Monday, April 19, 2010

Zaid Ibrahim Berjudi??

Inilah Karakter Zaid Ibrahim yang sebenar. Mungkin ramai yang tidak ketahui dan biarlah gambar dibawah menerangkan segala-galanya. Betapa liberalnya kehidupan beliau sehingga melanggar perintah Allah s.w t.



Friday, April 16, 2010

ZAID IBRAHIM BERTANDING DI SELANGOR KERANA KELANTAN TOK SE DIO.


Zaid Ibrahim baru-baru ini telah dipilih Pakatan pembangkang untuk menjadi calon bagi pilihanraya kecil Hulu Selangor mewakili PKR. Pandai betul si Zaid nie. Dia tahu orang Kelantan tak nak dia di Kelantan kemudian dia try plak kat Selangor. Jangan ingat orang Selangor akan duduk diam. Kalau tak percaya tanyalah orang Kelantan bagaimana sikap sebenar si Zaid nie.

Hulu Selangor memang inginkan orang melayu tetapi bukan orang melayu yang tidak memberi priority kepada perjuangan Islam dan Melayu itu sendiri. Zaid Ibrahim terkenal dengan pemikiran liberalnya. Cubalah tanya beliau tentang Islam, jawapan yang diberi sudah pasti seolah fahaman liberal. Sebagai seorang muslim yang sejati mahukah kita bersekongkol dengan orang yang meletakkan Islam agama yang suci pada tempat kedua dalam setiap penyataan yang telah dia buat selama ini. Inilah sebab utama Zaid tidak disukai di Kelantan. Kalau orang Kelantan pun dah ludah dia takkanlah Selangor pulak beria-ria nak jilat semula.

Kalau inilah pilihan pakatan pembangkang adalah lebih elok diberi kepercayaan kepada calon baru P.Kalamanathan. Sebabnya beliau merupakan orang baru dan disukai ramai di Hulu Selangor. Kalau kita fikirkan logik, barang baru selalunya bagus kerana masih belum dirosakkan.

Fikir-fikirkanlah...

-mek hulu selangor.

MIC Perlu Menang Hulu Selangor Buktikan Ia Mewakili Semua Kaum : Najib

Daripada Tham Choy Lin

WASHINGTON, 16 April (Bernama) -- MIC, yang sekali lagi diberi kepercayaan bertanding bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, perlu menang dalam pilihan raya kecil di situ 25 April ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata MIC perlu membuktikan yang ia sebuah parti nasional yang berkhidmat bukan saja untuk masyarakat India tetapi juga untuk semua kaum.

"Saya memutuskan (P) Kamalanathan (sebagai calon BN) ialah untuk memenuhi kehendak pengundi tempatan. Ia bermakna apa pandangan rakyat mengenai calon yang sesuai menjadi wakil Parlimen (diutamakan).

"Ini yang menjadi perhitungan pertama kerana kawasan Hulu Selangor ini kawasan BN. Kita pinjamkan kepada PKR sementara waktu. Sudah sampai masanya tempoh pinjaman ini ditematkan dan kembali kepada BN.

"Sebab itu kita mesti letak calon yang boleh menang," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia di sini sebelum meneruskan lawatannya ke New York.

Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan Ketua Penerangan MIC P.Kamalanathan, 44, sebagai calon BN untuk bertanding di situ.

Penamaan calon akan diadakan esok.

Najib berkata walaupun Datuk G.Palanivel tidak dipilih semula menjadi calon, beliau tetap mengiktiraf segala sumbangan Timbalan Presiden MIC itu.

"Saya tetap iktiraf Datuk G.Palanivel sebab dia banyak memberi sumbangan sebagai ahli Parlimen dan timbalan menteri (sebelum ini)," katanya.

Palanivel merupakan Anggota Parlimen Hulu Selangor sejak 1990 sebelum tewas kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR yang meninggal dunia 25 Mac lepasakibat barah otak.

Mengenai pemilihan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR kali ini, Najib berkata: "Semua orang kenal Zaid. Tak perlu saya ulas."

Mengenai lawatannya di sini, Perdana Menteri menyifatkannya sebagai yang "paling berhasil" terutama, kerana menurut beliau, sentimen Washington terhadap Kuala Lumpur telah berubah.

Katanya beliau melihat perubahan sentimen tersebut bukan sahaja pada Presiden Barack Obama dan pentadbirannya tetapi juga di Capitol Hill iaitu dalam kalangan senator serta ahli Kongres dan juga dalam kalangan ahli peniagaan Amerika Syarikat .

Isnin lepas Najib telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Obama semasa menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di sini.

-- BERNAMA

Kamalanathan Calon BN Di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 15 April (Bernama) -- Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Command BN di Bukit Sentosa pada 5.05 petang Khamis.

Muhyiddin berkata Kamalanathan dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas perbincangan dengan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

"Hari ini pucuk pimpinan dah buat keputusan hasil dari perbincangan yang agak panjang "day and night". Perdana Menteri hubungi saya dari Washington, ini matlamat BN, kita ambil pertimbangan semua rakyat dan MIC," katanya di hadapan lebih 3,000 penyokong BN.

Turut hadir para pemimpin komponen BN termasuk dari Sarawak dan Sabah.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN berkata, pemilihan Kamalanathan adalah selaras dengan kehendak akar umbi yang mahukan perubahan daripada segi kepimpinan.

"Kita turun ke bawah, mereka (rakyat) mahukan perubahan, orang yang baru, dengan mengambil gagasan 1Malaysia maka pucuk pimpinan telah beri pertimbangan sewajarnya," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebelum memutuskan Kamalanathan sebagai calon, pimpinan BN telah menyemak latar belakang dan keperibadiannya dan ternyata pemilihan itu adalah tepat dan terbaik.

"Dia calon yang baik, tiada skandal, tiada masalah. Kita sudah periksa latar belakang dia. Dia juga orang muda, berkelulusan Ijazah Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) di Australia," katanya.

Beliau berkata, Kamalanathan juga mempunyai personaliti yang baik kerana beliau sering turun padang, bekerja keras, terus terang. Beliau adalah tokoh yang sesuai untuk pengundi Hulu Selangor.

Mengenai calon yang sebelum ini disebut-sebut mewakili BN iaitu Naib Pemuda MIC V. Mugilan, Muhyiddin berkata, beliau telah menghubunginya dan memberitahunya bahawa ini bukan masa beliau untuk dicalonkan.

Beliau berharap Mugilan dapat bersama-sama turun padang membantu berkempen bagi kemenangan Kamalanathan.

"Sebelum ke sini saya menghubungi Mugilan. Saya beritahu dia, mungkin nasib kamu belum baik, rezeki belum ada (sebagai calon) sebab yang tentukan adalah Tuhan. Saya juga beritahu Mugilan, kamu mesti tolong, kerja kuat bantu kemenangan calon kita ini," katanya.

Kepada Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel, Muhyiddin berkata, walaupun tidak dicalonkan kali ini tetapi BN tetap menghargai jasa beliau yang pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat Hulu Selangor selama empat penggal sehingga pilihan raya umum 2008.

"Tahniah dan terima kasih kepada Palanivel kerana empat penggal menjadi anggota Parlimen di sini...dia sudah ada jasa. Saya percaya Palanivel yang kita tahu telah banyak berjasa akan turun dan membantu calon kita," katanya.

Muhyiddin juga mengakui sebelum nama calon diputuskan beliau sukar untuk melelapkan mata memikirkan mengenai siapa yang layak dicalonkan dari senarai yang dikemukakan Presiden MIC.

Katanya, akhirnya pemilihan calon dibuat selaras dengan slogan Perdana Menteri iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Beliau berkata BN juga mengiktiraf jasa dan sumbangan Samy Vellu yang merupakan seorang tokoh yang hebat.

Mengenai permintaan beberapa bahagian Umno yang mahu calon Umno bertanding, Muhyiddin berkata, Umno perlu menghormati konsep BN yang mengamalkan toleransi dalam perjuangan dan menghormati parti MIC yang telah lama bertanding di kawasan itu.

"Ada orang kata beri saja pada Umno, mungkin boleh menang. Tapi kita sudah lama bersahabat dengan MIC. Sudah duduk sama-sama dalam satu kerabat BN. Kawasan ini kawasan MIC tapi calon yang bertanding akan guna simbol BN, bukannya simbol MIC.

"Walaupun kita tahu MIC mewakili kaum India yang kecil di kawasan ini tapi konsep BN tiada yang kecil, semuanya sama. Kita mahu suara orang India diberi tempat," katanya.

--BERNAMA

Sunday, April 11, 2010

PAKATAN PEMBANGKANG BUKAN UNTUK SEMUA KAUM

KUALA LUMPUR 9 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar meletakkan calon bukan Melayu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini bagi memberi keadilan kepada semua kaum di kawasan tersebut.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini memandangkan dua daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Hulu Selangor iaitu Hulu Bernam dan Batang Kali kini disandang pemimpin Melayu.

Katanya, oleh itu adalah wajar jika kerusi Parlimen diwakili oleh pemimpin bukan Melayu di samping DUN Kuala Kubu Bharu memandangkan jumlah pengundi Melayu dan bukan Melayu adalah seimbang.

''Justeru jika mereka tidak meletakkan calon bukan Melayu, bererti mereka tidak adil kepada kaum lain dari segi pembahagian kerusi,'' katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian selepas menghadiri program ramah mesra bersama penduduk di kilang sawit Felda Sungai Tengi di sini hari ini.

Pada pilihan raya umum lalu, PKR meletakkan calon Melayu di kerusi yang ditandingi parti itu iaitu Parlimen Hulu Selangor dan DUN Batang Kali manakala DUN Kuala Kubu Bharu pula ditandingi DAP manakala Pas bertanding di DUN Hulu Bernam.

Kawasan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Daripada jumlah tersebut, orang Melayu merupakan majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.

Ahmad berkata, konsep pembahagian kuasa yang diamalkan BN melambangkan pemerintahan yang adil berteraskan gagasan 1Malaysia.

Mengenai peluang pada pilihan raya kecil tersebut, Ahmad yakin kemenangan akan berpihak kepada calon BN memandangkan rakyat semakin selesa dengan pentadbiran Kerajaan Pusat.

Selain itu katanya, banyak permohonan penduduk di Parlimen Hulu Selangor diluluskan oleh Kerajaan Pusat seperti pembinaan jalan raya, bantuan membaiki rumah dan juga keperluan lain.

Justeru beliau mengharapkan BN bukan sahaja menang di kerusi tersebut malah menang dengan majoriti yang agak selesa terutama peti undi di tanah rancangan Felda yang mempunyai 6,904 pengundi.

''Di empat tanah rancangan Felda di Parlimen Hulu Selangor iaitu Felda Sungai Tengi, Felda Sungai Tengi Selatan, Felda Soeharto dan Felda Gedangsa, kita jangkakan majoriti bakal bertambah berbanding pilihan raya umum lalu.

''Jika pada 2008, calon BN menang dengan majoriti 1,100 undi di empat Felda itu, kali ini saya harap majoriti tersebut akan lebih baik,'' ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan calon berketurunan India bertanding di Parlimen Hulu Selangor.

Beliau berkata, Abdul Khalid perlu berbuat demikian bagi membuktikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai keberanian meletakkan calon daripada kaum minoriti seperti dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

''Khalid tidak sedar bahawa langkah BN ini menepati konsep 1Malaysia. Oleh itu, saya cabar dia untuk letakkan calon kaum India jika pembangkang merasakan mereka benar-benar lebih hebat daripada BN.

''Puak PKR ini hanya pandai bercakap sahaja. Mereka sebenarnya tidak boleh buat seperti mana BN. Saya percaya dalam pilihan raya ini mereka tidak berani untuk meletakkan calon daripada kaum minoriti,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Khairy mengulas hasrat Abdul Khalid untuk menyerang gagasan 1Malaysia sepanjang kempen pilihan raya kecil itu kerana didakwanya banyak kelemahan dan ditolak oleh rakyat.

Bagi Khairy, Abdul Khalid harus berpijak di bumi nyata bahawa konsep 1Malaysia semakin diterima oleh rakyat negara ini termasuk generasi muda.

''Bagaimana dia boleh kata rakyat menolak 1Malaysia sedangkan dalam satu tinjauan yang dibuat, Perdana Menteri telah mendapat sokongan yang tinggi sehingga 68 peratus berbanding pada awal pelantikannya hanya 44 peratus," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Khairy hairan melihat telatah kerajaan pakatan pembangkang di Selangor yang memberi pelbagai habuan kepada penduduk di kawasan Hulu Selangor.

''Saya mendapat maklumat Abdul Khalid dan barisan pemimpin lain berkampung di kawasan Hulu Selangor dan memberi pelbagai habuan dan bantuan sama ada dalam bentuk tunai atau kelulusan geran tanah.

''Bila ditanya mengenai kelulusan yang diberi ini mereka kata kebetulan hendak diberi sekarang. Inilah tuduhan yang telah dibuat kepada BN sebelum ini. Rupa-rupanya mereka yang melakukan perbuatan itu sebenarnya,'' katanya lagi.


-UTUSAN

Sunday, April 4, 2010

TERIMA KASIH PM DAN TDM

Tun Dr. Mahathir berjumpa Dato Seri Najib di Pejabat PM pada 31 Mac 2010


Kami UMNO Cawangan Bukit Ampang mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga pada 2 orang pemimpin yang disayangi dan dihormati ini. Semoga 'yang terdahulu' membantu 'yang kini' dan 'yang kini' menghormati 'yang terdahulu' demi Agama, Bangsa, dan Negara. Salam perjuangan dari kami UMNO Cawangan Bukit Ampang untuk kedua pemimpin ini. Semoga diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.

-UCBA

Friday, April 2, 2010

INIKAH PEMIMPIN YANG ANDA IDAMKAN

Mari kita lihat Pendedahan berkaitan Anwar Ibrahim bersekongkol dengan yahudi yang didedahkan oleh web kumbang dan thewashingtonnote sama-samalah kita berfikir apakah ini pemimpin yang kita inginkan?. Fikirlah secara waras dan rasional.

Dari web analisis kumbang



Kumbang kembali menulis kerana jelek melihat Anwar mempertahankan diri kononnya beliau tiada kaitan langsung dengan Yahudi dan Israel.

Sedangkan satu dunia tahu Anwar telah menandatangani Perjanjian Annapolis Summit pada tahun 2007 yang cukup jelas perjanjian itu mengiktiraf pembentukkan negara haram Israel. Klik sini. Situasi ini jelas menunjukkan Anwar mempunyai kaitan rapat dengan Yahudi dan Israel.

Bukan sekadar itu pihak Yahudi dengan Al-Gore sebagai penggeraknya telah merancang kebangkitan Anwar Ibrahim selepas bebas dari penjara dengan melibatkan mantan timbalan perdana menteri itu di dalam pelbagai organisasi pimpinan beliau.

Organisasi yang paling kontroversi yang dianggotai Anwar ialah Generation Investment Management Group sebuah badan pemikir milik Parti Demokrat yang beroperasi di London.

Al-Gore telah melantik Anwar sebagai ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa organisasi itu dengan gaji lumayan pada tahun 2005 dan Anwar perlu menghadiri mesyuarat 2 kali setahun serta menjalankan tugas-tugas khas yang dirahsiakan oleh organisasi itu dari dunia luar. Ada pihak yang berpendapat tujuan Anwar menyertai organisasi ini adalah tujuan untuk mengumpulkan dana politik beliau.

Turut menyertai Generation Investment Management Group sebagai ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa ialah Simon Zadek dan Mary Robinson. Anwar kali terakhir menghadiri mesyuarat organisasi itu ialah pada 18 Mac lalu di London dan Anwar terang-terangan memberitahu telah menghadiri mesyuarat organisasi itu di Twitter,Facebook dan blog kepunyaan beliau.







Generation Investment Management Group Taja Israel

Apa yang menjadi kontroversi ialah apabila Generation Investment Management Group telah menaja syarikat Greenroad dari Israel sebanyak 10 juta Dollar Amerika pada 22 februari lalu. Perkara ini telah menimbulkan ramai tanggapan daripada masyarakat antarabangsa yang Al-Gore melalui organisasinya itu terang-terangan ingin membantu Israel dari sudut bantuan dana yang akhirnya memberi sumbangan kepada pertumpahan darah umat Islam di Palestin.

Ada di kalangan media antarabangsa turut menggelarkan Al-Gore dan sebagai Usahawan Israel dengan bantuan berkenaan dan Al-Gore turut memberitahu yang bantuan beliau itu hanya bersifat permulaan serta banyak lagi bantuan yang akan menyusul.

Hubungan Al-Gore dengan Israel daripada segi bantuan dana telah bermula sejak beliau menjadi Naib Presiden Amerika lagi dan hal ini dapat dilihat nama Al-Gore telah tersenarai di dalam laman web Jewish National Fund. Penyumbang dana Israel juga pernah menghadiahkan 1 Million Dollar kepada Al-Gore dan beliau membalas balik tahun ini dengan 10 Million Dollar kepada syarikat Israel.

Hubungan Al-Gore yang terlalu baik dengan Israel ini menimbulkan tanda-tanya apa peranan Anwar Ibrahim di dalam hubungan itu. Apatah lagi Anwar bergelar ahli lembaga penasihat antarabangsa dan hadir dalam mesyuarat organisasi yang memberi bantuan secara langsung kepada syarikat Israel.

Tatkala Anwar sibuk untuk bercerita mengenai Israel di Parlimen. Apa kata Anwar menerangkan semua kaitan beliau ini kepada umum.

Rakyat semua mahu tahu adakah Anwar benar-benar tidak terlibat langsung dengan yahudi dan Israel atau hanya cakap tak serupa bikin serta ingin menipu rakyat ?



Dari web thewashingtonnote

General Eric Shinseki Signs Annapolis Summit Letter
Share / Recommend - Comment - Print - Monday, Nov 26 2007, 9:06PM

On the eve of the Annapolis Summit, former U.S. Army Chief of Staff General ERIC SHINSEKI has asked that his name be added to a letter to the President and Secretary of State about the fundamental requirements for a successful Israel-Palestine outcome.

Former New Jersey Governor and Bush Administration EPA Administrator CHRISTINE TODD WHITMAN and Rice University James A. Baker III Institute for Public Policy Director and former US Ambassador EDWARD DJEREJIAN has also agreed to sign the letter.

The New America Foundation, International Crisis Group, and US/Middle East Project helped draft and promulgate a letter to President Bush and Secretary of State Condoleezza Rice regarding the Annapolis Peace Summit several weeks ago.

The letter, as first drafted, calls for a process that is inclusive of all parties in the region, a process that has impact on the daily lives of Palestinians and Israelis, and is not a one-shot deal that ends with this Summit.

There are many signers of the letter now, but initial signatories included BRENT SCOWCROFT, ZBIGNIEW BRZEZINSKI, CARLA HILLS, NANCY KASSEBAUM BAKER, LEE HAMILTON, THOMAS PICKERING, THEODORE SORENSEN, and PAUL VOLCKER.

Other signatories in the subsequent weeks have "included" but are not limited to:

US AID Deputy Administrator HARRIET "HATTIE" BABBITT, former USIA Chief JOSEPH DUFFEY, former US Senator GARY HART, former US Senator LINCOLN CHAFEE, RAND Corporation Board Member and New America Foundation/American Strategy Program Chair RITA HAUSER, former Assistant Secretary of State JAMES DOBBINS, former State Department Policy Planning Director MORTON HALPERIN, former Deputy Ambassador to the UN WILLIAM VAN DEN HEUVEL, former Israel Foreign Minister SCHLOMO BEN-AMI. . .

former US Senator BIRCH BAYH, former Congressman and Corning CEO AMO HOUGHTON Jr., former National Intelligence Council Chairman ROBERT HUTCHINGS, Fletcher School Dean and former U.S. Ambassador STEPHEN BOSWORTH, former Assistant Secretary of Defense LAWRENCE KORB, former American Political Science Association President and Columbia University professor ROBERT JERVIS, Kings College Terrorism Chair and New America Foundation Senior Fellow ANATOL LIEVEN, former National Security Agency Director Lt. General WILLIAM ODOM. . .

Committee for the Republic President WILLIAM NITZE, Brookings Visiting Senior Fellow DIANA VILLIERS NEGROPONTE, Former CIA Deputy Director JOHN McLAUGHLIN, former US Ambassador JOHN MALOTT, former EU Commissioner for Foreign Relations CHRISTOPHER PATTEN, former National Intelligence Officer for the Near East PAUL PILLAR, former US Senator LARRY PRESSLER, former US Ambassador FELIX ROHATYN. . .

MIT Center for International Studies Director RICHARD SAMUELS, retired Marine Corps General JOHN J. "JACK" SHEEHAN, Princeton University Woodrow Wilson School Dean ANNE-MARIE SLAUGHTER, Former Congressman STEPHEN SOLARZ, former First USA Bank CEO and Adagio Partners CEO RICHARD VAGUE, Former US Senator and UN Foundation President TIMOTHY WIRTH, and former US Ambassador and AIG Vice Chairman FRANK WISNER. . .

former New Jersey Governor and Environmental Protection Agency Administrator CHRISTINE TODD WHITMAN, Nixon Center President and National Interest Publisher DIMITRI SIMES, former National Security Advisor to Vice President Al Gore LEON FUERTH, Brookings Senior Fellow PHILIP GORDON, former US Ambassador to NATO ROBERT HUNTER, former Malaysia Deputy Prime Minister ANWAR IBRAHIM, former CIA Deputy Director JOHN McLAUGHLIN. . .

former State Department Chief of Staff LAWRENCE WILKERSON, Lehman Brothers Managing Director THEODORE ROOSEVELT IV, former US Ambassador JOSEPH WILSON, former Chief Monitor of the Middle East Roadmap at the Department of State JOHN S. WOLF -- among others.

The Annapolis Summit is actually an extraordinary meeting of global players -- including the foreign ministers of all P-5 nations not to mention a vast number of Arab states -- but more needs to be known on whether something tangible and transmittable to the next US President will emerge from this meeting.

While I have heard through the DC grapevine that the Palestinians are depressed after being cajoled into signing a joint declaration, they are hopeful and semi-confident that Bush's speech on Tuesday at the session will offer some greater specificity on his vision of various "final status" issues.

As one friend of mine close to the process told me today, it is vital that the White House understand that it is not only Ehud Ohlmert who needs to give a victory speech when he goes home -- but also Palestinian Authority President Abbas. If Palestinians on the street don't feel bolstered by the outcome tomorrow, Abbas will be politically crushed -- and Hamas, which is not included in this process, will emerge a victor.

More later.

-- Steve Clemons


Fikir-fikirkanlah...

-Bangsa Kecewa