Sunday, January 24, 2010

AL-FATIHAH

Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail adalah seorang Sultan yang berjiwa rakyat. Kemangkatan baginda adalah merupakan satu kehilangan yang besar bagi rakyat dan negara. Semoga roh baginda dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.

-Al-fatihah-

Sunday, January 10, 2010

TERIMA KASIH PERDANA MENTERI

Peruntukan sebanyak 15.6 juta yang diluluskan serta merta oleh Perdana Menteri sewaktu Program UMNO Juara Rakyat menunjukkan keikhlasan seorang pemimpin nombor satu negara yang perihatin terhadap permasalahan rakyat. Sikap ini harus dicontohi oleh setiap pemimpin UMNO diperingkat akar umbi kerana UMNO dari perspektif sejarah telah terbukti sebagai sebuah parti yang sentiasa menjadi pembela kepada sekalian rakyat di Malaysia.

Perasaan sebak dan sedih yang terpahat di wajah Presiden UMNO sewaktu meluahkan perasaannya apabila melihat kerosakan 52 buah blok yang menempatkan 5000 unit pangsapuri di sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung menjadi bukti keikhlasan seorang pemimpin. Kami turut merasa sebak dengan ucapan yang diberikan oleh Tuan Presiden dan ia akan menjadi satu semangat dan paksi kepada tanggungjawab kami sebagai ahli dan jentera UMNO.

Dalam pada itu ramai juga golongan yang cuba memburukkan karakter sebenar Perdana Menteri. Sedangkan semua tohmahan yang ditujukan kepadanya adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali. Beliau juga sanggup untuk bersumpah mengikut sumpah dalam Islam untuk membuktikan tohmahan itu tidak benar. Ada juga pemimpin yang nak bersumpah pun susah sehingga ke hari ini. Inilah sikap dan keikhlasan seorang pemimpin yang harus dan wajib menjadi tauladan kepada pimpinan samada diperingkat akar umbi maupun peringkat tertinggi.

Dalam ucapan tersebut beliau juga mengingatkan jenteranya supaya jangan bertelagah sesama sendiri dan terlalu berpolitik sehingga terlupa dengan kesengsaraan ramai rakyat jelata. Beliau juga membuahkan idea Klinik 1 Malaysia yang hanya mengenakan bayaran sebanyak RM1 untuk kos perubatannya. Idea ini dibuahkan oleh Perdana Menteri kerana beliau memahami hasrat golongan yang lebih memerlukan atau boleh dikategorikan sebagai golongan miskin.

Ini berbeza dengan pemimpin yang selalu mewar-warkan dirinya serta partinya kononnya memperjuangkan rakyat tetapi sehingga ke hari ini apa pun tak buat. Pemimpin ini selalunya hanya memikirkan kepentingan perbadinya sahaja bukan kepada rakyat jelata.

Terima Kasih sekali lagi Perdana Menteri kerana memahami aspirasi rakyat. Ucapan ini ikhlas tanpa sebarang niat. Terpulang kepada sesiapa untuk membuat penilaian.

Fikirkanlah..

-pejuang UMNO.

ISU BAKAR GEREJA-JANGAN MENUDUH SEBELUM SIASAT

Setelah isu penggunaan kalimah 'allah' kini isu merosakkan rumah ibadah samada rumah ibadah agama Islam mahupun rumah ibadah agama Kristian yang menjadi sebutan dan perbincangan yang hangat dikalangan ramai rakyat Malaysia.

Perkara ini terlalu sensitif untuk diperbincangkan kerana ia mungkin menguris hati penganut-penganut agama masing-masing. Merosakkan rumah ibadah ini dikutuk sekeras-kerasnya oleh kedua-dua penganut agama samada Islam maupun pihak Katolik. UMNO juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan keatas rumah ibadah ini. Keamanan negara dan keselamatan rakyat perlu diutamakan. Pelbagai badan NGO juga mengutuk serangan ini.

Dalam pada itu ada juga sesetengah golongan yang mudah menuding jari kepada orang lain sedangkan siasatan masih dijalankan oleh pihak PDRM. Tuduhan melulu bukanlah satu amalan yang baik. Bagi umat Islam ia tidak menunjukkan sikap dan sifat mukmin yang sejati. Begitu juga dalam amalan penganut agama lain. Kesejahteraan hidup menjadi pegangan utama dalam semua ajaran agama dan ini tidak dinafikan.

Presiden UMNO Dato' Sri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua pemimpin UMNO dan pelbagai badan NGO juga mengutuk serangan ini . Kami menyeru supaya pihak polis dapat melakukan siasatan secepat mungkin supaya dapat menangkap mereka yang melakukan serangan membakar dan merosakkan rumah ibadah ini. Tindakan undang-undang yang keras perlu dikenakan untuk pesalah ini.

Kita semua perlu bertenang seperti saranan Yang Dipertuan Agong dan menunggu sehingga siasatan polis selesai. Jangan bertindak melulu dengan menuduh dan bertelagah sesama sendiri. Ingatlah kita semua adalah satu bangsa Malaysia.

-pemikir

Al-Fatihah



Al-fatihah keatas pemergian dua pejuang UMNO Tan Sri Mohamed Rahmat dan Tun Fatimah Hashim yang telah banyak menabur bakti kepada negara.. Semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.

-Biro Agama UCBA

Friday, January 8, 2010

JEMPUTAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA OLEH SETIAUSAHA AGONG UMNO MALAYSIA


KUALA LUMPUR, 7 Jan. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru semua lapisan rakyat di seluruh negara untuk menyokong aspirasi parti dan kerajaan termasuklah bersedia terhadap perkembangan semasa khususnya program terbaru yang dinamakan Juara Rakyat.

Dalam hal ini katanya, semua peringkat dalam masyarakat khususnya para pemimpin termasuklah di peringkat akar umbi perlu memahami hasrat Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya untuk melihat parti ini lebih berjiwa rakyat dan terus berada di landasan perjuangannya.

“Kita telah pun menggariskan tumpuan yang bakal dilalui oleh ahli-ahli parti dan rakyat keseluruhannya dalam memastikan kesinambungan perjuangan terus relevan dengan mengaktifkan melalui progam dan aktiviti yang bertemakan Juara Rakyat,” katanya.

Dalam perancangan yang digariskan tahun lalu, Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa ahli-ahli Majlis Tertinggi yang bermesyuarat telah meluluskan program bagi tahun 2010 akan dimulakan dengan pelaksanaan program yang bertemakan ‘Juara Rakyat’.

“Sebenarnya program yang dirancang tersebut bukanlah sesuatu yang asing tetapi ia diperincikan dengan lebih teratur dan mantap melalui pelbagai aktiviti akan dijalankan antaranya pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawanan, perekonomian, sosial dan NGO serta pelbagai lagi jenis program yang telah ditentukan.”

Jelas beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), program tersebut tidak mengkhusus kepada UMNO semata-mata tetapi ia merangkumi penglibatan langsung rakan-rakan kompenan dalam BN dalam usaha untuk terus bersama-sama menggembling tenaga memastikan kerukunan dan keharmonian terpelihara.

“Melalui program-program tersebut, kita akan memastikan bahawa tidak akan ada rakyat yang terpinggir atau merasa tersisih kerana mereka akan terlibat secara langsung dalam menjayakan setiap perancangan sama ada di peringkat pusat, bahagian atau cawangan sekalipun,” jelas beliau lagi.

Selaras dengan itu, beliau turut menggesa semua lapisan masyarakat bergerak aktif dan tidak leka dengan matlamat perjuangan untuk terus memperkasa bangsa Malaysia dan memastikan kekukuhan kerajaan berterusan dan terus terpelihara.

“Kita jangan terlalu asyik menyaksikan pergolakan yang berlaku dalam parti lawan hinggakan kita lalai untuk melaksanakan tanggungjawab kita seperti mana yang telah digariskan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Lantaran itu, beliau menyeru semua masyarakat dan penduduk setempat di kawasan Hulu Selangor, Ibu Kota dan kawasan berhampiran agar bersama-sama dalam menjayakan program Juara Rakyat yang akan berlangsung selama tiga hari bermula esok sehingga ke hujung minggu ini.

“Pelbagai program yang ada pastinya akan dapat membuka minda dan berkongsi matlamat kerajaan dalam manifestasi melihat rakyat dan pemimpin seiring iaitu rakyat memahami aspirasi pemimpin dan pemimpin sendiri menyelami kehendak masyarakat,” katanya.

Tegas beliau juga, program tersebut adalah peluang terbaik kepada rakyat untuk mengenali pemimpin negara yang akan berada bersama-sama sepanjang tiga hari tersebut.

UMNO JUARA RAKYAT


Kepada semua rakyat Malaysia marilah sama-sama memeriahkan Program Juara Rakyat yang akan berlangsung selama tiga hari bermula:


TARIKH : 8 – 10 Januari 2009
MASA : 8.00 pagi hingga 12.00 malam
TEMPAT : Jalan Orkid 1, Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor, Selangor

Terdapat sebanyak 125 gerai melibatkan 100 pengusaha swasta dan badan bukan kerajaan, organisasi dan individu persendirian yang terlibat bukan sahaja untuk jualan tetapi juga menyediakan pameran pelbagai produk yang tentunya istimewa dan menarik.

Dalam masa yang sama, pelbagai aktiviti disediakan termasuklah Forum Perdana, pertandingan syarahan 1Malaysia, pertunjukan kebudayaan masyarakat Cina dan India, pertandingan nasyid, futsal serta pertunjukan kebudayaan 1Malaysia selain kehadiran daripada ikon 1Malaysia.

Sehubungan itu, semua pihak dalam pelbagai peringkat diseru supaya tidak ketinggalan menghadiri program ini kerana pelbagai kemudahan turut disediakan termasuklah mendaftarkan diri sebagai pengundi selain mendaftar keahlian UMNO secara terus.

Kepada mereka yang masih belum merancang apa-apa program untuk aktiviti hujung minggu bolehlah hadir bersama keluarga masing-masing.


UMNO CAWANGAN BUKIT AMPANG


Wednesday, January 6, 2010

1 MALAYSIA BUKAN BERMAKSUD 1 KALIMAH



Apakah makna sebenar Gagasan 1 Malaysia? Apa yang pasti pada tajuk blog UCBA diatas, diantara 8 cabang utama 1 Malaysia tiada pun menyebut keagamaan. Pelik juga apa yang diperkatakan oleh orang di dalam video diatas.

Menarik juga dengan penulisan pelajar yang merungkai maksud 1 Malaysia di akhbar Berita Harian.

"SATU ialah kita - Melayu, Cina, India dan lain-lain. Malaysia ialah rumah kita ..." ini ayat pertama seorang pelajar, Muhammad Hanif Ahmad, di dalam eseinya mengenai 1Malaysia. Diharapkan Muhammad Hanif akan benar-benar menyampaikan pandangannya mengenai gagasan 1Malaysia ini kepada Perdana Menteri apabila kini peluang dibuka untuk pelajar satu Malaysia meluahkan suara hati mereka kepada beliau.- Berita Harian.

Pelajar diatas pun tidak menyebut tentang 1 kalimah.

Jangan jadikan 1 Malaysia sebagai alasan untuk menggunakan kalimah Allah. Please Herald you should known better than us.

-Islam Kecewa

Sunday, January 3, 2010

ISU KALIMAH ALLAH

Menjelang tahun 2010, isu yang hangat diperkatakan pada ketika ini adalah berkenaan isu yang membenarkan Kalimah Allah digunakan oleh umat Katolik di dalam majalah Herald Catolic. Pelbagai percanggahan pendapat yang didengari ketika ini. Pelbagai persoalan yang banyak ditimbulkan salah satu darinya adalah seperti Apakah nas dan dalil yang mengatakan agama lain dilarang menggunakan kalimah tersebut? dan pelbagai lagi. Sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan untuk melarangnya. Ini seolah-olah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan boleh dipertikaikan dan dianggap remeh oleh agama lain.

Saudara seislamku,

Pelbagai nas dan dalil yang mengatakan Allah itu adalah tuhan yang satu. Apakah umat katolik ketika ini telah mempercayai bahawa tuhan mereka adalah satu. Jika benar maka bersyukurlah. Jika tidak dalam alquran telah menyebut maka bagimu agamamu dan bagiku agamaku.

Di dalam isu ini pelbagai perkataan yang boleh digunakan oleh umat katolik untuk mentafsir tuhan seperti 'ilah' yang bermaksud tuhan tetapi mengapa dipilih perkataan 'Allah'. Apakah ianya bertujuan untuk memesongkan akidah umat islam?

Dalam isu penggunaan kalimah Allah ini ianya harus diberi perhatian kepada tujuannya dan niatnya. Mengapa perkataan Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam? Allah bermaksud tuhan yang satu dalam tafsir. Ianya berteraskan kepada tauhid dan akidah umat islam yang mengatakan bahawa Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Perkara ini telah dinyatakan dengan terang bahawa agama Islam mempercayai Tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t.

Mengapa Katolik tidak boleh menggunakan perkataan 'Allah' dalam urusan agamanya. Ini adalah kerana agama mereka mempercayai tuhan yang tiga dan bukannya satu. Mereka mempercayai Isa ( Jesus ) adalah anak Tuhan dan ada sesetengah doktrin mereka mempercayai Isa (Jesus) itu tuhan. "Berdasarkan doktrin ini Tuhan bagi Christian adalah tuhan yang mempunyai 3 oknum atau dalam bahasa yang lebih mudah tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Aliran utama kristian menyatakan bahawa oknum tersebut adalah Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan juga Roh Kudus dan ketiga-tiga oknum ini mempunyai kesamarataan kuasa serta ketiga-tiganya ini adalah satu yang terdapat dalam tiga yang membawa maksud ketiga-tiganya adalah satu pada hakikatnya. Itulah yang diajar oleh kegerejaan kristian mengenai konsep tuhan, sesuatu doktrin yang tidak pernah diajar oleh bible yang mereka miliki itu." -http://malay.bismikaallahuma.org/asas-asas-ajaran-kristian/

Oleh yang demikian wajarkah perkataan 'Allah' digunapakai oleh agama lain dan khususnya agama Kristian dalam isu ini. Jika mereka benar-benar mempercayai tuhan mereka adalah satu maka kita semua harus bersyukur. Ada sesetengah pendapat dari ahli doktrin PAS menyatakan perkara ini tidak salah seperti di laman web ibnu hasyim : http://www.ibnuhasyim.com/2009/03/tunjukkan-nas-dalil-bukan-islam-tidak.html. Tetapi ada juga artikel yang menarik untuk dibaca di http://rausyanfikir.com/2010/01/isu-kehilangan-adab-dalam-penggunaan.html.

Saudara seislam ku,
Peliharalah agamamu dan janganlah mempersendakannya. Ini bukan soal berdakwah tetapi soal tauhid dan akidah. Fikirkanlah wahai saudara seislamku.

-Biro Agama UCBA

Friday, January 1, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010

Kami seluruh jentera UMNO Cawangan Bukit Ampang ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua rakyat Malaysia. Semoga tahun yang mendatang Agama, Bangsa dan Negara dapat dipelihara dengan sebaiknya.

SELAMAT TAHUN BARU 2010