Saturday, March 19, 2011

"ELEK" Itulah Suara Rakyat Ampang Jaya Kepada Pakatan Haram Selangor

Hari ini berlangsungnya Program Merakyatkan Seni Budaya Sukan Rakyat 2011 bertrmpat di Kg Melayu Ampang Jaya yang di rasmikan oleh Dato Seri Utama Rais Yatim.

Program yang di adakan hari ini mendapat sokongan dari semua komponen BN dan juga rakyat sekitar Ampang Jaya. Hadirin yang hadir menjangkau 700 orang.

Dalam ucapan Dato Seri Utama Rais Yatim beliau meminta rakyat di Ampang menilai sendiri apa kemajuan yang di capai selama mana kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor. " Apa yang ada di Ampang? Apa yang di bangunkan mereka selama ini?"

Hadirin yang hadir membalas dengan jawapan " Elek" Tidak ada satu pun pembangunan buat rakyat Ampang Jaya di bangunkan oleh mereka Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu Dato Ismail Kijo Penyelaras Parlimen Ampang Jaya melahirkan rasa terima kasih kepada hadirin yang hadir yang menunjukkan Bukti bahawa Rakyat di Ampang Jaya menyokong penuh Barisan Nasional.

Kahadiran pelbagai kaum juga membuktikan semangat 1 Malaysia. Wujud dengan subur di Ampang jaya dan dengan yakin Dato Ismail Kijo menyatakan BN akan rampas semula Parlimen Ampang Jaya dan Selangor pada PRU 13 akan datang ini.

Program berkenaan selesai jam 5 petang dengan penyampaian anugerah kepada mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dan juga penerima sumbangan dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Gomo amat tertarik dengan kenyataan Dato Seri Utama Rais Yatim apabila bulan lepas satu program Pakatan Rakyat Selangor di adakan di De Palma Hotel yang menjemput 500 orang hadir namun hadirin yang hadir pada program berkenaan hanya 60 orang sahaja yang membuktikan Rakyat Ampang dan Selangor menolak Kerajaan Pakatan Rakyat Haram Selangor!


Psssttt... Harap rakyat Malaysia sedar hakikat bahawa tidak ada pun yang di bangunkan oleh Kerajaan PR melainkan rompakan wang rakyat!

-sumber http://www.papagomo.com/2011/03/elek-itulah-suara-rakyat-ampang-jaya.html

Dewan Undangan Negeri Sarawak Bubar Isnin Ini, Umum Taib


KUCHING, 19 Mac (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar Isnin ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan, demikian diumumkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

Katanya beliau telah menyampaikan notis mengenai pembubaran itu kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng baru-baru ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian, katanya pada persidangan akhbar bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Antarabangsa Kuching di sini.

Pengumuman Taib itu menamatkan teka teki mengenai tarikh pilihan raya negeri. Dewan Undangan Negeri Sarawak sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini.

Najib dan Muhyiddin yang tiba di sini semalam di bawah program turun padang pemimpin yang bermula hari ini sehingga September depan, telah menghadiri pelbagai program bersama rakyat di negeri ini sepanjang hari ini.

-- BERNAMA

Sunday, March 6, 2011

KERDAU DAN MERLIMAU MILIK BARISAN NASIONAL

TEMERLOH, 6 Mac (Bernama) -- Calon Barisan Nasional Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dengan majoriti 2,724 undi.


Syed Ibrahim memperolehi 5,060 undi, manakala Hassanuddin 2,336 undi.

____________________________________________________________________

JASIN, 6 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 undi.

Roslan memperoleh 5,962 undi manakala Yuhaizad 2,319 undi.

-- BERNAMA

Tuesday, February 22, 2011

PRK DUN MERLIMAU DAN KERDAU

Kami menyeru masyarakat Merlimau dan Kerdau untuk memilih parti UMNO dan Barisan Nasional bagi mendukung transformasi kerajaan yang dibuahkan oleh Perdana Menteri semata-mata untuk memelihara kepentingan rakyat pelbagai kaum dalam negara. Percayalah pada hasrat ini kerana ianya hasrat UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

Hidup UMNO!!! Hidup BN!!


Pilihan raya kecil N.27 Merlimau, Melaka, dan N.28 Kerdau, Pahang SPR telah menetapkan tarikh-tarikh seperti yang berikut:

Tarikh Penamaan Calon : 26 Februari 2011 (Sabtu)

Tarikh Pengundian
(Jika ada pertandingan) : 06 Mac 2011 (Ahad)

Monday, February 14, 2011

PERUTUSAN Y.A.B. PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

PERUTUSAN Y.A.B. PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH
PADA 12 RABIULAWAL 1432H BERSAMAAN 15 FEBRUARI 2011

Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, 1Ummah; Saudara dan saudari sekalian,

  1. Saya sangat bersyukur, dengan izin dan inayah Allah SWT, kita masih lagi dapat meneruskan tradisi murni masyarakat kita, iaitu mengadakan sambutan Maulidur Rasul SAW setiap menjelang Rabiulawal saban tahun. Kelahiran baginda Rasulullah SAW merupakan satu detik istimewa yang amat bermakna buat umat Islam. Maka pada tanggal 12 Rabiulawal 1432 Hijriah ini, bersamaan dengan 15 Februari 2011 Masehi, sekali lagi kita meraikan sambutan yang penuh barakah ini.
  2. Sesungguhnya, keistimewaan sambutan Maulidur Rasul ini amat berkait rapat dengan keunggulan dan kemuliaan baginda Rasulullah SAW. Menerusi al-Quran, Allah SWT sendiri merakamkan bahawa diri Rasulullah SAW itu adalah ‘cahaya’;. Inilah cahaya yang telah menerangi Kebenaran. Melalui ‘cahaya’ baginda SAW ini, Allah telah zahirkan agama Islam sebagai petunjuk buat kebahagian manusia sejagat. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Maidah ayat ke-15, yang maksudnya:
  3. “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.”

  4. Begitulah, apa yang dinyatakan oleh ayat al-Quran ini telah dibuktikan dan disaksikan oleh sejarah. Sirah gemilang Rasulullah SAW tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun. Sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak ada insan sehebat dan sebegitu istimewa seperti Rasulullah SAW. Jika kekaguman ini diungkap dan diluahkan oleh tokoh-tokoh daripada kalangan umat Islam, ini sudah tentu tidaklah begitu menghairankan. Namun apa yang terjadi, seluruh para sejarahwan yang ikhlas, mengakui dan menakjubi fakta emas ini.
  5. Bertepatan dengan tema Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu ’1Malaysia, 1Ummah’; sudah tentulah Rasulullah SAW sebagai ikon terbaik semua umat manusia, maka sirah Rasulullah SAW telah membuktikan bahawa baginda amat mengutamakan perpaduan antara umat yang berbilang kaum dan agama di Madinah. Iktibar ini dilaksanakan di negara kita melalui penghayatan ’1Malaysia, 1Ummah’.
  6. Justeru, kekuatan berpaksikan perpaduan inilah yang menjadi rencah utama membawa transformasi murni kepada umat Islam di negara ini. Mesej ini perlu dihayati dan disebarkan kepada seluruh dunia Islam. Dalam era globalisasi ini, apa sahaja krisis yang berlaku di negara lain, akan dirasai impaknya oleh negara kita. Lihat sahaja, apa yang terjadi di Mesir, telah turut memberi kesan langsung kepada 11,000 orang pelajar dan rakyat kita di sana. Bagi memastikan aset muda dan bakal pewaris negara ini selamat, kerajaan telah menjalankan misi menyelamat dengan pantas dan berkesan.
  7. Meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan, namun usaha membawa rakyat Malaysia keluar daripada Mesir tetap diteruskan. Tetapi malangnya, terdapat segelintir pihak yang cuba mempolitikkan misi yang murni ini. Namun ianya tidak menjadi halangan untuk kita meneruskan misi tersebut kerana yang pentingnya ialah memastikan keselamatan warga Malaysia di sana. Misi nasional ini turut mendapat dukungan pihak swasta, rakyat dan pihak negara Mesir serta Arab Saudi dengan satu semangat kerjasama yang amat tinggi. Inilah ajaran Islam yang sinarannya bersumber daripada cahaya yang diutus oleh Allah SWT, iaitu baginda Rasulullah SAW.
  8. Marilah kita jadikan sambutan yang penuh keberkatan ini sebagai pemangkin untuk kita terus melonjakkan transformasi negara secara holistik dalam semua bidang bagi melahirkan kekuatan 1Ummah yang progresif. Sebagaimana Rasulullah SAW merupakan insan yang hebat, maka kita juga perlu menjadi umat yang hebat. Saya mendoakan, agar sambutan Maulid Rasulullah SAW kali ini, benar-benar menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah di dunia dan di akhirat, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Insya Allah.

Sekian. Wabillahit Taufik wal Hidayah. Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Salam Maulidur rasul 2011

Salam Maulidur Rasul khususnya untuk semua rakyat yang beragama Islam. Marilah bersama memperingati junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dengan banyakkan berselawat keatasnya. Semoga kita semua diberi syafaat di akhirat kelak Insyaallah.

-Biro Agama UCBA

Fahaman Ekstrem punca ketegangan sesebuah negara- Najib

14/02/2011 4:26pm

PUTRAJAYA 14 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perbezaan agama bukan menjadi punca ketegangan di sesebuah negara, sebaliknya ia disebabkan oleh kefahaman agama yang ekstrem.

Perdana Menteri berkata, jika fahaman itu tidak ditangani, tidak kira apa jua agama, ia akan membawa kesan yang buruk kepada sesebuah negara dan manusia sejagat.

"Saya sedar ada juga ancaman dalam proses ini (mewujudkan negara yang aman), (wujud) fahaman dan pemikiran yang berbentuk ekstrem.

"Pemikiran ekstrem inilah yang mendorong saya untuk mencadangkan pembentukan Pergerakan Kesederhanaan Sedunia pada Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tahun lalu.

"Sebab saya percaya, inilah saja jalan ke hadapan yang boleh menyelamatkan dunia bukan sahaja negara kita tetapi ketegangan di banyak tempat,” katanya pada majlis bersama pemimpin-pemimpin agama sempena sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. - Bernama