Monday, August 25, 2008

Agama dipermain untuk kepentingan peribadi

Hari ini kita mendengar penjelasan dari rmlang porigi imam masjid wilayah yang mengatakan sumpah mubahalah tidak sah kerana mengikut skrip dan orang yang dituduh tiada.Apakah Imam ini layak untuk menjadi imam?.Siapakah dia sebagai hamba allah untuk mempertikaikan sama ada ianya sah ataupun tidak sedangkan ianya datang dari allah semata-mata.Apakah yang mengesahkan sesuatu perkara itu datangnya dari mulut seorang manusia.Perkara seperti ini tidak boleh dipermainkan kerana ini melambangkan kekhilafan diri kita sendiri.Sedihnya Ramlang porigi ini mengimamkan kita di masjid wilayah.Kerana kepentingan peribadi sanggup untuk memutarbelitkan dasar agama islam itu sendiri.

Jika kita fikirkan dengan mengatakan wallahi wabillahi dan watallahi sahaja sudah cukup sesuatu sumpahan tersebut dengan niat orang yang teraniaya.Selebihnya kita serahkan kepada allah untuk menentukannya.Mengapa kita sebagai manusia ingin mempersoal sama ada ianya sah atau tidak sedangkan allah yang lebih mengetahui.Kami menyeru supaya imam masjid ini bersyahadah kembali kerana perkara seperti ini tidak boleh dipermainkan.Jika membaca teks itu salah jadi mari kita fikirkan bagaimana orang yang membayar zakat dengan mengaku menggunakan teks yang telah disediakan? Apakah ianya tidak sah?Fikirkanlahh... Sedih bila melihat anwar mempermainkan islam untuk memenangi hati rakyat walaupun perkara itu salah. Sebagai imam perkara yang benar mesti ditegakkan walaupun pahit untuk ditelan.Bukannya untuk kepentingan peribadi tetapi agama yang patut didahului.

Sunday, August 10, 2008

ANWAR IBRAHIM???



SUMBER DARI :http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

PERMATANG PAUH ANWAR TERDESAK

Kalau difikirkan dengan teliti mengapa Wan Azizah memberi laluan kepada suaminya secara tergopoh-gapah.Apakah ini kerana Anwar telah mengetahui suratnya telah pun sampai dimeja peguam cara yang akan mengadilinya.Jika dia mengetahui mengapa dia menyruh Wan Azizah meletakkan jawatan di permatang pauh.Apakah mungkin kerana Anwar ingin memainkan isu bahawa kerajaan sengaja buat camni kerana tak bagi saya bertanding di permatang pauh?

Jika kita lihat Anwar menyalahkan semua orang melayu di Malaysia dengan menyalahkan Kerajaan Pusat,TPM,Ketua polis Negara,hospital, ketua peguam Negara, jadi siapakah yang anwar percaya selain pegawai di Malaysia?Apakah dia hanya percaya kepada bangsa asing(Foreign) dan dirinya sendiri sahaja?Jika demikian mengapa sibuk untuk bertanding di permatang pauh dan mengatakan dia akan berjuang untuk orang melayu?Apakah dia lupa bukankah berjuang untuk melayu itu yang telah lama dilaungkan UMNO dari dahulu?

Kalau Anwar mengatakan dia akan memperjuangkan orang melayu maka rakyat di Selangor tidak akan merintih menagih simpati untuk melaksanakan manifestonya.Permatang pauh harus menjadikan Selangor sebagai contoh Negeri yang dipegang oleh PKR yang berpenasihatkan anwar.Apa yang telah dia dan sekutunya lakukan di Selangor untuk orang melayu? Apakah ini yang dinginkan permatang pauh?. Fikirkanlah penduduk permatang pauh…..ingatlah UMNO sahaja yang memperjuangkan melayu dan bangsa lain selama ini.

-ahli biasa-

Kepura-puraan dan Kesetiaan

Dimanakah kita diantara kepura-puraan dan kesetiaan?Apakah kita harus berpura-pura untuk setia atau setia kepada kepura-puraan? Kini dua perkara ini telah menjadi permainan didalam arena politik Negara. Marilah bangsaku kita olah pendekatan ini dari contoh situasi yang akan diberikan.

Ceramah atau Ucapan

Kebanyakan kita pernah menghadiri ceramah atau ucapan yang baik dan bernas tetapi apakah maknanya jika bercakap atau berpidato tentang perkara yang tidak benar atau berpura-pura. Berapa ramaikah orang yang berpidato mampu melaksanakan apa yang dikatakannya? Jika dahulu mengatakan memperjuangkan keadilan kini ia beralih kepada memperjuangkan melayu tetapi dimana melayu di pandangan mereka.Jika dahulu mengatakan memperjuangkan Islam kini Islam dibawa ke forum “memeluk islam tamat”.Seharusnya jika kita memperjuangkan Islam forum seperti itu tidak akan wujud dan sekarang ia telah terbukti perjuangan penceramah dan pemidato yang bernas telah gagal.Apakah kita harus memilih kepada kepura-puraan?.Kesetiaan yang jitu adalah baik tetapi kesetiaan itu perlu di kaji apakah ianya diletak dilandasan yang betul ataupun tidak. Jika tidak Kesetiaan itu pastinya dilandasan kepura-puraan.

Menyokong dan Membantah

Kita telah seringkali mendengar laungan Kami Menyokong” atau “Kami bantah” atau yang seerti dengannya tetapi apakah ianya benar-benar setia atau berpura-pura.Jika setia yang dipilih apakah ianya dilandasan yang betul atau hanya berlandaskan wang semata-mata? Jika berpura-pura yang dipilih adakah ianya memberi manfaat kepada kesetiaan yang menyokong atau yang membantah?. Kita sebagai manusia harus setia kepada pemimpin yang baik bukannya pemimpin yang mempunyai rekod jenayah.Baik tidak semestinya memakai serban ataupun set set baju melayu tetapi baik itu bermaksud keperibadiannya yang terserlah dan kata-katanya yang dilaksanakan. Tak guna menyokong jika hari ini mengatakan “kami akan menarik 16 ahli parliman sekian-sekian tarikh tetapi tidak dilaksanakan.”Tak guna menyokong jika hari ini mengatakan “kita akan pastikan harga minyak akan turun jika kita memerintah, Kita akan pastikan itu dan ini tetapi kepastian itu tidak dilaksanakan”. Laksanakan janji yang ditabur sewaktu PRU12 dahulu barulah layak untuk memperjuangkan orang melayu.

Kesimpulannya jika kita memilih kesetiaan yang berada dilandasan yang benar maka apa sekali halangan yang dihadapan kita perlu kita tempohi tidak kira jika ada manisan yang menghalang tetapi jika kita memilih kepura-puraan maka anda sendiri mampu mengolahnya….


-melayu fedup-

Sunday, August 3, 2008

UMNO, PAS ,PKR dan Melayu

Seperti yang kita ketahui ketiga-tiga parti ini adalah parti yang didukung oleh bangsa melayu yang kita cintai tetapi kerana kuasa yang ingin dikekalkan mereka bergaduh sesama sendiri sehingga lupa kebanyak rakyat dibawah merana kesakitan dan kesempitan hidup.Apakah yang menjadi punca kekalutan politik melayu pada waktu ini yang menyebabkan kestabilan politik Negara terjejas?.

Jika diteliti dari pandangan seorang rakyat dan bukannya seorang ahli politik ini adalah kerana mereka begitu terdesak dengan kesempitan hidup yang mereka alami. Bukan dikatakan miskin tetapi kerana kos kehidupan yang meningkat dan tiada siapa yang membantu tidak kira kerajaan negeri yang dikuasai pebangkang ataupun kerajaan pusat. Semuanya berpunca dari orang yang mengendalikan dan melaksanakan dasar kerajaan pusat yang tidak melaksanakan dengan tepat untuk kesejahteraan rakyat. Mereka lupa mereka berasal dari mana.Apakah pegawai kerajaan ini telah lupa bahawa gaji yang mereka dapat adalah hasil dari kutipan cukai dari rakyat?. Mengapa menjadikan orang melayu susah untuk mencari nafkah pada setiap peluang dan dasar yang telah disediakan oleh kerajaan pusat.Mengapa membuat sesuatu yang memburukkan lagi imej kerajaan pusat. Kepada kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat mengapa mesti sibuk mencari salah pemimpin terdahulu sehingga lupa kesengsaraan rakyat dibawah.Mengapa sehingga hari ini tidak mekukan sesuatu untuk bangsamu.MENGAPA mesti bertelagah? Bukankah kita semua sebangsa.

Kalau difikirkan ia bukannya bermula selepas pilihanraya tetapi rungutan mereka telah lama kedengaran. Jika ditanya setiap insan bernama melayu dijiwa mereka tetap memilih UMNO tetapi mengapa kekusutan dikalangan orang melayu ini terjadi?.Mengapa orang melayu memerlukan perubahan didalam UMNO.Siapa yang mewar-warkan tentang ingin melakukan perubahan tak kira diperingkat cawangan, bahagian ataupun UMNO pusat. Siapa yang ingin memecahbelahkan orang melayu.Siapa yang mengatakan perubahan itu adalah ubat untuk UMNO? Siapa yang menjadi dalang semua ini. Sistem yang telah diwarisi oleh nenek moyang kita di dalam UMNO itu adalah satu sistem yang cantik dan tiada tandingnya sehingga ke akar umbi tetapi mengapa ia kini seperti hancur dibuai angin propaganda?Apakah kerana Pegawai-pegawai UMNO itu tidak tahu akan sistem ini atau Pemimpinnya yang tidak mengendahkan atau propaganda itu dibuat oleh Pemimpin melayu dari parti lain yang ingin menjatuhkan UMNO.Jika kita sebagai pegawai atau pemimpin mengetahui ada kesalahan berpunca dari kita mengapa kita tidak memperbaiki atau melakukan sesuatu untuk bangsa kita. Jika kita mengetahui mengapa mesti tunggu dan tiada inisiatif dari dalam diri kita sendiri.Semuanya tidak lain dan tidak bukan hanya kerana bangsa.Apakah ia satu kesalahan? Jika tiada, lakukanlah yang terbaik untuk melayu.

Semua ini bukannya untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi untuk mencari kesilapan kita dari mana punca orang melayu berpecah dan siapa yang mendapat habuan daripada semua yang berlaku ini.Walau dimana pun kuasa kita walau dimana pun tempat kita walau apa pun yang terjadi darah yang mengalir ditubuh kita TETAP MELAYU.Dimana semangat melayu ini menghilang?Bukankah melayu itu telah matang dan tinggi pelajarannya tidak seperti orang melayu dahulu tetapi mengapa semakin pandai melayu itu semakin lemah kita.Mungkinkah kerana kita lupa asal usul kita atau kita terlalu cepat gah sehingga lupa dan malu untuk menolong bangsa kita sendiri.

Sekarang parti yang tinggal untuk memperjuangkan melayu itu hanya UMNO sahaja. Dahulu selain UMNO kita ada parti yang memperjuangkan hak melayu iaitu PAS kononnya tetapi semenjak PAS menjadi ahli kepada Pakatan Rakyat mereka hanya membiarkan dan tidak melakukan sesuatu serta mempertahankan pabila hak melayu,ketuanan melayu dan bangsa melayu itu dipermainkan.Yang berusaha mempertahankan hanya UMNO sahaja.PKR terang-terangan bukan memperjuangkan melayu tetapi keadilan penasihatnya sahaja.Yang menjadi persoalannya sekarang ialah MELAYU itu akan pilih yang mana?Sekali lagi melayu itu didalam dilema.

Pemimpin Melayu bertelagah dengan pemimpin terdahulu. Pemimpin melayu hanya ingin memperjuangkan kuasa tidak kira apa kerugian yang dialami bangsa. Pegawai melayu tidak lagi mempunyai semangat perjuangan melayu dan anak melayu telah mati didalam politik melayu kerana takut dan percaya dengan propaganda yang ditanamkan didalam hati mereka sejak dari kecil bahawa “politik itu kotor” sedangkan didalam sejarah, politik melayu itu sebenarnya suci tetapi orang yang membawanya yang menjadikan ianya kotor .MENGAPA ini terjadi pada bangsaku. Bersama-samalah kita fikirkan….

-melayu tulen-