Kegagalan ekonomi dunia pada waktu ini dapat dilihat adalah kerana kejatuhan mata wang Amerika Syarikat iaitu US dollar.Kenaikan harga minyak juga adalah punca atau faktor kegagalan ekonomi global.Ini kerana dengan kenaikan harga minyak di pasaran dunia ia akan mengakibatkan kadar inflasi yang tinggi kepada banyak negara dan Malaysia juga tidak terkecuali dari serangan inflasi ini walau pun demikian Malaysia masih lagi berada di tahap yang selamat dari segi peratusan inflasi negara.
Jika difikirkan semuanya berpunca dari mata wang Amerika yang jatuh merundum.Pada Kegawatan ekonomi tahun 1998-1999 Malaysia berjaya mengharungi kegawatan ekonomi dunia dengan menyandarkan Ringgit Malaysia dengan US dollar.Ia berbeza pada waktu ini kerana pada waktu ini kita tidak boleh menyandarkan lagi Ringgit Malaysia dengan US dollar ini kerana krisis pada waktu ini berpunca dengan mata wang US dollar.
Pada waktu ini kadar mata wang yang tertinggi dan dapat menjamin kestabilannya ialah mata wang euro ataupun pound sterling.Oleh itu mungkin jalan yang terbaik untuk menanggani krisis ini adalah dengan menyandarkan mata wang RM atau Ringgit Malaysia dengan mata wang yang lain iaitu euro ataupun pound.Di samping itu Malaysia juga harus memperbanyakkan pusingan ekonominya dengan menjana keuntungan dari projek mega yang mesti dilaksanakan.Walaupun kita mengetahui ini akan meningkatkan hutang negara tetapi keuntungan yang diperolehi dari projek mega tersebut mampu untuk memacu ekonomi pada waktu ini dan membayar balik hutang negara.
Kami merasa cadangan ini jika dikaji oleh pakar-pakar ekonomi negara mungkin ianya dapat diperbaiki dan diolah dengan lebih baik lagi untuk kemajuan negara yang kita sayangi.Jangan kita menjadi seperti parti pembangkang yang selalu membuat sesuatu perkara yang dapat merugikan negara dari segi ekonomi dan kestabilan politik.Kita juga mesti menghalang parti-parti pembangkang ini dari menggugat kestabilan politik negara kerana ia juga menjadi salah satu faktor ekonomi negara menjadi lembab dan tidak berkebolehan.
-pemuda UCBA-
The King and U
-
*The King and U-Mobile and the tale of two brave Hassans*
Kuala Lumpur, Nov 22: The vocal YB Hassan Karim was called up by his own
party’s disciplinary c...
4 days ago
No comments:
Post a Comment