Petikan keratan akhbar di atas ialah jawapan yang diberikan oleh Ir.Ramli Abd.Majed iaitu Pengarah Eksekutif KSSB semasa disoal oleh Selcat semalam.
Sewaktu Khalid Ibrahim dan konco-konconya mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, mereka berjanji akan meningkatkan kutipan hasil pasir dari RM 22 juta di zaman BN kepada RM 150 juta ++ di zaman mereka.
Katanya, kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah syarikat untuk menguruskan hasil pasir negeri dan keuntungan besar yang dinikmati akan dipulangkan kembali kepada rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Katanya lagi, Kerajaan BN sebelum itu banyak menyeleweng dan bergelumang dengan rasuah dalam menguruskan hasil pasir. Mereka akan membuktikan bahawa mereka lebih cekap,jujur dan telus dalam menguruskan hasil negeri.
Maka rakyat pun bergembiralah dengan pengumuman tersebut. Cerita tersebut dijaja segenap desa, kampung dan kota. Kononnya kerajaan pimpinan Khalid lebih baik dari pimpinan Khir Toyo.
Selesai sudah bab janji berjanji. Masuk bab kerja pula, kerajaan negeri menubuhkan KSSB untuk menguruskan pasir negeri.Maka berjalanlah operasi syarikat tersebut. Daripada kerja melombong hinggalah ke kerja menjual pasir semuanya dimonopoli oleh mereka.
TIPU : MENDOKONG AGENDA MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR.
BETUL : MENDOKONG AGENDA MENGKRONIKAN EKONOMI SELANGOR
Hasilnya pada tahun 2009 mereka mendapat keuntungan sebanyak RM 10 juta. Setelah ditolak cukai, untung bersih mereka RM 8 juta. Beratus juta yang dijanjikan oleh Khalid sebelum itu entah hilang kemana. Mungkin di sapu oleh jin afarid.
Daripada keuntungan RM 8 juta tersebut, RM 1.3 juta telah diberikan kepada kerajaan negeri untuk projek MES seperti yang dijanjikan oleh Khalid.
Tinggal lagi RM 6.7 juta untuk KSSB. Daripada baki yang tinggal tersebut RM82'000.00 telah digunakan untuk membayar bonus pengarah eksekutifnya.
Berita asal klik sini
Mari kita kira dan lihat berapa purata untuk setiap orang daripada mereka dapat pada tahun 2009.
Pengarah Eksekutif 1 orang + kakitangan 45 orang + ahli lembaga pengarah 5 orang (anggaran) + pengurus kanan 3 orang = 54 orang.
Jumlah bonus yang dikeluarkan, RM 82'000.00 + RM 503'169.59 = RM 585'169.59
RM 585'169.59 dibahagikan dengan 54 orang = RM 10'836.47.
Maknanya secara purata setiap seorang daripada mereka ini yang berjumlah 54 orang telah menerima bonus sebanyak RM 10'836.47 untuk tahun 2009. Itu bonus sahaja, belum termasuk gaji dan elaun-elaun lain.
Mari kita kira pula berapa purata setiap orang rakyat Selangor dapat pada tahun 2009 hasil daripada projek Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilaung-alungkan oleh Khalid dan pendekar-pendekar tempangnya.
Jumlah rakyat Selangor pada tahun 2009 adalah seramai 5'055'400 orang. Statistik ini saya ambil dari laman wikepedia.org
Jumlah wang yang diberikan oleh KSSB kepada Kerajaan Selangor untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor ialah RM 1'300'000.00.
RM 1'300'000.00 dibahagikan dengan 5'055'400 orang = RM 0.25
Maknanya setiap rakyat Selangor hanya menerima 25 sen seorang sepanjang tahun 2009 hasil dari projek Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilaung-laungkan oleh Khalid Ibrahim dan cicak-cicak mengkarungnya.
Sebab itu ini bukan projek Merakyatkan Ekonomi Selangor tetapi projek Mengkronikan Ekonomi Selangor.
Kroni di KSSB mendapat perpuluh ribu seorang. Rakyat dibawah dapat 25 sen
Berapa? 25 sen
Berapa ? 25 sen
Berapa ? 25 sen
Berapa ? 25 sen
RM 1'300'000.00 dibahagikan dengan 5'055'400 orang = RM 0.25
Maknanya setiap rakyat Selangor hanya menerima 25 sen seorang sepanjang tahun 2009 hasil dari projek Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilaung-laungkan oleh Khalid Ibrahim dan cicak-cicak mengkarungnya.
Sebab itu ini bukan projek Merakyatkan Ekonomi Selangor tetapi projek Mengkronikan Ekonomi Selangor.
Kroni di KSSB mendapat perpuluh ribu seorang. Rakyat dibawah dapat 25 sen
Berapa? 25 sen
Berapa ? 25 sen
Berapa ? 25 sen
Berapa ? 25 sen
- RAKYAT KECEWA
No comments:
Post a Comment