Wednesday, October 20, 2010

UMNO SEBUAH PARTI MEMPERJUANGKAN ISLAM

Desas-desus kedengaran baru-baru ini ada pihak yang mengatakan bahawa parti UMNO bukanlah parti yang memperjuang dan mempertahankan Islam. Kadangkala sekiranya difikirkan dengan tenang perkara ini sama sekali adalah tidak berasas. Semuanya ditimbulkan kerana UMNO tidak dilihat seperti memperjuangkan Islam walhal hakikatnya banyak perkara yang dilaksanakan melalui pendekatannya adalah berlandaskan Islam.

Objektif dan asas tujuan penubuhan UMNO di dalam perlembagaannya adalah seperti berikut:


FASAL 3
ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.


3.1

Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.


3.2

Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.


3.3

Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.


3.4

Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.


3.5

Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.


3.6

Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.


Jelas, nyata dan terang pada fasal 3.3 telah menyatakan bahawa asas dan tujuan UMNO adalah untuk menegakkan, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan agama. Bagaimana UMNO melaksanakan asas tujuan ini?

Jawapannya adalah melalui pendekatan yang berbeza sama sekali dengan parti Islam yang lain. UMNO tidak pernah menggunakan pendekatan 'Islam ekstrim' dalam mempertahankan dan memperjuangkan agama Islam di dalam negara. Banyak pendekatan yang diambil semuanya berlandaskan 'Islam berhikmah' melalui pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kemurnian perjuangan Islam dalam UMNO tidak pernah diwar-warkan kerana khuatir agama Islam itu sendiri akan dipersalahkan sekiranya terdapat kesilapan dalam pelaksanaan sesuatu perkara. Dalam waktu yang sama UMNO tetap menghormati kebebasan agama lain. Ianya benar-benar seperti dalam Al-Quran yang menyebut 'bagimu agamamu dan bagiku agamaku'. Banyak lagi perkara yang boleh dikaitkan tetapi cukuplah sekadar ini sahaja kerana keilkhlasan dalam memperjuangkan agama itu lebih penting dari mewar-warkannya.

Kesimpulannya ternyata bahawa parti UMNO adalah parti yang memperjuangkan Islam. Cuma cara dan pendekatan yang digunapakai adalah berbeza semata-mata untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan dalam negara. Walhal Islam itu sendiri bermakna sejahtera. Percayalah wahai saudaraku UMNO tetap akan mempertahankan Melayu dan Islam kerana wadah perjuangan tidak pernah tersasar dari landasan agama.

Ini berbeza dengan PAS yang kini kelihatan terlalu liberal sehinggakan pada muktamarnya yang lepas pun tidak pernah membincangkan tentang hal agama kerana mereka kuatir akan disergah oleh rakan DAP yang mereka sayangi. Mereka lebih mengutamakan umat lain dari saudara seIslam mereka. Mungkin pendekatan Islam mereka sebegini rupa. Wallahu aalam. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.


Fikir-fikirkanlah.....

-saudara seislam.

Sunday, October 17, 2010

TERIMA KASIH YAB PERDANA MENTERI KERANA SUDI MENZIARAH KE AMPANG






Kami mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib bin Hj Tun Abdul Razak dan Menteri pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat kerana sudi hadir dan merasmikan program skuad sayang di Ampang. Kehadiran YAB Dato' Seri telah menyerikan majlis dan memberi harapan kepada masyarakat di Ampang. Salam perjuangan dari kami UMNO Cawangan Bukit Ampang.

-UCBA

Friday, October 15, 2010

BELANJAWAN 2011 BUKTI KERAJAAN BN PERIHATIN KEPADA RAKYAT

Bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”, Bajet 2011 akan menumpu kepada empat strategi utama:

Pertama : Mendaya Kembali Pelaburan Swasta;

Kedua : Membangunkan Modal Insan;

Ketiga : Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan

Keempat : Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam

Mendaya Kembali Pelaburan Swasta

  1. Mempergiatkan inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta (PPP).

a) Beberapa projek PPP telah dikenal pasti dalam RMK-10 yang akan mula dilaksanakan pada 2011 dengan kos pelaburan swasta RM12.5 bilion.

b) Projek PPP Academic Medical Centre usaha sama antara Academic Medical Centre Sdn. Bhd. dengan Johns Hopkins Medicine International dan Royal College of Surgeons Ireland, melibatkan pelaburan swasta sebanyak RM2 bilion.

  1. Projek strategik berimpak tinggi.

Transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Greater KL (Lembah Klang) akan dilaksanakan mulai 2011, dengan anggaran kos pelaburan swasta kira-kira RM40 bilion.

  1. Mencergaskan pasaran modal. Antaranya:

a) Syarikat pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan mengurangkan pegangan saham dalam syarikat utama di Bursa Malaysia

b) GLIC akan dibenar meningkatkan pelaburan di luar negara

c) Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon runcit

d) Suruhanjaya Sekuriti akan menawarkan 3 broker saham baru kepada syarikat tempatan dan asing atau usaha sama

  1. Mengunggulkan pasaran modal Islam.

Bursa Malaysia akan membangunkan international board bagi membolehkan penyenaraian saham asing, termasuk produk patuh syariah.

  1. Modal teroka, terutamanya sektor berteknologi tinggi.

Kerajaan menyediakan Latihan Peningkatan Keusahawanan kepada 500 bakal teknopreneur.

Dana Permulaan Perniagaan berjumlah RM100 juta untuk memberi pembiayaan mudah.

  1. Skim Amanah Hartanah Bumiputera akan dilancarkan di bawah Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera tahun ini bernilai RM1 bilion dan patuh syariah
  2. Dana Pencen Swasta akan dilancarkan pada 2011 untuk memanfaatkan pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.
  3. Industri Elektrik & Elektronik (E&E)

Peruntukan RM857 juta bagi syarikat tempatan yang melabur dalam aktiviti E&E bernilai tambah tinggi.

  1. Industri minyak, gas dan tenaga

a) Peruntukan RM146 juta untuk memperkembangkan industri terutamanya aktiviti hiliran.

b) Petronas akan melaksanakan projek regasification dengan kos pelaburan RM3 bilion di Melaka yang dijangka beroperasi bermula 2012.

  1. Memajukan teknologi hijau termasuk:

a) Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015

b) Pengecualian 100% duti import dan duti eksais ke atas kereta hibrid

  1. Sektor pertanian termasuk:

a) Peruntukan RM252 juta untuk membangunkan Zon Akuakultur Bersepadu dengan skala besar di Sabah dan Sarawak

b) RM235 juta diperuntukkan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran padi

c) Menggalakkan petani menceburi bidang pertanian bernilai tinggi dengan peruntukan RM135 juta untuk prasarana asas

d) RM80 juta ringgit untuk menjalin kerjasama di antara petani buah-buahan dan sayur-sayuran secara kecil-kecilan dengan syarikat peneraju

e) Membina Pusat Penyelidikan Antarabangsa Tanaman Masa Hadapan

  1. Industri pelancongan termasuk:

a) Memperuntukkan RM80 juta untuk kemudahan infrastruktur untuk menarik pelancong ke kawasan pedalaman

b) Membina laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang

c) Memansuhkan duti import 5% – 30% ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan barangan harian

  1. Memangkin industri minyak sawit dan produk berkaitan:

a) Menggalakkan penanaman semula klon pokok sawit lama bermutu tinggi

b) Mengagihkan RM127 juta untuk menyokong syarikat oleo derivatives tempatan dan RM23 juta untuk industri hiliran minyak sawit

  1. Penjanaan ekonomi digital yang inovatif.

a) Melaksanakan program MY Creative Content dengan peruntukan RM119 juta

b) Melanjutkan tempoh galakan elaun pelaburan kepada penyedia kemudahan sambungan terakhir perkhidmatan jalur lebar, dan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar sehingga 2012

c) Mengecualikan cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit

  1. Menggalakkan sektor perkhidmatan perniagaan untuk memenuhi permintaan membaik pulih dan menyelenggara kapal terbang serta helikopter dengan peruntukan RM91 juta.
  2. Pembangunan koridor dan wilayah:

a) Peruntukan RM339 juta untuk Wilayah Pembangunan Iskandar

b) Peruntukan RM133 juta untuk Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan RM178 juta untuk Wilayah Ekonomi Pantai Timur

c) Peruntukan RM93 juta untuk Wilayah SCORE dan RM110 juta untuk Koridor Pembangunan Sabah

  1. Aktiviti Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan (R&D&C)

Peruntukan RM71 juta untuk program bagi meningkatkan inovasi, penciptaan produk baru dan pengkomersilan.

  1. Akta Insolvensi baru akan memperkenalkan peruntukan berkenaan mekanisme penyelamat bagi syarikan dan individu bermasalah kewangan, termasuk mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
  2. Industri kreatif

Peruntukan RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif tempatan berkualiti tempatan meliputi animasi, pengiklanan, perfileman dan lain-lain.

  1. Menaikkan cukai perkhidmatan kepada 6%, termasuk perkhidmatan penyiaran TV berbayar.
  2. Memperkukuhkan kedudukan kewangan negara dengan memperkukuhkan sistem kutipan cukai.

Membangunkan Modal Insan

  1. Menambah bilangan tenaga kerja berkualiti dengan penubuhan Talent Corporation pada awal 2011.
  2. Sistem pendidikan negara akan dirombak, termasuk:

a) Peruntukan RM6.4 bilion untuk membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

b) Pengagihan ganjaran sejumlah RM213 juta kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

c) Penambahan 1,700 kelas, memantapkan kurikulum dan melantik 800 guru pra-sekolah lepasan ijazah.

d) Memperuntukkan RM111 juta untuk program PERMATA.

e) Menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM250 juta untuk Sekolah Bantuan Modal Agama, Sekolah Kebangsaan Cina & Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

f) Membiayai bantuan per kapita untuk Sekolah Agama Rakyat (rendah dan menengah) dengan peruntukan RM95 juta.

g) Peruntukan RM213 juta untuk mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan bahasa Inggeris dan memperkemaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah, termasuk mengambil 375 guru penutur jati Bahasa Inggeris.

  1. Memperkasa institusi pengajian tinggi seperti:

a) Menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD kepada 75% bagi universiti penyelidikan dan 60% bagi IPTA lain.

b) Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III, II dan I serta penganugerahan Profesor Ulung.

  1. Meningkatkan kemahiran graduan termasuk:

a) Mempergiatkan program Industrial Skill Enhancement di Pusat Latihan Kemahiran Negeri untuk graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal.

b) Peruntukan RM50 juta untuk melatih graduan bidang ICT.

c) Peruntukan RM200 juta untuk pelbagai program untuk mengembangkan kompetensi dan kebolehpasaran siswazah jurusan lain.

  1. Pengagihan RM474 juta untuk meningkatkan produktiviti dan kemahiran golongan bukan siswazah.
  2. Pelaksanaan Program Latihan 1Malaysia untuk meningkatkan kemahiran dan mempelajari kemahiran baru, dengan peruntukan RM500 juta.
  3. Peningkatan produktiviti golongan pekerja termasuk:

a) Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai platform utama penetapan gaji dan pengenalan gaji minimum mulai Januari 2011.

b) Menaikkan levi secara berperingkat mengikut sektor ke atas pengambilan pekerja asing, serta mewajibkan insurans kesihatan ke atas majikan bagi pengambilan pekerja asing.

  1. Golongan wanita

a) Peruntukan RM30 juta untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan.

b) Pelaksanaan program perintis Small Office Home Office untuk wanita kurang upaya selama 3 bulan.

c) Menjenamakan semula 40 buah TASKA 1Malaysia untuk golongan wanita tidak berkemampuan mendapatkan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal berkualiti bagi anak-anak.

d) Memberi fleksibiliti dengan menentukan sendiri cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari.

  1. Pembangunan dan penyelidikan sukan dengan peruntukan RM365 juta dan peruntukan RM20 juta untuk penubuhan Akademi Bola Sepak.

Sunday, October 10, 2010

PILIHANRAYA KECIL DUN GALAS SUDAH TIBA WAKTUNYA RAKYAT MEMILIH BN

Kami menyeru masyarakat yang berada di Dun Galas untuk mengundi Barisan Nasional. Percayalah kami akan senantiasa memastikan semua keperluan masyarakat di Galas tertunai selagi diizinkan Allah s.w.t. Janji BN bukan sekadar janji tetapi boleh ditunaikan.
HIDUP BARISAN NASIONAL !! HIDUP UMNO!!

-UCBA

Monday, September 27, 2010

Integriti pemangkin negara


Integriti sesebuah organisasi ataupun sebuah badan politik adalah amat penting untuk dinilai oleh masyarakat dalam negara. Ianya menjadi satu tunggak utama dalam melahirkan akhlak dan budi pekerti mulia untuk generasi yang akan datang. Tanpanya negara pasti berada dalam keadaan yang tidak aman dan stabil serta akan mengundang kepada ancaman keselamatan dalam negara.

Baru-baru ini kita dapat melihat PKR telah membuktikan bahawa mereka telah berjaya mendidik amalan songsang kepada pengikut dan ahlinya dengan menerapkan sikap yang tidak sepatutnya ada pada generasi muda pada hari ini. Sikap tamakkan kuasa, perlakuan samseng dan tidak bertamadun telah menjadi sandaran utama dalam parti PKR. Ini terbukti ketika pemilihan parti mereka baru-baru ini. Pelbagai kejadian yang tidak seharusnya berlaku telah pun berlaku dalam pemilihan parti mereka. Walhal mereka selalu teriakkan kononnya memperjuangkan keadilan dan kononnya parti merekalah yang terbaik dan suci. Tetapi apa yang berlaku sewaktu pemilihan PKR di beberapa tempat yang diadakan seperti Kota Raja dan Kuala Langat adalah perkara yang sebenarnya adalah amat berbeza sekali dari apa yang diwar-warkan.

Ini jelas bahawa Parti Keadilan Rakyat mahupun Pakatan Rakyat bukanlah sebuah entiti yang boleh menjamin masa depan negara. Pada waktu mereka melaksanakan pemilihan parti pun telah gundah gulana dengan pelbagai insiden yang tidak diingini berlaku seperti pergaduhan semata-mata kerana rebutan kuasa. Ini baru pemilihan parti belumpun mahu memerintah negara. Apa akan jadi sekiranya parti ini memerintah negara dengan berbekalkan minda yang hanya memikirkan perebutan kuasa dan tamak tanpa memikirkan kepentingan lain?.

Saya dapat membezakan apabila parti UMNO melaksanakan pemilihan partinya, mereka berjaya melaksanakan dengan lebih bertamadun dan lebih berintegriti mulia. Integriti setiap ahlinya dan sistem pelaksanaannya tenang sepanjang setiap kali proses pemilihannya menunjukkan UMNO adalah lebih berpengalaman dan cukup disegani jika dibandingkan dengan parti PKR dan pakatan pembangkang yang semuanya hanya menunjukkan sikap gila kuasa dan tidak berakhlak mulia. Kalau dahulu PKR suka mengata dan memfitnah kononnya UMNO adalah parti yang tidak mempunyai integriti tetapi pada hari secara sendirinya ia telah terbukti bahawa ianya adalah berbeza sama sekali dengan apa yang diwar-warkan. Saya dapat merasakan UMNO telah berjaya mendidik anak bangsa supaya bersikap lebih bertamadun dan lebih berintegriti dari parti yang ada dalam negara ini.

Bayangkan sekiranya setiap dari rakyat kita berfikiran mementingkan kuasa dari memikirkan soal pembangunan bersama, apa akan jadi pada negara?. Saya berharap saudara-saudari yang ada diluar sana dapat menilai dengan baik dan membezakannya secara adil tanpa memikirkan soal kepartian. Sekiranya kita hendak memilih buah pastikan isinya cantik dilihat dan manis dirasa. Saya terdetik untuk berkongsi pandangan kerana begitu teruja dengan penilaian saya sendiri dan saya ucapkan terima kasih kepada UMNO kerana telah berjaya mendidik anak bangsa yang berhati mulia. Malahan dalam 8 cabang utama konsep 1Malaysia juga salah satunya termaktub integriti. Terima kasih juga kepada UMNO Cawangan Bukit Ampang sekiranya menyiarkan penulisan ikhlas saya ini.

Sekian Terima Kasih.

-rakyat biasa

Tuesday, September 21, 2010

PM umum program pembangunan Selangor dalam Bajet 2011

SHAH ALAM 20 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan mengumumkan pelbagai program pembangunan untuk faedah rakyat negeri Selangor dalam pembentangan belanjawan bulan depan.

Menurut Perdana Menteri, semua program tersebut dirangka sebagai memenuhi keperluan masyarakat di negeri ini dan juga seluruh negara.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat melihat sendiri kemampuan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti serta kerajaan yang boleh diharap bagi memenuhi tuntutan pelbagai lapisan rakyat.

"Di Selangor, kita boleh bergantung kepada UMNO dan BN bagi merancang masa depan, untuk memenuhi harapan dan cita-cita kita semua.

"Ini kerana kerajaan BN lebih bersedia untuk memenuhi tuntutan- tuntutan tersebut (berbanding kerajaan pakatan pembangkang)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perdana Menteri Berhari Raya Bersama Rakyat anjuran Perhubungan UMNO Selangor di Seksyen 20 di sini hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar bersama isteri, Prof. Datin Seri Dr. Aishah Mohd. Salleh dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Majlis yang turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Mohd. Zawawi Md. Zin serta kehadiran lebih 10,000 penduduk pelbagai keturunan.

Najib juga mengingatkan setiap ahli UMNO untuk mengukuhkan perpaduan dalam erti kata sebenar dengan semangat jitu dan tulen.

Jelas beliau, perpaduan itu perlu selari dengan semangat rumah terbuka yang dianjurkan masa kini untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.

"Kita perlu memperlihatkan UMNO sebagai parti yang progresif dan dinamik bagi memperoleh semula kepercayaan orang ramai kepada parti ini.

"Saya dan para pemimpin UMNO akan turun padang melawat kawasan di Selangor tidak lama lagi bagi mendekati orang ramai," ujarnya.

Tegas beliau, walaupun parti-parti pembangkang sering melemparkan kritikan tetapi hakikatnya UMNO dan BN mampu membawa perubahan yang lebih besar kepada negara.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, pembangkang sebenarnya tidak kuat tetapi UMNO yang lemah kerana kecuaian sendiri dan ia perlu dipulihkan segera.

"Jadikan perubahan itu sebagai komitmen kita kepada parti seperti yang diharapkan oleh rakyat," katanya.

-utusan.

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


Kami mewakili UMNO Cawangan Bukit Ampang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Semoga kerahmatan syawal dapat dirasai sepenuhnya oleh kita, insya-allah. Tidak lupa juga ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kepimpinan UMNO peringkat Pusat, Negeri, Bahagian dan rakan seperjuangan seluruh Malaysia. Semoga apa yang dirancangkan tercapai dengan izin Allah s.w.t.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


-Ikhlas dari kami UCBA-