Wednesday, December 30, 2009

INILAH SELANGOR DI BAWAH PAKATAN PEMBANGKANG


INILAH YANG DIKATAKAN PERBELANJAAN YANG BIJAK OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PAKATAN PEMBANGKANG. JALAN YANG ROSAK TIDAK PERLU DIBAIKI DAN TIDAK MENJADI KEUTAMAAN MEREKA. BAGI KERAJAAN NEGERI SELANGOR DIBAWAH PARTI KENCING RAKYAT (PKR) PERBELANJAAN CERAMAH SAMADA KECIL ATAU BESAR-BESARAN MENJADI KEUTAMAAN MEREKA. AKHIRNYA YANG DAPAT UNTUNG HANYA PENYELIA PROGRAM TERSEBUT. INILAH KEADILAN YANG DICANANG.

Fikirkanlah....

-rakyat sedih

Wednesday, December 16, 2009

Khalid Ibrahim dan BTN???

Monday, December 14, 2009

Anwar Ibrahim sokong BTN??

Saturday, November 28, 2009

Nik Aziz perlu berusaha menjadi orang yang bertaqwa

Pada hari jumaat yang lalu, sewaktu menunaikan ibadah sembahyang jumaat, saya tertarik dengan khatib yang memberikan khutbah di Masjid mengenai orang yang bertaqwa.

Khatib tersebut mengingatkan kita supaya berusaha untuk menjadi seorang mukmin yang bertaqwa. Beliau memberi penjelasan bahawa untuk mengenali dan menjadi orang yang bertaqwa ada pelbagai hujah dan pendapat mengenai ciri-cirinya tetapi pada khutbah kali ini khatib hanya mengambil hanya 3 dari ciri-cirinya yang telah digariskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-quran dan hadis yang difikirkan penting.

Seperti kita ketahui bahwa segenap bentuk ibadah kepada Allah ta’aala di dalam ajaran Islam adalah untuk mencetak manusia bertaqwa.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai manusia, beribadahlah kalian kepada Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dan orang-orang sebelum kalian agar kalian menjadi bertaqwa.” (QS Al-Baqarah ayat 21)

3 ciri yang digariskan oleh khatib pada ketika itu adalah :

Ciri yang pertama untuk menjadi seorang mukmin yang bertaqwa adalah seseorang itu perlu menginfakkan hartanya kejalan yang benar semata-mata kerana Allah s.w.t. Pada ketika ini khatib tersebut menyatakan contoh berinfak kejalan Allah adalah dengan bersedekah seperti di surau-surau atau masjid-masjid atau kepada anak2 yatim dan lain-lain lagi.

Ciri yang kedua untuk menjadi seorang muttaqin (orang yang bertaqwa) ialah beliau perlu memiliki sifat sabar. Sifat sabar ini adalah Kesabaran yang digariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Beliau memberi contoh bahawa apabila orang musyrik menghina dan mencaci keperibadian Nabi Muhammad s.a.w, baginda tetap bersabar tetapi baginda akan menunjukkan kemarahannya apabila orang-orang musyrik itu menghina dan mencaci agama Allah iaitu agama Islam. Ini adalah kerana baginda memelihara kesucian agama Islam. Pada ketika ini saya mula terfikir apakah mursyidul am dan pemimpin-pemimpin PAS yang mengatakan memperjuangkan Islam mempunyai ciri-ciri ini.


Ciri yang ketiga adalah memiliki sifat pemaaf. Kita perlu menjadi seorang yang pemaaf sesama kita sebagai saudara seIslam. Ia dapat mengeratkan silaturrahim dan perpaduan dikalangan umat ISLAM serta setiap insan dan mukmin. Pada ketika ini saya terfikir PAS menolak untuk perpaduan ISLAM yang disarankan oleh Presidennya. Sedangkan UMNO membuka pintu seluas-luasnya untuk kerajaan perpaduan yang disarankan oleh Presiden PAS demi kepentingan ummah walaupun berbeza fahaman dan ideologi politik.

Nik Aziz tidak pernah memaafkan saudara seIslamnya malah beliau mengkafirkan UMNO yang memperjuangkan Melayu yang dispesifikasikan di dalam perlembagaan negara iaitu mesti beragama ISLAM. Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS juga tidak pernah marah sekiranya sekutunya DAP atau PKR menghina agama ISLAM sedangkan cerita khatib diatas menyatakan Nabi Muhammad s.a.w juga menunjukkan kemarahan apabila agama Islam dicaci dan dihina. Diantara 2 parti ISLAM yang terbesar di Malaysia parti yang manakah yang menunjukkan kemarahan apabila ISLAM dihina dan dicaci? PAS atau UMNO? Setahu saya UMNO sahaja yang mempertahankan dan marah apabila ISLAM dihina. Ini membuktikan bahawa UMNO lebih Islam daripada PAS. Betulkah kenyataan PAS selama ini yang memperjuangkan ISLAM itu benar? Fikirkanlah.....

Penulisan ini adalah bertujuan memberi nasihat dan kesedaran sebagai tanda sayangnya kepada saudara seIslam. Semoga kita semua diberi rahmat dan kesedaran oleh Allah s.w.t.

-Pejuang ISLAM

Sunday, October 18, 2009

UCAPAN DASAR PRESIDEN PADA PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2009 BUAT TATAPAN SEMUA

UCAPAN DASAR
YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HJ. ABDUL RAZAK
PRESIDEN UMNO
SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009
PADA 15HB OKTOBER 2009 (KHAMIS)
JAM 9.00 PAGI
DI DEWAN MERDEKA,
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA
KUALA LUMPUR

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi Rabbil A-lamin, was-salatu was-salamu ala Rasulillah.
Rabbi ish-rah-li sadri wa-yassir-li amri wahlul uq-datan min-lisani yaf-qohu qauli.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Yang Berbahagia Pengerusi Tetap, Yang Berhormat Timbalan Pengerusi Tetap, Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Ketua-ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Ketua-ketua komponen parti BARISAN NASIONAL, Dif-dif kehormat, para tetamu dan para jemputan, Para perwakilan dan pemerhati,

Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam
surah As-Saff ayat yang ke-4:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalan-Nya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh.”

Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :

“Sesuatu yang benar dan hak namun tidak tersusun akan dikalahkan oleh yang batil dan salah, tetapi diatur dengan tersusun.”

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

1. Pertama sekali, seperti lazimnya, marilah kita mengangkat rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT, Tuhan seru sekalian alam, yang mana dengan keredhaan-Nya jualah, dapat kita sekali lagi berhimpun pada pagi yang mulia ini.

2. Sesungguhnya Dewan Merdeka ini telah beberapa dekad menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa, silih berganti, perjalanan suka duka, pahit maung dan manisnya sebuah parti keramat yakni UMNO, parti kita semua.

3. Perhimpunan pada pagi ini juga penuh bermakna dan bertuah, kerana, di bawah bumbung UMNO, hadir dua mantan Presiden yang kita kasihi. Marilah kita sambut dan raikan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan YABhg. Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi.

4. Demikianlah contoh semangat juang dalam jiwa pemimpin UMNO yang tidak pernah pudar; bahkan terus mekar, terus bersedia untuk bersama-sama dalam sebuah perjuangan yang belum selesai, demi membina bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan semangat dan kekuatan inilah, kita akan bangkit kembali membina keagungan bangsa yang sungguh banyak jasanya pada negara tercinta.

5. Setinggi-tinggi penghargaan kita hulurkan juga kepada YABhg Tun Dr. Siti Hasmah bersama YABhg Tun Jeanne Abdullah, kerana turut serta dalam perhimpunan kita pada pagi ini sekali gus menyemarakkan semangat semua ahli UMNO dari seluruh pelusuk tanahair yang menyaksikan detik
bersejarah ini.

6. Perhimpunan Agung kali ini mencatat beberapa mercutanda. Pertamanya, satu sejarah secara peribadi kerana inilah ucapan dasar sulung saya, selaku Presiden UMNO sejak mengambil alih pucuk pimpinan, secara rasmi pada bulan Mac yang lalu. Syukur, peralihan kuasa yang tertib, lagi licin bersandarkan tradisi mulia UMNO, telah berlangsung dan dimungkinkan oleh YABhg Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi.

7. Keduanya, perhimpunan kali ini hanya dalam jangka masa enam bulan dari tarikh perhimpunan yang lalu, menyaksikan satu langkah berani UMNO membuat pindaan besar terhadap perlembagaan parti seraya membuktikan UMNO tidak jumud dan bukanlah parti yang lapuk. Sebaliknya, dengan pindaan ini, jelas memperlihatkan kesungguhan UMNO untuk menjadi sebuah parti yang dinamik, progresif dan responsif kepada kehendak semasa.

8. Ketiganya, perhimpunan ini akan menjadi titik monumental, kepada UMNO yang akan meninta perjalanan di atas lembaran baru, dengan semangat baru, pendekatan baru dan hala tuju yang baru.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

9. Begitulah, pada pagi bermakna ini, dalam keceriaan bulan Syawal yang mulia, meraikan kemenangan, menentang kehendak hawa nafsu di Ramadhan lalu, kita sewajarnya dengan penuh rasa syukur mengucapkan pula ungkapan Alhamdulillah, ke hadrat Yang Maha Kuasa atas kejayaan kita, mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang dengan lonjakan majoriti yang berganda.

10. Sayugialah, saya merakamkan sekalung kata terima kasih kepada semua pimpinan di setiap peringkat yang telah bertungkus lumus, bekerja keras serta orang ramai terutamanya para pengundi dalam menggondol kemenangan bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden parti. Sememangnya kejayaan ini, membenarkan hakikat bahawa, UMNO masih merupakan parti pilihan orang Melayu dan UMNO masih merupakan parti pilihan rakyat.

11. Ini membuktikan juga bahawa rakyat tempatan dari semua kaum dan semua lapisan telah menyuarakan keinginan mereka dengan jelas untuk terus berlindung di bawah naungan Barisan Nasional. Kenapakah, pilihan ini telah dibuat, tuan-tuan dan puan-puan? Sudah terang lagi bersuluh, kerana Barisan Nasional merupakan parti yang terbukti kecemerlangannya dalam pentadbiran negara, kerana Barisan Nasional lah yang sebenarnya menjadi pembela rakyat selama ini.

12. Walau apa pun, kita harus menerima kemenangan ini dengan tenang, penuh tawadhuk dan rasa kerendahan hati. Seperti kata pepatah Inggeris ‘One swallow does not make a summer’, takkanlah dek kerana seekor burung lelayang, kita merasakan musim panas sudah tiba, atau, disesuaikan dalam simpulan bahasa Melayu ‘Janganlah kerana mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan’. Kita tidak boleh mudah berasa selesa atau lega bahawa kita menjadi parti pilihan rakyat, hanya kerana tiada parti lain yang boleh diharapkan, atau dengan kata lainnya, yang terbaik antara yang buruk.

13. Di Bagan Pinang, kita dapati orang-orang bukan Melayu menerima UMNO dengan hati yang terbuka. Jelasnya, di kawasan pilihan raya yang pengundinya terdiri daripada masyarakat majmuk seperti ini, kita mahukan UMNO diterima rakyat sebagai sebuah parti yang memperjuangkan bukan sahaja untung nasib Melayu dan Bumiputera akan tetapi menjangkau semua kumpulan etnik di Malaysia.

14. Ini bertepatan dengan Surah Al-Maidah ayat ke-8, di mana Allah SWT menyeru kita, supaya menjadi orang yang berlaku adil, serta menegakkan kebenaran kepada semua kaum dan bangsa, kerana berlaku adil itu dekat kepada taqwa. Kalau kita menjaga kebajikan semua rakyat, maka pastinya rakyat, tanpa mengira bangsa dan keturunan, akan dengan relanya menyokong serta mengangkat kepimpinan parti kita.

15. Dalam hal ini, mahu tidak mahu, UMNO perlu menjadi parti yang lebih terbuka pendekatannya. UMNO perlu dipilih atas sebab parti kita adalah yang terbaik, sama ada dari sudut organisasi, gerak kerja, matlamat, ataupun sistem nilai yang mendasari pertubuhan ini. Kalau inilah resipi kejayaan kita baru­baru ini di Bagan Pinang, yang telah meraih majoriti besar, maka, saya yakin dan percaya dengan menggunapakai ramuan ini di tempat-tempat lain pun, selepas ini, kita akan menikmati kejayaan yang sama atau lebih besar lagi, insya-Allah.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

16. Sejarah adalah guru yang terbaik. Musim dan masa terus berlalu tanpa menunggu sesiapa. Kata George Santayana, seorang pemikir tersohor bahawa: “Mereka yang engkar dari memahami dan tidak belajar daripada sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang sama”. Pokoknya, peristiwa sejarah bukan sahaja untuk dicontohi dan diikuti, tetapi, ia menunjang sebagai peringatan dan sempadan terbaik kepada umat manusia bagi mengurus realiti semasa untuk melakar hari muka dengan lebih berjaya.

17. Jelas sekali, manusia yang mendapat pengajaran betul serta benar daripada peristiwa sejarah, boleh mengelak daripada melakukan kesilapan dan tindakan yang akan membawa kepada kejatuhan sesebuah negara mahupun tamadun. Maknanya, untuk menongkah masa depan yang cemerlang, kita perlu berakar teguh, dengan beriktibar daripada sejarah dan sistem nilai. Barulah kita berupaya untuk tegak menghadapi masa mendatang, dengan persediaan yang rapi serta serasi menurut hambatan zaman. Oleh kerana itulah, saya memilih tajuk ucapan pagi ini sebagai “Menjunjung Tradisi, Menzahir Perubahan.”

18. Jadinya tuan-tuan dan puan-puan, menyonsong tawarikh, jika diamati, tahun ini adalah tahun yang signifikan bukan sahaja dalam susur galur negara tetapi juga susur galur parti UMNO. Sekitar tempoh ini, lima puluh tahun yang lalu, Malaysia mula mengamalkan demokrasi berparlimen secara mutlak, apabila pilihanraya umum pasca merdeka yang pertama diadakan pada tahun 1959. Sekitar waktu ini juga, empat puluh tahun yang lalu yakni 1969 UMNO telah mengepalai usaha untuk menyelamatkan negara dari ambang kehancuran, natijah konflik antara kaum.

19. Kira-kira kala ini juga, dua puluh tahun lalu yakni 1989, UMNO telah menerajui usaha untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan memulakan proses industrialisasi negara. Manakala masih segar terakam dalam ingatan ramai, pada detik-detik ini pulalah,

20. Sekali lagi, apa yang mustahak untuk diketahui adalah, kesemua tindakan hebat yang dinyatakan ini, nakhodanya adalah kepimpinan UMNO, berlandaskan kebijaksanaan pemikiran yang kreatif lagi berinovatif. Segala-galanya dilakukan, atas nama kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

21. Mengenang peritiwa dan kejadian juga, jangan mudah kita lupa bahawa selepas tragedi 13 Mei 1969, para sepuluh tahun dulu yakni 1999, UMNO sekali lagi
telah bingkas beraksi, menyelamatkan negara daripada jatuh merudum ke dalam cerun krisis kewangan Asia.

12 pemimpin UMNO boleh memilih untuk tidak meneruskan demokrasi yang telah digantung. UMNO juga boleh memutuskan untuk menubuhkan kerajaan satu parti atau mungkin menyokong saja pihak angkatan tentera melakukan kudeta.

22. Akan tetapi, harus barang diingat, itu semua tidak dilakukan, malah UMNO berusaha keras untuk mengembalikan demokrasi dalam masa lapan belas bulan. Ini jelas mempamerkan bahawa, UMNO bukan sebuah parti yang mabukkan kuasa, jauh sekali sebagai sebuah parti yang bersifat perkauman.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

23. Sehubungan itu, jika kita ingin tahu apakah maksud perkauman yang sebenar, lihat sahaja, sejarah Afrika Selatan, sewaktu dicengkam apartheid. Bahkan di Amerika Syarikat pun, amalan perkauman secara terang-terangan berlaku sehingga pertengahan tahun 60-an. Sekolah, bilik air, tempat makan di restoran malah tempat duduk dalam bas antara kaum ternyata dibeza-bezakan.

24. Semuanya ini, hanya berakhir setelah keputusan pengasingan kaum, institusi pendidikan tahun 1954 oleh Mahkamah Agong melalui kes Brown lawan Lembaga Pendidikan Kansas, Akta Hak Sivil tahun 1964 dan Akta Hak Mengundi tahun 1965 digubal.

25. Dalam konteks ini, nampaknya berbeza benar, keadaan kita di Malaysia dengan realiti di dunia luar. Ehwalnya, orang Melayu adalah bangsa yang bersifat amat inklusif dan merangkumi. Jelasnya lagi, jika orang Melayu bersikap dan bersifat perkauman mana mungkin Melaka boleh menjadi sebuah pelabuhan entrepot yang makmur pada abad ke-15.

26. Bersabit isu ini juga, kalaulah ada mana-mana pihak yang tanpa usul periksa, begitu semberono menempelak UMNO sebagai sebuah parti perkauman harus terlebih dahulu mencermin diri secara ikhlas. Mereka harus sedar akan realiti komposisi kaum
dalam parti mereka sendiri. Adakah ia benar-benar melambangkan keterbukaan yang mereka jerit dan laung-laungkan?.

27. Sedangkan, jika betullah orang Melayu rasis bagai didakwa, tidak mungkin kita bersifat amat bertolak ansur terhadap budaya etnik-etnik lain seperti yang diamalkan, tak mungkin juga kita benarkan sekolah­sekolah aliran kebangsaan diwujudkan, bahkan mustahil pula untuk bekerjasama dengan begitu akrab bersama-sama parti komponen lain dalam Barisan Nasional sejak berdekad lamanya.

28. Oleh itu, kepada pihak-pihak tertentu, janganlah angkuh mengaku, bahawa merekalah kononnya, sebuah parti pelbagai kaum yang mempunyai keabsahan moral dan keikhlasan intelektual untuk memimpin rakyat di negara ini.

Sidang perwakilan yang dikasihi sekalian,

29. Lumrahnya, kita dapati bahawa, sesuatu matlamat yang baik sahaja tanpa diseimbangi pengalaman, dihiasi kesederhanaan serta dipimpin bersandarkan perspektif sejarah, jikapun betul, bukan sahaja tidak akan menghasilkan yang baik, sebaliknya boleh pula menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan kezaliman.

30. Berasas lagenda silam, UMNO perlu juga menggali dan mencontohi kekayaan tradisi pemikiran strategik era keagungan kerajaan Melayu Melaka. Keagungan empayar Melaka di tengah-tengah dua kuasa besar ketika itu, yakni China dan Siam mempertontonkan bahawa kuasa minda mampu mengatasi dan menundukkan semua. Justeru itulah, saya sering menekankan, pertarungan sebenar masa kini dan pertarungan sebenar masa depan adalah pertarungan minda.

31. Begitu terserlah di era itu, Bendahara Tun Perak yang arif lagi bijaksana dengan menggunakan kehebatan mindanya penuh berhemah dan berhelah, berjaya menjulang Melaka ke tempat yang tinggi. Sekalipun Melaka merupakan kuasa kecil berbanding China dan Siam, ia telah berjaya bukan sahaja mengekalkan kemerdekannya selama lebih daripada satu kurun tetapi juga mampu berkembang menjadi kuasa rantau yang ternama.

Tuan-tuan dan puan-puan sidang perwakilan sekalian,

32. Menjengah kembali perjuangan parti, untuk sentiasa memperoleh sokongan massa, UMNO harus dilihat, ditanggap serta diyakini sebagai parti yang ampuh membela untung nasib rakyat. UMNO tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit. Sebaliknya, kita mahu UMNO dilihat, dirasai serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri. Maka itu, persepsi UMNO sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan.

33. Amat mustahak lagi, UMNO menjadi parti yang berpegang kepada falsafah ‘wasatan’ yakni bersederhana, atau, dengan apa yang disifatkan oleh ilmu sains politik sebagai “centrist party”. Kita tidak boleh menjadi parti yang ultra kiri atau ultra kanan. Waima, fahaman UMNO semenjak penubuhannya bukanlah condong sama ada kepada fahaman liberal mahupun fahaman konservatif.

34. Hakikat yang jelas, UMNO adalah parti siasah yang semesta. Semua pihak mempunyai tempat dan peranan di bawah lembayung UMNO. Malah, semenjak penubuhannya lebih enam puluh tahun yang lalu, UMNO telah dianggotai mereka yang berfahaman kiri dan kanan, golongan nasionalis mahupun agamawan.

35. Termasuklah juga lapis golongan pemikir dan pedagang, pendidik dan pejuang serta pelbagai latar sosio ekonomi. Semuanya dialu-alukan dalam UMNO. Tuan-tuan dan puan-puan, inilah kekuatan UMNO, inilah lambang kebitaraan perjuangan UMNO yang sebenar, sebagai sebuah parti tercinta yang menjiwai keluh kesah, denyut nadi dan nurani semua golongan masyarakat.

36. Wadihnya, dalam usia lebih enam dekad, UMNO adalah parti yang sarat dengan pengalaman. UMNO bukan sebuah parti yang baru tetapi kaya dengan warisan. Pelbagai denai, onak dan duri telah ditempuhi. Bak kata orang, perjalanan ini menjadi rahmat dan sekali gus juga bebanan. Ia adalah rahmat kerana kita bukannya parti yang hanya pandai berkata-kata tanpa mempunyai rantaian rekod yang boleh menyokong janji-janji tersebut kepada rakyat. Bebanan pula timbul apabila kita berhadapan dengan pelbagai isu legasi yang mengancam survival bangsa dan negara.

37. Selama ini, UMNO dihormati dan disegani sebagai sebuah parti politik oleh kawan mahupun lawan disebabkan UMNO adalah sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti orang-orang Melayu dan Bumiputera. Seandai dan sekiranya, sokongan ini terhakis, maka UMNO tidak akan disegani kawan dan tidak lagi dihormati lawan.

38. Lantaran itulah, suka atau tidak, kekuatan UMNO sebagai sebuah organisasi politik amat bergantung kepada kemampuannya untuk memahami kehendak para ahli. Manakala, kerelevanan UMNO sebagai sebuah parti pemerintah pula bergantung kepada sejauh mana ia berjaya menangkap imaginasi bukan sahaja di kalangan orang Melayu tetapi juga yang lebih utama kepada seluruh rakyat Malaysia.

39. Ertinya di sini, UMNO akan terus mendapat tempat sebagai sebuah parti, selama mana kehendak dan kemahuan rakyat dapat dizahirkan dalam perjuangan parti, seterusnya dimanifestasikan pula dalam gerak kerja penggubalan dasar-dasar kerajaan demi kepentingan rakyat menyeluruh.

40. Di persimpangan ini, masalah tidak akan timbul apabila aspirasi UMNO dan aspirasi majoriti rakyat Malaysia adalah satu. Kekalutan hanya akan wujud jika tasawwur UMNO tidak lagi mewakili tasawwur rakyat terbanyak. Hal ini ditambah burukkan lagi oleh persepsi di kalangan orang Melayu bahawa UMNO tidak bersedia untuk mengambil langkah-langkah pembetulan secara pantas.

41. Jika perkara tersebut berlaku, maka rakyat akan menanggap bahawa UMNO bukan sahaja parti yang tidak berpijak di bumi nyata, malahan bersikap angkuh serta kelihatan tidak acuh dan tidak peduli. Jadi, janganlah hairan jika perkara ini terjadi nanti,

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

ramai rakyat Malaysia akan melihat UMNO bukan lagi sebagai sebahagian daripada penyelesaian, sebaliknya ia sudah berubah menjadi sebahagian daripada masalah.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

42. Oleh sebab itu, untuk terus lestari, UMNO tidak ada pilihan melainkan perlu membumi dan mendakap realiti. UMNO perlu terus membuka rongga dan ruang pembaikan. Kuak dan kembangkanlah seluas-luasnya wadah perjuangan kita kepada semua yang ingin membantu memperkukuhkan lagi parti.

43. Selaku Presiden UMNO, saya dengan ikhlas menyeru kepada semua orang Melayu, demi maslahah ummah, marilah bersama-sama membentuk satu saf yang berasaskan pertautan pemikiran dan tindakan untuk merungkai kekusutan, memulihkan silaturrahim serta memacu kepentingan bersama. Sepertimana pepatah lama, air dicincang tidak akan putus, buanglah yang keruh, kita ambillah yang jernih, agar bangsa yang mulia ini terus dimartabatkan.

44. Dalam masa yang sama, ahli-ahli UMNO, baik di peringkat kepimpinan tertinggi mahu pun ahli biasa, perlu kerap melakukan muhasabah. Kita perlu bersedia untuk menilik ke dalam diri, melihat kelemahan dan memperbetulkan kekhilafan. Seterusnya, mengambil langkah untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan tersebut. Apa yang penting, ahli-ahli UMNO perlu mewajahkan peri laku mulia dan nilai-nilai murni sebagai asas jati diri dan kekuatan parti.

45. Pada hemat saya, dalam perkara ini, antara sifat pemimpin yang paling didambakan dan digemari rakyat adalah sifat merendah diri dan tawadhuk. Ingatlah bahawa, dalam negara demokrasi seperti ini, rakyatlah yang memilih pemimpin. Pemimpin yang mereka mahukan adalah pemimpin yang sentiasa bersedia memberikan khidmat.

46. Saya ingin berpesan, janganlah segan untuk turun ke bawah dan merapatkan diri dengan akar umbi sekali pun kita menyandang jawatan tinggi. Bak kata pepatah, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Malah rakyat akan membenci pemimpin yang memisahkan diri dari mereka, sukar didekati, apatah lagi pemimpin yang sombong dan bongkak. Mereka yang menunjukkan keikhlasan dan merasai keseronokan menabur bakti kepada rakyat akan menjadi pemimpin yang disanjung.

47. Selain itu, para pimpinan UMNO dan ahli-ahli seharusnya terkenal dengan integriti apabila diberikan tugas dan amanah. Ini amat mustahak dalam meyakinkan rakyat untuk terus bersama UMNO. Jika persepsi negatif tentang integriti dan etika pemimpin UMNO menular, ia dengan sendirinya akan menjadi faktor utama menjauhkan sokongan rakyat terhadap kita.

48. Tambahan lagi, untuk mengukuhkan kepercayaan rakyat tentang kewibawaan dan integriti UMNO, ia bukan sahaja setakat dilaungkan, tetapi ia juga mesti dipampang dengan jelas dalam bentuk amalan, tindak tanduk dan aktiviti juga gerak kerja semua ahli dan pemimpin. Insya-Allah nantinya rakyat akan dapat menerima semula, secara sepenuh hati, parti kita ke pangkuan mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

49. Gila ada pelbagai jenis gila. Kata orang bila seseorang itu bercakap sendirian, belum lagi dianggap gila. Bila dia mula berceloteh sendiri, dan kemudian menjawab balik kepada dirinya sendiri, itu namanya separuh gila. Peringkat kedua, bila dia membebel dan mengomel sendiri, kemudian menjawab balik dan percaya pula pada yang dia jawab kembali itu, tandanya memang dah sah lah dia gila.

50. Satu lagi jenis gila, adalah berbuat sesuatu secara berulang kali dengan tatacara yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza. Dalam melaksanakan sesuatu dasar misalnya, kita tidak boleh terlalu dogmatik sehingga yang menjadi tumpuan adalah wahana atau pendekatan digunakan berbanding keberhasilan atau “outcome’’.

51. Ini kerana, alat dan pendekatan boleh berubah dek perjalanan masa. Wahana dan kaedah yang sesuai hari ini mungkin akan lapuk sepuluh tahun dari sekarang. Begitulah kereta kuda dan mesin telegraf yang suatu ketika dahulu adalah alat dan pendekatan yang terbaik pada zaman bahari, kini, sudah tidak atau sudah jarang digunakan.

52. Contohnya, apabila mula digubal, Dasar Ekonomi Baru menyasarkan peningkatan pemilikan ekuiti Melayu dan Bumiputera dari 2.4 peratus kepada 30 peratus, dalam tempoh masa dua puluh tahun. Namun begitu, sehingga Dasar Ekonomi Baru tamat pun, matlamat ini masih belum dapat diterjemahkan. Pemilikan ekuiti orang Melayu dan Bumiputera hanya mencapai 19.2 peratus sahaja. Oleh itu, matlamat ini diteruskan di bawah Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pembangunan Wawasan dan kini, Misi Nasional menggunakan pendekatan yang tidak jauh berbeza.

53. Namun, masa berlalu menyaksikan ekonomi Malaysia berubah haluan dan bergantung kepada pelaburan asing serta hasil eksport, manakala ekonomi negara kita kini lebih terbuka dan mudah terkesan dengan perkembangan ekonomi global. Mengikut laporan Pertubuhan Perdagangan Sedunia tahun 2008, Malaysia adalah negara pengeksport barangan yang ke-21 terbesar di dunia.

54. Hakikatnya, cabaran ekonomi masa depan yang menanti kita lebih rumit dan hebat. Landskap ekonomi dunia juga sudah berubah. Formula semalam belum tentu lagi masih mujarab. Jika dalam tempoh hampir empat dekad kita gagal mencapai matlamat dengan menggunakan kaedah yang sama, bukankah sudah sampai masanya kita memikirkan strategi baru yang lebih relevan dengan masa dan zaman untuk mencapai cita-cita yang diimpikan?

55. Berikutan hal ini, orang–orang Melayu perlu sedar bahawa salah satu sebab yang memungkinkan kejayaan Dasar Ekonomi Baru ialah kerana ia dilaksanakan di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi yang mapan. Perangkaan menunjukkan bahawa, pukul rata pertumbuhan ekonomi negara di antara tahun 1971-1990 adalah pada kadar 7.1 peratus.

56. Justeru, menyedari peri mustahaknya pertumbuhan ekonomi, apabila Malaysia menghadapi kemelesetan pertengahan 80-an akibat kejatuhan harga komoditi dunia, kepimpinan UMNO dan negara ketika itu mengambil tindakan di luar kotak kelaziman. Telah ditangguhkan ketika itu, elemen-elemen utama Dasar Ekonomi Baru bagi mengembalikan ekonomi negara ke landasan pertumbuhan. Ini dibuat melalui pewujudan persekitaran yang subur untuk pelaburan terus asing, terutamanya, dalam bidang pembuatan.

57. Strategi ini ternyata telah berjaya. Kutipan cukai kerajaan bertambah, peluang pekerjaan melata, dan ekonomi negara berjaya pulih dari kemelesetan. Hasilnya pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru telah dapat diteruskan. Bersandarkan faktor inilah, maka, kerajaan hari ini telah mula meliberalisasikan sektor­sektor tertentu di samping melihat semula dengan komprehensif cara penciptaan dan pegangan kekayaan Melayu dan Bumiputera agar ia lebih mapan serta lebih bermakna.

Tuan-tuan dan puan-puan sidang perwakilan sekalian,

58. Di sudut lain, bukan sahaja UMNO yang harus berubah dan melakukan proses transformasi ke arah kebaikan generasi pewaris negara, yang terlebih penting adalah orang-orang Melayu seluruhnya perlu berubah corak pemikirannya. Hari ini, kita melihat bagaimana produk tindakan afirmatif serta Dasar Ekonomi Baru begitu gah dan bangga mendabik dada bahawa mereka tidak perlu lagi topang dan sangga. Katanya, mereka boleh berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu bergantung kepada pertolongan kerajaan.

59. Tampaknya, golongan ini lupa kepada satu hakikat yang besar. Maksud saya, jika benar pun mereka telah cukup berupaya untuk membuang topang yang menyangga mereka selama ini, bagaimana pula halnya dengan orang-orang Melayu lain yang masih memerlukan bantuan. Adakah adil namanya jika topang ini dinafikan kepada kumpulan yang layak menerima, hanya kerana orang yang sudah mendapat bantuan tidak lagi bergantung padanya.

60. Di atas segalanya, tiada siapa yang dapat menafikan bahawa, nikmat tersurat hari ini adalah, orang Melayu telah mempunyai kelas menengah yang besar. Keadaan ini hampir tidak wujud tatkala Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 1971.Siapakah juga yang dapat menafikan bahawa, hari ini terdapat golongan profesional Melayu dalam skala yang besar sebagai mahsul daripada langkah-langkah Dasar Ekonomi Baru.

61. Oleh sebab itu, kita perlu faham bahawa, isunya di sini bukanlah soal bantuan, tetapi soal pengurusan dan pentadbiran bantuan tersebut. Faktanya, orang Melayu dilihat dari lensa keseluruhan, masih ketinggalan dan memerlukan bantuan. Itulah sebenarnya yang menjadi perhitungan utama.

Tuan-tuan dan puan-puan,

62. Kita semua tahu bahawa, UMNO telah didirikan atas falsafah perjuangan, keikhlasan dan pengorbanan serta roh patriotik yang tinggi. Inilah asas-asas tersirat yang selama ini memanggu kekuatan parti. Sayangnya, ramai daripada generasi kini mengambil enteng akan jerih payah pendahulu-pendahulu menubuhkan UMNO.

63. Ambillah pengajaran daripada kesungguhan dan kemuliaan generasi yang terdahulu. Contohnya, pengorbanan ikhlas kaum wanita dalam parti. Tercatat dalam sejarah, kaum ibu yang rela melurut cincin, gelang dan rantai demi membiayai rombongan pimpinan Tunku ke London bagi merundingkan kemerdekaan. Inilah sikap mulia dan murni wanita UMNO sejak berpuluh tahun. Sifat yang sungguh kita sanjung tinggi.

64. Saya juga masih ingat cerita pimpinan-pimpinan lalu yang sanggup berlebih kurang dalam serba kepayahan dan kesederhanaan berjuang untuk parti. Kata mereka, kalau dulu tidak macam sekarang, semuanya nakkan yang empuk dan semuanya nakkan yang mewah. Dulu, kalau ke persidangan UMNO, siapa yang tak kenal New Hotel dan King Hotel di Batu Road. Untung-untung pun dapatlah merasa Majestic Hotel. Sekarang ini, kalau tak dapat hotel lima bintang, ramai yang mengeluh sakit-sakit badan. Tak standard dan tak kelas katanya.

65. Apa yang cuba saya utarakan di sini adalah, ke manakah hilangnya budaya khidmat dan kesukarelawanan dalam UMNO? Kalau hendak diikutkan, begitu ramai golongan profesional seperti peguam, doktor, akauntan dan jurutera yang menjadi ahli. Malangnya, di saat-saat kita memerlukan kerja­kerja sukarela umpamanya, pada musim pilihanraya, begitu sedikit yang tampil membantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Barangkali, mereka ini tidak mendapat tempat di cawangan atau mungkin borang keahlian mereka hilang di tengah jalan.

66. Makanya, saya menyeru agar ahli-ahli UMNO menyegarkan kembali budaya khidmat dan kesukarelawanan dalam parti. Ikhlaskanlah diri untuk menumpah bakti dan jasa tanpa disuruh-suruh demi kepentingan parti dan rakyat Malaysia. Sesungguhnya tuan-tuan dan puan-puan yang dilimpah kurnia serta kelebihan oleh Allah SWT, dalam kehidupan masing­-masing sewajarnya kembali menyumbang kepada masyarakat. Barulah nanti akan datangnya keberkatan dalam berparti dan dirahmati oleh Allah SWT. Seperti kata lagu, berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah perjuangan sebenar, sejati dan mulia.

67. Berkaitan hal yang tersebut juga, untuk menjadi parti yang berjaya, kita tidak boleh terpisah daripada arus pemikiran dan aspirasi rakyat. Kini, rakyat mahukan parti dan kerajaan memahami kehendak mereka dan mereka mahu lebih dirundingi dan didampingi secara langsung. Realitinya, rakyat mahukan pandangan mereka diambil kira dalam menentukan hala tuju negara.

68. Untuk itu, kita mesti meneruskan proses islah dan menzahirkan perubahan-perubahan yang sesuai dengan masa. Kita mesti dikenali sebagai parti yang bukan sekadar mampu melakar perubahan tetapi berupaya pula menzahirkan perubahan itu.

Tuan-tuan dan puan-puan,

69. Menuju ke arah ini, pertamanya, UMNO telah bertindak berani meminda perlembagaan parti untuk menjadikannya lebih telus, inklusif dan demokratik. Nampaknya, langkah kita telah menyebabkan pihak­pihak tertentu melatah, hingga ada yang tanpa segan silu cuba meniru dan sekonyong-konyong meminda perlembagaan parti mereka, sekalipun tanpa perincian yang rapi. Inilah tembelang, aliran dan gaya sebenar mereka, suka membuat janji umum yang tidak pula ada susulan tertentu.

70. Berbanding pindaan yang kita lakukan ini, bukan sekadar bersifat kosmetik mahu pun tempel-tempelan, sebaliknya ia merupakan perubahan secara tuntas dan signifikan. Ia akan meluaskan bilangan ahli yang terlibat sama secara langsung untuk memilih kepimpinan parti. Ia membabitkan anjakan angka daripada sejumlah 2,500 perwakilan kepada lebih 146,000 orang. Inilah petanda, bahawa semangat demokrasi hidup segar dan hidup subur dalam UMNO. Nyatanya, tidak ada mana-mana parti politik di Malaysia yang berani bertindak sedemikian rupa. Dengan itu, saya ingin mengingatkan kepada semua pihak, setelah pindaan kita lakukan, berhijrahlah meninggalkan gejala negatif seperti politik wang, supaya kita menjadi parti yang bersih dan dihormati.

71. Keduanya, berkaitan dengan cara parti memilih calon. KPI atau Petunjuk Prestasi Utama termustahak bagi sesebuah parti politik ialah untuk memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan yang kuat serta stabil. Dalam memenuhi maksud ini, kita perlu mencari calon yang betul. Untuk itu, kita akan mengubah kriteria menentukan calon.

72. Maknanya, dalam memilih calon, individu itu perlulah seseorang yang diterima masyarakat tempatan di samping mempunyai kualiti untuk berkhidmat kepada tiga peringkat penting, yakni, peringkat rakyat, peringkat parti dan peringkat negara. Pada analisa akhir, inilah calon yang dikehendaki rakyat dan akan memenangi pilihanraya.

73. Ketiganya, budaya berparti dalam UMNO haruslah bersifat inklusif dan bukannya insular atau, terpulau. Lebih banyak program penataran yakni “outreach” harus dilaksanakan. Dalam konteks ini, seperkara yang harus diingat, ia tidak seharusnya terbatas kepada ahli UMNO semata-mata bahkan hendaklah melebarluas kepada semua orang Melayu dan bukan Melayu.

Tuan-tuan dan puan-puan,

74. Sebagai rentetan daripada ucapan saya tadi, jika ditoleh sejarah, semenjak mula para patriot memperjuangkan kemerdekaan tanah air hingga ke hari ini, usaha mencapai perpaduan nasional, telah, sedang dan tetap menjadi prioriti utama. Ini kerana, semua pihak sedar bahawa tanpa perpaduan yang mantap dan jitu, tidak mungkin segala matlamat dan wawasan nasional akan dapat diterjemahkan.

75. Kerana itulah pentadbiran kerajaan telah memperkenalkan gagasan 1Malaysia. Sesungguhnya, 1Malaysia bukanlah konsep atau formula baru. Sebaliknya, matlamat akhir 1Malaysia iaitu perpaduan nasional juga merupakan wawasan utama pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu, yang diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk jelmaan prakarsa sepanjang lebih lima dekad.

76. Konsep 1Malaysia ini ditiangi oleh beberapa teras utama, antaranya, penghijrahan daripada perpaduan yang berpaksikan toleransi kepada yang berlandaskan penerimaan, keadilan sosial dan nilai-nilai dikongsi bersama yang mengambil kira realiti sejarah berpandukan keluhuran perlembagaan serta prinsip rukun negara.

77. Wajarlah saya pertegaskan di sini bahawa konsep 1Malaysia tidak sekali kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat atau secara tersirat. Malah, kita kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti perkara 3, perkara 4, perkara 152, perkara 153, bahagian 2 dan bahagian 3 seperti ditintakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

78. Oleh yang demikian, janganlah mana-mana pihak berasa gundah gulana atau menaruh syak jua bimbang bahawa konsep ini akan terpesong dari apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh bapa­bapa kita suatu ketika yang lalu. Sesungguhnya matlamat akhir 1Malaysia adalah untuk meraikan kemajmukan dan kepelbagaian kita di Malaysia sebagai senjata dan kekuatan demi kemajuan bersama.

Tuan-tuan dan puan-puan,

79. Pokok pangkalnya, UMNO harus kekal menjunjung tradisi perjuangan. Oleh kerana itulah, UMNO akan terus menjuarai soal kebajikan dan periuk nasi semua rakyat. Saya mahukan gerak kerja parti selari dengan tuntutan zaman. UMNO tidak boleh lagi kelihatan sebagai parti yang hanya dilihat condong kepada satu-satu pihak sahaja. Sebagai tonggak parti pemerintah, kita tidak mampu ditanggap hanya sebagai bertumpu kepada inisiatif niaga besar-besaran atau projek mega semata-mata, tetapi sebaliknya kita mesti menjadi parti yang menjuarai rakyat.

80. Khidmat UMNO harus merata. Kita akan tetap menjadi parti yang pro kepada pertumbuhan ekonomi berdaya tahan, pengagihan kekayaan yang adil, jaringan keselamatan sosial menyeluruh dan kos hidup terkawal.

Tuan-tuan dan puan-puan,

81. Kesimpulannya, UMNO adalah sebuah parti massa yang lahir menjunjung aspirasi akar umbi bangsa untuk menebus maruah yang tergadai. Sejarah telah menunjukkan apabila UMNO dekat dengan rakyat, apabila UMNO menyelami denyut nadi mereka, maka rakyat akan memberikan sokongan kepada UMNO. Itulah sebabnya apabila UMNO mempelopori penubuhan FELDA, MARA, TABUNG HAJI, LPP, LKIM dan lain-lain agensi yang bermatlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, kita dijulang menjadi parti yang kuat.

82. Oleh kerana itulah, tanpa kunjung jemu, UMNO meneruskan tradisi membela rakyat. Bagi tahun 2009 sahaja, kerajaan yang diterajui UMNO telah memperuntukkan sebanyak RM22 billion untuk membiayai pelbagai subsidi, insentif dan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat. Perkara ini mampu dilakukan kerana kita telah mengurus kewangan dengan baik tanpa perlu menaik mahupun mengenakan cukai tambahan.

83. Dari itu, janganlah kita mudah terpesona dan terpukau dengan pihak pembangkang semata-mata kerana, air percuma dan sedikit kenaikan elaun. Setidak-tidaknya ingatlah sedikit, akan jasa-jasa kerajaan pimpinan UMNO yang telah berbudi selama puluhan tahun. Kata orang, janganlah kerana kemarau sehari, rezeki hujan yang setahun sudah dilupakan.

84. Faktanya, secara sedar atau tidak, sudah banyak yang pihak kerajaan lakukan demi kesejahteraan hidup rakyat. Misalnya, di bawah sektor pengangkutan dan tenaga, kerajaan telahpun menyediakan subsidi sebanyak RM9 bilion untuk petrol, LPG dan diesel; RM2 bilion untuk program rebet tunai, lebih RM600 juta untuk pampasan tol; RM150 juta untuk kadar elektrik dan RM45 juta lagi untuk pengangkutan udara luar bandar serta rel pantai timur.

85. Berkaitan hal yang tersebut juga, kita adalah kerajaan yang empati dan prihatin dengan keadaan sebenar hidup seharian rakyat, bukan sahaja di desa, sementelahan juga kehidupan rakyat di kota kerana ada antaranya yang masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pokoknya, rakyat berasa lega bahawa mereka tidak sendirian dalam keluh kesah tentang makan pakai, kos sewa rumah mereka, susu dan kain lampin anak, membawa kepada perbelanjaan pengangkutan seharian yang ditanggung.

86. Apa yang pasti kerajaan faham dan maklum isu ini. Misalannya, di bawah sektor pertanian dan makanan, sejumlah hampir RM600 juta diperuntukkan untuk subsidi padi, RM400 juta untuk beras, RM375 juta untuk gula; RM275 juta untuk baja, RM210 juta untuk tepung gandum; dan RM89 juta untuk roti.

87. Selanjutnya, menyedari kepentingan pendidikan dan ilmu pengetahuan sebagai kandil generasi masa depan, sejumlah RM2 bilion lagi telah diagih-agihkan dalam bentuk bantuan kepada pelajar sekolah terutamanya untuk projek pelajar miskin. RM411 juta pula untuk bantuan pelajar IPTA ; RM374 juta untuk guru atau penyelia KAFA, tidak ditinggalkan elaun guru takmir termasuk elaun imam serta elaun ketua­-ketua kampung. Sebahagian lagi yakni RM159 juta untuk kanak-kanak prasekolah dan RM36 juta pula diperuntukkan untuk masyarakat Orang Asli.

88. Tidak dilupakan sebanyak RM850 juta lagi untuk menyediakan jaringan keselamatan khusus kepada keluarga miskin, orang kurang upaya dan warga emas. Selain itu, dari bulan November 1997 hingga bulan Ogos 2009, kerajaan melalui PTPTN telah mengeluarkan lebih RM19 bilion kepada 1.4 juta peminjam terdiri daripada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS dengan ujarah yang sangat rendah. Bersyukurlah kita atas kesemuanya ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

89. Sejak pasca pilihanraya ke-12, musuh-musuh politik UMNO telah mula meramalkan kejatuhan parti keramat ini. Hatta banyak pihak yang tidak sabar untuk menalqinkan UMNO. Kata mereka, UMNO sudah nazak dan hanya menanti waktu. Sebenarnya
ini bukan kali pertama perkara ini berlaku. Jangkaan ini juga dibuat apabila Parti Kemerdekaan Tanah Melayu dan Parti Islam seMalaya tertubuh akibat perpecahan dalam UMNO.

90. Telahan juga dilontar selepas tragedi 13 Mei 1969 apabila kerajaan Perikatan kehilangan majoriti dua pertiga di mana banyak pemuka-pemuka UMNO tewas dan kecundang. Andaian sebegini juga dibuat selepas pemilihan UMNO 1987 dan kemudiannya apabila terbentuk Parti Melayu Semangat 46. Ia juga dicanang dengan kencang di pilihanraya umum 1999. Kendatipun begitu, Alhamdulillah setiap kali ramalan ini timbul UMNO bangkit kembali sebagai organisasi yang lebih kuat dan berpadu.

91. Merujuk keputusan pilihanraya umum ke-12, rakyat telah memberi mesej yang jelas kepada kita. Justeru, kita sedar dan insaf. Kita tahu rakyat masih sayangkan UMNO. Apa yang mereka inginkan hanyalah, agar UMNO berubah. Nyatanya, kita
mendengar hasrat rakyat ini. Kita akan berubah.

92. Apa yang pasti, kelangsungan parti begitu penting, bukan untuk pemimpin-pemimpin UMNO tetapi untuk bangsa, agama, negara dan rakyat seluruhnya. Hakikatnya, setiap generasi kepimpinan UMNO menghadapi cabaran yang tersendiri sesuai dengan masa dan zaman. Alhamdullilah, setiap cabaran berjaya diatasi dengan perpaduan dan semangat yang kental. Sememangnya pun, penubuhan UMNO merupakan hasil doa para ulamak, pendidik, petani, nelayan, peniaga dan para mustada’afin serta rakyat keseluruhannya yang mahukan kebebasan bermaruah.

93. Kata orang, jika kita bersatu hati, bersatu tekad dan membulatkan usaha, maka kita akan berupaya bersama-sama mendaki ke puncak yang paling tinggi menuruni cerun yang paling curam dan menyelami lautan yang paling dalam.

94. Bahkan, sejarah menjadi saksi, orang-orang UMNO tidak pernah gagal melakukan sesuatu tindakan hanya kerana ianya sukar. Sebaliknya, kita telah berjaya, menggapai apa yang mustahil dengan berbekalkan semangat.

95. Siapa sangka bangsa yang pernah dimomok­momokkan sebagai lemah dan tidak bersedia untuk bebas kendiri telah berjaya merebut kemerdekaan dari kuasa besar dunia, bukan dengan jalan hujung senjata tetapi menggunakan akal dan hujung lidah, berdiplomasi serta berunding dengan Inggeris. Siapa sangka bangsa ini kemudiannya berjaya mengisi erti kemerdekaan tersebut sehingga Malaysia muncul sebagai negara membangun yang termaju di dunia.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

96. Sesungguhnya, amanah besar ini tidak boleh dipikul oleh seorang. Ia perlu dijinjing oleh satu jemaah, satu barisan yang tersusun rapi. Oleh itu, saya menyeru
dan mengajak kepada Timbalan Presiden, kepada Naib-Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, kepada saf kepimpinan yang berada di atas, pejuang-pejuang UMNO di bawah, pejuang­pejuang UMNO di bahagian, pendokong-pendokong UMNO di cawangan, seluruh warga UMNO yang baru dan yang lama, di kota dan di desa, bangkitlah semua bersama-sama saya. Rapatkanlah barisan. Sahutlah panggilan. Marilah kita martabatkan warisan ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,

97. Yakinlah, perjuangan kita adalah perjuangan yang betul, yakinlah, perjuangan kita adalah perjuangan yang haq. Kitalah, UMNO, satu-satunya parti yang membawa obor harapan dan mampu meneroka masa depan penuh gilang-gemilang.

98. Walau apa pun dugaan, walau apa pun rintangan, bersama segunung harapan, perjalanan ini kita teruskan, bersama menggenggam keyakinan, segala impian pasti dilunaskan, setitik dijadikan laut, segumpal dijadikan gunung.

99. Tradisi tetap kita junjung, perubahan tetap kita zahirkan.


Kendati tergantung awan di langit,
Telah terlanjur kubentangkan layar,
Walau badai datang menggulung,
Walau berdentum guruh di langit,
Walau bumi berkeping dua, takkan mungkin ku
berbalik haluan.

Hidup UMNO! Hidup Melayu!
Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sunday, October 11, 2009

BN KEKALKAN KERUSI BAGAN PINANG- ALHAMDULILLAH

"BN mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Negeri Sembilan setelah calonnya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengalahkan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi dalam satu pilihan raya kecil hari ini.

Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi. - Bernama"

Izinkan kami bermadah pujangga untuk semua dan khasnya kepada Presiden Parti.

TIDAK TAHU NAK GAMBARKAN KEGEMBIRAAN DIHATI,

HANYA SYUKUR KEPADA ILAHI YANG DAPAT DIBERI,

WALAU PEMIMPIN TIDAK KETAHUI BAGAIMANA SYUKURNYA KAMI,

HANYA LINANGAN AIR MATA HADIAH DARI KAMI,

SEMOGA KITA SEMUA DAN PARTI DISAYANGI DAN DIBERKATI,

SALAM KEGEMBIRAAN DARI KAMI UMNO CAWANGAN BUKIT AMPANG,

BUAT SEMUA AHLI DAN KEPIMPINAN TERTINGGI,

KHUSUSNYA PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PARTI.

Friday, September 18, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Kami seluruh jentera UCBA ingin merakamkan dan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada ahli jawatankuasa UCBA, seluruh ahli UMNO dan kepada kepimpinan tertinggi UMNO serta seluruh umat Islam di Negara ini. Semoga pada bulan yang mulia ini dapat kita memupuk kekuatan semangat perpaduan dan silaturrahim diantara kita sejajar dengan konsep 1Malaysia.

Perginya Ramadhan sayunya dihati,
Syawal yang tiba pengubat rohani,
Memohon maaf kehujung kaki,
Berhati-hati di jalan raya peringatan diberi,
Akhir kata Selamat Hari Raya Aidilfitri.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

-UMNO Cawangan Bukit Ampang

Thursday, September 17, 2009

MIC PERLU PANTAU KEAHLIAN MEREKA

Kalungkan Selipar kepada Bekas Perdana Menteri Malaysia adalah satu kenyataan yang boleh dianggap sebagai isu National. Perkara ini seharusnya difahami oleh kepimpinan tertinggi MIC kerana mereka adalah jentera kepada dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan. Apa yang dapat kita lihat adalah MIC seolah gagal untuk mendidik ahli-ahli mereka supaya menghormati dan memahami Rukun Negara yang terakhir iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Walau tindakan telah diambil terhadap pelaku perkara ini harus diberi penekanan kepada keahlian mereka supaya perkara ini tidak berulang.

MIC dan MCA adalah komponen parti Barisan Nasional yang paling lama bersama UMNO dan sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan kemungkinan yang tidak dingini boleh berlaku. Apa pun keputusan perlu dibuat secara tegas kerana ramai melihat sikap yang terlalu biadap ini akan melambangkan keseluruhan sikap di dalam parti.

MIC juga perlu mempunyai ketahanan dan jati diri yang kuat untuk disuap kepada generasi mudanya supaya tidak terlalu mengikut dan terpengaruh dengan dakyah dan sikap pembangkang. Kenyataan seperti kalungan selipar seolah-olah berbunyi seperti deruan angin dan sikap yang selalu ditonjolkan pembangkang.

Apa pun kita serahkan kepada pihak kepimpinan tertinggi UMNO, MIC, dan BN.

-komponen kecewa-

Monday, August 31, 2009

APA PANDANGAN ANDA??

Saturday, August 29, 2009

PRESTASI ATAU KESETIAAN

Kadang-kadang di dalam membuat sesuatu keputusan adalah lebih bijak sekiranya kita dapat menilai seseorang samada ianya berpaksikan kepada prestasi atau kesetiaan kepada perjuangan. Yang mana lebih diutamakan dalam menilai seseorang yang akan berkecimpung dalam mentadbir Negara sewaktu menghadapi waktu-waktu yang sukar. Tergerak di hati untuk memberi sedikit teguran walau tidak menentang keputusan yang telah dibuat.

Tidakkah kita mempelajari kesilapan yang pernah kita lakukan satu ketika dahulu apabila melantik Zaid Ibrahim sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan tidak mengendahkan semangat kesetiaannya kepada Negara dan parti. Hasil dari perlantikan tersebut akhirnya beliau telah menjadi salah seorang yang kini menjadi penentang dasar-dasar kerajaan. Jangan kita mengulangi kesilapan yang pernah kita lakukan yang mengakibatkan kekecewaan dikalangan ahli parti.

Apakah kini telah menjadi trend dalam melantik seseorang dalam apa jua jawatan dengan tidak melihat atas dasar perjuangan mereka? Apakah yang akan dikatakan dan apakah persepsi pejuang-pejuang UMNO samada yang dahulu ataupun yang baru yang bertungkus lumus di dalam memastikan kemenangan di masa hadapan?

Idris Jala dari segi prestasi memanglah tidak dapat dinafikan tetapi pernahkah kita melihat perjuangan beliau di arena politik tanah air. Apakah kesetiaannya telah diuji sehingga kita sanggup untuk mengambil risiko diatas keputusan yang telah dibuat? Inisiatif teguran ini dibuat kerana memikirkan yang terbaik untuk kepimpinan bersama dengan akar umbi. Apapun keputusan telah dibuat dan kita harus menerima dengan hati yang terbuka.

-Pemikir-

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Kami UMNO Cawangan Bukit Ampang ingin mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga pada bulan ini kita semua akan mendapat keberkatan dalam mengejar apa yang kita inginkan. Insya-allah..

-Biro Agama-

Thursday, August 20, 2009

BANGSAKU....

sumber dari www.pisau.net hayatilah

Kali ini Pisau ingin membicarakan soal ekonomi Melayu.

Melayu sering di gambarkan sebagai kaum yang rasis apa bila menyebut & memperkata akan hak dan soal dalaman bangsa sendiri.

Sehingga melayu sendiri berasa rendah diri,berasa keterbelakang malah sanggup menunjukkan keterbukaan(liberal) hanya semata mata tidak mahu di lebel kan sebagai rasis.

Salah kah mengaku kita rasis? tetapi adakah kita benar benar bangsa yang rasis? Entri ini Pisau tidak mahu berbicara soal politik,biar kita tumpu kepada masalaah ekonomi.

Fikirlah dan tanya pada diri sendiri apa bila membaca serba sedikit yang ingin Pisau perkatakan.

Melayu rasis?
1.Melayu sering membeli barangan keperluan rumah di kedai kedai berbangsa cina. (kerana apa?) rasiskah melayu?

2. Barangan di dalam kedai runcit, dari beras hinggalah tepung di keluarkan oleh kilang milik siapa? Gula & Tepung di monopoli oleh syarikat milik berbangsa cina 100%,gula di miliki oleh Kwok,

3. Susu anak,berus gigi,sabun,pinggan mangkuk- apa saja anda namakan didalam isi rumah anda beli dari siapa? berapa peratus anda beli dari bumi dan berapa peratus anda beli dari bukan bumi?

4. Beras selain dari Bernas dan Faezah,semua nya datang dari kilang pemprosesan milik bangsa cina, walau pun harga di kawal, tapi beras yang anda suap itu sebahagian kecil sahaja untung di perolehi oleh petani melayu,selebih nya oleh pekilang berbangsa cina.

4. Perabot rumah,katil,tilam hingga ke kain selimut -adakah produk bumi? berapa banyak? berapa ramai yang beli produk bumi? atau langsung tak ada

5.TV,LCD ,Home Theater anda beli dari siapa? Seng Heng? atau ada beli dari kedai bumi? Ada kedai elektrik melayu ? berapa banyak? berapa banyak yang beli di kedai milik cina?

6.Berapa ramai yang mengunakan komputer?berapa ramai yang membeli dari melayu,dan berapa ramai yang membeli dari kedai cina? Pisau persoal kan kalau anda beli dari kedai milik melayu sekali pun ,adakah pemilik kedai itu dapatkan dari pemborong komputer milik melayu? Percayalah langsung tak ada pemborong melayu .

7. Sayur,ikan & ayam , harga nya siapa yang kawal? KPDN-HEP boleh kawal? Pisau tergelak bila fikirkan soal ini, sejauh mana nak di kawal? Harga barang mahal jugak.Salah kan kerajaan? Anda tersilap jika salah kan kerajaan,patut di salah kan pemborong pemborong cina yang sabotaj ekonomi negara agar rakyat marah kepada pemerintah.Anda tak faham lagi?atau perlu di fahamkan?Agenda siapa? Persatuan Pemborong Cina & macam macam persatuan lagi penyokong DAP tegar. selidik lah kalau mahukan jawapan.

8.Walau pun ada pekebun,petani ,nelayan & penternak melayu,tetapi berapa ramai kah melayu?Berapa ramai pemborong cina?Siapa yang kawal harga?Walaupun di beri subsidi harga tetap mahal,di mana yang tak kena?

9.Cuba fikirkan, kalau ada sambutan tahun baru cina, kita yang melayu ni punya lah susah nak cari ikan di pasar,semua pasar di tutup.Jawap nya ke hyper market lah.Pasar tutup sebab kan cina bercuti,melayu tergopoh gopoh simpan stok makanan.

10.Tiap hari anda memandu,kereta yang anda pandu tu tukar tayar di mana?mekanik?tukar sport rim?perbaiki aircond?eksesori kereta?cat kereta hinggalah ke tinted cermin gelap.Berapa ramai usahawan melayu dalam bidang ini? tak sampai 1% kan.

11.Kedai elektrik- berapa ramai usahawan melayu yang memiliki jenis perniagaan ini?

12.Komputer & semua jenis peralatan IT, berapa ramai pemborong melayu? Langsung tak ada,kalau ada pun dia mengaku dia pemborong tapi akhirnya ambil dari China jugak :-)

13.Pakaian yang anda pakai setiap hari,seluar,seluar dalam, baju dalam,kain baju kurung,baju melayu,kilang nya dari mana?siapa miliki kilang pakaian.Teruk bukan,hingga ke seluar dalam pun tak ada melayu buat.Adakah seluar dalam cap Hashim? atau anda terjumpa nama nama melayu?

14. Hingga ke kain tudung kepala perempuan pun orang cina jual cuba lihat di kedai Long Wan.siapa yang tinggal di bandar bandar kecil tahu la kedai Long Wan tu.

Adakah melayu patut di gelar rasis?hingga ke soal ekonomi pun kita masih bertolak ansur.

Jadi,siapakah sebenarnya yang rasis?

Pisau pernah mendengar rungutan seorang kawan yang mengusahakan kedai tayar, jiran sebelah kedai berbangsa cina, pada ketika itu tayar nya bocor,namun dia sanggup memandu kereta nya untuk pergi ke kedai milik bangsa sendiri untuk menukar tayar yang agak jauh . adakah dia rasis?
Walau pun bersebelahan tetapi dia memilih untuk menukar di kedai milik bangsa sendiri.

So anda nampak tak betapa mereka sendiri mempunyai jati diri yang mendahulu kan bangsa sendiri, hal ini Pisau tidak salah kan mereka,itu hak mereka.Tetapi boleh kah kita membuat perkara yang sama?

Seorang teman mengadu,dia usahawan yang membekal & membaiki aircond yang agak berjaya, namun dia tertekan kerana tidak dapat menyaingi dari segi harga kos unit aircond,setelah di selidiki,rupanya peruncit berbangsa cina akan dapat harga lebih murah dari bangsa lain.Siapakah yang rasis?Bagai mana usahawan melayu nak berjaya?

Mungkin kata kata ini pernah terungkap di mulut anda" Macam mana nak beli pada bangsa sendiri,dah lah mahal,lebih baik aku beli dari kedai cina boleh hutang pulak tu"

Sedarkah anda peniaga bumiputra cukup susah untuk mendapat kredit apabila mendapatkan barang dari pemborong cina,paling lama pun cuma 30 hari,kalau nak banding kan dengan peniaga berbangsa cina dia akan di beri kredit lebih 45 hari atau pun hingga 3 bulan malah di beri dengan harga yang murah.

Jom kita perhatikan situasi ini pulak. Semua orang suka makan di luar,di gerai gerai tomyam atau pun di kedai makan.
Pisau ambil satu contoh.

Kalau anda pergi ke kedai tomyam, anda memesan 3-4 jenis makanan termasuk minuman.yang terhidang di atas meja makan anda.

1.Pinggan,piring,sudu & garfu,gelas,straw,kertas tisu,teh ais,nasi,tomyam udang,kangkong ikan masin,telur dadar.

nak minum guna penyedut minuman(straw pun cina buat)

cuba anda fikirkan berapa peratus yang terhidang di depan anda itu keluaran bumiputra? dan berapa peratus bukan bumi ? Pisau berani katakan hampir 80% bukan milik bumiputra.

Nah hingga nak kenyang kan perut anda sendiri pun terjajah.Adakah Anda rasis?

1.Pisau persoalkan kemana kah perginya produk produk bumiputra?

2.Adakah di sabotaj secara sistematik?Walau pun di beri bimbingan oleh MARA dan agensi agensi kerajaan,namun usahawan bumi longlai di pasaran.

3.Mustahil tidak ada produk bumiputra di pasaran,Sedangkan semasa MIHAS berlangsung,berpuluh ribu produk bumiputra di pamerkan,malah cukup berkualiti setanding yang di import.

4.Tetapi kemanakah pergi nya produk produk ini? pernah kah anda jumpa di kedai kedai runcit?Tidak! kenapa tidak?

Sebab nya pemborong pemborong di kawal oleh mereka yang berbangsa cina. Tidak kira lah kedai runcit tu berbangsa melayu ,namun dia tetap menerima bekalan dari pemborong cina yang memborong produk bukan bumi.

Minggu lepas Pisau pergi ke Tesco Kota Damansara, jalan jalan merayau di dalam Tesco, melihat semua jenis barangan keperluan rumah, Apa yang Pisau kesal kan sebesar besar HyperMarket tidak sampai 1% produk bumiputra,Pisau terjumpa tidak sampai sebaris produk bumiputra di letakkan di atas rak ,di pamerkan namun nampak tidak terdedah kepada pelanggan & tersorok.

Di Carefour-produk yang hendak di jual di sana ,anda harus membayar untuk mendapatkan tempat di atas rak,product listing fee's.Nak letak atas rak pun kena bayar,seolah olah kena bayar parking,sudah la bayaran untuk pengeluar lebih 3 bulan nak jual produk sendiri pun masih di kena kan charge.

Pernah anda bertanya atau periksa ,sebulan perbelanjaan isi rumah,berapa peratus wang anda di belanjakan untuk membantu kaum sendiri?

Support bangsa sendiri?

Berapa peratus bangsa cina belanja untuk membeli produk bumiputra? 20%? agak tinggi tu.mungkin 10%? oh tidak,masih tinggi apa kata 0.01% mustahil?atau betul?

Jihad Ekonomi barang kali kurang menarik sebab tidak ada unsur unsur kata mengata,caci makian,tetapi jihad menentang sesama bangsa seagama sendiri lebih baik??

Kita di jajah tanpa kita sedar,Ekonomi kita dijajah,Sekarang ini PR di bantu melayu melayu haprak mahukan sama rata.Mereka mahu beri apa saja yang milik kita,makin hampir kita tidak ada apa apa lagi.

Apa lagi yang kita ada?

Melayu di tekan luar ,dalam dan di desak

Anda melayu rasis?

Pisau kata "Aku menjadi rasis bila bangsa ku di tekan"

Monday, August 17, 2009

NIK AZIZ Istighfar bebanyak..

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.

Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar. - BERNAMA

Berkempen-berkempenlah Nik aziz ooii...sapa masuk syurga dan sapa masuk neraka itu bukannya saudara nik aziz yang tentukan bukan Parti yang tentukan ianya terpulang kepada amalan individu dan kehendak tuhan...beristighfar bebanyak...Jangan cuba mempermainkan ajaran ISLAM demi kepentingan parti..ingat tuhan sikit...

Ya-allah ampunilah saudara-saudaraku ini dan janganlah kerana tingkah laku mereka engkau murka kepada kami dan berilah petunjuk kepada mereka...sesungguhnya engkaulah yang maha pengampun lagi maha penyayang

-Biro agama UCBA-

Tuesday, August 11, 2009

INILAH KEJAYAAN DAKWAH PAS


Nazrin the son of the senile ruler of Perak, take note that democracy is a principle whereby the control of authority comes from the public, and ruler and non-ruler are the same. Even though there is no specific, universally accepted definition of democracy, there are two principles that any definition of democracy includes. The first principle is that all citizens, not invested with the power to govern, have equal access to power and the second that all citizens enjoy legitimized freedoms and liberties.

When these basic freedoms and liberties are robbed of the people, then the only civilized course of action by any responsible citizen who cares about his nation, is to ensure that his voice is heard loud and clear! Get this straight into your ever conniving brain! When injustice becomes law, rebellion becomes duty! If rebellions become the order of the day, the nation is simply ruled by the criminals and the corrupt. Ask yourself whether you and your family members including your ‘guardian angel’, the Agong Najib, have plundered the nation’s wealth and robbed the poor of a bare minimum standard of living! It is a pity that only in Malaysia, even the right to a peaceful demonstration is robbed of the people! What’s worst, the peaceful demonstrations are converted into lawless mobs by ‘peacekeepers’ who are supposed to protect the peace of this nation. Nazrin the illegal seller of Perak: Saintly words should never be uttered by a person who has lost all sanity! If you still insist in building an impossible bridge between two mountains, just for that clap of your ‘creativity’, then let us warn you that our actions too will have far reaching consequences; we will destroy those mountains to mere ashes, and stuff your filthy mouth with the last peck of that dust and prepare you for your last journey to the gates of the condemned hell!

Source:
The Might Of Pen.

Blog berkenaan sudahpun di"delete" dua hari lepas. Namun bukti penghinaan terhadap Raja Nazrin, Pemangku Raja Perak berjaya disimpan dengan kecanggihan teknologi sekarang.

Inilah bukti kejayaan Dakwah PAS yang dilaung-laungkan...

Sunday, August 9, 2009

Terima Kasih Dato Seri Najib Tun Razak



Kami mewakili keseluruhan ahli UMNO Cawangan Bukit Ampang ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato Seri kerana dapat meluangkan masa dan sudi hadir ke Ampang untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Ampang. Insya-allah pesanan dan strategi Dato Seri akan kami sampaikan hingga ke akar umbi untuk kita menawan semula Selangor pada pilihanraya akan datang. Semoga kita bersama akan laksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Salam perjuangan dari kami UMNO Cawangan Bukit Ampang

Thursday, August 6, 2009

Jangan lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikata...



Perjuangan songsang Pakatan Rakyat

BUTTERWORTH 4 Ogos - Seorang pemandu lori hari ini berkata, anaknya berusia 15 tahun telah diperguna untuk menyertai demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara pada Sabtu lepas.

Abdul Aziz Ibrahim, 45, berkata, anaknya Muhamad Azreen dibawa oleh penganjur dari sebuah parti pembangkang tanpa kebenarannya.

Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz, anaknya dan 25 lagi peserta yang mengikuti rombongan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bukit Beruntung tidak jauh dari Kuala Lumpur pada 6 pagi Sabtu lepas.

"Anak saya cedera di bahagian mata kanan dan mulut. Pihak penganjur bersikap lepas tangan selepas kejadian itu," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini.

Beliau berkata, anaknya dan beberapa peserta lagi yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh dan Muhamad Azreen dihantar pulang ke rumah di Permatang Rawa pada pagi Ahad lepas.

"Semalam wakil penganjur bawa anak saya ke hospital di sini tetapi hari ini kami terpaksa membawa Azreen sendiri ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Abdul Aziz berkata, beliau tidak pernah memberi kebenaran untuk anaknya menyertai sebuah unit dalam parti pembangkang itu mahupun untuk menyertai demonstrasi itu.

"Anak saya tidak pernah ke Kuala Lumpur, sebab itu dia beriya-iya sangat untuk pergi apabila diberi peluang," katanya.

Muhamad Azreen pula berkata, 20 daripada peserta rombongan yang terdiri pelbagai lapisan umur itu adalah penduduk kampung dan enam lagi merupakan orang luar.

"Saya dibayar RM35 untuk mengikuti rombongan itu dan saya diberitahu oleh penganjur bahawa kami pergi untuk menjaga keselamatan dan kami diberi sehelai baju berwarna merah untuk dipakai," kata pelajar Sekolah Menengah Permatang Rawa itu.

Muhamad Azreen yang menyertai unit itu sejak tiga tahun lepas berkata, dua peserta rombongan itu mengalami kecederaan teruk dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah yang melawat Muhamad Azreen di rumahnya, menasihati ibu bapa membuat laporan polis jika mendapati anak mereka dipergunakan untuk tujuan demonstrasi itu.

Sabtu lepas, sekitar 10,000 orang menyertai perarakan dan perhimpunan haram di ibu negara membantah ISA. - Bernama


Lepas tuh dok cakap orang lain rasuah la apa la......perosak pemikiran anak bangsa.....Melayu Mudah Lupa...

-pemikir-

Tuesday, July 28, 2009

DAKWAH PEMIMPIN TERTINGGI PAS

1. KENYATAAN Presiden PAS sebagaimana sudah diketahui umum bahawa, "...Haji Hadi telah membuat kenyataan "...semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusanya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat pakai yang molek, undi PAS,".

2. Inilah gambaran-gambaran kurang tepat, menghina dan memalukan yang diberikan kepada orang Sarawak. Apakah orang Sarawak tiada perasaan? Hina sangatkah orang Sarawak ? Kuno sangatkah orang Sarawak? Orang Sarawak semua bodoh belaka kah ?

Adakah ajaran agama Islam untuk menghina dan merendahkan sesuatu kaum? Bagaimana kalau penghinaan itu diberikan kepada mereka, apakah pula perasaan dan amarah mereka?

3. Kasihan orang Sarawak kerana tidak pandai mengundi, bayangkan orang Sarawak pakai cawat? Perempuan Sarawak pakai cawat, lelaki Sarawak pakai cawat? Maksudnya orang Sarawak tak ada baju, tak ada seluar, tak ada baju-baju dalam tu, hanya pakai cawat sahaja, inilah agaknya maksud Presiden PAS orang Sarawak tak reti undi, sebab pakai cawat lagi.

4. Pakai Cawat lagi maksudnya orang Sarawak diberi gambaran kuno, ketinggalan zaman, maksud lainnya fikiran orang Sarawak bodoh, ketinggalan zaman, kuno, sebab itu tidak mengundi PAS.

5. Di Sarawak, jika tidak mengundi PAS dikategorikan orang tak reti mengundi. Tak reti maksudnya tak pandai, Tak Pandai maksudnya bodoh. Orang Sarawak kata Presiden PAS maksudnya kalau nak jadi pandai, nak jadi reti undilah PAS.

6. Gambaran orang pakai cawat itu macam Tarzan atau lebih bawah dari itu, yang duduk dalam hutan, yang pakai cawat makan daging mentah, pakai cawat ramai-ramai dalam hutan, semuanya bodoh belaka ( tak reti belaka ) maksud kata-kata Presiden PAS itu.

7. Penulis dengar orang-orang Sarawak tidak kiralah Bidayuh, Melayu, Melanau, Iban, Dayak ,Kedayan, sungguh-sungguh amat marah dengan penghinaan tersebut. Sahabat-sahabat penulis di Sarawak sungguh rasa terhina dengan penghinaan tersebut.

8. Bagi penulis, Islam menganjurkan dakwah secara berhikmah dan bijaksana.

artikel http://www.jentayuabaka.com/2009/07/cawat.html

Thursday, July 23, 2009

SELAMAT HARI LAHIR DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK PM MALAYSIA KE 6

Kami mewakili seluruh jentera UMNO Cawangan Bukit Ampang ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Perdana Menteri yang dikasihi Dato' Seri Najib Tun Razak. Semoga Allah memberikan Dato' Seri kekuatan serta ketabahan dalam mengharungi pelbagai cabaran dalam menguruskan pentadbiran negara. Kami juga mendoakan agar Dato' Seri sihat bersama keluarga tersayang dan dipanjangkan umur. Semoga apa yang kita hajatkan bersama untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang cemerlang akan tercapai dengan izin allah.

ikhlas dari :
-UMNO Cawangan Bukit Ampang
-Wanita UMNO Cawangan Bukit Ampang
-Pemuda UMNO Cawangan Bukit Ampang

Tuesday, June 30, 2009

Hakikat perasaan seorang rakyat kelantan

Artikel ini diambil dari sebuah blog beralamat http://manzaidiamn.blogspot.com/, baca dan hayati penulisan hamba Allah ini supaya dijadikan pengajaran di masa hadapan.

Hati luka seorang anak muda

Salam daripada saya. Saya ada menerima luah hati daripada seorang tetamu yang menamakan dirinya sebagai ANONYMOUS. Setelah membacanya, saya tergerak untuk memaparkan artikel ini kepada pembaca setia blog saya. Saya rasa, ia wajar diambil iktibar mengenai apa yang dilalui saudara kita ini. Selamat membaca.

Oleh: Anonymous

Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.

Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.

Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.

Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.

Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.
Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.

Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.

Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.

Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;

1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.

Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.

Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.

Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.

Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.

Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.

Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat.

Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.

Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.

Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.

Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas.

"Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.

Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.

Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.

Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!

Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.

Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.

Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.

Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.

Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.

Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.

Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.

Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.

Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama.

Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah Pas Kelantan.

Saya benci apabila Pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP?
DAP adalah anak kepada parti PPP Singapura.

Buktinya?

SEJARAH... Belajarlah sejarah.

Lagi buktinya?

Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.

YA ALLAH sesungguhnya aku kelu.

Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku. Satukanlah mereka Ya Allah.

Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu.

Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan?

Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam.

Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam.

Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.

ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...

Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR... Bertindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat.

Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah...

Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir... Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.

Hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT.

Wednesday, June 17, 2009

Sebijak-bijak peguam Karpal Singh

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu sentiment perkauman yang cuba dibangkitkan oleh Karpal Singh supaya perpecahan berlaku di kalangan rakyat. Isu yang dibangkitkan di Parlimen baru-baru ini adalah :

In his question, Karpal alleged that Najib, during a rally in the run-up to the 1987 Operasi Lallang, had waved a keris in challenge to the Chinese community.

“If it was true, are you prepared to ask for forgiveness from the Chinese community?” Karpal demanded.

The allegation did nothing to dampen Najib’s mood.

“The incident did not take place. I have never said that. The one who should apologise is the YB concerned, not me,” he said.

Secara kasar kita dapat melihat tuduhan Karpal Singh dan sekutunya Pakatan Rakyat adalah semata-mata untuk mewujudkan suasana yang boleh menyumbang kearah perpecahan di dalam negara. Perkara yang dibangkitkan oleh Karpal bukanlah berdasarkan fakta yang tepat dan hanyalah berpandukan dari sumber internet (Wikipedia). Wikipedia ini boleh dimuatkan oleh sesiapa sahaja tidak kira berlandaskan fakta dan bukti yang benar atau tidak dan ianya akan dijadikan sebagai bahan rujukan untuk para pelayar internet. Ini dibuktikan dengan kenyataan dibawah :

If I were to write in to Wikipedia to say, in a spare time Nazri Aziz is a cross-dresser, or WeeChoo Keong a closet Muslim, these facts will be added in on the particular subjects into Wikipedia and they will become a fact. This is what Wikipedia recorded about Najib Tun Razak, and Wikipedia relies on people like us to slot or add in information on a subject. :

"In 1987, as UMNO Youth Chief, Najib defended special Malay privileges in a speech where he vowed to bathe the keris (Malay dagger) with Chinese blood. Shortly afterwards, the government launched a crackdown on extremist elements, termed Operation Lallang although Najib was not detained. At the same rally, banners were hoisted carrying phrases such as "revoke the citizenship of those who opposed the Malay rulers", "May 13 has begun" (referring to the May 13 racial riots in 1969), and "soak it (the keris) with Malaysian Chinese blood"."

Lee Kim The only problem is I, and three other journalist, do not remember hearing Najib saying that at that time at TPCA rally in 1987, when Najib was leading the Umno Youth. I do remember him saying to "ganyang", or to crush Lee Kim Sai, for belittling the rulers and the Malays.

I did remember seeing banner saying to "soaking the Malay kris with Chinese blood" or something like that. But not Najib saying it. Unless someone can come out and prove Najib had actually said that , than I can also write in the Wikipedia that "Lee Kim Sai had wanted the Chinese to take over the country by bloodshed if necessary" and that, if printed will become a warped fact for a long time to come.

If Najib, as Youth chief then was angry enough to "crush" Lee Kim Sai, an MCA leader, than the question we need to ask is why would a young Malay leader who was so angry enough to say that. There must be something to it. It takes two to tango, or there is always the other side of the coin.

However, again we do not remember him saying to "soaking Malay kris with Chinese blood" somebody can ask past MCA leaders about this I am sure they will agree with me.

cheers!
Sumber : http://barkingmagpie.blogspot.com/2008/05/i-do-not-remember-najib-saying-that.html


Jadi persoalannya, Apakah motif dan tujuan mereka membuat tuduhan ini?. Kita hanya dapat melihat perkara ini hanyalah semata-mata untuk menanamkan rasa kebencian dan bertujuan untuk mewujudkan jurang di antara etnik di Malaysia yang selama ini terjalin dengan begitu baik dan mesra.

Pendekatan yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat ini secara tidak langsung dapat mencemar nama baik Malaysia sebagai salah sebuah Negara yang aman berbilang kaum. Ini juga tidak mendatangkan manfaat kepada Negara mahupun kepada kita semua.

Fikirkanlah….

-Gerak gempur-

Sunday, June 14, 2009

PAS DAN USULNYA

Cadangan atau usul kerajaan perpaduan yang dikemukakan PAS di Muktamarnya yang lepas telah menimbulkan beberapa pandangan dari pelbagai peringkat samada dari golongan pemimpin mahupun rakyat. Soalnya siapakah yang benar-benar lantang untuk menolak cadangan ini sekeras-kerasnya?. Kita dapat melihat segelintir dari pimpinan PAS juga menolak cadangan ini dengan asas mengatakan bahawa PAS akan menjadi boneka UMNO jika kerajaan perpaduan yang diusulkan PAS ini dilaksanakan. Mereka lebih rela menjadi boneka DAP dan PKR.

Di sini kita dapat melihat hakikat perjuangan sebenar segelintir pemimpin PAS yang menolak sebarang usul yang menuju kearah kebaikan. Ia juga memperlihatkan bahawa perjuangan mereka bukanlah berlandaskan perjuangan yang dituntut oleh Islam . Islam menggalakkan sebarang usaha menuju kearah kebaikan. Itulah sikap yang ditonjolkan oleh kepimpinan UMNO pusat yang membuka pintu kepada sebarang usul yang menuju kearah kebaikan selagi ianya hendak dilaksanakan dengan keikhlasan.

Seorang pemimpin Islam seharusnya mengutamakan soal perpaduan ummah lebih dari segala-galanya. Ini telah dibuktikan oleh Allahyarham Dato’ Onn yang berusaha untuk mengumpul kekuatan melalui perpaduan sewaktu hendak menubuhkan UMNO dan sewaktu hendak mencapai kemerdekaan. Usul kerajaan perpaduan PAS ini tidak boleh dilaksanakan dengan sikap dan integriti yang ditonjolkan oleh Nik Aziz Nik Mat. Ia juga mendapat tentangan hebat dari DAP dan PKR. Mengapa mereka menentang usul yang menjurus kearah penyatuan ini?. Apakah matlamat mereka sebenarnya?.

Dunia Islam di seluruh dunia kini berdepan dengan perpecahan. Kini telah terbukti yang Malaysia juga tidak terkecuali. Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam yang unik.Perpaduan Malaysia selama 50 tahun tidak dapat digoyahkan dengan sewenang-wenangnya. Oleh yang demikian sudah pasti akan wujud usaha untuk memecahbelahkan perpaduan ummah supaya tiada Negara Islam termasuk Malaysia yang dapat maju di era globalisasi kini.

Oleh itu tidak hairanlah ada usaha untuk menentang sekeras-kerasnya usaha kerajaan perpaduan yang diusulkan ini. Perkara ini hanya baru diusulkan tetapi sudah mendapat tentangan yang begitu hebat samada dari sekutunya mahupun dari dalam PAS sendiri.

Namun demikian ianya juga perlu diingat bahawa cadangan ini datangnya dari pihak PAS iaitu sebahagian dari Pakatan Rakyat. Apakah ianya bermotifkan politik atau benar-benar untuk perpaduan ummah?.Yang hairannya, jika benar ianya bertujuan untuk menyelesaikan masalah Negara seperti yang diwar-warkan oleh Presiden PAS,Mengapa PAS memilih untuk tidur sebantal dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat yang terang-terang menolak usul mereka. Ini menampakkan seolah-olah PAS menghalalkan partinya menjadi boneka DAP dan PKR dan ini bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.

Fikirkanlah….

-pemikir muda-