Tanggal 2008 ini kita sering mendengar dan membaca pelbagai parti politik yang suka memainkan isu perkauman.Mereka kononnya meminta-minta kepada kerajaan untuk memberi kesaksamaan dan ingin menjadikan konsep samara rata diantara kaum.Apakah mereka lupa bangsa melayu tidak pernah berkira dengan mereka ini,Jika benar mereka inginkan konsep kesamarataan dan kesaksamaan mari kita berfikir sejenak apakah bangsa melayu sudah meminta lebih dari apa yang menjadi hak mereka.?
Kini ramai yang mempersoalkan DEB kerana tidak berjaya dilaksanakan tetapi pernahkah kita terfikir jika ia tidak berjaya dilaksanakan kerana bangsa melayu masih miskin jadi kemanakah perginya pengagihan tersebut?Jika melayu tidak dapat pastinya bangsa lain yang memiliki peratusan tersebut jadi apakah masih tidak cukup bagi mereka dan masih mempersoalkan.Jika ini berterusan kami ingin mengesa kepada kerajaan supaya pengagihan tersebut dibuat mengikut peratusan penduduk seperti ekonomi negara,rumah ibadah,perumahan,pinjaman, kontrak dan lain-lain lagi dibahagikan kepada 51% kepada orang Melayu,41% orang Cina dan 8% India dan lain-lain(mengikut peratusan penduduk).Tentang pendidikan pula sekolah hanya satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah Malaysia mengikut semangat Malaysian Malaysia.
Ini barulah dikatakan samarata dan kesaksamaan.Tetapi Mengapa kerajaan tidak berbuat demikian?Di dalam DEB juga orang melayu meminta hanya sebanyak 30% sahaja.Jadi salahkah Barisan Nasional?Apakah mereka lupa Melayu masih belum meminta?.Fikirkanlah jika ini terjadi.Jangan kita terlalu mengikut dakyah dari parti yang menentang kerajaan sedangkan kerajaan telah banyak memberi tolenrasi kepada bangsa lain selain melayu.Demi perpaduan dan semangat sayangkan negara orang melayu lebih banyak memberi dari meminta.Fikirkanlah....
-Melayu tulen
The King, his family and U
-
*Or … “Who needs to be a crony when you can be a Royal Crony Pt 2”*
Damansara, 6/12: Ten years ago, this blog published the article *Who needs
to be a cron...
3 days ago
1 comment:
Someone said;
'takkan melayu hilang di dunia'
Post a Comment