Sunday, January 10, 2010

ISU BAKAR GEREJA-JANGAN MENUDUH SEBELUM SIASAT

Setelah isu penggunaan kalimah 'allah' kini isu merosakkan rumah ibadah samada rumah ibadah agama Islam mahupun rumah ibadah agama Kristian yang menjadi sebutan dan perbincangan yang hangat dikalangan ramai rakyat Malaysia.

Perkara ini terlalu sensitif untuk diperbincangkan kerana ia mungkin menguris hati penganut-penganut agama masing-masing. Merosakkan rumah ibadah ini dikutuk sekeras-kerasnya oleh kedua-dua penganut agama samada Islam maupun pihak Katolik. UMNO juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan keatas rumah ibadah ini. Keamanan negara dan keselamatan rakyat perlu diutamakan. Pelbagai badan NGO juga mengutuk serangan ini.

Dalam pada itu ada juga sesetengah golongan yang mudah menuding jari kepada orang lain sedangkan siasatan masih dijalankan oleh pihak PDRM. Tuduhan melulu bukanlah satu amalan yang baik. Bagi umat Islam ia tidak menunjukkan sikap dan sifat mukmin yang sejati. Begitu juga dalam amalan penganut agama lain. Kesejahteraan hidup menjadi pegangan utama dalam semua ajaran agama dan ini tidak dinafikan.

Presiden UMNO Dato' Sri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua pemimpin UMNO dan pelbagai badan NGO juga mengutuk serangan ini . Kami menyeru supaya pihak polis dapat melakukan siasatan secepat mungkin supaya dapat menangkap mereka yang melakukan serangan membakar dan merosakkan rumah ibadah ini. Tindakan undang-undang yang keras perlu dikenakan untuk pesalah ini.

Kita semua perlu bertenang seperti saranan Yang Dipertuan Agong dan menunggu sehingga siasatan polis selesai. Jangan bertindak melulu dengan menuduh dan bertelagah sesama sendiri. Ingatlah kita semua adalah satu bangsa Malaysia.

-pemikir

No comments: