Sunday, May 4, 2008

Jangan kompromi - UMNO digesa tidak terus tunduk pada tuntutan jejas kuasa, hak Melayu

JOHOR BAHRU 3 Mei – Apa jua usaha memulihkan kembali Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO hendaklah dilakukan tanpa kompromi terhadap kuasa dan hak Melayu.

Beberapa peserta Kongres Permuafakatan Melayu yang ditemui berpendapat UMNO tidak perlu terus tunduk kepada permintaan rakan komponen BN yang lain kerana tuntutan-tuntutan itu tidak akan berakhir.

Setiausaha Satu, Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, situasi selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 sedang menyaksikan politik toleransi mengambil tempat dalam BN.

“UMNO dalam BN akan tawar-menawar (dengan komponen lain). Semasa UMNO kuat, ia mampu pertahan semua milik Melayu, tetapi banyak perkara berlaku dalam masa UMNO tidak kuat.

“MIC dan MCA secara terbuka meminta pelbagai perkara dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Melayu pun cuba mengambil kesempatan,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di Kongres Permuafakatan Melayu, di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, sesetengah orang melihat usaha memulihkan kembali BN pada masa ini mungkin boleh dilakukan dengan mendengar tuntutan kaum Cina dan India.

Bagaimanapun katanya, sebahagian besar tuntutan itu mungkin bertentangan dengan hak dan keistimewaan orang Melayu.

“Tuntutan akan terus berlaku atas kepentingan kaum,” katanya.

Beliau berkata, tindakan memohon maaf oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai isu keris Panca Warisan baru-baru ini juga secara tidak langsung memperlihatkan hak Melayu terhakis akibat tekanan dan permintaan daripada kaum lain.

“Ini semua berlaku (permohonan maaf) di kala tuntutan semakin kuat dan kita terperangkap dalam tuntutan-tuntutan itu,” katanya.

Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk A. Aziz Deraman pula berkata, apabila ada kompromi dalam perkara-perkara pokok hak Melayu, maka lama-kelamaan hal-hal kecil pun akan dituntut.

“Ini hanya meletakkan orang Melayu dalam keadaan tidak selesa dan menjadikan mereka tidak penting lagi walaupun orang Melayu adalah kaum asal di negara ini.

“Malaysia bukan negara imigran seperti Amerika Syarikat. Maka hak penduduk asal tidak boleh dipersoalkan,” katanya.

Naib Presiden Persatuan Anak- anak Melayu Johor, Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Syed Hussein Al Habshee berpendapat, perlu ada usaha untuk mendidik generasi muda pelbagai kaum di negara ini mengenai pengertian sebenar kontrak sosial.

“Pendidikan kita tidak menekankan hal-hal berkaitan kontrak sosial dan ini perlu diajar supaya mereka mengetahuinya,” katanya.

Katanya, apabila kaum bukan Melayu memahami kontrak sosial berkenaan, maka tidak akan wujud permintaan-permintaan yang luar biasa dalam apa-apa keadaan sekalipun.

4 comments:

Anonymous said...

alahai..
lim guan eng bukannya sebut psl khalifah umar al khattab tapi umar abdul aziz(rujuk komen anda dlm blog dr.khir)

pernahkah anda kenal umar abdul aziz? atau pernahkah mendengar tentangnya?
banyakkan membaca jika anda betul pejuang islam.

sejak kecil saya didedahkan dgn umno,keluarga semua org umno..balajar di UIA yg lubuk PAS pun saya tetap umno.
saya bekerja dgn penasihat Pak Lah, saya terus umno.

namun semua berubah bila saya berkhidmat dlm sektor awam.
saya menjadi penolong pegawai daerah di satu negeri yg dulunya dikuasai BN.

semua aktiviti korupsi yg dilakukan oleh UMNO terlihat di depan mata.

tiada guna bertuankan orang2 yg berdosa.

insya allah anda akan merasainya

Anonymous said...

alahai..
lim guan eng bukannya sebut psl khalifah umar al khattab tapi umar abdul aziz(rujuk komen anda dlm blog dr.khir)

pernahkah anda kenal umar abdul aziz? atau pernahkah mendengar tentangnya?
banyakkan membaca jika anda betul pejuang islam.

sejak kecil saya didedahkan dgn umno,keluarga semua org umno..balajar di UIA yg lubuk PAS pun saya tetap umno.
saya bekerja dgn penasihat Pak Lah, saya terus umno.

namun semua berubah bila saya berkhidmat dlm sektor awam.
saya menjadi penolong pegawai daerah di satu negeri yg dulunya dikuasai BN.

semua aktiviti korupsi yg dilakukan oleh UMNO terlihat di depan mata.

tiada guna bertuankan orang2 yg berdosa.

insya allah anda akan merasainya

UMNO Cawangan Bukit Ampang said...

Saudara anonymous,
Kami memohon maaf diatas kekeliruan tetapi bagi kami sama ada Umar Abdul Aziz mahupun yang lain Apakah sifatnya seorang khalifah itu.Mengapa Khalifah Umar Abdul Aziz mesti dipolitikkan sedangkan ia adalah khalifah kita dan dia juga boleh dianggap cucu kepada Umar Alkhattab?Kami tidak akan bangkitkan jika ia terkeluar dari mulut PAS kerana PAS juga islam tetapi ia terkeluar dari mulut DAP dan DAP juga menggunakan cucu para sahabat bertujuan untuk politiknya tersendiri.Jika anda memikirkan kami bukan pejuang islam Adakah anda tergolong daripadanya.Jika benar anda tergolong dari pejuang islam mengapa kesalahan yang berlaku didepan mata sewaktu anda berkhidmat di sektor awam dahulu tidak ditegur.Bukankah kesalahan itu jika berlaku di depan mata dituntut untuk ditegur.Apakah anda takut kerana benar dan jika anda menekankan anda telah lama berada didalam umno mengapa tidak menggunakan platform yang ada untuk membetulkan keadaan.Yang benar tetap kami benarkan seperti permohonan maaf kami tetapi yang salah akan kami lawan walau apapun risikonya.Untuk menegakkan kebenaran kita mesti menerima banyak dugaan tetapi jangan kita takut kepadanya dan jangan berputus asa.
-Pemuda UCBA

Unknown said...

Saudara Anonymous,

Dari cara anda menulis, anda nampak seperti seorang yg ilmuwan. Saya suka dpt membaca komen saudara.

Saya juga dulunya pelajar UIA. Saya graduan tahun 1999. Saya tdk sedar pun bahawa UIA itu lubuk PAS.

Tapi saya tidak sebertuah saudara. Saya tidak dilahirkan dlm keluarga UMNO.

Namun saya, alhamdulillah, dilahirkan dlm keluarga Islam. Sepanjang hidup ini, saya juga byk membaca ttg kekejaman dan kezaliman yg dilakukan oleh org Islam. Tetapi saya tidak pernah menyalahkan Islam. Yg salah, pada saya ialah org islam.

Begitu juga UMNO. yg salah ialah org atau ahli UMNO itu. Bukan UMNO. Sementelah, bukan pula semua org UMNO itu ber"perangai" seperti yg anda saksikan. Begitu juga dgn org yahudi. Bukan semua org yahudi itu kejam.

Apa yg anda rumuskan mengenai UMNO ialah satu "generalization" yg membawa anda kepada "prejudice". Ini adalah salah.

Sebagai seorang yg terpelajar, anda mesti mengelakkan drp membuat kesimpulan dan kesalahan mudah seperti itu. Oleh itu, sekarang saya berpendapat anda mempunyai pendapat yg tdk mempunyai elemen ilmu. Namun anda masih belum terlambat utk memperbaiki diri. Ini seruan saya kepada anda dan diri saya sendiri juga.

Sebenarnya, anda patut cuba memperbaiki kelemahan yg anda lihat di depan mata anda. Bukankah anda telah bersubahat dgn mendiamkan diri dan membiarkan saja perkara itu berterusan?

Kenapa pula mahu di salahkan UMNO seratus peratus? Anda jgn lupa, kerana antara hasil perjuangan UMNO itulah anda dpt mengecapi hidup yg selesa sekarang. Kerana antara hasil perjuangan UMNO itulah, anda menjadi seorang terpelajar sekarang. Bukankah UMNO itu telah berjasa kepada anda? Jika sekarang ramai ahli UMNO itu telah lemah dan lari drp perjuangan asalnya, bukankah ini masanya anda utk mara ke depan dan berjuang memperbetulkan apa yg anda nampak salah? walau sekecil mana pun anda fikir usaha anda itu, mudah-mudahan ianya akan membawa kepada kesan yg besar suatu hari nnt. Insyaallah.

Apapun, paling mustahak, Kita mesti sentiasa berjuang agar kuasa tetap terletak di tangan kita. Dengan itu, mudah-mudahan, generasi Islam mendatang tidak melarat dan terseksa di tanah airnya sendiri. Ini mesti kita impikan untuk direalisasi tanpa kita berlaku zalim kepada sesiapa pun.

Cepat benar anda berubah hati. Mudah benar anda mengalah.