SEREMBAN 16 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi mesej yang cukup jelas kepada ahli serta pemim pin-pemimpin Barisan Nasional (BN) di semua peringkat supaya ti dak mensabotaj calon parti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Tegas Perdana Menteri, situasi itu kerap berlaku kepada bekas wa kil rakyat atau mereka yang dise but-sebut menjadi calon tetapi tidak dipilih sebagai calon BN pada pi lihan raya tersebut.
Beliau mengakui isu itu agak menggusarkan kerana ia berkait ra pat persediaan jentera BN memas tikan langkah mengetengahkan ca lon boleh menang diterima oleh se mua pihak.
''Saya tidak khuatir dari segi per sediaan fizikal dan saya juga tidak khuatir tentang ilmu dalam usaha kita mengatur strategi bagi meme nangi pilihan raya.
''Apa yang sedikit gusar ialah me ngenai sikap. Adakah kita mene rima keputusan pucuk pimpinan untuk ketengahkan calon yang bo leh menang? Inilah persoalannya.
''Bila kita berkonvensyen dalam dewan ini semangat kita berko bar-kobar untuk memenangkan parti tetapi apabila berada di pe ringkat bahagian, ia tidak serupa.
''Apabila kita pergi ke peringkat peti undi ia juga tidak serupa. Se patutnya mesej konvensyen ini di terjemahkan sehingga ke akar um bi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Barisan Nasional 2011 peringkat Negeri Sembilan, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MIC, Datuk G. Palanivel serta lebih 1,500 ahli-ahli BN.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, apa yang dibangkitkannya itu adalah hakikat yang berlaku da lam dunia politik.
Beliau kemudian berkongsi kisah seorang Setiausaha UMNO bahagian tidak terpilih sebagai calon pilihan raya kecil.
''Pukul 10 malam (semasa kem pen) rumah sudah gelap gelita,'' katanya sambil menambah kisah kedua pula berlaku ketika pilihan raya negeri Sarawak.
''Seorang bekas wakil rakyat ti dak tercalon lalu dia melarikan diri. Jika ke Kuala Lumpur tidaklah jauh sangat, sekiranya ke Jakarta kita pun fahamlah tetapi dia lari sampai ke London," ujarnya.
Di London Perdana Menteri ber kata, bekas wakil rakyat tersebut mematikan telefon bimbitnya ke rana tidak mahu dihubungi oleh sesiapa.
''Saya sendiri menghubungi be kas wakil rakyat ini beberapa kali tetapi gagal. Akhirnya kita menga tur strategi dan akhirnya kawasan yang ditinggalkan bekas wakil ra kyat ini dimenangi oleh calon BN.
''Mujur BN menang, jika tidak menang saya akan cari wakil rakyat hingga ke lubang cacing," katanya sambil disorak oleh ahli-ahli dan pemimpin BN negeri.
Sehubungan itu beliau mahu se mua ahli dan pemimpin BN memberi sokongan tidak berbelah bahagi ke pada calon yang terpilih bagi memas tikan kemenangan BN pada PRU 13.
''Saya ingatkan sekali lagi jangan sabotaj calon kita. Beri mereka so kongan yang padu. Kerja bersung guh-sungguh, buat aku janji di da lam hati masing-masing bagi me mastikan parti kita menang pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
No comments:
Post a Comment