Sunday, May 20, 2012

PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Piagam Madinah telah digubal oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal kesemuanya. 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin, manakala 24 fasal yang bakinya membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan bukan Islam. Selain piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama saperti perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan- peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah Negara Islam tulen yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa, kaum dan agama.

Kandungan piagam madinah boleh dilihat disini . Yang paling utama di dalam pengisiannya adalah setiap tindakan mengikut Al-Quran dan Sunnah. Secara keseluruhan pengisian piagam Madinah yang digubal oleh baginda Nabi Muhammad saw telah menekankan perpaduan dan penyatuan ummah di Madinah ketika itu yang terdiri dari masyarakat Islam, kaum Ansar dan Muhajirin serta Yahudi dan Bangsa lain. Ini menunjukkkan betapa pentingnya pengukuhan perpaduan masyarakat yang perlu disemat dalam pemerintahan sesebuah negara Islam walaupun tidak melabelkan perkataan ‘Islam’ dalam setiap tindakannya. Ini terbukti apabila baginda Nabi Muhammad saw sendiri kurang menggunakan perkataan Islam dalam piagamnya tetapi lebih kepada perbuatan yang menjurus kearah syariat Islam itu sendiri. Justru baginda menamakan Kota Madinah sebagai Madinatul Munawarrah dan bukannya negara Islam Madinah. Prinsip ini diteruskan sehinggalah ke akhir pemerintahan khalifah Uthmaniyah. Penggunaan negara Islam hanya bermula apabila wujud sebuah negara yang dinamakan Republik Islam Iran yang majoriti masyarakatnya berpaksikan kepada fahaman syiah.

Jika dibandingkan Perlembagaan Madinah ini dengan Perlembagaan Malaysia yang digubal oleh kepimpinan UMNO terdahulu adalah seiring pembentukan perlembagaan Madinah oleh baginda Nabi Muhammad saw. Di dalam perlembagaan persekutuan Malaysia perkara yang paling utama adalah status agama Islam sebagai agama persekutuan dan YDP Agong yang dipilih oleh 9 kesultanan Melayu adalah pemerintah tertinggi sebagai Ketua Negara dan Agama. Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan agama-agama lain boleh diamalkan sepertimana dalam piagam Madinah.

Pada hari ini konsep 1 Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Haji Abdul Razak adalah sama dengan fasal 2 piagam madinah iaitu bahawa mereka ini adalah satu umat”. Konsep perpaduan ini telah menjadi agenda utama negara Malaysia pada hari ini yang diperjuangkan oleh UMNO. Ini bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia hidup dalam suasana aman dan harmoni secara berkompromi walaupun berbeza kaum, agama dan pegangan. Dengan itu terbentuklah satu komuniti kekeluargaan yang besar yang berbilang kaum dan agama tanpa perselisihan yang ketara. Perpaduan ini terbukti berjaya diamalkan oleh Ummat Islam terdahulu.

Selama lebih 66 tahun UMNO telah mempertahankan prinsip ini dan juga memperjuangkan kepentingan orang Melayu seperti dalam perlembagaannya. Secara tidak langsung definisi Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia adalah mesti beragama Islam, mengamalkan budaya melayu dan berbahasa Melayu. Proses ini telah menyebabkan Melayu itu terdiri daripada pelbagai keturunan seperti keturunan Cina, Arab, India, Portugis, Jawa dan berbagai keturunan yang lain di dunia. Betapa besarnya perpaduan dan penyatuan umat dan keturunan Islam yang selama ini diperjuangkan UMNO. Sama seperti penyatuan keturunan dan bangsa di Madinah yang menggandingkan kaum-kaum Muhajirin dan Ansar yang beragama Islam terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan. Manakala yang bukan beragama Islam dikelompokkan dalam satu kelompok yang dipanggil 'Bani' seperti Bani Auf, Bani Amru dan lain-lain yang boleh meneruskan pegangan lama mereka. Sama seperti UMNO, MCA, MIC dan lain-lain. Namun begitu UMNO tidak pernah melabelkan partinya sebagai parti Islam tetapi tetap mempertahankan syariat Islam sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Malaysia yang berasaskan piagam Madinah.

Yang benar adalah benar dan fikir-fikirkanlah…..

-Ketua UCBA

9 comments:

Anonymous said...

satu umat fasal 2 piagam madinah untuk orang mukmin tak sama 1malysia untuk semua rakyat.harap maklum.

deen said...

prisip piagam madinah antaranya.. al quran dan sunnah sumber HUKUM NEGARA.Satu umat fasal 2 piagam madinah merujuk kepada orang mukmin tak sama 1malaysia untuk semua rakyat.harap maklum.

deen said...

satu umat fasal 2 piagam madinah untuk orang mukmin tak sama 1malaysia untuk semua rakyat...ANTARA PRINSIP PIAGAM MADINAH....AL-QURAN DAN SUNAH SUMBER HUKUM NEGARA....HARAP MAKLUM.

Anonymous said...

fasal 2 piagam madinah satu umat untuk orang mukmin tak sama 1malaysia utk semua rakyat

UMNO Cawangan Bukit Ampang said...

Saudaraku,
Fasal 2
Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.

Untuk pengetahuan deen dan anonymus masyarakat madinah di zaman baginda Nabi Muhammad saw ketika itu bukan hanya terdiri dari mukmin sahaja tetapi terdapat juga penganut agama yahudi dan nasrani. Pandangan saudara adalah tidak benar sama sekali. Satu umat dalam piagam madinah ini adalah merujuk kepada semua masyarakat di Madinah al munawarah ketika itu. Untuk Pengetahuan Nabi Muhammad saw adalah manusia yang maksum dan baginda menerima wahyu dari Allah swt untuk menegakkan Islam keseluruh pelusuk alam.

Berkenaan dengan Al-Quran dan Sunnah menjadi sumber hukum negara apakah saudara ingin mempertikaikan bahawa di Malaysia kita tidak mengikut sumber hukum Al-Quran dan Sunnah? Apakah dalam perlembagaan Malaysia perkara yang utama seperti "Islam sebagai agama persekutuan" tidak cukup sebagai bukti bahawa pemimpin terdahulu tidak mengikut sumber hukum Al-quran dan Sunnah?

Yang menjadi persoalan dalam penulisan ini adalah kenapa baginda Nabi Muhammad saw tidak banyak menggunakan perkataan 'Islam' dalam piagamnya sedangkan baginda adalah pembawa wahyu Allah swt untuk menegakkan syiar Islam. Perpaduan juga menjadi tunjang kepada piagam ini demi memelihara kepentingan umat Islam dan juga bukan Islam. Ianya cukup sempurna. Nabi Muhammad saw juga banyak menekankan perpaduan dalam pentadbiran sesebuah negara untuk mencapai keamanan dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan seperti yang ditunjukkan dalam piagamnya.
Saya berkongsi untuk pengetahuan dan kebaikan kita semua. Yang benar tetap benar dan yang batil tetap batil sebagaimana diingatkan oleh Nabi Muhammad saw iaitu "Halal itu nyata, Haram itu pun nyata". Fikir-fikirkanlah....

Ketua UCBA

Anonymous said...

Saudara caw. Bukit Ampang,

Prinsip No 1. Piagam Madinah adalah undang2 negara berasaskan Al Quran dan Sunnah.
Prinsip No 2. Kesatuan Ummah (perpaduan) dan kedaulatan negara.

No 1 x buat, no 2 x guna cerita.
Hukum agama ada tertibnya. Kalau amik wuduk boleh ke basuh tangan baru basuh muka.
Hukum beragama ni x boleh amik separuh2.
Sah x wuduk kalau x basuh kaki.

Kata2, tulisan tanpa penguatkasaan x bererti..
Sepertimana x berertinya Perkara 3 dlm Perlembagaan Persekutuan " islam agama Persekutuan" jika hukum Islam x ditegakkan. Sbg contoh mudah dan x kontroversi:
Murtad di hukum bunuh . Tp di Malaysia ?
Zina jika di sabit kesalahan dihukum 100 sebatan atau rejam sampai mati mengikut syarat2 nya. Tp di Malaysia?

Janganlah lagi menegakkan benang yg basah !
Apa kita nak jawab di hadapan Allah nnti bila kita mengajak orang berpegang pada penafsiran yg salah.

Bukan niat berkhutbah cums mengajak berfikir untuk kita saudara seIslam.

Anonymous said...

Saudara caw. Bukit Ampang,

Prinsip No 1. Piagam Madinah adalah undang2 negara berasaskan Al Quran dan Sunnah.
Prinsip No 2. Kesatuan Ummah (perpaduan) dan kedaulatan negara.

No 1 x buat, no 2 x guna cerita.
Hukum agama ada tertibnya. Kalau amik wuduk boleh ke basuh tangan baru basuh muka.
Hukum beragama ni x boleh amik separuh2.
Sah x wuduk kalau x basuh kaki.

Kata2, tulisan tanpa penguatkasaan x bererti..
Sepertimana x berertinya Perkara 3 dlm Perlembagaan Persekutuan " islam agama Persekutuan" jika hukum Islam x ditegakkan. Sbg contoh mudah dan x kontroversi:
Murtad di hukum bunuh . Tp di Malaysia ?
Zina jika di sabit kesalahan dihukum 100 sebatan atau rejam sampai mati mengikut syarat2 nya. Tp di Malaysia?

Janganlah lagi menegakkan benang yg basah !
Apa kita nak jawab di hadapan Allah nnti bila kita mengajak orang berpegang pada penafsiran yg salah.

Bukan niat berkhutbah cums mengajak berfikir untuk kita saudara seIslam.

Anonymous said...

halal haram mmg ada...tp yg penting Al-Quran dan Sunnah hukum negara. Hudud, qilsah dan takzim...ini yg penting..hukum dunie x same ngn hukum Al-Quran. fikir-fikirkanlah

Anonymous said...

hahaha , klakar la , caw bkt ampang eh , haha , geli hati mmbceny , buang british of law baru bole cite psl piagam madinah . hahahaha , 1malaysia eh , kah3 , bani tu kaum , kaum tu bangsa , bangsa dgn agama xsama , cth kaum cina , tp ad cina muslim ad cina kristian ad cina budha , yg piagam madinah mmg kaum brbeza , tp agama satu wei , yahudi berasal dri yahuda , ahli kitab , kang terangkn bkn mu paham , kaji balik sej ,ngn sirah muhammad . hahaha