Saturday, July 3, 2010

SAYA MENYERU PRESIDEN UMNO UNTUK BERSAMA DI SELANGOR SEHINGGA PRU13.


Hari ini kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyeru supaya Kepimpinan UMNO di lima buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang akan dicadang dikembalikan kepada pemimpin negeri masing-masing. Kenyataan ini ada baik dan buruknya. Mungkin kenyataan ini tidak akan dibuat sekiranya seseorang itu dapat memahami keadaan setiap ahli UMNO yang berada di negeri yang tewas di tangan pembangkang.

Pada pendapat saya cadangan ini tidak ada salahnya bagi negeri Terengganu kerana negeri itu dikuasai oleh Barisan Nasional tetapi di negeri-negeri yang tewas di tangan pembangkang seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Wilayah Persekutuan adalah lebih baik dikekalkan dengan keadaaan sedia ada sehinggalah pilihanraya yang akan datang. Ini adalah kerana negeri ini masih memerlukan sokongan dari pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat pusat untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN pada PRU13 yang akan datang.

Pada April tahun lepas Dato Seri Najib mengetuai UMNO Selangor, Tan Sri Muhyiddin memimpin Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang diterajui Dato Seri Dr Ahmad Zahid, Kedah dipimpin seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan Terengganu dipimpin oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bertujuan mengukuhkan UMNO.

Sebagai salah seorang ahli, saya terdetik untuk menegur dan memberi cadangan kepada kepimpinan atasan supaya perkara ini diteliti dengan lebih mendalam lagi. Di Selangor pada pendapat saya, negeri ini masih lagi memerlukan kepimpinan Dato Seri Najib untuk memimpin sehinggalah BN dapat memerintah semula di Selangor. Mungkin cadangan ini boleh diketepikan dengan begitu sahaja oleh kerana kenyataan saya hanyalah kenyataan seorang ahli yang tiada punya apa-apa jawatan tetapi kerana sayangkan UMNO saya tetap berharap agar pandangan ini diterima dan diteliti oleh kepimpinan tertinggi UMNO dengan bersikap lebih terbuka.

-ahli pemuda UCBA.

No comments: