Saturday, November 12, 2011

PUSAT HIBURAN DI SELANGOR SEMAKIN MENINGKAT DIBAWAH KERAJAAN PKR, DAP, DAN PAS

SHAH ALAM 10 Nov. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz (gambar) mencabar Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu menyiasat sendiri lambakan pusat snuker dan hiburan di kawasan tersebut.

Beliau berkata, kewujudan pusat berkenaan seperti cendawan tumbuh selepas hujan seolah-olah tiada pemantauan daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan keadaan itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk setempat.

"Sebagai contoh, di Kampung Melayu Sentosa ada sebuah pusat karaoke dibuka di gerai yang dikawal selia oleh MPKj.

"Saya sendiri telah membuat laporan kepada MPKj tetapi tiada sebarang tindakan diambil," katanya pada sesi pertanyaan lisan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Sementara itu, Ronnie ketika menjawab soalan tersebut menafikan wujudnya lambakan pusat snuker dan hiburan di Semenyih.

Sebaliknya, beliau berkata hanya empat buah pusat hiburan, masing-masing satu pusat hiburan keluarga, pusat karaoke dan dua pub di kawasan tersebut.

"Untuk rekod dari Januari hingga Oktober 2011, sebanyak lima pusat snuker telah dibanci dan tiga daripadanya tiada lesen," katanya.

Bagaimanapun, Johan ketika ditemui di luar dewan menyangkal penjelasan Ronnie dan mendakwa terdapat 18 pusat hiburan yang tidak diketahui statusnya beroperasi di kawasan tersebut

No comments: