Monday, November 14, 2011

LAMBAKAN HOTEL BAJET MENGUNDANG KERUNTUHAN AKHLAK DI SELANGOR PIMPINAN PKR, DAP DAN PAS


SHAH ALAM 14 Nov. - Kerajaan Negeri Selangor disaran memantau pembukaan Hotel-Hotel Bajet yang kini terlalu banyak beroperasi sejak akhir-akhir ini

ADUN Semenyih Datuk Hj Johan Abd Aziz berkata, Masyarakat Selangor terutamanya di Semenyih semakin khuatir dengan lambakan hotel-hotel bajet yang kini begitu banyak beroperasi di kawasan tersebut.

Beliau turut merujuk jumlah yang telah diluluskan menurut jawapan Exco Kerajaan Negeri Selangor iaitu sebanyak 138 buah Hotel Bajet.

"Yang ‘halal’ (registered) menurut jawapan Exco Kerajaan Negeri adalah 138 . Yang kita nampak, rasanya lebih daripada angka 138."

"Soalnya, setakat ini, hanya Majlis Perbandaran Klang yang memberikan komen tentang keperluan kriteria-kriteria tertentu dipenuhi sebelum mendapat lesen mengendalikan hotel bajet. Apakah kriteria MPK ini turut terpakai di PBT-PBT yang lain? Ini yang rakyat nak tahu. Kalau kriterianya sudah jelas; kita harap biar seragam. Jangan di Klang ada syarat lain; di Semenyih ada syarat lain. Keseragaman ini amat penting," demikian kata beliau pada Sidang DUN Selangor pada hari ini.

Beliau turut mendakwa pengusaha hotel bajet yang ‘belum lulus’ memerlukan tindakan yang tegas oleh Kerajaan Negeri kerana ianya bakal menjadi punca keruntuhan akhlak yang serius jika tidak dipantau.

"Kita pun tak tahu sejauh mana Exco daripada PAS vokal dan bersuara bab ini, tapi kita harap sangat. Jangan kerana ‘untung politik’ mereka melelapkan mata dan ‘declare’ (dengan izin), halalan toyyiban untuk gejala yang buruk ini."


Sidang DUN Selangor disambung hari ini susulah pembentangan Bajet 2012 oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

-Sumber dari klik disini

No comments: