Monday, May 19, 2008

Ketuanan Melayu atau Ketuanan Rakyat

Kami berpendapat ramai orang melihat tujuan dan hasrat ketuanan melayu ini diperlekehkan walhal ia satu tujuan yang baik.Ketuanan Melayu itu tidak salah tetapi orang yang telah diberi mandat untuk jadi pemimpin bukan keseluruhan tetapi sesetengahnya telah lupa dengan asas ketuanan melayu ini.Dari itu ramai yang menyalahkan Ketuanan Melayu tidak relevan.

Tetapi adakah kita mempersoalkan diri kita sendiri apakah yang kita lakukan untuk masyarakat melayu yang berada di sekeliling kita.Ketuanan Melayu akan berjaya jika Melayu dari pelbagai peringkat bawahan hingga ke atasan bersatu untuk memastikan ianya terlaksana tetapi apa yang berlaku ialah kita melayu sendiri suka berkelahi dan mempunyai sifat dengki antara kita.Bukankah menegur dan melihat bangsa sendiri Berjaya menjadi kebanggaan kita.Ini hakikatnya yang kita tidak boleh nafikan dan ini harus kita perbaiki jika kita menginginkan Ketuanan Melayu itu Berjaya.Bukannya dengan memikirkan satu slogan yang baru iaitu Ketuanan Rakyat.

Pada pendapat kami Ketuanan Melayu bukannya harus dihayati oleh UMNO sahaja tetapi ia juga harus dihayati oleh bangsa melayu itu sendiri walau apa parti sekalipun.Cuma sekarang ramai yang mengetahui dari dahulu UMNOlah yang mempunyai inisiatif untuk memikirkan soal ketuanan melayu jadi salahkah UMNO mencuba untuk melaksanakannya.Soal gagal atau berjaya itu terpulang kepada melayu itu sendiri.

Berkenaan dengan Ketuanan Rakyat Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengannya.Apakah ingin menjadikan semua rakyat setaraf dengan yang empunya tanah.Mengapa kita tidak terfikir sejarah telah membuktikan tanah ini dahulunya dinamakan tanah melayu salahkah melayu menjadi tuan punya tanah.Ini tidak bermakna kita menolak bangsa lain selain melayu, ini telah dibuktikan dahulu dengan usaha UMNO mewujudkan Perikatan dan sekarang Barisan Nasional.Kewujudan Barisan Nasional ini adalah kerana UMNO tetap memikirkan bangsa lain walaupun ia memperjuangkan Ketuanan Melayu. Barisan Nasional juga mengambil berat setiap pandangan bangsa lain malah ia dapat menyatukan setiap bangsa di Negara ini.

Setiap organisasi dan setiap Negara atau negeri atau setiap keluarga mesti mempunyai ketua untuk mentadbir dan mendengar pandangan ramai tetapi jika yang dimaksudkan Ketuanan Rakyat ini adalah rakyat menjadi tuan maka secara tidak langsung “tanah melayu” yang selama ini disayangi oleh nenek moyang kita telah hilang melayunya menjadi tanah rakyat tak kira apa bangsanya walaupun warga asing yang mendapat kerakyatan juga tergolong didalamnya.Apakah Ketuanan Rakyat ini relevan atau hanya bermotifkan politik.Jika bermotifkan politik apakah bangsa lain selain melayu percaya ia mampu dilaksanakan untuk bangsa mereka sedangkan hanya bermotifkan politik Sdn. Bhd. Iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia.Mengapa kita mudah terpedaya dengan slogan dan kata2 yang indah tanpa memikirkan dan mengkaji sedalamnya.Mungkinkah kerana kata2 yang indah itu hanya untuk menyedapkan hati masing-masing yang tertekan.Ingatlah selalunya yang pahit itulah ubat kepada penyakit bukannya pada gula yang hanya ada pada manisnya.

Sekian,

-Gerak Gempur Pemuda UCBA

No comments: