Monday, September 27, 2010

Integriti pemangkin negara


Integriti sesebuah organisasi ataupun sebuah badan politik adalah amat penting untuk dinilai oleh masyarakat dalam negara. Ianya menjadi satu tunggak utama dalam melahirkan akhlak dan budi pekerti mulia untuk generasi yang akan datang. Tanpanya negara pasti berada dalam keadaan yang tidak aman dan stabil serta akan mengundang kepada ancaman keselamatan dalam negara.

Baru-baru ini kita dapat melihat PKR telah membuktikan bahawa mereka telah berjaya mendidik amalan songsang kepada pengikut dan ahlinya dengan menerapkan sikap yang tidak sepatutnya ada pada generasi muda pada hari ini. Sikap tamakkan kuasa, perlakuan samseng dan tidak bertamadun telah menjadi sandaran utama dalam parti PKR. Ini terbukti ketika pemilihan parti mereka baru-baru ini. Pelbagai kejadian yang tidak seharusnya berlaku telah pun berlaku dalam pemilihan parti mereka. Walhal mereka selalu teriakkan kononnya memperjuangkan keadilan dan kononnya parti merekalah yang terbaik dan suci. Tetapi apa yang berlaku sewaktu pemilihan PKR di beberapa tempat yang diadakan seperti Kota Raja dan Kuala Langat adalah perkara yang sebenarnya adalah amat berbeza sekali dari apa yang diwar-warkan.

Ini jelas bahawa Parti Keadilan Rakyat mahupun Pakatan Rakyat bukanlah sebuah entiti yang boleh menjamin masa depan negara. Pada waktu mereka melaksanakan pemilihan parti pun telah gundah gulana dengan pelbagai insiden yang tidak diingini berlaku seperti pergaduhan semata-mata kerana rebutan kuasa. Ini baru pemilihan parti belumpun mahu memerintah negara. Apa akan jadi sekiranya parti ini memerintah negara dengan berbekalkan minda yang hanya memikirkan perebutan kuasa dan tamak tanpa memikirkan kepentingan lain?.

Saya dapat membezakan apabila parti UMNO melaksanakan pemilihan partinya, mereka berjaya melaksanakan dengan lebih bertamadun dan lebih berintegriti mulia. Integriti setiap ahlinya dan sistem pelaksanaannya tenang sepanjang setiap kali proses pemilihannya menunjukkan UMNO adalah lebih berpengalaman dan cukup disegani jika dibandingkan dengan parti PKR dan pakatan pembangkang yang semuanya hanya menunjukkan sikap gila kuasa dan tidak berakhlak mulia. Kalau dahulu PKR suka mengata dan memfitnah kononnya UMNO adalah parti yang tidak mempunyai integriti tetapi pada hari secara sendirinya ia telah terbukti bahawa ianya adalah berbeza sama sekali dengan apa yang diwar-warkan. Saya dapat merasakan UMNO telah berjaya mendidik anak bangsa supaya bersikap lebih bertamadun dan lebih berintegriti dari parti yang ada dalam negara ini.

Bayangkan sekiranya setiap dari rakyat kita berfikiran mementingkan kuasa dari memikirkan soal pembangunan bersama, apa akan jadi pada negara?. Saya berharap saudara-saudari yang ada diluar sana dapat menilai dengan baik dan membezakannya secara adil tanpa memikirkan soal kepartian. Sekiranya kita hendak memilih buah pastikan isinya cantik dilihat dan manis dirasa. Saya terdetik untuk berkongsi pandangan kerana begitu teruja dengan penilaian saya sendiri dan saya ucapkan terima kasih kepada UMNO kerana telah berjaya mendidik anak bangsa yang berhati mulia. Malahan dalam 8 cabang utama konsep 1Malaysia juga salah satunya termaktub integriti. Terima kasih juga kepada UMNO Cawangan Bukit Ampang sekiranya menyiarkan penulisan ikhlas saya ini.

Sekian Terima Kasih.

-rakyat biasa

Tuesday, September 21, 2010

PM umum program pembangunan Selangor dalam Bajet 2011

SHAH ALAM 20 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan mengumumkan pelbagai program pembangunan untuk faedah rakyat negeri Selangor dalam pembentangan belanjawan bulan depan.

Menurut Perdana Menteri, semua program tersebut dirangka sebagai memenuhi keperluan masyarakat di negeri ini dan juga seluruh negara.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat melihat sendiri kemampuan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti serta kerajaan yang boleh diharap bagi memenuhi tuntutan pelbagai lapisan rakyat.

"Di Selangor, kita boleh bergantung kepada UMNO dan BN bagi merancang masa depan, untuk memenuhi harapan dan cita-cita kita semua.

"Ini kerana kerajaan BN lebih bersedia untuk memenuhi tuntutan- tuntutan tersebut (berbanding kerajaan pakatan pembangkang)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perdana Menteri Berhari Raya Bersama Rakyat anjuran Perhubungan UMNO Selangor di Seksyen 20 di sini hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar bersama isteri, Prof. Datin Seri Dr. Aishah Mohd. Salleh dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Majlis yang turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Mohd. Zawawi Md. Zin serta kehadiran lebih 10,000 penduduk pelbagai keturunan.

Najib juga mengingatkan setiap ahli UMNO untuk mengukuhkan perpaduan dalam erti kata sebenar dengan semangat jitu dan tulen.

Jelas beliau, perpaduan itu perlu selari dengan semangat rumah terbuka yang dianjurkan masa kini untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.

"Kita perlu memperlihatkan UMNO sebagai parti yang progresif dan dinamik bagi memperoleh semula kepercayaan orang ramai kepada parti ini.

"Saya dan para pemimpin UMNO akan turun padang melawat kawasan di Selangor tidak lama lagi bagi mendekati orang ramai," ujarnya.

Tegas beliau, walaupun parti-parti pembangkang sering melemparkan kritikan tetapi hakikatnya UMNO dan BN mampu membawa perubahan yang lebih besar kepada negara.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, pembangkang sebenarnya tidak kuat tetapi UMNO yang lemah kerana kecuaian sendiri dan ia perlu dipulihkan segera.

"Jadikan perubahan itu sebagai komitmen kita kepada parti seperti yang diharapkan oleh rakyat," katanya.

-utusan.

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


Kami mewakili UMNO Cawangan Bukit Ampang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Semoga kerahmatan syawal dapat dirasai sepenuhnya oleh kita, insya-allah. Tidak lupa juga ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kepimpinan UMNO peringkat Pusat, Negeri, Bahagian dan rakan seperjuangan seluruh Malaysia. Semoga apa yang dirancangkan tercapai dengan izin Allah s.w.t.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


-Ikhlas dari kami UCBA-

Tuesday, August 17, 2010

Khutbah Nabi Muhammad menjelang Ramadhan

Dari Salmân al-Fârisî ra. ia berkata bahwa Rasulullah SAW di akhir bulan Sya`ban berkhutbah kepada kami, beliau bersabda, "Wahai manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung dan penuh berkah. Di dalamnya terdapat satu malam yang nilai (ibadah) di dalamnya lebih baik dari 1. 000 bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kewajiban, dan menghidupkan malamnya sebagai perbuatan sunnah (tathawwu`). Barangsiapa (pada bulan itu) mendekatkan diri (kepada Allah) dengan satu kebaikan, ia seolah-olah mengerjakan satu ibadah wajib pada bulan yang lain. Barangsiapa yang mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran itu balasannya surga. Ia (juga) bulan tolong-menolong, di mana di dalamnya rezki seorang Mukmin bertambah (ditambah). Barangsiapa (pada bulan itu) memberikan bukaan (ifthâr) kepada seorang yang berpuasa, maka itu menjadi maghfirah (pengampunan) atas dosa-dosanya, penyelamatnya dari api neraka dan ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa (itu) sedikitpun." Kemudian para Sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, tidak semua dari kita memiliki makanan untuk diberikan sebagai bukaan orang yang berpuasa." Rasulullah SAW berkata, " Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan bukaan dari sebutir kurma, atau satu teguk air atau sedikit susu. Ramadhan adalah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (ampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka." (HR Baihaqî)

Khutbah Nabi SAW yang diriwayatkan dari seorang Sahabat mulia, Salmân al-Fârisî di atas mengandung (secara implisit) beberapa stimulan dalam menyongsong bulan Ramadhan. Nabi SAW dalam khutbahnya tersebut menginginkan agar umat Islam benar-benar memahami kualitas tamu agung yang akan mendatangi umat Islam ini. Stimulan dalam khutbah di atas dapat dijabarkan dalam beberapa poin:

Pertama, bulan Ramadhan merupakan bulan yang agung dan penuh keberkahan. Keagungan dan keberkahan bulan ini dapat dilihat dari penghormatan Allah terhadapnya. Allah menurunkan Al-Qur’an di dalamnya. Selain itu, ada sebuah fenomena yang cukup berbeda jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lainnya, di mana hati setiap Mukmin tergerak untuk bersedekah lebih banyak, membaca Al-Qur’an lebih getol, dan qiyamullail. Sehingga dapat dikatakan bahwa Ramadhan merupakan ‘musim seminya’ Al-Qur’an. Lebih dari itu semua, keagungan dan keberkahan Ramadhan karena memiliki satu malam yang nilai ibadah di dalamnya lebih baik dari 1.000 bulan, yakni malam Laitul Qadar. Hal ini secara gamblang dijelaskan oleh Allah SWT: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur’an pada malam Laitul Qadar. Tahukah kalian apa Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbitnya fajar." (Qs. Al-Qadr [97]: 1-5).

Sungguh, malam Lailatul Qadar itu merupakan bonus ibadah bagi setiap Mukmin. Secara matematis, 1.000 bulan itu sekitar 84 tahun. Padahal umur manusia (umat Islam) jarang yang mencapai angka itu. Tapi, jika ibadah pada malam Lailatul Qadar itu benar-benar (dilakukan) karena mengharap ridha Allah, maka nilainya lebih baik dari ibadah yang dilakukan selama 1.000 bulan. Oleh karena itu, Nabi SAW memberikan contoh bagaimana agar setiap Muslim bersungguh-sungguh beribadah di sepuluh akhir Ramadhan. Dalam Hadits yang diriwayatkan dari Aisyah ra. beliau bersabda, "Carilah malam Lailatul Qadar itu pada malam ganjil di sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan." (Dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam bab keutamaan ‘Lailatul Qadar’/2020). Oleh karenanya, beliau menganjurkan agar setiap Mukmin yang berpuasa dapat menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan (perhitungan), "…barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan (perhitungan), maka dosanya yang telah lalu diampuni." (Dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam bab keutamaan Lailatul Qadar/2014).

Kedua, pelipatgandaan pahala kebaikan. Ramadhan merupakan bulan yang menjadikan nilai seorang hamba berlipat-lipat. Pahala sunnah dinilai sebagai pahala amal yang wajib, yang dikerjakan pada bulan lain. Bahkan, satu kebaikan dibalas dengan 70 kebaikan. Luar biasa!

Ketiga, bulan kesabaran. Proses imsâk yang dilakukan bagi setiap orang yang puasa, mulai terbit fajar hingga terbenam matahari merupakan sebuah proses pembentukan karakter sabar. Satu perbuatan yang sangat dicintai oleh Allah SWT. Pada bulan inilah setiap Mukmin yang berpuasa digembleng untuk menjadi seorang yang ulet dan tahan uji. Sehingga Nabi SAW menyatakan bahwa balasan sabar adalah surga. Hal ini sangat paralel dengan firman Allah: "Jadikanlah sabar dan shalat itu sebagai penolong kalian, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." (Qs. Al-Baqarah [2]: 153).

Keempat, Ramadhan merupakan bulan ’semangat sosial’. Seorang yang melakukan puasa merupakan orang yang memiliki kepekaan sosial yang tinggi. Empati mereka benar-benar tampak nyata. Tidak dapat dipungkiri bahwa kegiatan bersedekah dan berderma pada bulan Ramadhan sangat fenomenal. Maka tidak heran, jika sejak awal puasa, para ulama membolehkan pembayaran zakat fitrah. Ini merupakan bentuk konkret dari ‘kepekaan sosial’. Karena ternyata, seorang Mukmin yang berpuasa diajak langsung praktek merasakan lapar dan dahaga, sebagaimana yang dirasakan oleh para fakir-miskin. Bahkan, orang yang memberikan bukaan kepada orang yang berpuasa akan menjadi ampunan dosa, dibebaskan dari api neraka dan memperoleh pahala seperti pahala orang yang melakukan puasa itu sendiri. Lebih untung lagi, ternyata pahala yang berpuasa itu tidak berkurang sedikitpun.

Kelima, Ramadhan memiliki tiga bagian penting: rahmat, ampunan (maghfirah) dan pembebasan dari api neraka. Tentunya, untuk memperoleh ketiga substansi puasa tersebut, seorang Mukmin harus benar-benar memurnikan niat dan membulatkan ikhtiarnya: untuk mempersembahkan ibadah yang terbaik kepada Allah. Dengan demikian, seorang Mukmin tidak bisa bertindak pragmatis: memilah dan memilih bagian dari ketiga substansi tersebut. Ia harus dilalui secara berurutan. Dengan demikian, pembebasan dari api neraka tidak akan tercapai, sebelum diperolah maghfirah Allah SWT. Dan maghfirah ini tidak akan direngkuh, sebelum mendapatkan rahmat (kasih sayang) Allah SWT. Ketiga subtansi itu tidak bisa dipisahkan, karena puasa merupakan hak prerogatif Allah, "Setiap amalan Anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa. Puasa adalah milik-Ku dan aku (sendiri) yang akan membalasnya." (Hadits Qudsi. Hadits Qudsi ini diriwayatkan dari Abdullah ibn Muhammad, dari Hisyâm, dari Ma`mar, dari az-Zuhrî, dari Ibnu al-Musayyab, dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW).

Khutbah Nabi SAW adalah khutbah yang ditujukan kepada kita. Seolah-olah beliau berdiri di hadapan kita: memberikan tuntunan dalam menyambut sang tamu agung. Kita berharap khutbah beliau menjadi pedoman komplit sebelum ’sang tamu agung’ datang ke hadapan kita. Dengan demikian, lahir dan batin kita telah siap menerima kehadirannya. Wallâhu a`lamu bi as-shawâb!

MARILAH BERSAMA RENUNGKAN

-Biro agama UCBA

Friday, August 13, 2010

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Kami mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga di bulan Ramadan yang barakah ini, ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.

-UCBA

Monday, August 2, 2010

MENJELANGNYA RAMADHAN AL MUBARAK

Marilah kita renungkan sedikit maklumat mengenai persiapan diri menjelang Ramadhan Al-Mubarak yang akan datang. Semoga dengan adanya maklumat ini, umat Islam seluruhnya dapat mengambil sedikit iktibar demi kebaikan bersama.

Persiapan Menjelang Ramadhan

1- I'dad Ruhi Imani, yakni persiapan ruh keimanan.

Orang-orang yang sholeh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin
sebelum datang Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya
sejak bulan Rajab dan Sya'ban. Biasanya mereka berdoa : "Ya Allah, berikanlah
kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya'ban, serta sampaikanlah kami
kepada Ramadhan."

Dalam rangka persiapan ruh keimanan itu, dalam surah At-Taubah Allah
melarang kita melakukan berbagai maksiat dan kedzhaliman sejak bulan Rajab.
Tapi bukan berarti di bulan lain dibolehkan. Hal ini dimaksudkan agar
sejak bulan Rajab kadar keimanan kita sudah meningkat. Boleh dikiaskan,bulan
Rajab dan Sya'ban adalah masa pemanasan *(warming up),*sehingga ketika memasuki
Ramadhan kita sudah bisa bisa menjalani ibadah shaum dan sebagainya itu bak
sudah terbiasa.

2- I'dad Jasadi, yakni persiapan fizikal.

Untuk memasuki Ramadhan kita sebaiknya menyediakan fizikal yang lebih kuat
dan bersedia daripada biasanya. Sebab, jika fizikal lemah, boleh menjadikan kemuliaan
yang dilimpahkan oleh Allah swt. pada bulan Ramadhan tidak dapat kita raih secara optimal.

Maka, sejak bulan Rajab Rasulullah dan para sahabat membiasakan diri melatih
fizikal dan mental dengan melakukan puasa sunnah, banyak berinteraksi dengan al-
Qur'an, biasa bangun malam (qiyamul-lail), dan meningkatkan aktiviti seketika
berkecimpung dalam masyarakat.

3- I'dad Maaliyah, yakni persiapan harta.

Jangan salah faham, persiapan harta bukan untuk membeli keperluan
berbuka puasa atau hidangan di hari raya sebagaimana tradisi kita selama ini.
Mempersiapkan harta adalah untuk melipatgandakan sedekah, karena Ramadhan
padanya disediakan peluang yang banyak untuk bersedekah.

4- I'dad Fikri wa Ilmi, yakni persiapan intelektual dan keilmuan.

Agar ibadah Ramadhan dapat direbut seoptima mungkin, diperlukan bekal wawasan dan
tashawur (persepsi) yang benar tentang Ramadhan. Antaranya dengan membaca berbagai
bahan rujukan dan menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan.

Kegiatan ini berguna untuk mengarahkan kita agar beribadah sesuai tuntunan Rasulullah saw.
seketika Ramadhan. Menghafal ayat-ayat dan doa-doa yang berkait dengan pelbagai jenis ibadah,
atau menguasai berbagai masalah dalam fiqh puasa, juga penting untuk dipersiapkan.

Semoga persiapan yang dilakukan mampu menjadikan ibadah puasa kita kali ini adalah yang
terbaik dalam sejarah puasa yang kita lakukan. Dan semoga ianya diterima oleh Allah swt. dan
diberikan ganjaran yang sewajarnya bila amal dihitungkan untuk diberikan pembalasan.

-Biro Agama UCBA

Saturday, July 31, 2010

KPTM tawar tempat khas kepada pelajar IKYS

KUALA LUMPUR 21 Julai – Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) membuat tawaran khas kepada pelajar-pelajar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang berkelayakan untuk menyambung pengajian mereka di institusi tersebut.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tawaran itu bertujuan untuk membantu golongan pelajar tersebut yang menjadi mangsa ekoran tindakan Kerajaan Negeri Selangor menutup IKYS atas alasan tidak menguntungkan.

Sambil menyifatkan para pelajar tersebut menjadi mangsa kerakusan dan sikap tidak peka Kerajaan Negeri Selangor, beliau memberitahu, KPTM sedia memberi peluang serta kelonggaran kepada ibu bapa sewaktu pendaftaran.

“Pelajar boleh datang terus ke kolej kami yang terletak di Cheras untuk membuat pendaftaran dan mendapatkan maklumat lanjut tentang pelbagai kursus yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai penutupan itu, Sohaimi yang juga Exco Pemuda UMNO berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus dipertanggungjawabkan kerana mengkhianati rakyat Selangor dengan menutup peluang pelajaran khususnya bagi anak- anak Melayu yang berada di luar bandar.

‘‘Kalau pun kerajaan negeri hendak berpolitik dan mahu terus ‘bergaduh’ dengan Yayasan Selangor, janganlah ia melibatkan masa depan pelajar-pelajar IKYS. Bagi kita, ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dan tidak professional,” katanya

Beliau berkata, Abdul Khalid sepatutnya perlu lebih kreatif mengurus dan menjana pendapatan IKYS bagi menampung kos pentadbiran, bukannya mengambil jalan mudah dengan menutup institusi tersebut walaupun organisasi berkenaan mengalami kerugian.

“Sebagai pengerusi KPTM, saya berasa terharu dan bersimpati terhadap nasib pelajar-pelajar IKYS di atas tindakan drastik kerajaan negeri kerana sepatutnya ia menjadi tanggungjawab sosial yang harus dipikul.

“Abdul Khalid tidak sepatutnya melihat kepada soal kerugian semata-mata kerana pendidikan adalah pelaburan jangka panjang untuk anak-anak Melayu,” jelasnya.

Tegas beliau, kerajaan Selangor sepatutnya perlu lebih peka dan prihatin untuk menubuhkan pusat pendidikan di luar bandar dan bukan membunuh peluang serta semangat anak Melayu untuk terus maju.

Sehubungan itu, Sohaimi meminta kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian di KPTM boleh melayari laman web kolej itu di www.kptm.edu.my.