Friday, July 16, 2010

RIAKNYA SEORANG PEMIMPIN PAS - TAK NAK SUDAH JANGAN NAK SPIN!!

KOTA BHARU 16 Julai – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sedia menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana-mana sahaja untuk berunding atas prinsip hubungan kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat, bukannya untuk tujuan politik.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin sedia menemui beliau demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam, Nik Aziz berkata, beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana “soal politik, Pas sudah menutup pintu untuk berunding.”

"Tetapi kalau soal royalti, saya mahu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa ada bersama,” katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO semalam berkata, UMNO sedia menjalin kerjasama dengan Pas kerana UMNO menyokong perjuangan agama Islam dan orang Melayu.

Nik Aziz berkata, sudah tidak ada peluang untuk berunding mengenai perpaduan antara Pas dan UMNO kerana Pas sudah membuat keputusan sejak dua tahun lepas selagi UMNO tidak menukar dasarnya.

"Masalah perpaduan Islam dan bangsa Melayu akan selesai jika UMNO sedia menukar dasarnya daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam,” katanya. - Bernama

3 comments:

Bingai @ Bangang said...

Maaf tuanpunya blog sebab lari tajuk,
Saya masih lagi dengan penutupan IKYS tumpang letak dalam topik terbaru tuan.

Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang IKYS sila ke blog saya di http://tendangterajang.blogspot.com/2010/07/ikys-rugi-atau-nak-cari-untung-pintas.html
Luahan hati bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS

aku yang bingai

Anonymous said...

KITA PON TAK INGIN.TENGUKLAH PRU13 KAU ORANG JATUH BERDEGUM.BARU PAS TOTOK TU TAHU.MASA TU DIA NAK BERGABUNG DENGAN UMNO JANGAN BAGI MUKA.CAKAP KAT PAS TOTOK TU .KITA NAK BERBINCANG CUMA PASAL BALAK PERPADUAN TAK MAHU.

ORANG SOMBONG INI AKAN DIMURKAI ALLAH.TAK HERAN LAH KALAU ULAMAK PON MASUK NERAKA JAHANAM.

Anonymous said...

KITA PON TAK INGIN NAK BERGABUNG DENGAN PAS.TENGUKLAH PRU KE13 KAU PAS AKAN JATUH BERDEGUM MACAM DURIAN LURUH.MASA TU BARU KAU ORANG TAHU.

LEPAS PRU13 KALAU PAS NAK BERGABUNG
DENGAN UMNO JANGAN BAGI KATAKAN PADA MEREKA KITA CUMA NAK RUNDING PASAL BALAK YANG LAIN PASAL POLITIK TOK SEH.