Saturday, April 4, 2009

Ucapan Tahniah buat PM ke-6


Kami UMNO Cawangan Bukit Ampang ingin menukilkan sekalung tahniah untuk Dato' Seri Najib Tun Razak kerana secara rasminya hari ini telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Semoga tanggungjawab yang berat ini dapat dipikul dengan sabar dan bijaksana.

Terima kasih juga kami ucapkan kerana sanggup untuk menerima amanah yang terlalu berat ini semata-mata kerana sayangkan bangsa dan negara.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan sokongan yang teramat tinggi kepada Dato seri dan mulai saat ini secara rasminya tenaga serta keringat kami akan diabdikan untuk membantu Dato seri selagi ianya berada dilandasan yang benar demi Agama Bangsa dan Negara. Hidup UMNO!! Hidup Tok Jib!!

-UCBA-

No comments: