Mari kita bersama membaca artikel dibawah ini untuk kita fahami dengan jelas apakah itu liberal?
Artikel ini di petik dari artikel bertajuk JEJAK-JEJAK ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA SERTA CABARANNYA TERHADAP UMAT ISLAM yang dihasilkan oleh Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin, beliau merupakan Pengerusi Badan Anti iFC (BADAi) dan bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang. Klik sini
Keistimewaan yang ada pada bangsa Melayu di Malaysia adalah aqidah Islam yang telah sedia ada pada mereka. Kebanyakan orang Melayu dilahirkan dalam agama Islam. Keistimewaan ini malah termaktub dan diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan yang antara lain membawa maksud bahawa orang-orang Melayu adalah Islam, selagi seorang itu berbangsa Melayu, dia adalah seorang beragama Islam.[3]
Ancaman liberal di Malaysia dan hakikatnya[4].
Setiap tamadun di dunia ini selalunya menjadikan agama sebagai substensi atau materi utama bagi pengisian yang menjadi tonggak utama kemandirin tamadun tersebut. Unsur mistik dan teologis-metos banyak digunapakai. Kata Marvin Perry,
“Religion lay at the center of Mesopotamian life. Every human activity-political, military, social, legal, literary, artistic-was generally subordinated to an overriding religious purpose”[5]
Pada asasnya sekularisasi umat Kristian di barat adalah punca berlakunya budaya liberalisme. Tokoh-tokoh sosial-ekonomis seperti John Locke, Rouueau, Thomas Hobbes dan Descartes (ahli matematik) bersepakat dalam melegitimasikan sekular sebagai penyelesai kongkongan gereja dan monarki beraja.
Pada asalnya liberalisme hanya diperkata dalam hal ekonomi kerana tokoh falsafah barat tersenarai di atas telah mengasaskan satu paradigma baru iaitu kapitalisme. Kapitalisme adalah suatu permikiran yang bertunjangkan liberal (bebas dari kongkongan kerajaan dan gereja). Bermula juga peperangan terhadap budaya lama, ekonomi lama, politik lama, cara beragama yang lama serta mengkritik beberapa warisan tradisi mereka sendiri. Pada asalnya hanya memandang budaya perhambaan sebagai suatu yang keji, mereka terus mengorak langkah berlebihan iaitu terus memerangi sebarang warisan nenek moyang mereka termasuk agama. Bagi mereka sekular adalah positif. Tokoh Kristian Indonesia Tom Jacobs SJ berkata,
“ Revolusi Perancis bererti mendirikan negara sekular. Seluruh proses ini khususnya sekitar proses revolusi, tidak hanya terang bersifat anti gereja, tetapi juga anti agama. Namun begitu usaha ke arah sekularisasi belum bererti sesuatu yang negatif”.[6]
Di Malaysia mungkin belum lagi menjadi seperti di Indonesia yang jelas bertuhankan Islam Liberal. Barat mengklasifikasikan ajaran Abdurrahman Wahid dan Nurkholish Madjid sebagai ajaran yang akomondasionisme, Pembaharuan Islam, progresif dan Liberal. Maka muncullah satu aliran rangkaian penganut Islam munafiq yang berteraskan liberalisme.
Ada penulis atau pemikir tertentu yang menentang sistem kapitalis dan ajaran liberalisme agama atas nama menentang liberal sebaliknya seolah mengajak masyarakat ke arah sistem komunis, sosialis dan seumpamanya. Tokoh ala syiah yang pro komunis ditampilkan, tokoh ekonomis haluan kiri dipamerkan. Sedar atau tidak mereka sebenarnya mempromosikan liberalisme! Komunis dan sosialis juga adalah golongan liberal malahan lebih dahsyat lagi. Mereka kononnya tidak liberal dalam ekonomi kerana menjaga ekonomi dan hak rakyat, sebaliknya mereka menentang agama, kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dunia, serta bertuhankan akal!
Faktor – Faktor Utama Permasalahan Aqidah Melayu di Malaysia
Penjajah yang berjaya meninggalkan kesan ideologi sekular dalam minda kebanyakan masyarakat Melayu di zaman penjajahan dahulu.
Tuntutan kemerdekaan yang dibuat atas dasar mengikut telunjuk penjajah yang mengekalkan sistem penjajah.
Pengekalan sistem pelajaran yang berteraskan sistem sekular yang memisahkan pelajaran dengan agama Islam itu sendiri.
Majoriti masyarakat Melayu menuntut ilmu di sekolah-sekolah kerajaan yang mengamalkan sistem pelajaran sekular ini yang jelas mengabaikan penekanan dari aspek ketuhanan, aqidah tauhid dan kerohanian.
Akibat dari sistem pelajaran yang asasnya sekular ini, masyarakat Melayu tidak mantap aqidahnya.
Serangan Pemikiran Islam Liberal Yang Berjaya Menembusi Otak Pemikiran Masyarakat Melayu
Ianya bermula dengan tumpasnya orang-orang Melayu Indonesia terhadap ajaran Islam liberal ini. Di Indonesia, gerakan Islam liberal diperjuangkan oleh para sarjana yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam malah berkhidmat di Institusi Pengajian Islam. Akhirnya pemikiran yang sesat ini berjaya berenang ke Malaysia.
Di Malaysia, penjajah bersama unsur-unsur penyelewengan pemikiran yang dibuat kuasa barat telah berjaya memasukkan fahaman kebendaan, fikiran bebas (free thinking), sekularisme, pemisahan agama dari cara hidup, yang sekaligus membawa kepada pembebasan diri dari hidup beragama atau liberal.[7]
Akibatnya ramai dikalangan masyarakat Melayu suka hidup bebas dari kongkongan agama kononnya dan diketika itulah fahaman Islam liberal berjaya mengambil tempat dalam hati segolongan masyarakat Melayu di Negara ini.
Meskipun kumpulan Islam liberal yang masih minoriti di Malaysia ini, tidak berani membuat pengishtiharan terbuka seperti di Indonesia yang secara terang-terangan menamakan diri mereka sebagai Jaringan Islam Liberal (JIL), namun cukup untuk menggambarkan keberadaan mereka di Malaysia apabila mereka begitu lantang dalam menyuarakan anutan mereka, umpamanya, al Quran mesti ditafsir semula agar sesuai dengan zaman semasa, al Quran kebanyakannya ditafsirkan lelaki, sebab itu berlakunya penindasan ke atas kaum wanita. Wanita mesti menafsirkan al Quran mengikut cara berfikir wanita.[8] Bagi mereka, hak kebebasan beragama adalah orang Islam berhak samada untuk mengikut ajaran Islam atau mengabaikannya.
Mereka juga menentang poligami habis-habisan, hukum faraid di dalam al Quran perlu kepada tafsiran yang baru kerana hukum itu terlalu berpihak kepada lelaki dan kepentingan lelaki. Undang-undang Keluarga Islam menzalimi kaum wanita, Al Quran mesti dibaca dengan kritis, jangan kita ikut semua yang terdapat dalam al Quran, kita boleh mengkritik al Quran, mereka juga menentang kewujudan Mahkamah Syariah dan usaha ke arah penubuhan Negara Islam.
Hak kebebasan murtad[9] hendaklah diberi kepada masyarakat Melayu agar mereka juga bebas memilih agama mereka sendiri, malah mereka juga meragui peribadi RasuluLLAH SAW. Ayat-ayat al Quran yang berkaitan dengan hukum hudud disifatkan sebagai metafora dalam al Quran. Islam bukanlah satu-satunya agama yang benar, semua agama adalah sama,[10] semuanya masuk syurga. Golongan ini juga menuntut agar penggunaan nama Allah di benarkan kepada agama –agama selain Islam khasnya agama Kristian.
Jejak-Jejak Liberalis di Malaysia
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Faiza Tamby Chik, dalam keputusannya menolak permohonan seorang wanita yang bernama Azlina Jailani (Lina Joy) untuk menggugurkan perkataan Islam[11] dalam kad pengenalannya telah memberi alasan bahawa, sebagai seorang Melayu dia tidak boleh meninggalkan agama Islam.[12]
Mereka berani mengadakan Forum terbuka mempertikai peruntukan Artikel 121(1A). Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) pernah menyokong tindakan Pemuda UMNO Johor dan PAS Johor yang lantang membantah penganjuran forum awam anjuran kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Article 11..PUMPP sama sekali tidak dapat menerima kenyataan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah yang menyatakan bahawa penganjuran forum tersebut adalah bertujuan mengadakan perbincangan mengenai perlembagaan dan memberi nafas kepada perlembagaan. PUMPP berpendapat kenyataan adalah suatu pembohongan semata-mata dan kumpulan Artikel 11 berselindung di atas nama perundangan perlembagaan membawa agenda dan kempen yang secara langsung menghina Islam dan Syariah dan menyentuh sensitiviti masyarakat Islam[13].

Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya; Majlis Peguam (Bar Council) Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh. Malaysian Women Power Organization , National Council of Women Organization All Women Action Society , Sister in Islam ,Women Health Organization Women Council of Change Women Developmen for Change, Pergerakan Hak Asasi Rakyat Malaysia (Suaram)[14].
Satu Forum berat sebelah berkaitan mencabar Mahkamah Syariah dilakukan di Armada Hotel PJ Tarikh: 7 Jun 2007 Masa: 7.30am
Panelis YB Lim Kit Siang – DAP Tan Sri Khalid Ibrahim – PKR Lim Guan Eng – DAP Ambiga Sreenavasan – Bar Council Yusri Muhammad – ABIM
Leonard Teoh – Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism PM Dr Azmi Sharom – Pensyarah Undang-undang UM, Pengerusi forum ialah Tony Pua DAP.
Dokongan Moral Dan Material
Golongan liberal ini mendapat dokongan moral dari pelbagai individu sehingga ada dikalangan pemimpin-pemimpin politik yang sealiran dengan mereka menyokong kuat gerakan liberal ini. Mereka juga mendapat dokongan material seperti dokongan yang dibuat antaranya oleh Konrad Adenauer Foundation (KAF), Asia Foundation, Beckerd Fund, USIA dan USAID.
Tokoh-Tokoh Liberal Melayu
Zainah Anwar (Bekas Pengerusi Eksekutif Sisters In Islam-SIS), Nik Noraini (SIS) Zaitun Kassim (Toni), Hishamudin Rais, Marina Mahathir, Anwar Ibrahim, Mustaqim (Middle Eastern Graduate Centre), Chandra Muzaffar (JUST), Khalid Jaafar (IKD), Haris Ibrahim (Peguam-Majlis Peguam), Zaid Ibrahim (bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri), Malik Imtiaz Sarwar (Peguam Bela- Kahar Mengaku Nabi), Farish A Nor (Penulis), Kassim Ahmad (IQRA’-Anti Hadith), Yasmin Ahmad (Pengarah Filem-antaranya GUBRA).
Meskipun demikian kita mesti berhati-hati dengan mereka yang tersenarai ini, kerana jarang sekali mereka mengakui bahawa mereka menganut fahaman liberal.
Perjuangan liberal banyak menjerat banyak organisasi Islam[15]
Tahukah kita, di mana-mana negara umat Islam berlaku banyak gerakan hak asasi dan keadilan-sosialistik yang aktif sebenarnya membawa agenda liberalisme. Kadangkala jamaah Islam mahupun badan-badan dakwah umumnya telah bekerjasama dengan mereka demi memperjuang hak kemanusiaan dan menentang kezaliman. Antara slogan dan tema perjuangan mereka adalah;
Free media (pembebasan hak media massa)
Free women (emansipasi gender)
Free press (liberalisasi media cetak)
Free religion (menyamaratakan antara agama, asas perjuangan sekularisme barat).
Free politic (politik ala anarki, haluan kiri yang lebih bersifat kritikal dan radikal).
Mungkin hal ini smua menjadi dilema gerakan Islam juga di Malaysia. Pentingnya pendokong gerakan Islam untuk berhati-hati agar strategi melawan kezaliman dan himpitan tirani bertukar menjadi penggadaian nilai agama satu demi satu.
Hari ini mereka bertindak seperti ahli a’dli yang ingin mengadilkan sistem yang ada dalam Islam serta menentukan yang mana cocok yang mana yang tidak releven diaplikasi dalam negara ini. Mereka mampu bekerjasama dengan golongan bukan Islam untuk mengadili sistem agama Islam kita.
Perang psikologi dalam peperangan liberal.
Barat akan terus melancarkan serangan melalui liberalisasi norma dan minda umat Islam[16]. Mereka menanam minda inferior ke dalam lubuk hati umat Islam. Umat Islam Malaysia akanrasa tidak yakin dengan sistem Islam, aqidah Islam, rasa tidak logik dan terkongkong. Antara doktrin yang berjaya mereka tanamkan;
Rasa ortodoks jika beramal dengan syiar Islam seperti pakaian ala muslim yang menutup aurat.
Rasa konservatif jika pendapat kelihatan tegar dan tidak pragmatif apabila berhadapan dengan isu liberal seperti bayi tabung uji, pengklonan dan sebagainya.
Rasa sistem feudal beraja di Malaysia adalah mengongkong dan ketinggalan zaman. Raja yang menjadi simbol dan kubu agama Islam dianggap sebagai tugu sahaja.
Ekonomi beradab dianggap ketinggalan zaman sebaliknya sistem kapitalisme dianggap sebagai rukun ekonomi baru.

Politik haluan kiri dikatakan ubat untuk melawan doktrin lama yang ala kapitalisme. Akhirnya mereka membawa idea liberal agama yang lebih buruk lagi.
Akhirnya mereka menanam rasa benci kepada ulama’, pemikir Islam, sistem pengajian Islam dianaktirikan, buku agama dipinggirkan di pasaran, Al quran diselewengkan, ajaran Islam Hadhari yang bertopengkan liberalisme dipamerkan. Daripada liberalisasi norma dan nilai, bertukar kepada liberalisasi aqidah di Malaysia.
Khitamah
Musuh-musuh Islam tidak akan berdiam diri. Langkah mereka untuk mengadakan forum sensitif terbuka berkaitan memeluk Islam akan terus dilakukan kerana perencanaan sebegini adalah perencanaan sedunia dan bersepadu. Umat Islam perlu bersatu atas nama aqidah untuk membenteras dan mempertahankan sistem syariah kita.
Justeru usaha seumpama ini mestilah di perhebatkan dari masa ke semasa agar kita berjaya memahami serangan pemikiran dari pihak musuh serta menyusun gerak kerja agar musuh-musuh Islam ini dapat ditewaskan.
1 comment:
Salam Perjuangan..
Kami dari Unit Media Wangsa Maju amat teruja dengan pengendalian blog YB yang memaparkan artmembongkarikel2 yang berani dan tangkas.
Kami berharap kita dapat berkongsi idea dalam menyiarkan artikel2 yang mampu menyedarkan masyarakat tentang taktik2 kotor pembangkang.
Kami juga akan membantu YB dalam memberi penerangan dan membongkar Zaid Kaki Mabuk.
Layari blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan beri komen2 yang bernas serta cadangan bagi memantapkan artikel2 kami.
Kami juga mengalu2kan penyertaan blog YB sebagai Follower kami.
Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju, Dato' Dr. Mohd Shafei Abdullah menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.
Sekian dari,
AMAT
Crew Unit Media Wangsa Maju.
Post a Comment