Sunday, October 9, 2011

PM ingatkan ahli BN elak cipta masalah kepada parti

09/10/2011 4:15pm

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan semua ahli Barisan Nasional (BN) supaya tidak mencipta masalah yang boleh memberi kesan kepada kekuatan parti.

Kata beliau, kesepakatan dan perpaduan dalam parti itu sangat penting ketika gendang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin jelas kedengaran dan sudah dapat dirasai ketika ini.

“ Untuk memastikan kemenangan pada PRU-13 itu, semua ahli BN perlu turun ke gelanggang dengan semangat untuk menang.

“Maka untuk menjamin bahawa kita boleh menang, kita perlu membuat persiapan secara menyeluruh dalam memastikan tahap kesiapsagaan seterusnya menentukan sama ada kita sudah bersedia atau tidak,'' katanya ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana, Peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN menambah, kesiapsagaan yang dimaksudkan beliau itu termasuk mengelak perbalahan sesama sendiri, tidak mewujudkan puak dalam parti serta cantas-mencantas kerana rasa tidak puas hati. - Utusan

No comments: