Friday, July 9, 2010

JENAYAH DI SELANGOR KIAN MENINGKAT SEMENJAK PKR MEMERINTAH

Hakikat yang perlu diterima oleh semua rakyat di Selangor adalah mereka kini bergelumang dengan kes jenayah yang kini membimbangkan. Seringkali kita mendengar dan membaca terlalu banyak kes-kes jenayah telah pun berlaku semenjak PKR memegang tampuk pemerintahan. Mujur adanya Pihak Polis yang selalu perihatin dan berusaha untuk mengurangkan kadar jenayah di Selangor. Saya harap usaha PDRM untuk menjaga keamanan negara tidak kira dimana jua dapat diteruskan.

Yang paling menghairankan mengapa kadar jenayah di negeri ini semakin hari semakin meningkat semenjak PKR memerintah? Apakah kerajaan negeri Selangor pada waktu ini tidak memberi tumpuan untuk mencari cara bagi mengurangkan kadar jenayah yang berlaku tetapi lebih mementingkan untuk berceramah di sana-sini dan lebih mementingkan untuk mencari tempat atau kuasa di negeri ini?.

Mari kita lihat sedutan akhbar jenayah yang berlaku di Ampang sahaja.

Mangsa bunuh tidak sempat pindah rumah

KUALA LUMPUR 28 Jun - Seorang pekerja kedai tayar, Fong Chee Kong yang mati dibunuh di Taman Melawati, Ampang semalam, sepatutnya berpindah ke rumah yang baru dibelinya pada Ogos depan, namun hasratnya itu tidak kesampaian.

Sebaliknya, rumah tersebut yang terletak di Klang hanya akan dijadikan sebagai tempat mayatnya disembahyangkan.

Disifatkan sebagai seorang anak taat, mendiang yang merupakan anak kedua daripada lima beradik, sudah mula bekerja seawal usia 17 tahun untuk membantu keluarganya.

Mendiang yang berusia 32 tahun juga seorang pekerja yang agak setia kerana sudah bekerja di kedai tayar terbabit selama 15 tahun.

Seorang saudara yang enggan identitinya didedahkan berkata, mendiang Chee Kong sangat berjimat cermat dengan perbelanjaannya dan hampir kesemua hasil pendapatannya diberikan kepada kedua ibu bapanya.

"Wang itu digunakan untuk merawat penyakit kencing manis yang dihidapi mendiang ibunya (meninggal dunia tahun lalu).

"Baru-baru ini, Chee Kong membeli rumah baru di tempat kelahirannya, Klang dan ahli keluarganya sudah berpindah bulan lalu. Dia sepatutnya pindah tinggal bersama mereka pada Ogos depan, tetapi tidak sangka begini kesudahannya," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari semalam, mangsa maut ditikam suspek, Johnny Dusok, 30, yang mengamuk di asrama tempat kerjanya di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Jalan Bandar, Taman Melawati.

Sementara itu, ditanya apakah perasaan ahli keluarga lain terhadap perbuatan suspek, jawab saudara itu; "Pembunuh pun sudah mati, apa lagi boleh buat. Bukannya Chee Kong boleh hidup semula."

"Bagaimanapun, kami ingin tahu kebenaran dan apakah sebenarnya berlaku sehingga Chee Kong dibunuh," tambahnya.


Geng Ah Guan tumpas, 20 kes pecah rumah selesai

KUALA LUMPUR 8 Julai - Setelah hampir setahun bermaharajalela melakukan jenayah pecah rumah dan samun berkumpulan, Geng Ah Guan akhirnya tumpas di tangan polis dengan tertangkapnya 13 ahlinya, dalam operasi sejak 30 Jun lalu sehingga semalam.

Kesemua suspek bertanggungjawab melakukan sekurang-kurangnya 20 kes pecah rumah dan samun berkumpulan di daerah Cheras dan Lembah Klang.

Suspek yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki tempatan, lima wanita warga China dan seorang wanita tempatan berusia 27 hingga 40 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, kejayaan itu bermula dengan penahanan seorang suspek wanita di Kondominium Sri Emas, Ampang, 30 Jun lalu.

Katanya, suspek ditahan selepas dikesan oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah premis kerana menggunakan kad kredit milik orang lain.

"Hasil siasatan ke atas suspek berjaya membawa kepada serbuan kedua pada 6 Julai lalu di sekitar Hulu Klang dan menahan tiga lelaki tempatan," katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Abdul Rahim, susulan itu, polis menahan empat lagi lelaki tempatan bersama lima wanita warga China di sebuah rumah di Kampung Baru, Hulu Klang, kira-kira pukul 4 pagi semalam.

Katanya, siasatan mendapati rumah yang disewa itu dijadikan tempat simpanan barang-barang hasil perbuatan jenayah mereka.

"Dua daripada suspek yang ditahan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau seperti pecah rumah dan penyalahgunaan dadah.

"Lima wanita warga China itu mempunyai dokumen perjalanan sebagai pelancong namun polis masih menyiasat kesahihan dokumen tersebut," katanya lagi.

Abdul Rahim berkata, modus operandi digunakan geng terbabit adalah dengan menggunakan kereta-kereta sewa mewah yang ditukarkan nombor pendaftaran untuk melakukan jenayah.

"Dengan menggunakan kereta itu, mereka akan membuat pemerhatian sebelum memecah masuk.

"Dalam serbuan itu, polis merampas sembilan buah TV plasma, peti sejuk (satu), komputer (satu), komputer riba (dua), telefon bimbit (17).

"Selain itu kad kredit bank, sejumlah nombor pendaftaran kenderaan palsu serta peralatan memecah rumah seperti pemotong besi, parang, tukul besi dan kuku kambing.

"Dengan penangkapan itu juga, polis turut merampas sebuah kereta BMW, Honda Accord dan Toyota Camry selain wang berjumlah lebih RM50,000," katanya.

Beliau berkata, semua suspek ditahan reman mulai hari ini dan akan di siasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Rumah Farhan AF4 dipecah masuk, kerugian RM20,000


Nur Farhan Azizan menunjukkan kesan umpil di pintu rumahnya di Pandan Indah, semalam.


KUALA LUMPUR 7 Julai - Jika seminggu lalu, isteri pengarah filem dan drama terkenal, Aziz M. Osman menjadi mangsa samun, seorang lagi artis menerima nasib hampir serupa apabila rumahnya di Pandan Indah, Ampang dekat sini, pula dipecah masuk.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam tadi, ketika bekas finalis Akademi Fantasia 4 (AF4), Nur Farhan Azizan, 26, atau lebih dikenali sebagai Farhan keluar bersama ahli keluarganya untuk makan malam.

"Saya sekeluarga keluar ke Bangsar memandangkan sudah lama kami adik-beradik tidak berkumpul dan makan bersama.

"Namun apabila pulang pada pukul 11.15 malam, kami lihat pintu pagar dan rumah telah terbuka dengan terdapat kesan umpil.

"Ia memang di luar jangkaan kerana kawasan rumah terletak di hadapan jalan raya yang sibuk dan di hadapan gerai makan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Farhan, jirannya ada mendengar bunyi bising dan menjenguk ke kawasan rumahnya namun tidak menduga kediamannya itu dipecah masuk.

Katanya, berikutan itu, dia telah menghubungi polis untuk memeriksa keadaan rumah.

Berikutan kejadian itu, kata Farhan, keluarganya kehilangan barang kemas termasuk untuk majlis perkahwinan adiknya Disember ini selain sejumlah wang yang keseluruhannya berjumlah RM20,000.

"Pada pukul 3 petang hari ini, saya dihubungi oleh seorang pekerja pencuci kenderaan yang menemui dokumen-dokumen penting milik kami sekeluarga di belakang sebuah kereta di Cheras.

"Dokumen itu termasuklah sijil kelahiran, kad nama, peti keselamatan dan sijil sekolah adik-beradik saya. Penemuan itu dimaklumkan kepada polis sejurus barang tersebut diambil," jelasnya.

Menurutnya, dia merasa hairan berikutan suspek melarikan dokumen seperti itu sedangkan barangan seperti kereta, dua komputer riba, kamera digital dan barangan elektrik lain tidak diusik.

"Ia merupakan kali pertama rumah keluarga saya dipecah masuk sepanjang lima tahun berpindah di situ. Mungkin suspek telah lama melakukan intipan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh mangsa.

Bunuh rakan: Lelaki parah terjatuh dari tingkat dua

27/06/2010 2:59pm

KUALA LUMPUR 27 Jun – Seorang lelaki cedera parah selepas terjatuh dari tingkat dua sebuah rumah ketika polis cuba memujuknya menyerah diri selepas membunuh rakan serumahnya.

Kejadian di Jalan Bandar 3, Taman Melawati, Ampang itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan. – Utusan


Ini baru sedikit. Ada banyak lagi yang boleh dipaparkan.

Fikir-fikirkanlah inikah pemerintah negeri yang anda inginkan....

-rakyat kecewa.

No comments: