapun yang dicipta adalah hanya percubaan-percubaan pembangkang yang hendak bersatu tetapi tidak mungkin berkekalan kerana masing-masing bersikap talam dua muka. Simpulan bahasa menyebut, mereka ini, telunjuk sahaja lurus tapi kelingking berkait.

51.Antara DAP dan PAS misalnya, hanya boleh tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Mereka nampak seolah-olah bersatu semata-mata kerana ada orang ketiga. Maksud saya, kalau dahulu Parti Melayu Semangat 46, hari ini peranan tersebut diambil alih Parti Keadilan Rakyat. Sejarah jelas menunjukkan kerjasama seumpama ini tidak akan berpanjangan, kerana matlamat mereka hanyalah untuk menipu atau menyeleweng rakyat.

52.Mereka juga mendabik dada kononnya, sebagai parti demokratik yang mewakili semua kaum. Realiti sebenarnya jauh berbeza. Lihat sahaja parti PKR, daripada barisan tujuh orang kepemimpinan tertinggi mereka, hanya seorang sahaja, yang mewakili kaum Cina. Manakala kaum India yang membentuk keahlian kedua terbesar dengan lebih satu perlima ahli, tidak mempunyai seorang pun perwakilan di peringkat tertinggi parti.

53.Contohnya lagi, apabila UMNO memperkenalkan corak pemilihan kepemimpinan yang baru mereka pun nak meniru juga. Kita faham mungkin mereka ikut kata pepatah Inggeris “imitation is the best form of flattery”. Tampak jelas, apabila kita buat perubahan dan pembaharuan politik yang bersifat dalaman, ia telah menggerunkan mereka, sehingga kelam-kabut dan melilau ingin menciplak. Pengajarannya di sini, kalau ada orang mahu meniru, sudah tentu apa yang sedang kita lakukan ini, ada kebenarannya.

54.Lagipun, jika hanya 7 peratus, yakni lebih kurang 30,000 orang dari kononnya ratusan ribu ahli parti yang merasa terpanggil dan bertanggungjawab, untuk keluar memilih barisan kepemimpinan mereka, maka, ia membawa dua konotasi.

55.Pertama, parti ini adalah parti yang tidak mendapat sokongan massa. Maksud saya, kepemimpinan parti ini sebenarnya hanya mewakili kepentingan tertentu yang mengejar kuasa serta terikat untuk menyelesaikan masalah peribadi sehingga sanggup memperdayakan rakyat. Berhati-hatilah semua, berwaspadalah semua, mereka ini amat-amat merbahaya. Mereka sanggup menjual apa sahaja, termasuk memburukkan nama Malaysia di luar negara. Saya mahu jelaskan di sini bahawa, mereka ini anti nasional. Kita mesti tentang habis-habisan dan pastikan negara ini tidak akan diporak peranda oleh kegiatan durjana mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan,

56.Konotasi kedua adalah integriti dan kewibawaan parti tersebut sebenarnya disangsikan oleh ahli-ahli mereka. Ahli-ahli mereka sendiri yang telah mengamuk, tidak berpuas hati, memberontak, kecewa, membuat kecoh, membaling kerusi dan ramai yang telah membawa pelbagai isu parti ke mahkamah. Selain itu, amat pelik bin ajaib, keputusan pemilihan boleh berubah dengan drastik, lantas mencemarkan kebolehpercayaan kepada proses yang dijalankan.

57.Laginya, seperti kita tahu dan terpampang di dada-dada akhbar, ramai pimpinan utama mereka sendiri yang telah keluar dari parti antara lain ialah Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, Pengerusi Negeri, Ketua Cabang termasuk Cabang Permatang Pauh, Bekas Timbalan Ketua Menteri 5 orang ADUN dan 5 Ahli Parlimen. Lantaran itu, amatlah pantas jika PKR itu kita katakan sebagai Parti Keluar Ramai-Ramai.

58.Baru-baru ini pula, tampaknya PKR menjadi begitu terdesak untuk meraih simpati rakyat sehinggakan Presidennya terpaksa mengutarakan, bahawa, Ketua Umum mereka adalah anugerah Tuhan. Ya, kita faham kesetiaan dan kekaguman seorang isteri terhadap “ke...he..ba..tan” suaminya itu. Namun rakyat Malaysia ingin bertanya, berdasarkan nas atau hadith mana pendapat itu boleh dibuat? Berbekalkan justifikasi hukum atau istinbat mana sehingga penyataan begini sanggup dikeluarkan?

59.Adakah ini ijtihad baru atau lebih tepat sebenarnya satu lagi ajaran songsang. Cukup-cukuplah sandiwara dan drama yang songsang-songsang itu! Saya harap rakyat janganlah mudah terpengaruh dengan perkara yang karut-marut seperti ini. Mustahak untuk diingat, bukanlah rakyat yang bertanggungjawab untuk menyelesai dan menanggung beban pemimpin. Sebaliknya, pemimpinlah yang wajib hadir dalam kehidupan rakyat bagi menyelesaikan masalah mereka. Tuan-tuan dan puan-puan, inilah perbezaan paling ketara dan besar antara kita dan parti lawan kerana Barisan Nasional adalah parti sebenar yang merasai denyut nadi dan menjuarai keluh-kesah rakyat.

Tuan-tuan dan puan-puan,

60.Hakikatnya, ketiga-tiga parti lawan kita yang mendakwa bersifat pelbagai kaum ini, merekalah parti yang didominasi oleh satu kaum sahaja. Jika adapun kaum-kaum lain, hanyalah bersifat token atau sekadar kosmetik. Sebenarnya, mereka bukan Pakatan Rakyat tetapi hanyalah pakatan tiga empat kerat rakyat, atau tiga empat kepala, atau tiga empat orang sahaja.

61.Lebih tepat dikatakan, mereka adalah parti dua buah keluarga dengan satu pihak lagi sekadar menjadi pak turut atau kuda tunggangan. Di sinilah lainnya dengan konsep Barisan Nasional yang memang dari segi hakiki dan maknawinya benar-benar berdasarkan perkongsian sejati rakyat dengan mengiktiraf realiti kepelbagaian kaum.

62.Di dalam sistem Barisan Nasional, setiap parti mempunyai perwakilan yang sama rata dalam Dewan Tertinggi, tidak kira parti itu besar atau kecil. UMNO mempunyai perwakilan yang serupa dengan parti-parti komponen yang lain. Paling mustahak, semua keputusan dibuat secara musyawarah dan konsensus. Ini bagi menjamin, walaupun sebahagian parti yang menganggotai Barisan Nasional adalah berasaskan kaum, akan tetapi, kepentingan semua, tetap dipelihara, dilindungi, diambil kira dan terus dipertahankan sampai bila-bila.

63.Hal yang sebaliknya berlaku di sebelah sana, keputusan pemilihan parti lawan baru-baru ini menyaksikan Ketua Umum, Presiden dan Naib Presiden parti datang dari satu keluarga. Sungguh lucu rasanya apabila mereka pula yang berani menuduh kita sebagai pengamal nepotisme. Saya nak tanya, siapakah pengamal nepotisme yang sebenar di sini? Seperti kata Legal Maxim, justice must not only be done it must seen to be done. Moreover, it must not only be proper it must also be seen to be proper.

Tuan-tuan dan puan-puan,

64.Satu lagi parti pula adalah parti Anak Beranak Sendirian Berhad. Dengan hegemoni dua dinasti, satu keluarga dengan kuasa, dan satu lagi keluarga tanpa kuasa, actually, all are merely ceremonial. Sebabnya, dalam sistem parti ini Setiausaha Agung lebih berkuasa daripada Pengerusi. Mereka ini, tak henti-henti berkokok dan menjerit mendakwa parti mereka adalah berbentuk pelbagai kaum.

65.Namun begitu, jika dikaji daripada senarai kepimpinan pusat, kita dapat lihat, orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk hampir enam puluh tujuh peratus rakyat, hanya setakat mempunyai dua orang wakil. Lebih dahsyat lagi, kelompok Bumiputera Sabah dan Sarawak langsung tidak diwakili. Adakah itu namanya demokrasi dan parti bersifat terbuka?

66.Dari sebab itu, saya berpendapat parti ini seharusnya mengamalkan apa yang mereka khutbahkan. They should uphold what they so sanctimoniously preach to others with righteous indignation. Di sini, saya ingin katakan kepada mereka, mengakulah, bersikap teluslah. Jika didedahkan statistik kepimpinan serta keahlian sebenar parti mereka mengikut kaum, maka sangat terang lagi bersuluh, bahawa, merekalah parti satu kaum yang menjadikan cauvinisme sebagai falsafah perjuangan dari dahulu sampailah sekarang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

67. Di sudut yang lain pula, kalau kita lihat tentang PAS, amat pelik jika diamati, apabila PAS sebagai sebuah parti yang kononnya mendokong pegangan menurut ajaran Islam, boleh pula bekerjasama dengan para pembohong besar, pemalsu dokumen-dokumen, petualang bangsa dan pengkhianat negara. Apa yang boleh kita katakan, adalah sepatutnya PAS bertindak lebih bijak dari itu dan menyedari hal tersebut serta eloklah saja terus berpegang teguh kepada apa yang kononnya menjadi prinsip mereka selama ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

68.Bercita-cita untuk menjadi parti pemerintah bagi sebuah parti politik bukanlah perkara yang luar biasa, namun yang perlu direnungkan oleh rakyat ialah kesannya kelak. Rakyat mesti sedar dan faham bahawa parti-parti lawan ini mempunyai maksud yang tidak ikhlas, sangat oportunis dan penuh hipokrasi.

69.Kita tahu, mereka teringin sangat nak ada pejabat di Putrajaya, teringin sangat nak tinggal di Seri Perdana. Kerana itulah, mereka sanggup berbuat apapun, hanya untuk merampas kuasa dan dari semasa ke semasa bersifat biadab, rakus lagi haloba. Dalam hal ini, seluruh Malaysia tahu, bahkan satu dunia tahu bahawa angan-angan 16 September oleh pihak pembangkang telah menjadi satu pembohongan terbesar dalam sejarah politik tanah air.

Tuan-tuan dan puan-puan,

70.Berbanding dengan Barisan Nasional, kita tidak pernah mengambil apa-apa langkah semata-mata kerana ianya popular tanpa memikirkan secara mendalam akibat jangka panjang kepada rakyat yang telah menaruhkan kepercayaan mereka kepada kita.

71.Kesimpulan yang boleh dibuat, Barisan Nasional adalah parti yang bertanggungjawab. Barisan Nasional adalah parti yang melaksanakan amanah rakyat. Barisan Nasional adalah parti di mana rakyat boleh meletakkan kepercayaan dan pengharapan. The people can trust us to do, not only what is right, but what is in their best interest, and what is in the best interest of this beloved nation of ours.

72.Selanjutnya, sebagai pemimpin, saya mahukan semua dalam Barisan Nasional hendaklah memikirkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan diri sendiri. Saya ingin memetik satu falsafah Cina yang sangat sesuai dijadikan pengajaran kepada kita. Dalam bahasa Mandarin berbunyi:

“Xian tian xia zhi you er you, hou tian xia zhi le er le ”

(“先天下之忧而忧,后天下之乐而乐” )

Saya difahamkan ia bermaksud “Selesaikanlah masalah rakyat sebelum kesusahan menimpa mereka, Bahagiakanlah hidup rakyat sebelum semua dapat hidup bahagia“.

73.Itulah syarat-syarat yang diwajibkan seorang mahaguru dan ahli falsafah pada zaman Dinasti Sung beribu tahun dahulu kepada pemimpin yang hendak mentadbir negara. Saya berpendapat, bahawa, walaupun ajaran tersebut sudah muncul sekian lama, tetapi, ianya sangatlah sesuai dijadikan pegangan para pemimpin Barisan Nasional yang mendahulukan rakyat dan mempertamakan kepentingan rakyat.

74.Satu falsafah dalam bahasa Tamil pula, menyeru dengan tegas supaya kita berjuang dengan sepenuh jiwa bagi memastikan kemenangan. Dalam bahasa Tamil disebut:

“Yipadai thorkin, yeapadai vehlum”

(Ertinya: “If this team cannot win the battle, no other team can”).

This is the team, this is the Barisan Nasional team!

“Yipadai thorkin, yeapadai vehlum”

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

75.Pokoknya, kita telah meletakkan asas-asas konkrit yang perlu untuk membawa Malaysia ke arah status negara maju berpendapatan tinggi menjelang fajar 2020. Pada waktu itu nanti, kita ingin semua bangsa menjadi maju. Orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Kadazan, orang Murut, orang Dusun, orang Iban, orang Bidayuh, orang Ulu, orang Asli, orang Sikh termasuk orang Siam dan semua suku kaum yang ada untuk menikmati sinar bahagia, dalam negara Malaysia yang maju.

76.Di sinilah tanah tumpah darah kita, di sinilah, kita dilahirkan dan dibesarkan, di sinilah kita menghirup udara segar sebagai nikmat dan rahmat dari Tuhan, di sinilah kita hidup aman merdeka dan di sinilah satu hari yang ditakdir dan ditentukan kelak, kita akan kembali menemui Yang Maha Esa dan dipusarakan.

77.Makanya, mahu tidak mahu, jangan sekali-kali biarkan apa yang telah kita bina dan bangunkan selama ini diruntuhkan oleh puak-puak yang hanya ingin memenuhi nafsu serakah dan tamakkan kuasa semata-mata. Oleh sebab itu, walau apa pun terjadi, kita perlu pertahankan Putrajaya bukan kerana ego atau kepentingan diri yang sempit, akan tetapi demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

78.Simbol kapal layar dan kini dacing sebagai logo parti kita adalah perlambangan Barisan Nasional sebagai bahtera gagah serta neraca keadilan yang akan terus menakhoda Malaysia ke ambang kejayaan. Justeru, saya berdiri dan berpidato sebagai Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua kaum, ingin berpesan, janganlah terpukau oleh helah pihak pembangkang yang penuh tipu daya, janganlah sekali-kali menumpang atau menaiki sampan rosak dan bocor, pakatan palsu mereka, yang makin hanyut dilanda badai.

Seperti diingatkan dalam pantun Melayu:

Kalau belayar perahunya senget,

Memang susah hendak kemudi,

Usah berharap guruh di langit,

Kilat memancar hujan tak jadi.

79.Oleh itu, kepada semua saya mengajak;

Marilah bersama-sama barisan yang telah terbukti jasanya ini,

marilah mempertahankan masa depan tanah air kita daripada ancaman pendusta dan pelelong nusa,

marilah membina sebuah masa depan yang lebih baik bukan sahaja untuk kita, tetapi untuk anak-anak kita dan juga anak-anak mereka,

tampillah, seluruh pemuda-pemudi negara,

di sini dan di luar sana,

dengan tangan terbuka, kita ingin menyambut semua,

inilah saat dan waktunya, bergerak bersama saya, berjuang dalam barisan,

menumpah khidmat, menggembleng kudrat.

Dakaplah barisan ini, yang selama lima dekad telah mencipta kejayaan bagi rakyat Malaysia.

Dukunglah barisan ini, dengan kepercayaan baru apabila tiba masanya nanti.

Moga-moga ditunjang sokongan saudara dan saudari, rakyat Malaysia, kita bakal menempa lima puluh tahun lagi yang lebih gilang-gemilang.

80. We will always put you, the people first in our priority, in our heart and our every action,

we shall stand by and with you, for we are part of you, and for you,

we are born out of your yearning for a better life and for a better future.

Barisan Nasional will always fight for your welfare and your wellbeing, every step of the way in this great national journey of ours.

This, is our promise to you, the people of Malaysia.

Let there be enough food on the table,

decent roof above every head,

well paying jobs for all who want to work,

a country where everybody feels safe and secure,

access to quality and affordable healthcare,

an education system that is able to optimise the potential of each and every Malaysian.

Let us go forth and strive for a developed and prosperous Malaysia with opportunities for all, a nation standing tall among the community of nations.

History has proven that Barisan Nasional has always delivered on its commitment and we will continue to deliver,

we have upheld your trust in us, and, we will continue to do so.

81. Bersatu dan bermuafakat, pasti membawa rahmat. Barisan Nasional, barisan menjuarai rakyat.

barisan perpaduan,

barisan keamanan,

barisan kemakmuran,

barisan 1Malaysia.

Dengan kata-kata semangat itu, saya merasmikan Konvensyen Barisan Nasional tahun 2010.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.