Tuesday, September 27, 2011

PM: Semai daya tahan, penyesuaian agenda transformasi

27/09/2011 8:59pm

KUALA LUMPUR 27 Sept. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, agenda transformasi kerajaan bermatlamat untuk memupuk daya ketahanan dan penyesuaian negara ini dari kejutan yang tidak dijangkakan dan bukan untuk menebat negara ini dari pelbagai perubahan.

"Fenomena ketidaktentuan ini menjuruskan kepada sesuatu yang kebiasaan yang meletakkan ekonomi terdedah kepada kejutan itu, tetapi jika kita melihat ekonomi sebagai satu sistem, kita akan mengetahui bahawa hanya ekonomi yang stabil dan berdaya tahan akan mampu mengharunginya,” katanya semasa menutup Forum Megatrends Khazanah 2011 hari ini.

Katanya, bagi membina dan mewujudkan satu sistem yang berdaya tahan dan pada masa yang sama mempunyai keanjalan dan tangkas malah pantas, kerajaan perlu mengenepikan yang kaku di dalam sistem dan pada masa yang sama membina kapasiti dan keupayaan mereka yang mengendalikannya.

Pada masa yang sama, para peneraju enterpris, sama ada mereka yang di dalam perniagaan atau politik, perlu menyedari ketidaktentuan yang mereka hadapi, katanya.

Perdana Menteri berkata, sejarah yang lepas menunjukkan bahawa pasaran yang utama juga boleh gagal dan gagal dengan teruk, sehinggakan memerlukan kerajaan masuk campur dan menyediakan kepimpinan. — Bernama

No comments: