KENYATAAN MEDIA
12 MEI 2009
KERAJAAN BN MELAMPAUI UNDANG-UNDANG
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengenepikan Dr Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar yang sah memulihkan sedikit sebanyak keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman yang telah tercemar selama ini.
“Saya mengucapkan tahniah pada Datuk Seri Mohamad Nizar atas keputusan semalam, juga kepada mahkamah yang bertindak secara adil dan telus,” kata Zuraida Kamaruddin. “Dengan keputusan ini membuktikan bagaimana satu kumpulan yang kemaruk kuasa sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan jawatan walaupun mereka bertindak diluar batas undang-undang,” tambah ahli parlimen itu lagi.
“Negara ini diasas berdasarkan kedaulatan undang-undang dan bukannya peraturan rimba yang membenarkan sesiapa sahaja melakukan tindakan sesuka hati yang mana akhirnya tindakan mereka bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tetapi juga rakyat!”.
Tegas beliau lagi, mereka yang ditahan dan ditangkap kerana membuat perhimpunan aman semasa persidangan DUN tempoh hari juga akan diberikan pembelaan dan hak yang sewajarnya.
“Saya harap dengan keputusan ini akan menyuburkan lagi demokrasi yang matang, telus dan sihat. Bukannya politik durjana, ketamakan dan kerakusan kuasa!”
Setiausaha Media
Parlimen Ampang
Tidakkah kita terfikir apabila setiap keputusan mahkamah yang memihak kepada beliau dan Parti mereka barulah mereka mengatakan bahawa sistem kehakiman negara telah kembali pulih,demokrasi telah subur dan pelbagai lagi pujian sedangkan dahulu mereka bertegas dengan memfitnah polis, hospital dan pelbagai lagi institusi termasuk mahkamah bahawa ianya tidak adil dan bermacam lagi.
Selepas itu mereka mengatakan yang kerajaan BN kemaruk kuasa.Benarkah dakwaan ini? Apakah kerajaan BN pernah membuat provokasi sehingga mengenepikan integriti kepimpinan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri selama ini? Siapakah yang membuat provokasi dan menunjukkan sikap yang kurang menyenangkan di Dewan Undangan Negeri seperti yang terjadi di Perak? Siapakah sebenarnya yang akan melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa mereka?.
Sedih apabila memikirkan bahawa mereka mengetahui asas kedaulatan undang-undang negara dan undang-undang rimba tetapi mereka tetap mengamalkan dan melakukan sesuatu perkara yang melanggar undang-undang.Ini terbukti apabila tertangkapnya YB Zuraidah sebagai Ahli Parlimen Ampang di Perak kerana tidak mengendahkan arahan pihak polis supaya tidak mengadakan perhimpunan haram sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri Perak. Siapakah yang mengamalkan undang-undang rimba di negara kita yang tercinta ini?...BNkah atau mereka?
Apakah ini integriti yang ada pada setiap pemimpin PARTI mereka yang kononnya memperjuangkan keadilan dengan meletakkan nama rakyat sebagai alat untuk mencapai matlamat mereka?. Merekalah sebenarnya yang merosakkan sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara kita. Lihatlah contoh sikap dan kewibawaan pemimpin mereka sewaktu Persidangan Dewan di Perak. Apakah itu demokrasi yang rakyat minta dan tuntut atau hanya untuk kepentingan mereka sahaja? ...Fikirkanlah...
-pemikir-
Defamation suit over stadium issue: Here’s how Razak
I-do-not-know-Murray-Hunter Ismail can undo the damage he has done
-
*“*Nobody can silence you with a letter of demand. Unless what you have
written or said was utter rubbish in the first place. “ - Defamation suit
ove...
6 days ago
No comments:
Post a Comment