Wednesday, January 6, 2010

1 MALAYSIA BUKAN BERMAKSUD 1 KALIMAH



Apakah makna sebenar Gagasan 1 Malaysia? Apa yang pasti pada tajuk blog UCBA diatas, diantara 8 cabang utama 1 Malaysia tiada pun menyebut keagamaan. Pelik juga apa yang diperkatakan oleh orang di dalam video diatas.

Menarik juga dengan penulisan pelajar yang merungkai maksud 1 Malaysia di akhbar Berita Harian.

"SATU ialah kita - Melayu, Cina, India dan lain-lain. Malaysia ialah rumah kita ..." ini ayat pertama seorang pelajar, Muhammad Hanif Ahmad, di dalam eseinya mengenai 1Malaysia. Diharapkan Muhammad Hanif akan benar-benar menyampaikan pandangannya mengenai gagasan 1Malaysia ini kepada Perdana Menteri apabila kini peluang dibuka untuk pelajar satu Malaysia meluahkan suara hati mereka kepada beliau.- Berita Harian.

Pelajar diatas pun tidak menyebut tentang 1 kalimah.

Jangan jadikan 1 Malaysia sebagai alasan untuk menggunakan kalimah Allah. Please Herald you should known better than us.

-Islam Kecewa

Sunday, January 3, 2010

ISU KALIMAH ALLAH

Menjelang tahun 2010, isu yang hangat diperkatakan pada ketika ini adalah berkenaan isu yang membenarkan Kalimah Allah digunakan oleh umat Katolik di dalam majalah Herald Catolic. Pelbagai percanggahan pendapat yang didengari ketika ini. Pelbagai persoalan yang banyak ditimbulkan salah satu darinya adalah seperti Apakah nas dan dalil yang mengatakan agama lain dilarang menggunakan kalimah tersebut? dan pelbagai lagi. Sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan untuk melarangnya. Ini seolah-olah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan boleh dipertikaikan dan dianggap remeh oleh agama lain.

Saudara seislamku,

Pelbagai nas dan dalil yang mengatakan Allah itu adalah tuhan yang satu. Apakah umat katolik ketika ini telah mempercayai bahawa tuhan mereka adalah satu. Jika benar maka bersyukurlah. Jika tidak dalam alquran telah menyebut maka bagimu agamamu dan bagiku agamaku.

Di dalam isu ini pelbagai perkataan yang boleh digunakan oleh umat katolik untuk mentafsir tuhan seperti 'ilah' yang bermaksud tuhan tetapi mengapa dipilih perkataan 'Allah'. Apakah ianya bertujuan untuk memesongkan akidah umat islam?

Dalam isu penggunaan kalimah Allah ini ianya harus diberi perhatian kepada tujuannya dan niatnya. Mengapa perkataan Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam? Allah bermaksud tuhan yang satu dalam tafsir. Ianya berteraskan kepada tauhid dan akidah umat islam yang mengatakan bahawa Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Perkara ini telah dinyatakan dengan terang bahawa agama Islam mempercayai Tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t.

Mengapa Katolik tidak boleh menggunakan perkataan 'Allah' dalam urusan agamanya. Ini adalah kerana agama mereka mempercayai tuhan yang tiga dan bukannya satu. Mereka mempercayai Isa ( Jesus ) adalah anak Tuhan dan ada sesetengah doktrin mereka mempercayai Isa (Jesus) itu tuhan. "Berdasarkan doktrin ini Tuhan bagi Christian adalah tuhan yang mempunyai 3 oknum atau dalam bahasa yang lebih mudah tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Aliran utama kristian menyatakan bahawa oknum tersebut adalah Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan juga Roh Kudus dan ketiga-tiga oknum ini mempunyai kesamarataan kuasa serta ketiga-tiganya ini adalah satu yang terdapat dalam tiga yang membawa maksud ketiga-tiganya adalah satu pada hakikatnya. Itulah yang diajar oleh kegerejaan kristian mengenai konsep tuhan, sesuatu doktrin yang tidak pernah diajar oleh bible yang mereka miliki itu." -http://malay.bismikaallahuma.org/asas-asas-ajaran-kristian/

Oleh yang demikian wajarkah perkataan 'Allah' digunapakai oleh agama lain dan khususnya agama Kristian dalam isu ini. Jika mereka benar-benar mempercayai tuhan mereka adalah satu maka kita semua harus bersyukur. Ada sesetengah pendapat dari ahli doktrin PAS menyatakan perkara ini tidak salah seperti di laman web ibnu hasyim : http://www.ibnuhasyim.com/2009/03/tunjukkan-nas-dalil-bukan-islam-tidak.html. Tetapi ada juga artikel yang menarik untuk dibaca di http://rausyanfikir.com/2010/01/isu-kehilangan-adab-dalam-penggunaan.html.

Saudara seislam ku,
Peliharalah agamamu dan janganlah mempersendakannya. Ini bukan soal berdakwah tetapi soal tauhid dan akidah. Fikirkanlah wahai saudara seislamku.

-Biro Agama UCBA

Friday, January 1, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010

Kami seluruh jentera UMNO Cawangan Bukit Ampang ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua rakyat Malaysia. Semoga tahun yang mendatang Agama, Bangsa dan Negara dapat dipelihara dengan sebaiknya.

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Wednesday, December 30, 2009

INILAH SELANGOR DI BAWAH PAKATAN PEMBANGKANG


INILAH YANG DIKATAKAN PERBELANJAAN YANG BIJAK OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PAKATAN PEMBANGKANG. JALAN YANG ROSAK TIDAK PERLU DIBAIKI DAN TIDAK MENJADI KEUTAMAAN MEREKA. BAGI KERAJAAN NEGERI SELANGOR DIBAWAH PARTI KENCING RAKYAT (PKR) PERBELANJAAN CERAMAH SAMADA KECIL ATAU BESAR-BESARAN MENJADI KEUTAMAAN MEREKA. AKHIRNYA YANG DAPAT UNTUNG HANYA PENYELIA PROGRAM TERSEBUT. INILAH KEADILAN YANG DICANANG.

Fikirkanlah....

-rakyat sedih

Wednesday, December 16, 2009

Khalid Ibrahim dan BTN???

Monday, December 14, 2009

Anwar Ibrahim sokong BTN??

Saturday, November 28, 2009

Nik Aziz perlu berusaha menjadi orang yang bertaqwa

Pada hari jumaat yang lalu, sewaktu menunaikan ibadah sembahyang jumaat, saya tertarik dengan khatib yang memberikan khutbah di Masjid mengenai orang yang bertaqwa.

Khatib tersebut mengingatkan kita supaya berusaha untuk menjadi seorang mukmin yang bertaqwa. Beliau memberi penjelasan bahawa untuk mengenali dan menjadi orang yang bertaqwa ada pelbagai hujah dan pendapat mengenai ciri-cirinya tetapi pada khutbah kali ini khatib hanya mengambil hanya 3 dari ciri-cirinya yang telah digariskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-quran dan hadis yang difikirkan penting.

Seperti kita ketahui bahwa segenap bentuk ibadah kepada Allah ta’aala di dalam ajaran Islam adalah untuk mencetak manusia bertaqwa.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai manusia, beribadahlah kalian kepada Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dan orang-orang sebelum kalian agar kalian menjadi bertaqwa.” (QS Al-Baqarah ayat 21)

3 ciri yang digariskan oleh khatib pada ketika itu adalah :

Ciri yang pertama untuk menjadi seorang mukmin yang bertaqwa adalah seseorang itu perlu menginfakkan hartanya kejalan yang benar semata-mata kerana Allah s.w.t. Pada ketika ini khatib tersebut menyatakan contoh berinfak kejalan Allah adalah dengan bersedekah seperti di surau-surau atau masjid-masjid atau kepada anak2 yatim dan lain-lain lagi.

Ciri yang kedua untuk menjadi seorang muttaqin (orang yang bertaqwa) ialah beliau perlu memiliki sifat sabar. Sifat sabar ini adalah Kesabaran yang digariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Beliau memberi contoh bahawa apabila orang musyrik menghina dan mencaci keperibadian Nabi Muhammad s.a.w, baginda tetap bersabar tetapi baginda akan menunjukkan kemarahannya apabila orang-orang musyrik itu menghina dan mencaci agama Allah iaitu agama Islam. Ini adalah kerana baginda memelihara kesucian agama Islam. Pada ketika ini saya mula terfikir apakah mursyidul am dan pemimpin-pemimpin PAS yang mengatakan memperjuangkan Islam mempunyai ciri-ciri ini.


Ciri yang ketiga adalah memiliki sifat pemaaf. Kita perlu menjadi seorang yang pemaaf sesama kita sebagai saudara seIslam. Ia dapat mengeratkan silaturrahim dan perpaduan dikalangan umat ISLAM serta setiap insan dan mukmin. Pada ketika ini saya terfikir PAS menolak untuk perpaduan ISLAM yang disarankan oleh Presidennya. Sedangkan UMNO membuka pintu seluas-luasnya untuk kerajaan perpaduan yang disarankan oleh Presiden PAS demi kepentingan ummah walaupun berbeza fahaman dan ideologi politik.

Nik Aziz tidak pernah memaafkan saudara seIslamnya malah beliau mengkafirkan UMNO yang memperjuangkan Melayu yang dispesifikasikan di dalam perlembagaan negara iaitu mesti beragama ISLAM. Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS juga tidak pernah marah sekiranya sekutunya DAP atau PKR menghina agama ISLAM sedangkan cerita khatib diatas menyatakan Nabi Muhammad s.a.w juga menunjukkan kemarahan apabila agama Islam dicaci dan dihina. Diantara 2 parti ISLAM yang terbesar di Malaysia parti yang manakah yang menunjukkan kemarahan apabila ISLAM dihina dan dicaci? PAS atau UMNO? Setahu saya UMNO sahaja yang mempertahankan dan marah apabila ISLAM dihina. Ini membuktikan bahawa UMNO lebih Islam daripada PAS. Betulkah kenyataan PAS selama ini yang memperjuangkan ISLAM itu benar? Fikirkanlah.....

Penulisan ini adalah bertujuan memberi nasihat dan kesedaran sebagai tanda sayangnya kepada saudara seIslam. Semoga kita semua diberi rahmat dan kesedaran oleh Allah s.w.t.

-Pejuang ISLAM