Saturday, July 31, 2010

SELANGOR TAK HIRAU NASIB PELAJAR MISKIN

Untuk pengetahuan anda semua, Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan menyewa bekas Bangunan Balai Polis Kuala Selangor. Selepas itu IKYS berpindah di kampus sementara di Kuala Selangor (kampus tersebut diambil-alih oleh Kolej Antarabangsa INPENS) sebelum berpindah ke kampus tetap di Bagan Terap, Sg. Besar, Sabak Bernam pada tahun 2009.

Kehebatan IKYS yang ditubuhkan untuk membantu pelajar-pelajar tercicir bukan sahaja untuk anak Selangor tetapi dibuka kepada pelajar-pelajar negeri lain (walaupun rakyat Selangor diberikan keutamaan) tanpa mengira fahaman politik.

Selain daripada menawarkan pinjaman pembelajaran, IKYS juga menawarkan kursus pendawaian elektrik tahap kompeten yang diiktirafkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia (sila rujuk laman sesawang STM di sini) bermakna pelajar-pelajar tersebut berpeluang memperolehi Sijil PW2, PW4 dan Sijil Chargeman yang diiktirafkan yang membolehkan mereka meneruskan pengajian ketahap diploma dan ijazah.


AKHIRNYA

SABAK BERNAM 18 Julai - Keputusan kerajaan negeri menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Bagan Terap, di sini disifatkan sebagai tindakan mementingkan diri dan tidak munasabah.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, keputusan itu dipercayai dilakukan ekoran institut itu tidak memberikan keuntungan kepada Yayasan Selangor dan kerajaan negeri.

Sedangkan menurut beliau, tindakan itu sebenarnya hanya akan menyusahkan pelajar dan keluarga mereka yang kebanyakannya berpendapatan rendah.

''Mereka langsung tidak memikirkan nasib dan masa depan pelajar di institut ini yang tujuan penubuhannya untuk membantu anak golongan berpendapatan rendah yang tidak berpeluang menyambung pengajian ke peringkat tinggi bagi mendapatkan latihan kemahiran.

''Saya juga tertanya-tanya kenapa soal rugi ditimbulkan sedangkan wang IKYS ada RM60 juta berdasarkan rekod pada tahun 2009. Lagi pun ia dibina bukan bermatlamat mencari keuntungan tetapi membantu rakyat kurang berkemampuan," katanya.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi aman di pekarangan IKYS di Bagan Terap di sini hari ini.


-Pelajar kecewa

No comments: